namun ku punya hati


Terkadang kita nak simpan juga.

Nak simpan kisah kisah kita.

Memang kita malu nak cerita perasaan kita dan impian kita.

Tapi bila ianya lama dalam hati dan tak ada tempat nak luahkan, bloglah jadi tong sampahnya!

Lazimnya bila kita cerita dan minta nasihat adik beradik dan kawan kawan, macam macamlah persepsi mereka  dan opinion yang tidak bertepatan dengan kehendak jalan ini …

Kita pun ada hati jugak. Ada feeling. Ada naluri dan ada cita cita yang jauh ….

Pendek kata bukan boleh cekup macam tu saja …

Setuju aje pilihan mereka.

” Terima jer akhi, kemudian anta tarbiyahlah!” Itulah suara suara sumbang yang nak mudah menyelesaikan masaalah!

Seolah olah kita ni superpower yang boleh mengubah manusia!

Ada juga kawan kawan yang melazer kita dalam gurau.

“Akhawat yang hebat itupun nak cari yang hebat jugak. Tak kan nak cari macam anta. Anta siapa? Bukan nya klon Hasan AlBanna atau sekurang kurangnya sehebat mas’ul kita! Nak berhenti kerja dan nak buat kerja full time kerja membantu jamaah pun tak sanggup nak korban!  camaner nak jumpa yang akhawat yang hebat hebat dijalan dakwah ni!

Memang betul kata kawan kawan. Tapi itu saja lah kemampuan yang kita ada masa ni untuk membantu kerja kerja islam ni walau pun kita masih tak mampu lagi nak berhenti kerja diatas sebab sebab tertentu! Memang kekadang orang tak tahu masaalah kita. Dengan komitmen kita yang banyak!

Mau tidak mahu kita kena rendam juga perasaan kita dalam kolam airmata.

Biar dia basah dan lemas disitu. Biarlah perasaan itu meluluh lantakkan hidup ini.

Sebenarnya apa yang kita impikan dijalanan hidup ini bukanlah perkara asing tapi adalah sebahagian kehidupan yang juga dilalui oleh pendakwah lain jugak. Tapi bila kita curahkan pada mereka, mereka selalu mengaitkan kita dengan perkara yang negatif.

Kadang kita pelik. Kenapalah orang  suka label kita cam ni?

Tak kesiankah mereka pada kita!

Kita bukanlah terlalu ideal.

Kita bukanlah orang yang memilih sangat.

Tak ada pakage pun tak apa.

Sebab kita pun kenal akan diri kita ini yang  tak perfect serta serba serbi kekurangan dan penuh kedaifan ini. Apa yang penting ialah biarlah ” orang itu” sanggup bersama kita dijalan ini sampai kepenghujungnya tanpa rungutan dan ungkitan.

Kita nak bina hidup bersama orang yang faham!

Nak faham bahawa jika dia hidup dengan kita, kehidupan dan masanya bukan keseluruhannya untuk kita dan  keseluruhan kehidupan dan masa kita juga bukan untuk dia.

Kita tak nak bila kita bersama dengan dia nanti, dia banyak bazirkan masa untuk kita dan begitu juga  kita untuknya. Hingga kita jadi futur dan lemah kerana asyik “bersidai” dirumah melayan kerenah dia saja.

Itulah saja kriterianya dan kita pun cuba sedaya upaya untuk bina kriteria yang serupa macam tu agar sekupu supaya ” sifir cinta ‘ itu tidak salah hitungannya dan seimbang dengan diri dan kemampuan kita sebagai da’ie kerdil ini!

Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang mempunyai kekuatan dalam banyak perkara dan bersikap jujur malah dipercayai agamanya dan perjuangannya.

Ia menjadi satu peringatan kepada mana-mana lelaki yang ingin mendapat teman yang baik, maka seharusnya melengkapkan diri dengan kebaikan terlebih dahulu.

Kita jangan hanya mengharapkan teman yang baik sedangkan kita sendiri bukanlah orang-orang yang sebegitu ….

Apa yang penting kita nak bina hidup masa depan dengan orang yang benar benar sejiwa dengan kita.

Yang boleh bantu iman kita. Bantu melonjakan amal kita yang lemah ini. Mempunyai persamaan cita cita.Yang cinta kan akhirat. Sanggup susah senang. Berkongsi rasa dan perjuangan.

Sanggup berbagi kasih dengan mutarabbi kita!

Sanggup berpisah lama lama demi dakwah dan perjuangan. Sanggup makan apa yang ada. Sanggup mendidik anak dengan cara Islam dan sanggup mengambil dunia seadanya dan berbagai susah payah lagi.

Masih ingat kata-kata Mustafa Masyhur kepada bakal isterinya?

Aku ingin mengawinimu tetapi haruslah engkau maklum bahawa aku telah berkahwin. Perempuan itu tersentak lalu bertanya siapakah isterinya.

Mustafa Masyhur bingkas menjawab: Bakal madumu adalah perjuangan.

Kita nak bina keluarga ini bukan hanya sekadar disini tapi nak bina hidup hingga akhirat. Sebab tu kita memilih!

Berhati hati dan tak main cekup sahaja. Walaupun ramai yang boleh kita pilih dalam jamaah ini tapi tak semestinya semua sanggup bersama dan bertahan dijalan yang sukar ini nanti.

Ramai yang kita tengok tak serius dengan dakwah ni. Masih bermain main dan tak bersungguh dengan tarbiyah!

Kalau tak bersungguh2 dengan diri sendiri  dengan tarbiyah yang di lalui sekarang ini bagaimana harus nak mentarbiyah anak anak dan  keluarga  serta memabantu kita yang hidup penuh dengan mehnah ujian ini yang dua kali ganda lebih besar?

Suamiku, aku tidak mengharapkan harta yang melimpah ruah dari mu dan kekayaan yang akan menyenangkan kehidupan duniawiku cukuplah asalkan engkau memberi keizinan untuk aku berdakwah dan tidak akan menghalang kerja dakwah ku!

Zainab Al~Ghazali

Sebab itulah kita bersabar nak cari orang yang benar2 sanggup bekerja yang  kebal dan dah  lumat  dijalan dakwah ni. Kerana hanya orang yang bekerja dan bersungguh didalam dakwah ini sahajalah yang memahami alfahmu itu dan yang rasanya sesuai dengan kita yang memang amat mendambakan pembantu dalam kemelut perjuangan ini ….

Biarlah permulaan ini kita sukar menjejak seseorang itu, asalkan dikemudian hari kita menemui kejernihan dan tidak banyak membazir masa bermujadalah yang tidak membuahkan amal dan membina jiddiyah untuk matlamat akhirat itu.

Agaknya mungkin sebab ini AsSyahid Sayyid Qutb tidak menemui teman hidupnya atau terlalu sibuk dengan Jihad dan perjuangannya …. Subhanallah!

Kawan …

Aku tahu

Aku bukanlah seorang murabbi

atau seorang mujahid dijalan ini

yang ingin engkau tahtakan disudut hatimu

Aku hanyalah sang pemimpi

yang mengsyairkan sebuah  kenyataan

dari impian impianku.

Impian yang kurasakan berputar putar

bagai embun dipermukaan kaca

yang bergelimang dalam jiwaku

Lalu aku berhenti sejenak

mengenangkan sekujur tubuh Sayyid Qutb

yang hidup keseorangan dijalan dakwah ini

dan syahid keseorangan dijalan yang sama

hingga aku kembali menyusun langkah langkahku

untuk menyusuri jalannya

menuju sebuah kedamaian

yang ku berharap ruh ku jua

akan bermukim di dada burung burung hijau

yang berkicau dan beterbangan

dipinggir pohon syurga …

~ muharrikdaie 31/3/2010

Alfakir IllaLah

Muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

5 responses to “namun ku punya hati

  1. muharrikdaie April 27, 2010 at 7:13 am

    Hamba ~ maaf. Saya rasa saya tak begitu. Pendakwah tak pernah nak jiwang dan tak ada masa nak begitu. Mungkin jiwa awak jiwa bollywood dan merasakan tulisan saya begitu tapi itulah style saya menulis semua artikel saya kalau awak dapat membacanya. Kalau awak seorang pendakwah, awak akan faham maksud tulisan saya …dan kiranya tidak saya terima komen awak sebagai penglipur lara saja. Terima kasih kerana sudi singgah disini. Muga awak di kurniakan hidayah dan taufiqnya dan dapat mempositif kan fikiran meneruskan hidup ini insyaalah.

    nuurhati ~ terima kasih kerana banyak memberi pandangan yang positif.

    Naz ~ Istiqarah adalah sebaiknya dan selebihnya fikirlah yang terbaik buat diri sendiri. Walau apa pun terima kasih atas pandangan yang bernas itu.
    Jazakallah jaza’

  2. hamba April 27, 2010 at 6:12 am

    JANGAN LAYAN JIWANG SANGAT!

  3. nuurhati April 4, 2010 at 1:39 pm

    salam.. ya..terkadang kita terlupa~

    ” Kita juga perlu bersabar bukan sahaja untuk menanti sesuatu tapi bersabar dalam membuat keputusan yang akan melukakan diri.

    Itulah dia, jika kita terlupakan Allah sekali pun cita cita itu cantik dan indah dan menepati syarak tidak akan sempurna jika kita tinggalkan Allah. Jika kita selalu bersama Allah menghadirkan nya saat berfikir, membuat keputusan dan berkarya maka nescaya Dia menyertai kita dengan bimbingannya, lindunganNya, pertolonganNya, rahmatNya dan ampunanNya saat kita salah untuk buat pemilihan warna kehidupan kita.

    Terkadang kita banyak membuang masa menentukan arah tuju kehidupan kita. Kita banyak bergantung pada pendapat manusia dari pandangan Allah sendiri. Kita menjadi orang yang tidak tentu arah dalam membina prinsip dan jati diri. Kita menghukum dengan nostalgia lalu kepada orang yang tidak berbuat salah kepada kita.

    Kita terlalu berhati hati walau berhati hati itu dituntut namun menjadi sesuatu yang negatif sehingga kita takut untuk menghadapi cabaran untuk lebih menguatkan kita. Kita hilang sifat syajaah dan hilang sifat tawakkal dan hati kita bertambah kecil berbanding cita cita besar kita dan digantikan dalam diri kita sifat sifat mazmumah yang melemahkan …

    Ma’iyyah ( kesertaan ) Allah menuntut kita membuat apa apa saja keputusan bersamaNya sekalipun keputusan itu pahit dan bercanggah dengan naluri dan kehendak kita.

    Sesudah itu kita bertawakkal kepada Allah dan menyerahkan kepadaNya untuk menentukan saat dan bentuk hasil dalam usaha dan cita cita kita sebab Allah taala beserta orang orang yang sabar. Dia bersama sama orang yang membuat ihsan. Dan mencintai orang orang yang bertawakkal padaNya ….

  4. naz April 2, 2010 at 1:49 am

    assalamualaikum. Sekadar perkongsian pengalaman buat akhawat yang ditarbiyah. Isu akhawat yang ditarbiyah, banyak yang bila menikah, yang semakin kurang berkomitmen dengan tarbiyah selepas menikah. Pernah ada yang memberi alasan untuk menerima pernikahan dengan lelaki yang tidak ditarbiyah kerana untuk menjaga hati. Memang benar itu persoalan jodoh yang hanya menjadi hak Allah untuk menentukan. Namun di sini, ana sekadar mencadangkan, sebelum menerima pinangan mana-mana lelaki, berikanlah syarat. Sekadar sebuah sms atau emel seperti:

    ”ana adalah seorang yang ditarbiyah dan sangat mencintai kehidupan tarbiyah. Ana telah mencintai dakwah dan tarbiyah sebagai jalan hidup. Ana tidak mahu pernikahan menjadi penghalang untuk ana meneruskan proses tarbiyah dan dakwah. Ana tahu, akan ada hak-hak seorang suami yang perlu dikorbankan seandainya ana menjadi isterinya. Akan ada hak suami yang perlu dikorbankan untuk urusan tarbiyah dan dakwah. Seandainya saudara sanggup mengorbankan hak seorang suami untuk diberikan hak kepada Allah dalam urusan dakwah dan tarbiyah, bermakna saudara sanggup untuk menikah dengan ana. Pada masa yang sama, suami ana juga perlu menjalani tarbiyah mengikut kemampuannya untuk mentarbiyah ana sebagai seorang isteri. Jika tidak sanggup, carilah perempuan lain sebagai isteri.”
    Mereka akan berfikir dua kali untuk meneruskan niat mereka. Selebihnya, diserahkan pada Allah untuk memberi keputusan terhadap ketentuan jodoh dan pernikahan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Istikharahlah pada Allah di setiap masa. Wallahua’lam. Moga berguna untuk keberlangsungan tarbiyah dan da’wah dalam setiap jiwa yang menyeru kepada Allah (man da’a ilallah).

    • kembaracintaku April 2, 2010 at 6:28 am

      keberlangsungan tarbiyah pada marhalah seterusnya.. hmm satu lagi skop yang penting buat diperhalusi..

      kejelasan matlamat buat kedua-dua pihak harus telus. itu pentingnya ruang taaruf.

      dan yang paling penting disini ialah kebergantungan yang tinggi pada Allah. mohon di beri petunjuk dan dibukakan jalan..

      ya.. segala kemungkinan bisa sahaja menjadi dugaan dan ujian selepas sahaja melangkah kaki ke marhalah berikutnya..bersediakah?

      “mempasakkan diri sebagai batu asas dalam binaan bangunan dakwah..terusan ditarbiyah dan mentarbiyah..”

      niat yang tulus dan bersih itu akan dipandu Allah.ikhlaskah?

      bersihkan diri sentiasa buat mana-mana mereka yang berniat ke marhalah berikutnya … yang terbaik dariNya.

      dan kehidupan ini adalah pengabdian kepadaNya yang memiliki segalaNya dimana pernikahan itu hanya salah satu jalan dari jalan-jalan menuju keredhaanNya …

      yakin dengan usaha, doa dan janji Allah … kerana kasih dan rahmatNya Dia tidak akan sesekali persiakan hamba-hambaNya!

      kembara kita ini panjang .. jauh.. penuh duri .. hanya padaNya mampu diserahkan segala ketentuan bilamana mujahadah disertakan

      dan

      andai sahaja kembara itu bisa melonjakkan iman kita dengan sendirian
      andai sahaja kembara itu bisa mencairkan diri kita dalam dakwah dengan sendirian

      andai sahaja kembara itu hingga akhirnya hujungnya sendiri ..

      Dia lebih tahu jika itu yang terbaik buat kita ..

      ya segala jawapan pada Dia yang menjaga segala rahsia.. kita hanya hambaNya yang berusaha tanpa putus asa!

      wallahualam

      hanya secangkir pandangan yang tak seberapa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: