suara jiwa


Adik adikku yang masih istiqamah dijalan ini  ….

Ingatlah Sofyan Ats Tsauri pernah berkata ‘ Allahumma Arrini nafsi ” ~ Ya Allah kenalkanlah aku dengan jiwa ku.

Jiwa kita sebenarnya banyak menyimpan rahsia. Misteri jiwa kita memang sukar untuk kita kenali ….

Kadang suara jiwa aku berkata ” sampai bila aku harus hidup begini?”

Menyusuri hari hari yang tidak langsung ada ruang untuk aku melepas kan nafas nafas kerehatan!

Dan memang tidak sepatutnya soalan itu bergema bagi seorang yang beriman dan mengenali jalan ini …

Tapi itulah nafsu, sentiasa membisik pada hati kita untuk memadamkan semangat kita dijalan ini! Mempersoalkan sesuatu yang tidak sepatutnya kita soal sebagai seorang hamba kerana kita tahu orang yang menempuh jalan menuju Allah tidak punya kewajipan apa pun, selain menunaikan taklif rabbani ini dengan sempurna dengan mencurahkan segala kemampuan yang dimiliki dan menyerahkan segala urusan kepada Allah dengan penuh ketenangan dan thiqah kepada diri.

Memang hidup mati seorang da’ie itu untuk Allah, walau sesekali kemanusiaan nya amat mengingini sesuatu  berbentuk dunia tapi titik iman itu selalu menghalang  keinginannya kerana disitulah tapisan untuk memurnikan perjuangannya sekalipun ia harus menanggung beban yang berat.

Memang sukar untuk kita bermujahadah kecuali jika  iman telah menguasai, mengepung dan menjerut kita.

Kita tahu bahawa mujahadah adalah sesuatu yang dibenci manusia kerana bercanggah dengan nafsu.

Sebut! Apa saja berbentuk dunia! Pasti sukar untuk kita meninggalkannya kecuali kita telah hadam dengan tarbiyah dan mujahadah dijalan ini.

Di proses dan ditempa selumat lumatnya dengan iman  sehingga menjadi tepung yang boleh dimenfaatkan.

Menempuh jalan dakwah bukan sesuatu yang senang seperti senang aku yang menulis diblog ini.

Melazimkan tarbiyah didalam diri juga bukanlah sesuatu mudah, semudah ABC untuk meraih kelembutan hati untuk mencintai perjuangan ini.

Mampukah kita menjaga malam dengan siang seperti pengembala menjaga  kambingnya?

Mampukah kita merindukan terbenamnya matahari ( malam ) untuk melempias rindu kita pada Tuhan  seperti  burung merindukan sarangnya?

Itulah dia amalan para pejuang dan para daie terdahulu yang merintis jalan ini! Hingga mereka kuat dan tegar mengisi perjuangan ini dengan penuh iltizam!

Tidak sabar mereka yang kalau boleh mereka ingin mengait matahari itu supaya cepat terbenam agar datangnya malam supaya mereka dapat berkhalwat dengan Allah diwaktu sunyi!

Itulah peribadi mereka.

Bila sang mentari telah tenggelam mereka berlumba lumba mengisi malam itu dengan tangis dan sedu berubudiyah kepadaNya!

Seolah bertemu kekasihnya yang dirindui yang selama ini hanya berutus hati dialam ghaib. Mereka bertemu cinta disitu …

Cinta ghaib yang hati kehati sahaja yang merasai suka dan dukanya …

Dalam nikmat dan indahnya malam malam mereka, mereka  curahkan hati hati mereka yang telah dibasuh itu untuk mengisi masuliyah mereka, membasahi hati hati manusia lain yang kekeringan … mengetuk pintu pintu malas dan futur mutarabbi mutarbbi mereka …

Sehingga daie daie itu hilang letihnya walau sambung menyambung perjalanan yang tiada ujung …

Terkadang dalam kelesuan disepertiga malam itu juga  jiwa mereka menjerit. Kadang meratap. Kadang menangis. Kadang berdiri. Kadang rukuk. Kadang sujud dan terkadang bersimpuh semata mengharapkan bantuan Allah datang untuk membantu hari hari mereka diatas perjuangan suci ini.

Mereka paksa diri mereka menjadi abid, menjadi seperti Ibrahim Idham, seorang wali Allah meski pun badan mereka kaku dan lesu kerana tidak mampu kerana teramat letih namun mereka gagahi jua hingga terkadang mereka tersungkur diharibaan Allah diwaktu sujud kerana terlalu keletihan dan kantuk. Justru disitulah berakhir usaha dan kemampuan mereka untuk mereka buktikan dihadapan Allah jiddiyah mereka terhadap hidup ini dan disitulah mereka rasai kemanisan sebagai seorang hamba.

Membakar diri mereka dengan api cinta. Cinta yang tiada dua. Cinta yang tidak sepi seperti cinta seorang manusia yang diharapkan!

Semua yang mereka lakukan itu adalah semata untuk mengagungkan Allah dan untuk meraih cintaNya lantas cinta kepada Allah itu memang tidak sia sia kerana hati mereka dicurahkan nuurNya hingga mereka terus melangkah dan melangkah diperjalanan ini seolah olah mereka melihat lambaian bidadari surga.

Bebanan dakwah yang mereka junjung terasa ringan seolah olah  Allah zahirkan  wajahNya pada mereka.

Mampukah kita begitu?

Mengendong seperti yang dikendong oleh mereka!

Mereka bukan hanya seorang daie kerana ada saatnya mereka murabbi.  Ada saatnya mereka seorang sufi kerana  mereka mendidik, bergerak, berdakwah dan bercinta dengan Allah.

Merekalah Murabbi Daie yang sufi yang boleh menyejuk akan hati hati ummah ini bila melihat wajah dan syaksiyah mereka.

Begitulah mereka menghayati tarbiyah …

Tarbiyah yang bukan hanya cakap kosong atau pengisian kosong atau hanya hadir untuk menulis di note book waktu program … tapi mereka senantiasa mengulangi proses itu …

Sebab itu kita kena melalui proses pengulangan.

Ulang dan ulang supaya kita faham. Supaya kita tidak menganggap usrah adalah perkara juziyah dalam hidup kita.

Usrah bukanlah Juziyah. Bukan aktiviti dan bukan juga satu silibus seperti diuniversiti yang dibahagikan kepada beberapa semester  dan ada graduation day nya.

Usrah bukan hanya untuk past time. Untuk kill time atau hanya untuk bersocial sahaja tapi usrah adalah jalan kesyurga.

Jalan untuk kita menghadapi kehidupan mendatang yang tiada angka untuk menghitungnya …

Usrah memang tidak ada penghujung, selagi nadi berdenyut. Selagi bumi berputar. Selagi terbitnya matahari dan selagi senyumnya bulan kerana usrah adalah satu sistem yang dibuat Rasul melalui wahyu semata mata  untuk ubudiyah kepada Allah.

Ya! Usrah bukan aktiviti tapi ubudiyah. Yang mendekatkan manusia kepada Allah. Yang membuka jalan dan pintu pintu amal kepada kita untuk  bekerja kepada deen ini.

Justeru itu usrah tidak boleh kita abaikan begitu sahaja dalam hidup ini kerana ianya adalah sistem tarbiyah islamiyah fardhiyah yang bila kita tinggal seolah olah kita mengenepikan ianya sebagai satu deen kerana  disinilah  ijad rakaiz islam dibentuk sehingga terdaulatnya daulah yang pertama!

Aku tahu ada dikalangan kamu yang muak bila aku bercerita pasal usrah sebab kamu rasa kamu telah jazam pada nya! Sebab kamu rasa kamu dan terbiasa dengannya sehingga Usrah dah menjadi rutin dan adat!

Tapi ingat! Usrah itu tidak sampai kekemuncaknya jika kamu tidak nampak Allah!

Nampak Allah maksudku adalah kamu dah tak nampak lagi hidup mu kecuali Allah ….

Ikhwah muslim …

Disinilah jiwaku telah sebati dengan tarbyah ini. Turun naik iman ku bergantung sejauh mana aku masukkan penghayatan  dalam  menjalani hidup sebagai seorang daie.

Disinilah jiwa ku bersuara untuk menegurmu tentang alfahmu tentang usrah dan tarbiyah ini kerana aku banyak melihat, semakin lama kamu ditarbiyah semakin kosong jiwa jiwa mu dan adakala kamu tidak meningkat potesi diri apa lagi untuk membuang rawasib rawasib jahiliyah dalam diri mu.

Masih lagi futur. Masih lagi mencintai dunia. Masih lagi banyak membuang waktu. Masih lagi tidur dijauh malam dan tidak mampu bertahajjud dan berdoa serta munajat pada Allah. Masih lagi boleh ketawa berdekah dekah seolah olah kamu telah dijamin syurga oleh Allah!

Inikah sifat pejuang islam.

Inikah sifat srikandi islam yang bertudung labuh dizahir tapi membuka aurat dihati?

Inikah hakikat tarbiyah yang kamu pelajari bertahun tahun. Membuka lembaran2 sirah. Menghayati tulisan tulisan Sayyid Qutb dan AlBanna sehingga bengkak kepala mu dengan ilmu. Dengan fikrah tapi hasil ruhiyah mu sepi. Sesepi  gua yang tidak dihuni!

Usrah itu bukan untuk kamu menadah kitab atau mengumpul ilmu dan perbincangan kosong tapi adalah untuk memcahkan fikiran mu yang semu itu untuk berfikir tentang kerja dakwah yang teramat banyak ini!

Alfahmu bukanlah dengan kamu mengulangi bacaannya sehingga kamu hafal bait bait nya. alfahmu itu adalah apabila kamu turun kegelanggang dakwah ini untuk bekerja dan itulah faham yang sebenarnya.

Ingatlah!

Jangan kamu tersilau dengan silauan usrah dan tarbiyah hanya pada juzu’ juzu’nya sahaja kerana usrah bukan hanya berukuhuwah.  Atau pertemuan pertemuan airmata atau pelukan pelukan perpisahan tapi Usrah adalah satu package untuk kamu iltizam dan intizam dengan deen ini dan hakikat alfahmu kepada Usrah ini berakhir dengan kamu nampak Allah dan tidak nampak selainNya dan inilah keaslian perjalanan usrah itu ….

wallahuaklam.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

2 responses to “suara jiwa

  1. akhawat masnah February 23, 2011 at 1:34 pm

    syukron akh…
    ana berterima kasih atas peringatan enta…
    fa iza faroghta fansob…mmg Allah nak kita terus bekerja dan bekerja…
    moga istiqamah akh…

  2. growingyourthought April 10, 2010 at 12:48 pm

    Alhamdulillah.. jazakallah!

    amat penting untuk menyuntik al-fahmu pada anak-anak binaan…begitu juga dirinya sang murobbi itu yang menjadi qudwah kepada mutarobbinya.

    teruskan menulis dan saling mengingati…kerana perjalanan ini panjang…lambat dan berduri..

    wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: