Marilah kita menangis …


Akhi ~ Ukhti

Apa yang ku tulis selama ini adalah ‘ bayangan hatiku’.

Hatiku yang telah aku bajai dengan benih dakwah hingga ianya lahir dalam risalah cintaku pada kamu semua.

Ramai yang berkata. Amat mudah untuk menulis. Memang. Mudah sungguh. Hanya sedikit minat dan  sedikit kreativiti.

Tulislah apa saja. Garaplah apa saja….

Tapi bolehkah tulisan itu membuahkan amal penulisnya?

Bolehkah ianya membuahkan amal pembacanya?

Bolehkah tulisan itu mencahayakan kita?

Atau bolehkah mendekatkan pembaca pembacanya kearah ubudiyah kepada Allah?

Sebab itu sebelum menulis aku sentiasa memohon kepada Allah agar tulisan ku ini tidak menjadi ‘hujah’ dihadapan Allah nanti dan menuntut segala tanggungjawab atas apa yang ku tulis dan aku tidak mahu tulisan ini menjadi ‘musibah’ pada ku diakhirat dan akan melambatkan hisabku untuk menjangkau syurgaNya. ( memang aku takut ya Allah )

Jika kamu ingin tahu sahabat ku,

kesemua tulisan ku disini adalah aku tujukan  untuk diriku  jua. Sebagai  peringatan bagi diriku yang sentiasa lupa dan  amat lemah ini!

Jika didalam nya nasihat, maka nasihat itu memang khusus untuku. Jika didalamnya tazkirah, semestinya tazkirah itu untuk ku dan anggaplah ianya satu perkongsian buat mu, jika ianya menfaat dan begitulah seterusnya.

Aku hadirkan tulisan tulisan ku kepada kamu semua adalah atas nama ‘dakwah’, agar kita dapat berkongsi dan membina kefahaman kita bersama , di atas segala kefahaman yang aku faham setelah merentasi proses tarbiyah yang pernah dan sedang aku lorongi ini.

Aku tidak punya ilmu ‘dinniyah’ yang tinggi untuk berkongsi dengan kamu semua, kecuali seberkas pengalaman dijalan inilah aset dakwah ku , untuk aku hirup dan tuangkan dalam jiwa kamu supaya kita tidak rasa keseorangan dijalan yang panjang dan berliku ini!

Semestinya tulisanku kalau boleh, inginku jadikan ia bagai akar yang mengalirkan zat sampai kepucuk, untuk menjadi dedaunan yang subur untuk santapan kamu semua dijalan ini dan sebab itulah ingin kupastikan tulisan ku terus hidup menghadirkan kelazatan kebersamaan ( maiyah )

Tulisan juga seperti iman.

Tak ada makna bagi iman yang berhenti dititik keyakinan, tanpa menghadirkan kelazatan.

Dan tidak ada makna sebuah tulisan yang tidak dapat membuahkan kesedaran dan keinsafan!

Akhi~Ukhti

Bulan dan matahari saban hari bertukar mengikut syifnya dan tahun tahun dakwah kita silih berganti begitu cepat dan sebagai manusia, bayang bayang kejenuhan senantiasa melintasi kita untuk memuturkan kita dijalan ini.

Jika kita berleka dan berleha, dakwah akan meninggalkan kita dan kita sudah pasti digantikan oleh generasi yang bersungguh.

Tidak kah kita rasa rugi setelah dirahmati dengan tarbiyah ini?

Siapakah yang dapat mengobarkan semangat dakwah ini?

Sebab itu kita perlu berkongsi.

Allah berkongsi dengan kita tentang cerita cerita yang telah berlaku kepada hambanya. Kepada nabinya, betapa ‘tarbiyah dzatiyah, amat perlu menjadi darah daging kita untuk terus thabat dijalan ini.

Bagaimana Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim ditanah yang kontang tanpa apa apa bekalan tapi masih mampu bertawakkal dan menyerah pada Rabbnya.

” Allahkah yang menyuruhmu meninggalkan kami disini?” Tanya Hajar. “Ya,’ jawab Nabi Ibrahim. ‘Kalau begitu tak mengapa kerana pasti Dia tidak mengia iyakan aku dan anakku disini”.

Beliau redha.

Sanggup menempuhnya sekalipun kalau difikirkan fitrah manusiawi, tidak sanggup ia diperlakukan begitu tapi kekuatan dzatiyahnya membuahkan tawakkal nya pada Allah!

Dimana ia memperolehi kekuatan itu?

Tidak lain tidak bukan adalah kerana ‘tarbiyah dzatiyah’ nya.

Kerana maiyahnya dengan Allah.

Menyusun sepenuh harinya dan mengabdikan seluruh hidupnya dengan ibadah ibadah ketaatan kepada Allah dan senantiasa meningkatkannya.

Hajar tidak seperti kita.

Ibadah kita tidak konsisten.

Ibadah kita sentiasa bermusim.

Semu dan beku tanpa ruh dan halwa kemanisan.

Bila musim peperiksaan, kita bagai sang malaikat. Tahajud tak pernah tinggal. Sujud seolah tidak mahu bangun. Mathurat dan quran tidak pernah terlepas dari menjadi wirid dibibir kita. Doa bertali arus ….

Kerana apa?

Kerana nak lulus periksa. Nak minta Allah tolong kita dalam exam.

Takut failed. Takut kena repeat balik.

Lepas exam?

Lepas dapat result dan score?

Siapa kita pada waktu itu?

Ini kita kena jawab sendiri. Sebelum kita disoal di yaumul mahsyar!

Apakah kita akan bersama dengan Allah bila kita terdesak dan meninggalkan Allah bila kita terlepas dari kesempitan itu?

Atau kita menjadikan Rabb kita seolah olah diperlukan oleh masa masa tertentu!

Inikah sikap kita?

Dan sikap inilah yang selalu buat kita sentiasa lemah dalam dakwah.

Bila kita yang membawa risalah ini bersikap begini, apalah yang kita akan harapkan pada masadepan islam.

Akhi ~ Ukhti

Kita adalah penyuluh dimalam yang kelam.

Jika kita tidak meng ‘charge’ bateri iman kita, bagaimana mampu untuk kita menyuluh wajah wajah mutarabbi kita!

Wajah ummah yang hitam pekat dengan kefasadan itu.

Apakah kita mengharapkan kuasa ajaib atau kuasa Aladdin untuk menyempurnakan cita cita kita sebagai duat ini?

Dua yang tidak punya modal besar ini kecuali iman ini?

Modal iman inilah yang sewajibnya kita canai untuk bekerja dan meyempurnakan cita cita kita.

Tiada erti setiap minggu kita menghadiri halaqah dalam proses tarbiyah rasmiyah kita tanpa kita dapat mengaktualisasikan diri kita sebagai nukbah dijalan ini.

Dan untuk menyempurnakan sifat nukbah itu ‘ kemahuan diri’ dan tarbiyah dzatiyah lah yang dapat membina susuk ini.

Ghoyah dan ahdaf kita dah jelas, tetapi jikalah tanpa disiplin diri dalam perjuangan, kita mungkin lebih hina dari seekor semut kerana semut amat berdisiplin dalam kehidupannya.

Bayangkanlah sekiranya kita hidup dizaman Nabi sulaiman dan bersaing dengan semut itu, apakah yang akan dihukum pada Nabi Sulaiamn atas kemalasan kita ini?

Sudah pasti sang Algojo tahu jawapannya!

Memang mendisiplin diri itu pahit. Tapi ianya amat sihat buat diri kita.

Akhi ~ Ukhti

Marilah kita menangis. Memang sewajarnya kita menangis. Jangan pilih waktu untuk menangis kerana kita telah banyak kehilangan kesempatan untuk melaksanakan taklif rabbani ini …

Inilah masanya untuk kita berubah dan mengisafi akan diri yang penuh dengan kepura puraan ini.

Bangunlah akhi … bangunlah ukhti …bangunlah!

Bukalah matamu yang penuh dengan sinaran hidayah itu.

Kita cuma perlukan sedikit sahaja suntikan hamasah ini untuk terus kita gerakan ruh dan tubuh longlai yang sentiasa dipaku oleh dunia dan nafsu ini untuk kita teruskan pelayaran ini.

Jangan kita bertangguh tangguh.

Masa meninggalkan kita dan maut memburu kita.

Jika kita terlewat walau sedetik, takut akan kita sesali sepanjang kehidupan kita diakhirat nanti …

Mari bersamaku …

Aku senantiasa menanti untuk bersama mu …

dan aku ingin kamu benar benar ikhlas bersama ku dijalan ini.

Bukan sekadar membenarkan dengan bibirmu tapi dengan hati mu yang sebenarnya tanpa dzan dan ragu ragu …kerana jalan ini adalah jalan orang yang benar dengan ucapannya dan jalan yang panjang untuk kita lalui dengan proses proses yang tidak kita duga dalamnya!

Semuga kamu semua sentaisa berada dalam pemeliharaanNya.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

6 responses to “Marilah kita menangis …

  1. muharrikdaie January 12, 2011 at 4:22 pm

    Akhi Zul – Insyalah ana dah bertemu guru itu cumanya bukalah guru mursyid torikat yang khusus. Mungkin anta ada cadangan?

  2. zul January 8, 2011 at 5:18 am

    cari lah guru yg mursyhid membimbing anda mngenal guru sebenar guru.

  3. muharrikdaie May 10, 2010 at 7:36 am

    Ibunoor – Terkadang inilah realiti kita bu. Lemah nya kita dan insyallah hidup ni memang kita perlu perkongsian ..kongsi iman dan pengalaman sebagai mukmin yang senantiasa lupa ini agar kita senantiasa dpt memperbaharui tekad kita untk menjadi terbaik …

    Salam buat suami dan semuga Ibu dan keluarga sentiasa dicurahkan rahmat kasih sayang dan keimanan …

    Jazakallah kerana sering memberi semangat pada saya dan doakan saya agar sentiasa mengikhlaskan niat dalam jalan dakwah ini insyaalah.

    Kelana fakir- Akh lama tak ziarah ana. Hilang kemana akh? Semuga anta terus menulis.
    Terima kasih kerana sudi drop by untuk komen. Anta kena doakan ana selalu agar sentiasa ikhlas dan kena doa jugak agar Allah beri ana kekuatan ilham untuk menulis dan beramal serta berdakwah dijalan Allah ini. Terima kasih akh kerana sering menegur ana dan menjadi sahabat dalam alam maya ini. Semuga bertemu lagi.

    • ibunoor May 11, 2010 at 1:22 pm

      Muharrikdaie…

      Salamnya akan disampaikan…Alhamdulillah…dan terima kasih atas doamu ya muharrik.

      Artikel ini kena benar pada ibunoor yang tika imannya barangkali lebih banyak yang menurun wallahua’lam.

      Kata-kata ternyata lebih tajam dari mata pedang.

  4. kelana_faqir May 9, 2010 at 10:10 am

    Salam alaik. sungguh..ana sungguh bersetuju dgn nta.. kita mohon sgala tulisan yg digarab demi dakwah ini tidak menjadi musibah buat kita di akhr sana nanti. dan sungguh segala nasihat dan iktibar mesti ditujukan pada jiwa kita dahulu..jiwa yang faqir..jiwa yang tandus… alhamdulillah, byk tulisan nta sgt mmberi kesan pada ana.. alhamdulillah. teruskn ikhlas dlm menulis. teruskn menulis dengan hati. insyaAllah ia akan meresap dlm hati manusia lain… ingin benar ana bersama2 mereka yang ikhlas dalam dakwah ini… moga Tuhan kabulkan dan tempatkanku bersama mereka…

  5. ibunoor May 7, 2010 at 2:18 am

    Salam muharrikdaie…

    Speechless…just speechless…

    Ya muharrik…what you say is really true… Your writings has touched many of us. Terima kasih kerana untuk kesekian kalinya menggerakkan hati kami yang ada tikanya lemas jerlus ke dalam dan beku.

    We are with you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: