yang berlalu itu


Waktu sangat lambat bagi orang yang menanti

sangat cepat bagi orang yang merasa cemas

sangat panjang bagi orang yang berduka cita

sangat pendek bagi orang yang bersuka cita

dan …

abadi bagi orang yang mencinta …

Itulah waktu yang dikurniakan bagi kita setelah diulit perasaan. Waktu menjadi penentu kehidupan ini. Dan waktu juga mengiringi takdir kita.

Akhi

Gunakanlah waktu ini untuk kita menyediakan sayap sayap yang kuat agar kita dapat terbang tinggi dijalan dakwah ini. Sehingga kita mampu melihat dari ketinggian makna makna cinta kita yang menerangi ruh ruh kita dengan cahaya perasaan yang indah terhadap Allah.

Lupakanlah waktu lalu itu.

Lupakanlah janji dia yang ingin bersama dijalan ini yang palsu  itu yang hanya sekadar getaran dusta yang dibaca oleh radar perasaan nya itu sekadar untuk memainkan perasaanmu …

Bait bait janji dan cita cita manusia yang berasaskan semangat sementara …

yang akhirnya berkubur dalam sepi  …

Kamu perlu kekuatan untuk terus hidup.

Kekuatan itu hanya ada pada jalan ini. Jalan dakwah ini yang akan memimpin mu kesyurga Allah. Jangan kamu tolak jalan yang ku serukan ini pada mu.

Memang akhi, aku tahu kamu tidak akan merasa nikmat diawal perjalanan ini. Kamu akan rasa letih dan tidak puas dengan apa yang kamu dapati dijalan ini ….

Mengenal jalan dakwah ini seperti kamu mengenal lukisan.

Benarlah kata picasso tentang lukisan …

Apabila lukisan belum dapat memuaskan seorang pun hingga sekarang, itu dikeranakan mereka belum mengenal seni lukis. Kelak akan datang satu hari dimana orang orang akan tahu nilai lukisan ~ Picasso

Begitulah dengan dakwah.

Kamu akan mengenali dan menilainya apabila kamu bersama denganya dalam jangkamasa yang lama. Kesabaran amat penting untuk mengenali dakwah ini dan mencintainya. Jika terburu buru kamu akan kecewa dengan hasilnya. Kerana dakwah ini adalah seni dan kelazatannya menyorok dalam kesamaran warna warninya.

Yakinlah …

Dan aku yakin dijalan dakwah ini juga kamu akan bertemu dengan ujian ujian seperti yang telah dilalui oleh duat terdahulu.

Kamu akan diuji dengan masamu untuk menghadiri program program tarbiyah.

Kamu akan diuji dengan wang ringgitmu untuk infaq.

Kamu akan diuji oleh pekerjaanmu.

Kamu akan diuji oleh wanita solehah yang akan mengecewakanmu.

Kamu akan diuji oleh keluarga yang tidak redha akan penglibatanmu.

……….dan pelbagai ujian lagi.

Jangan kamu kecewa kerana ujian itulah nanti akan mematangkan kamu dan ujian itu sebenarnya adalah dalam kerangka iman yang akan menyucikan dosa dosa mu kiranya kamu bersabar.

Akhi teruskan perjalanan …

Lupakanlah janji dan penantian itu kerana akan merusakan ruhiyahmu. Biarlah yang berlalu dalam hidup mu itu berlalu kerana fajar itu akan terbit jua meskipun ribut taufan menutupinya …

wallahuaklam

muharrikdaie


One response to “yang berlalu itu

  1. abdullah bin ali April 10, 2010 at 10:22 pm

    Ketahuilah ujian tidak akan putus selagi roh tidak bercerai dari jasad.

    Ada ujian diutus oleh Allah melalui bala. Namun ujian yang paling getir adalah disebalik nikmat. Dalam mencari kebaikan kadang-kadang dihidang dengan ujian kejahatan. Dalam lalai nafsu mengambil alih tugas sabar berserta syaitan gopoh. Membahagi-bahagi hati sanubari supaya jadi keliru.

    Alahai seninya kebenaran ini, kebenaran yang disempurnakan oleh baginda mulia Nabi Muhammad s.a.w. Cuma menggamit jiwa-jiwa umatnya yang bersatu untuk meneruskan cita-cita yang satu ini. Inilah cinta sejati lagi hakiki. Cinta dan kasih kepada ujian, kerana disana ada rahsia yang tidak pernah padam bagi seorang pejuang, hinggalah saat detik pertemuan yang paling manis iaitu syahid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: