jangan pandang ringan


Aku menulis padamu malam ini rengkas sahaja.

Sekadar untuk kamu renungi dirimu dan untuk aku merenungi diri aku yang lemah ini!

Kepada mu aku berpesan.

Pesan ku supaya kamu dapat mendidik jiwamu agar tidak timbul sikap at-tasaahul ( mengambil mudah ).

Jangan ambil mudah hidup ini.

Jangan ambil mudah hari hari yang kamu lalui.

Jangan ambil mudah tarbiyah ini.

Amat bahaya jika itu berlaku.

Aku tahu ada antara kamu yang tidak serius melorongi jalan tarbiyah ini.

Kamu kerap menggunakan perkataan ‘insyallah’ sebagai pelindung diri untuk tidak menghadiri program dan untuk tidak melaku segala tugasan dan arahan.

Memang perkataan ‘Insyaalah ‘ amat dituntut digunakan namun janganlah sampai perkataan mulia dengan kalimah Allah itu menjadi perisai untuk kamu menutupi kefuturan kamu dalam amal islam ini! Kerana aku khuatiri kamu kelak akan terikut ikut dengan sifat nifaq!

Jangan kamu gunakan perkataan boleh jer. Boleh jer atau ok jer ok jer bila ditanya tentang kesanggupan kamu bersama aku dalam perjuangan ini! Pertanyaan aku pada kamu terkadang bukan aku sengaja untuk bertanya tapi adalah untuk memastikan agar hati kamu benar benar bersedia dan ikhlas untuk kita melorongi jalan jalan berliku ini. Pertanyaan aku adalah pertanyaan iman,kerana Iman!

Maknanya jika kamu redha maka kamu redha juga dengan ujian keimanan itu.

Mungkin kamu sebut ok jer ok jer tu waktu iman kamu sedang melangit tapi bagaimana pula waktu iman kamu sedang surut?

Kita harus menyedari bahawa  iman itu boleh bertambah dan berkurang dan hati kamu juga boleh berubah rubah mengikut iman dan jikalah kamu boleh bersama aku waktu iman kamu melangit dan sama sama membantu waktu iman kita luntur alangkah bahgianya kita? Itu sahaja yang ku takuti!

Aku tahu, kamu telah lalui jalan ini dan aku juga begitu namun aku lebih berpengalaman darimu.

Aku pernah lihat orang yang lebih kuat dan lebih tawakkal dari kamu dulu mengucapkan perkataan sama itu tapi apabila bertemu dengan ujian ujian kebersamaan, dia gugur kerana apa yang dia akui waktu dia kuat dulu tidak dapat dipertahanannya!

Kamu tahu kawan, kenapa dia gugur?

Kerana dia mengambil sikap tasaahul itu.

Aku bersyukur jika kamu rela bersama aku. Mengharungi perjalanan panjang ini tapi kamu harus memikirkan lagi keredhaan mu itu kembali agar ianya benar benar datang dari iamn mu sendiri!

Kamu kena ingat kawan,  kita rijal ini amat terdedah kepada bahaya. Dan pengalaman ku dalam jamaah ini, telah ramai aku lihat rijal rijal yang muflis.

Muflis imannya.

Bukan kerana mereka tidak hebat dari segi ilmu dan kedudukan mereka, malah mereka adalah yang keluar dari AlAzhar dengan syahadah dipelbagai bidang tapi itu bukanlah tiket untuk tidak gugur dijalan ini.

Jalan ini bukan jalan untuk orang punya degree atau syahadah atau lain lainnya. Tapi jalan ini adalah jalan iman.

Hanya yang tinggi iman sahaja yang mampu berjalan jauh bersama kafilah ini. Dan iman kita adalah iman yang tonggang terbalik.

Iman yang macam belon.

Yang sentiasa perlu ditiup dan dihembus dengan tarbiyah dan diikat dengan amal amal soleh.

Sebab itu jika kamu tidak serius dengan tarbiyah dan tidak peduli dengan amal soleh, iman kamu akan terhempas kebumi.

Kawan,  iman itu boleh luntur jika tidak dijaga.

Marilah sama sama kita pohon isti’anah pada Allah untuk memperkukuhkan kembali iman itu dengan segala usaha yang kita jalankan.

jumpa lagi

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: