perjalanan ini


Salam

sahabat setia ku diblog ini.

Seminggu aku akan berjaulah ke China. Doakan perjalanan aku. Aku akan kesunyian tidak dapat melihat di~feedjet bendera bendera pelbagai negara menziarahi blogku.

Kamulah semua sahabat sahabat ku yang mengisi malam malam sunyiku. Kamulah semua yang mendorong aku untuk terus menulis walau kehadiran mu tanpa suara. Tanpa komen dan tanpa kukenali. Namun kehadiran kamu sudah cukup menyeret aku kepada kerinduan ….biarpun rindu sebenar ku telah berkubur dalam penantian ini!

Kawan

Perjalanan kita masih lagi jauh. Berjalanlah dengan penuh iradah agar misi kita mencapai tujuan yang diinginkan. Kerana bagi kita sebagai daie ini sudah lewat waktu untuk tidur. Tak ada istirehat dijalan ini sampai kita bisa menjejakan kaki disyurga. Inilah semangat yang perlu kita titipkan agar kita tidak terlalai dan leka.

Kita seharusnya menanamkan iradah ini agar dapat kita takluki hati kita yang rakus dengan dunia ini agar ianya dapat menyedut manisnya iman setelah kita disiram tarbiyah yang berterusan.

Mari kuatkan keyakinan atas kebenaran jalan ini. Keyakinan yang mengarah kepada perubahan.

Kita adalah pemain dalam hidup ini. Kita yang menentukan arahnya. Jika kita futur, kitalah yang memulakan kefuturannya. Kelemahan dan ketidakberdayaan kita adalah  kerana kitalah yang menghendakinya menjadi lemah dan tidak berdaya.

Hidup kita kawan, amat perlu kepada kekuatan kesabaran dan kesabaran perlu kekuatan untuk berlawan.

Perlawanan dengan dunia dan nafsu ini amat memerlukan keimanan yang mapan. Dan kesabaran yang disirami iman inilah yang akan membuat kita menjadi kuat, aktif dan dinamis hingga tidak boleh digugat oleh apa pun diperjalanan ini.

Kesabaran kawan, tidak pernah ada dengan mimpi, angan angan dan harapan kecuali berdindingkan iradah kemahuan yang kuat untuk memunculkan hubungan yang kuat dan dekat denganNya.

Kawan

perjalanan hitam kita telah berlalu. jahiliyah telah lama kita tinggalkan. Sejarah pahit telah menjadi sejarah. Cahaya telah memasuki relung hati dan jiwa kita namun jangan lupa bahawa perjalanan hitam itu boleh saja datang dalam kehidupan kita kembali jika kita tidak hati hati …jika kita mencari kemuliaan selain islam. Jika kita mencari jalan penyelesaian selain islam ….

Justeru itu kita kena selalu bicara dengan hati. Kerana hati itu cepat lalai. Selalu bertanya pada hati tentang iman. apakah kondisinya sekarang? Kerana perjalanan iman tidak boleh kita biarkan tanpa pemanduan kerana ianya selalu diombang ambing oleh keadaan hingga merencatkan keyakinan.

Kawan

aku tahu terkadang ada masa masanya jiwa kita lemah. Memang lemah. Aku juga lemah seperti kamu sehingga ada masa tarbiyah tidak lansung membekas pada hati. Beramal pun tidak sehangat seperti selalunya. Alquran yang sentiasa mengetuk kita pun sudah tidak kita rasa ketukannya. Jangan pedulikan. Teruskan perjalanan kerana itu adalah silauan syaitan untuk melemahkan. Lawan dan terus lawan ….

Permisi dulu. Hingga ketemu lagi seminggu dari sekarang jika dipanjangkan usia. Doakan perjalanan ku. Perjalanan bertemu ikhwah ikhwah kita disana. Pertemuan untuk aku berkongsi cerita. Pertemuan untuk menyambungkan tali Allah ini yang mudah2an akan memenangkan islam suatu hari nanti.

Maaf silap dan salah.

Muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

4 responses to “perjalanan ini

  1. muharrikdaie April 27, 2010 at 6:52 am

    terima kasih atas doa kalian bertiga!

  2. Airina Nisrin April 12, 2010 at 6:55 am

    salam..
    semoga dipermudahkan segalanya..
    amin…

    moga selamat pergi & kembali..
    teruskan menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa !!

  3. Hussaini April 11, 2010 at 11:09 pm

    Salam ya akhi

    Semoga dipermudahkan urusan. Semoga kita ketemu lagi. Tidak di dunia, akhirat di syurga insya-Allah.

  4. abdullah bin ali April 11, 2010 at 10:12 pm

    Selamat bermusafir dan selamat menimba ilmu yang sangat berguna. Luas perjalanan luas pengalaman. Mudah2an dapat dikongsi dengan kami yang tidak diberi kesempatan.

    Inilah ujian yang sangat tinggi. Ujian ketika diberi nikmat. Nikmat merasa dan menonton kejadian Allah. Apakah kehebatan itu dapat dilihat oleh mata atau dirasai oleh hati? Inilah penghidupan yang menagih kekuatan yang dicari-cari.

    Disini terletaknya peratus keimanan yang disebut-sebut oleh lidah perkataan. Iman adalah satu kedudukkan yang mendukung roh tuannya. Diterjemah pada lidah perbuatan samada bermodelkan akhlak Nabi s.a.w. atau sebaliknya. Bertindak mengikut sendi syariat yang berterusan dimana bumi dipijak dan langit dijunjung.

    Disitulah terbuktinya samada bocor atau mulia keimanan seseorang. Lebih-lebih lagi dalam situasi perjalanan jauh. Jauh dari segala-galanya. Jauh dari kampung halaman. Jauh dari ibubapa dan anak isteri. Jauh hingga akhirnya hilang dari radar kebenaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: