Kokohkan kaki ku dijalan ini


Aku manusia.

Seringkali aku berperang dengan kekeliruan.

Hari demi hari jalan ini aku lewati semakin banyak ku lihat kelemahan aku.

Terkadang aku jual diri ku kepada dunia.

Terkadang aku jual kepada nafsu dan terkadang kepada Syaitan.

Ironinya dimensi kelemahan dalam keimanan dan ibadah ku tidak datang sekaligus! Dan ini  sukar untuk aku mendeteksinya. Sehinggalah saat penurunan hamasahku dan kemalasan amat membebaniku.

Betullah kata Sang Murabbi KH Rahmat bahawa Allah menguji kita diatas titik kelemahan kita.

Kadang kelemahan itu datang seperti ingin membakar kita.

Ingin meluruhkan segala jiwa raga kita sehingga kita terpaksa mengumpul kembali segala kekuatan ruhani kita untuk memetakan kembali kelemahan kita dan membaikinya.

Mungkin ada yang merasakan bahawa mereka akan sentiasa akan selamat berada didalam jamaah kerana serigala tidak akan memakan kambing yang berada dalam gerombolan!

Sebenarnya kita silap!

Kefahaman itu tidak betul.

Jamaah ini hanyalah network kita untuk beramal dan bukanlah tembok untuk menghalang pencerobohan kelemahan dan nafsu serakah kita.

Kita harus bermujahadah dan  berperang dengan nafsu kita sendiri untuk membaiki kualiti iman dan amal itu dan kamu kena ingat bahawa pertanggungjawaban amal kita dihadapan Allah bukanlah bersama jamaah tapi adalah dilakukan oleh kita dihadapan Allah sendiri sendiri.

Benar!

Mushaf Alquran tidak akan terbang kepada kita memperbaiki kelemahan kita tapi kitalah yang harus memperbaiki dzatiyah kita.

Itulah diantara makna tarbiyah diantara banyak maknanya.

Untuk mengharuskan kamu lebih berdaya dan maju terus dengan penuh semangat.

Bukan terus menerus menempel kekuatan kamu pada jamaah, pada murabbi dan pada nostalgia nostalgia lalu diwaktu kamu sedang kuat!

Aku tak kata, kebersamaan dengan jamaah itu tidak perlu dan semestinya kebersamaan itu amat baik dan sewajibnya!

Tapi ada saatnya kita tidak dapat bersama. Dan saat itulah kamu harus mandiri. dan kemandirian itulah sunnahnya.

Itulah yang ku belajar dalam tarbiayh ini dan lebih cerah lagi sewaktu aku berjaulah ke China baru baru ini.

Mengenang kembali betapa Saad Abi Waqqas menjalani hidupnya sebagai da’ie selepas sekian lama menjadi tentera jihad. Malah beliau boleh saja menetap di makkah dan madinah. Beriktiqaf. Bersugi. Bersolah. Baca Quran. Bermulazamah disana dengan ganjaran beribu dan berjuta pahala kerana fadhilatnya.

Tidak kah kita sebagai da’ie ini yang membaca kisah kisah sahabat ini ingin bertanya! Kenapa sahabat sahabat ini tidak begitu? Tidak wafat di kuburan baqi’ dimadinah maupun di ma’la di mekah seperti yang semahunya bagi orang orang awam macam kita ni, yang berbangga kalau dapat mati di mekah atau madinah! Bukan tidak baik tapi disinilah menunjukan jumudnya kita terhadap makna hidup ini!

Tapi para sahabat tidak begitu. Mereka menghayati  tarbiyah. Mereka cinta murabbi mereka meski pun postur tubuh murabbi mereka telah wafat namun murabbi mereka tetap senantiasa membayangi mereka mentautkan kasih mereka. Cinta mereka terhadap murabbi mereka senantiasa hidup dan mengalir dalam amalan amalan mereka!

Mereka terasa maraknya nyalaan dakwah murabbi mereka mendakap hati hati  mereka penuh keghairahan api perjuangan. Iman mereka sentiasa terbaja. Dan mereka mewarisi cinta itu. Mereka mencintai ummah seperti mana Murabbi mereka mencintai ummah ini.

Dan kerehatan serta istilah berhenti telah lama terpadam bersama jahiliyah mereka dahulu!

Buktinya….

Makam mereka bertaburan. Mereka tidak tahu erti berhenti setelah ribuan kali berperang dan berjihad dan bertukar khalifah, malah setelah tiada peperangan mereka buat kerja dakwah sekalipun tidak ada siapa siapa yang memaksa mereka untuk buat kerja itu kecuali cita cita  yang satu hingga  suburnya kecintaan mereka kepada akhirat yang memancutkan iman yang bagai mataair itu.

Mereka rindu untuk bertemu dan berhalaqah denga murabbi mereka SAW ditaman taman syurga yang amat indah itu! ( Bantu aku ya Allah )

Itulah mereka! Tahu mencari makna diri! Noktah bidayahnya. Arti kewujudannya.

Itulah sahabat. Cerita mereka yang meluluhlantakkan perasaan ku tika ini. Dalam hati ku ini. Hatiku yang penuh mazmumah ini. ( Tolong aku ya Allah)

Akhi, ingat! ” Kuntum qaira ummah ~ QS 3: 110 )  kamu ummat terbaik …

Sahabat sahabat adalah umat terbaik ……..

……dan kita juga adalah umat terbaik dizaman kita ( insyaallah ). Dan jika kita terbaik kenapa kita sembunyi diri? Kenapa kita lemah?  Kenapa kita berkira kira dengan deen ini. Bertangguh tangguh dengan amal dakwah ini …

Kadang aku lihat diri ku dan diri kamu juga selalu sangat beralasan akan biah yang ada disekeliling kamu.

Kamu larut dengan biah itu.

Kita daie akhi, seharusnya ada sifat qawammah. Kita yang harus menguasai. Kita yang membawa cahaya dan kitalah yang seharusnya menerangi!

Sepatutnya kita sebagai kader dakwah ini terus menerus memberi makna kehidupan ….

Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah ~ Albanna

Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir ditubuh umat!

Justeru seperti yang ku sebut tadi, jangan mengharapkan Mushaf Alquran terbang sendiri membaiki kita, dan begitu juga untuk menyeru ummah kerana kitalah duat yang akan bertanggungjawab memperbaiki mereka!

Inilah mozaik kehidupan kita dimihwar ini! Harus kita tata menjadi serasi dan harmoni untuk menuju dunia abadi.

Akhi ..

Niatku. Ingin ku buang perasaan ini sekalipun aku tak mampu kerana aku manusia.

Ingin ku buang cinta dunia ini sekalipun aku tak mampu kerana aku manusia ….

Tapi dijalan ini aku sering munajat ingin membuangnya serta ingin ku lupakan bahawa aku seorang manusia. Dan melupakan segala kisah kisah …

Dikaki ku akan kukokohkan untuk melangkah meraih syurga Allah. Di jalan ini ….

man yakhthub al hasnaa, lam yaghull ha al mahru – syair arab

Tak ada yang dianggap mahal bagi pria yang ingin meminang gadis pilihannya!

Kita ingin meminang syurga yang menjadi puncak rangkaian mimpi mimpi kita.

Kita ingin memperoleh redhaNya. CintaNya …yang menyebabkan kemenangan dunia dan akhirat!

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

One response to “Kokohkan kaki ku dijalan ini

  1. abdullah bin ali May 4, 2010 at 6:23 am

    Islam adalah agama yang sempurna. Islam membentuk akhlak terpuji. barangsiapa yang turut Islam tiada siapa yng rugi. Turutlah Islam 100%. Namun mana contohnya?
    Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw tiadak dipeduli. melainkan hamba-hamba yang terpimpin. Hamba yang tinggi darjat takwanya. Insan yang sentiasa hatinya lembut basah ingat kepada mati. kasih akan negara akhirat.

    Benci kepada perkara maksiat. Menjauhi kekufuran, munafik dan kemewahan dunia. Cintanya hanya pada Allah dan Rasulullah saw. Lidah fasih buat menyebut asma Allah yang kodim lagi azali bukan menyebut habuan dunia yang fana.

    Kaki melangkah kerumah Allah bukan berjalan untuk memuaskan hawa nafsu. Minda menghisab dosa dan kefakiran diri bukan difikir untuk menghitung kehebatan dunia.

    Saban waktu masa diisi untuk agama Allah. Bukan kepentingan diri sendiri.

    Orang beriman tahu meletakkan harga akhirat dalam tiap-tiap sesuatu. Bukan memandang sesuatu untuk kepentingan dunia lebih-lebih lagi diri sendiri. Fikiran hanya tertumpu kepada Allah dan perlaksanaan syariat atas dirinya.

    Makan minum bukan lagi untuk bersedap-sedap. Tidur baring bukan untuk berseronak-seronak.Bersiteri beranak bukan lagi untuk berbangga-bangga dan kedudukkan. Harta dicari bukan untuk jadi jutawan. Kebaikan yang dikota, bukan lagi dikata.

    Diperintah seluruh anggota dan urat nadi untuk mengabdi diri kepada Allah. Tiada lagi masa diguna untuk dirinya, semua diberi kepada pemilik sebenar.

    Pakaian dipakai buat melaksana ibadat kepada Allah bukan bermegah-megah meruntuh syariat Nabi s.a.w. Kepala dipakai purdah kerana keimanan yang mengalir dalam jasad bukan lagi diguna untuk perhatian manusia.

    Begitulah jernihnya hamba-hamba yang beruntung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: