di negara kufur itu


Salam buat semua yang dirindui dijalan ini …

Terima kasih atas doa dan email yang kuterima sewaktu aku diluar negara. Dapat juga sedikit sebanyak merawat kerinduanku yang hampir seminggu tidak menulis di blog ini.

Ikhwah/akhawat fillah …

Jaulah adalah sebahagian dari proses untuk mengembangkan pengalaman kita dan dapat mentarbiyah kita untuk melihat akan kebesaran Allah. Mengajar kita untuk bersyukur. Mengajar kita merasai dan berkongsi kegembiraan dan kesedihan ikhwah kita dinegara yang ditakdirkan untuk mereka melalui kehidupan ini oleh Allah SWT.

Di negara Cina ini banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Kehidupan saudara kita disini  tidak seperti kita.  Bukan mereka inginkan kehidupan begitu. Bukan kerana mereka ingin hidup  miskin dan meminta minta minta tapi mereka ditakdirkan Allah dan diuji dengan kehidupan begini. Dengan segala kekurangan dan kedaifan.

Mereka tidak sebertuah kita!

Segala gala nikmat yang  datang dan dicurahkan Allah kepada kita di Malaysia ini  seolah olah seperti manna dan salwa yang diterima oleh bani israel yang jatuh dari langit.

Tapi mereka tidak! Mereka hidup penuh kedaifan. Daif nya mereka bukan kerana mereka malas seperti kaum kita. Tapi kerana mereka diasingkan. Didiskriminasikan oleh permerintah kufur itu. Tidak lain tidak bukan, kerana mereka Islam. Mereka beriman. Mereka mentauhidkan Allah dan kerana mereka menyintai deen ini.

Namun, mereka tetap berusaha untuk menyambung hidup dengan apa cara sekalipun. Mereka berniaga kecil kecilan. Mereka bertani. Dan tidak dinafikan ramai antara mereka yang terpaksa mengemis diatas ketidak mampuan dan tidak dipedulikan oleh pemerintah.

Mereka terpinggir. Tidak punya tanah. Tidak punya kemahiran. Tiada bantuan seperti kita. Apa lagi bantuan dari negara umat islam yang kaya raya. Pernah kah kita selama hari ini tahu akan kesusahan mereka hidup dinegara komunis itu.?

Negara yang mendeclare kesamarataan tapi hakikatnya memenjarakan mereka dalam kehidupan yang amat sempit. Tanpa pelajaran dan tanpa dipedulikan seperti anak ayam kehilangan ibunya!

Panjang kalau ingin aku ceritakan nasib mereka tapi cukuplah untuk kamu tahu keadaan mereka seperti juga saudara saudara kita dinegara negara yang bencikan deen ini diserata dunia

Sebenarnya aku tidak dapat berkesempatan untuk berbincang dengan mereka dan bertanyakan lebih dalam lagi tentang keadaan mereka disebabkan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Kalau boleh pun hanya boleh menyebut sepatah sepatah. ” you, me, muslim pray’ dan  jadilah aku seperti seorang cowboy yang bercakap dengan seorang apache!

Disini baru aku realize bahawa seorang daie seperti kita seharusnya memperbanyakkan memperlajari bahasa asing supaya mudah untuk kita melaksanakan dakwah ini dimana pun kita pergi.

Mahu tidak mahu jadilah aku seperti ayam dan itik dan sibisu yang bertutur bahasa isyarat berbincang dengan mereka!

Aku malu dengan diri sendiri bila teringatkan Sahabat Rasul Saad Abi Waqqas yang dihantar  oleh Khalifah ketiga Othman bin Affan kenegeri Cina ini untuk mengembangkan Islam dapat sepenuhnya menguasai keadaan ini. Dan beliaulah perintis kepada permulaanTamadun Cina sehingga Cina adalah diantara negara yang ramai nya umat Islam berkat dari usaha dakwah beliau sehingga beliau wafat di Guangzhou Cina.

Inilah contoh seorang daie yang perlu kita ambil ibrah darinya.

Menuju ke Masjid dan Maqam Saad Abi Waqqas

Diluar Maqam Saad Abi Waqqas

Maqam Saad Abi Waqqas RA

Sahabat/sohibah yang dikasihi

Sesungguhnya bumi Allah ini amat luas untuk kita terokai. Dan memang tidak mampu untuk kita jelajahi semuanya. Memadailah sedaya kita kerana yang penting adalah bagaimana kita dapat  menghidupkan ruh perjalanan ini untuk kita membesarkan Allah sebesar besarnya!

Dan untuk kita  menggunakan mata yang tidak dapat dicipta oleh manusia ini melihat kebesaran Allah menciptakan berbagai jenis manusia sehingga kita dapat  mengkerdilkan diri kita ini agar senantiasa tunduk dan patuh dan merasai sifat kehambaan yang sebenarnya dan merasa syukur diatas pemilihan kita sebagai hamba yang beriman dan berjuang mempertahankan deenNya.

Lihatlah! Betapa besarnya negara Cina ini. Betapa laju teknologinya sehingga dijangkakan dalam 10 ke 20 tahun lagi negara ini akan menjadi kuasa besar dunia.

Sewaktu aku berziarah ke Canton fair. Pameran pelbagai barangan terbesar didunia, aku dapat melihat betapa banyak nya produk produk yang tidak pernah terfikirkan oleh manusia hatta Amerika yang telah mendahului teknologi ini terdahulu …

Perjalanan bersama sahabat /sohibah menaiki Metro ke canton fair

Namun akhi, bagi kita sebagai seorang Islam ini, apa lah guna semua itu kalau tidak dijuruskan kepada TAKWA.

Seperti yang kita tahu Islamlah yang telah menjadi perintis kemajuan dunia ini terdahulu dan kemajuan yang telah dibawa oleh Rasul dan khalifah terdahulu tidaklah kosong seperti yang dibawa oleh manusia kufur dan dinegara kufur itu.

Islam maju, moden dan mewah seiring dengan takwanya. Seiring dengan akhlak umatnya sehingga ianya membawa ketenangan kepada dunia dan keamanan yang dirasai oleh seluruh jagat hatta seluruh kehidupan yang hidup dimayapada ini kerana kita dipandu oleh wahyu Illahi!

Tapi dinegara kufur ini, semakin mereka maju semakin mereka hilang kemanusiaan dan mereka hilang arah sebagai seorang manusia.

Di satu perjalanan menuju sebuah restoran aku dapat melihat bagaimana mereka menyedut otak seekor kera yang hidup yang dituang arak diatas kepalanya.

Mereka menyembelih buaya dan membuat sop kepalanya dan aku tidak dibenarkan mengambil gambar didalam restoran eksotik itu sewaktu mereka melahap otak monyet dan menelan anak tikus yang masih merah bersama arak! Yeiak!!

bahagian ekor buaya yg telah dipotong

Inilah kehidupan mereka. Melahap apa saja yang ingin dirasa teringin oleh nafsu mereka. Tidak mengira jenis sehingga melanggar adab sebagai seorang manusia kerana mereka kufur dan telah dibutakan oleh Allah.

Tidakkah kita bersyukur akhi?

Allah paut kita sebelum terjerumus kejurang neraka dengan memberi takwa untuk mengawal hidup kita dalam semua keadaan sehingga kita dikurniakan jamaah untuk diproses melalui aqidah yang jelas ini sehingga kita menjadi muslim. Menjadi mukmin yang menuju Takwa

lalu kita dapat membezakan antara putih dan hitam kehidupan ini.

Hingga kita boleh membezakan harta yang berguna dan sebaliknya dan membuat yang makruf dan menolak yang mungkar!

Akhi Muslim

Jadilah kita hamba. Hamba yang dapat dimenfaatkan kerana Islam ingin menumpang kita untuk bernafas dibumi ini. Jika kita tidak dapat menjadi muslim yang bertakwa, Islam tidak dapat menumpang kita. Islam tidak dapat hidup dan tidak dapat bernyawa dan kita akan dipersoalkan nanti.

Sungai ditengah bandar Guangzhou diwaktu malam

Jaulah ini memberi seribu arti bagi ku. Arti sebuah kehidupan. Arti sebagai seorang islam. Arti sebagai seorang beriman dan Arti sebagai seorang dai’e seperti Saad abi Waqqas yang hampir kesemua perang bersama Rasul disertainya dan kemudian setelah terbina nya Islam beliau terus berjuang dengan merantau dan berkelana sebagai seorang pendakwah yang tidak pernah ingat akan kampung halaman demi deen ini kerana bagi beliau Akhiratlah kampung halaman yang paling abadi dalam hidupnya sehingga beliau disemadikan di Guangzhou ini bersama tiga sahabat yang lain demi deen ini.

Akhi …

Bersemangatlah!

Bina semangat mu! Bina syaksiyah mu. Bina dakwah mu! kerana semua ini akan kita persembahkan kepada Allah diakhirat nanti ……

Perjalanan ini amat jauh akhi.

Nun jauh disana ……….tiada penghujungnya.

Tiada siapa dapat meneka. Tiada siapa dapat menghurainya dan berapa lama perjalanannya ..

Aku berhenti disini ………


Jumpa lagi dilain kesempatan ………doakan aku Thabat diatas jalan dakwah ini menyusuri kafilah dakwah yang semakin laju meninggalkan kita …..

Wallahuaklam.

الفقير إلى الله

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

6 responses to “di negara kufur itu

  1. muharrikdaie May 10, 2010 at 7:22 am

    Ibunoor ~ terima kasih berziarah lagi. Oh saya ada cuba resepi yang Ibu catitkan dalam blog terutama resepi kari tu …bestlah! Tapi taklah saya bagi orang lain rasa. Cuma tekak saya jer lah. Saya buat kari kepala Ikan merah. Terangkat rasanya. Kalau boleh lah Bu …tolong bagi resepi nak buat Pizza. Sebab saya minat kat Pizza. Kat Pizza Hut tu dia orang taruh sikit jer lauk lauk diatas tu …….rasanya kalau saya boleh buat saya nak taruh banyak bayak bahan kat atas tu. Biar puas sikit! Terima kasih Bu kerana sering berziarah dan memberi saya semangat untuk menulis …

    Alif ~ Thanks aliF, sudi jenguk blog yang tak berapa famous ni ….jangan jemu untuk menjenguk dan insyaalah saya akan update selalu insyaalah kalau diberi ilham oleh Allah!

    • ibunoor May 11, 2010 at 1:15 pm

      Salam muharrikdaie…

      Alhamdulillah…dah mencuba dan menyukainya…Resipi ibunoor tidaklah sehebat resipi-resipi orang lain, cumanya kami sekeluarga amat terbiasa dengan manjamah makanan yang dimasak sendiri di rumah. Antara air tangan ibunoor yang amat digemari suami…kari itulah juga. Bak katamu muharrik…”sedap hanya di tekak kami sahajalah”. Yang penting ada ‘sentimental value’ dalam setiap masakan yang dimasak sendiri di rumah. Bagai ‘signature dish’ dari ibunoor.

      Rajin daie ini masuk ke dapur dan memasak rupanya…alhamdulillah. Jika ditelitikan, ada 2 jenis masakan berunsurkan kari yang ibunoor paparkan di dalam blog; yang satunya kari ayam dan yang satu lagi kari daging cincang. Terdapat sedikit kelainan antara kedua-dua resepi tersebut. Kari kepala ikan merah muharrikdaie itu telah mengimprovisasikan resipi ibunoor…bagus bereksperimentasi sendiri. InsyaAllah resipi untuk kari ikan (yang juga sedikit lain dari kari ayam dan daging cincang) akan ibunoor paparkan dalam beberapa minggu lagi insyaAllah.

      Tentang pizza pula, ibunoor belum pernah lagi buat sendiri…memang teringin tapi belum ada kelengkapan yang mencukupi. Barangkali resepi orang lain lebih sedap tak muharrikdaie? Jika ibunoor mencubanya, insyaAllah akan dikongsikan di dalam blog nanti.

      Daie pun kena makan makanan yang sedap, seimbang dan yang penting HALAL lagi bersih.Lebih baik masak sendiri, menjimatkan dan membahagiakan. Yang penting sihat tubuh badan selain berkat. Teruskan usahamu untuk menggerakkan jiwa-jiwa ya muharrik.

  2. muharrikdaie April 27, 2010 at 7:08 am

    Tak hebatlah bu! Pergi china jer. Bukan pergi syurga. Hehheh ( maaf gurau ) Memang every year saya kena travel overseas. Paling kurang 3 kali untuk menziarahi sahabat2 disana disamping nak cari projek berniaga untuk jamaah. Sebab program dakwah jamaah saya memerlukan banyak keewangan untuk program program dakwah dan tarbiyah. misi Palestine dan bencana alam. Jadi kami harus cari duit banyak banyak untuk menampung keperluan ini. Insyaalah kalau lulus ujian fizikal dan ujian ujian lain dalam pemilihan ke misi GAZA ni, saya akan pergi ke GAZA.Bestkan bu?

    Terima kasih sering bagi semagat kat saya.
    jazakallah jaza’
    MD

    • ibunoor April 27, 2010 at 9:41 pm

      Salam ziarah lagi ya muharrikdaie…

      Antara impian ibunoor juga…adalah untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestine…apatah lagi ke Gaza…suatu hari nanti insyaAllah. Sememangnya teringin untuk menyumbang kudrat dan apa yang termampu…Buat waktu ini, hanya doa yang sempat dikirimkan buat bekalan kepada saudara-saudara di sana.

      Semoga misi dakwahmu dipermudahkan Allah selalu dan tentunya cabaran-cabaran yang mendatang akan ada terkesan manisnya di akhirat sana. Semoga muharrik tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan dapat bertamu di Syurga sana…

      By the way MD,really love to see the tulips in your photos. Subhanallah… it’s beautiful!

      • Alif April 28, 2010 at 12:44 am

        salam ustaz!

        wah! bersemangat saya dengar! misi palestin AqsaSyarif ke? mantop lah! moga terpilih ! aduh! semakin cemburu dengan semangat perjuangan mu morobbi!

        p/s: ibunoor .. sama lah! namun perjuangan disini lebih membutuhkan diri..ya teringat kata-kata wasiat ni ..

        “Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini,kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat).

        Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang..” as-Sayyid Qutb rahimahullah.

        tak kira dimana kita adalah mata-mata rantai itu !

        wallahualam

  3. ibunoor April 21, 2010 at 3:48 pm

    Salam ukhuwwah ya muharrikdaie…

    Hebatnya anda ya muharrik…sampai ke China kembara dakwahmu. Alhamdulillah…masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama anda merasai dan cuba menyelami inti perjalanan tersebut.

    Walau susah di sana…iman tetap dijulang dan pasti ikhtiar tidak lepas selagi hayat dikandung badan. Subhanallah…

    Jauh lagi hamparan mahligai hakiki untuk kita kecapi rupanya… Sama-sama kita doakan agar ditetapkan jejak kita di bumi walau tercapai bintang sekalipun.

    Kembaralah kita mencari redhaNYA…insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: