kita masih didalam ghurbah


Saudaraku yang dirahmati Allah …

Bila kita toleh kebelakang, kita hanya nampak sejarah.

Sejarah generasi lalu.

Generasi yang mula mula membawa dakwah keMekah yang masih lagi dalam keadaan dagang waktu itu. Yang asing dan dimusuhi.

Pendokongnya dizalimi. Dihadapkan dalam pelbagai mehnah dan tribulasi namun dalam kesulitan itu Allah curahkan rahmat dan kemenangan sehingga terdaulatnya Islam.

Mereka telah berlalu.

Kerja mereka telah selesai.

Keringat mereka telah menjadi kasturi.

Jasad mereka dipeluk bidadari.

Mereka bahgia disana.

Kita.

Disini.

Dikepung sekularisma. Di kelilingi penjajah setiap sudut. Mereka menjaja demokrasi untuk divide and rule kita. Bukan saja Negara dan pemimpin Negara umat  islam dimasukinya tapi Jamaah Islam juga dimasuki mereka sehingga kita terpecah pecah menjadi lebah yang tiada bisa!

Akibatnya kita menjadi dagang kembali.

Ghurbah kali kedua.

Ghurbah thaniah.

Ghurbah kali ini semakin teruk.

Kebendaan sudah menjadi Tuhan.

Ramai dikalangan yang bergelar Ustadz ( bukan semua ) sudah menjadi usahawan ‘Direct Selling” yang mengunakan kaedah ‘pyramid system’.

Berdakwah dan berceramah dimasjid dan surau bukan lagi untuk mencari mad’u untuk dicanai dalam tarbiyah agar boleh menjadi dai’e tapi mentarbiyah mereka untuk menjadi ‘down line’ supaya membolehkan mereka mendapat imbuhan bonus puluhan ribu untuk menjadi kaya.

Dan sememangnya kegilaan untuk menjadi kaya dikalangan ustadz ni dah menjadi satu penyakit didalam masyarakat malaysia biarpun masih belum kritikal lagi namun jika tidak dibendung dan disedarkan perlumbaan untuk menjadi kaya dikalangan orang yang faham agama ini akan menjadi bertambah parah dan akhirnya aqidah umat akan sakit dan tidak berfungsi lagi.

Impaknya kita ketandusan daie, apalagi untuk mencari murabbi untuk memimpin ummah ini.

Tanpa adanya murabbi daie sudah tentu masyarakat akan menjadi semakin jauh apa lagi untuk memahami tasawwur, tuntutan dan penghayatan deen ini.

Ini sudah tentu akan menjadikan umat melupai dan mengabaikan ingatan ingatan kepada Allah bila kebendaan merasuk jiwa dan naluri mereka.

Apalagi untuk beriman dengan Alkitab dan menguasainya dan kita akan hidup didalam kemurkaan Allah.

Kita tidak ada jalan lain melainkan harus memainkan peranan kita sebagai pendakwah untuk memikul amanah kubra ini dan inilah taklif rabbani yang mahu atau tidak mahu harus kita pikul kerana jika kita tinggalkan adalah menjadi satu dosa. Dan harus kita tahu bahawa kita adalah pengawal kepada deen ini yang mengawal setiap penjuru islam supaya ianya tidak dimasuki oleh musuh disaat kita lemah ini.

Akh

Ingatlah.

Kesedaran dan semangat semata mata tidak akan mampu untuk menolak kita untuk terus bekerja dan berdakwah sepanjang hayat kerana semangat akan hilang ketika bertemu dengan aqobah dan mehnah diperjalanan. Apalagi dijalan dakwah yang panjang dan jauh ini yang tidak pernah dihampari dengan carpet turki atau ditaburi oleh bunga bunga tulip ….

Justeru tarbiyah yang berterusan dan takwin serta beramal jama’i adalah tersangat perlu!

Muga dengan kefahaman yang kita ada ini akan membolehkan kita bekerja sepanjang hayat dalam mencari keredhaan Allah.

wallahuaklam

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

One response to “kita masih didalam ghurbah

  1. kembaracintaku March 27, 2010 at 10:10 am

    jazakallah untuk pengisian..insyaallah boleh ditelitikan untuk mendapatkan jus-jus penting.

    Justeru tarbiyah yang berterusan dan takwin serta beramal jama’i adalah tersangat perlu!

    membina batu-batu asas yang tertanam pasak terus didalam bumi dan terusan membina dan membentuk bangunan dakwah!

    wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: