Mengapa kita tak boleh bersatu


Ikhwah fillah

Salam buat kamu semua.

Ada yang bertanya ….

Kalau ada banyak  jemaah, sampai bila Islam akan bersatu?

Sedangkan aku bukanlah orang yg layak untuk menjawab persoalan ini menepati kehendak yang sebenarnya kerana persoalan ini adalah persoalan yang telah ditanyai sejak kejatuhan Empayar Uthmaniyah lagi.

Berlarutan hingga kepada zaman AsSyahid Imam Hasan AlBanna dan perpecahan juga berlaku dikalangan Ikhwan dan beberapa Jamaah disana.

Berlarutan lagi hingga sampai di Afghanistan sewaktu serangan Russia di Afghan yang timbul berbagai jamaah yang  sehingga akhirnya berperang sesama sendiri sekali pun ada usaha dari AsSayhid Abdullah Azam untuk menyatukan tapi masih gagal untuk bersatu.

Begitu juga di Palestine. Dimana ada usaha AsSyahid Syeikh Yassin untuk menyatukan. Namun hingga sekarang masih gagal.

Begitu juga dimana mana diAsia ini. Di Indonesia. Di Patanni sebagai contohnya tapi sampai sekarang juga masih gagal!

Itu diluar negara!

Bagaimana pula di Malaysia ini?

Negara yang tercinta ini!

Kita pun tahu Jamaah islam pertama ditubuhkan selepas Merdeka adalah Jamaah Hisbul Muslimin yang di pelopori Oleh Ulama’ Ulama’ ketika itu kerana penentangan terhadap penjajah dan UMNO yang mendokongi Parti sekular waktu itu.

Rentetan itulah bermulanya kewujudan  dan bercambahnya jamaah Islam Seperti PAS, ARQAM, ABIM, ISLAH, HAMIM, JIM, TABLIGH dan akhir akhir ni pulak ada HALUAN dan ISMA.

Itu baru jamaah Islam yang masih aku ingat namanya dan yang kecil kecil lagi tidak dikira dan begitu juga muta’akhir ini banyak pulak NGO NGO islam yang tak terkira puluhan kumpulan  yang wujud yang boleh juga dikategori sebagai jamaah.

Siapa nak satukan mereka dalam kesatuan Islam ini? Adakah boleh dilakukan oleh individu? Atau kena melalui jamaah?

Kalau jawapan simple aku adalah; bagaimana Islam nak bersatu kalau jamaah pun kita tak boleh satukan!

Bolehkah semua  jamaah ini disatukan dalam satu kesatuanIslam?

Siapa yang nak ambil peranan menyatukan jamaah ini?

Siapa pulak nak jadi ketuanya?

Memang ISU TAADUD JAMAAH dan nak menyatukan ini memang tidak akan habis untuk dibincang dan rasanya polimik ini hanya membuang waktu saja untuk difikirkan dan sebagai seorang da’i rasanya kita harus terbuka dalam masaalah ini.

Terbuka dengan erti kata kita menerima keadaan ini secara  positif kerana mungkin ada hikmah disebaliknya atau Allah ingin menyucikan dulu seluruh jamaah Islam ini. Wallahuaklam!

Apa pun yang penting adalah kita kena letakan bahawa penyatuan ini hanyalah ada dipengetahuan Allah semata mata kerana kalau hendak dikirakan semua jamaah mengklaim bahawa mereka mengikut Quran dan sunnah serta manhaj nabi SAW dan sepatutnya kalau inilah pegangan semua jamaah tentunya tidak ada masaalah untuk menyelesaikannya!

Namun realitinya tidak begitu!

Oleh itu jalan tengah yang boleh kita ambil ialah kita berlapang dada dalam soal ini dan kita sebagai ahli dari sebuah jamaah islam ini harus matang dalam menangani soal ini supaya tidak ada friction antara sesama jamaah hingga mengakibatkan kita bermusuh!

Paling penting sama sama kita menguruskan jamaah ini dengan baik.

Kita bekerjasama dalam perkara yang sependapat dan berlapang dada dalam perkara yang  kita tidak persetujui dan inilah pandangan AlBanna dalam mengatasi permasaalahan taaadud Jamaah ini.

Rasanya dengan ini banyak perkara yang boleh kita lakukan demi untuk  memberikan sumbangan terhadap kepentingan ummah ini.

Bagi aku perbezaan jamaah hanyalah pada manhaj amalnya saja. Atau mungkin marhalah dakwahnya!

Kita tahu ada yang menggunakan pendekatan politik dalam berdakwah yang ingin mengembalikan daulah.

Ada yang bergerak melaksanakan dakwah dengan melaksanakan  kebajikan dan menyeru orang ke Masjid.

Ada yang melalui pendekatan dakwah dan tarbiyah dan berbagai lagi uslubnya namun kita tahu bahawa matlamatnya adalah semata mata kerana daulah dan Allah dan ini sesuatu yang positif!

Bagi semua pimpinan pimpinan jamaah kita amat mengharapkan kematangan mereka untuk menangani isu ini supaya tidak bergaduh dan berpecah sehingga diambil kesempatan oleh musuh musuh Islam.

Bergeraklah kita secara beradab.

Bergeraklah dengan bahu membahu.

Jangan memburukan antara satu sama lain.

Jangan mencuri curi ahli….

kerana perkara ini  telah berlaku sejak dulu lagi lebih lebih lagi dioverseas, waktu menyambut diairport lagi dah cuba  nak rebut merebut kerana inilah pengalalaman aku dulu dan mungkin hingga kehari ini …

Cukuplah pengajaran yang telah kita lalui ini!

Sebenarnya kalau kita fikirkan dengan akal dan hati yang penuh iman, banyak perkara yang boleh kita lakukan  dengan secara kerjasama demi kerana dakwah dan deen Allah ini.

Misalnya kalau tiba piliharaya, kita boleh memberi sokongan kepada Parti Islam.

Kalau dalam kempen Palestin dan kempen kempen yang melibatkan isu umat Islam kita boleh bersatu membina kekuatan untuk menangani isu tersebut dengan penuh komitmen.

Memang banyak ruang kerjasama kalau pimpinan boleh membuang sifat hasad dengki dan ego yang tinggi.

Dan ini juga boleh menakutkan musuh musuh Islam yang senantiasa menunggu waktu perpecahan kita untuk memusnahkan kita seperti yang berlaku dimalaysia sekarang ini.

Memang banyak lagi perkara yang ingin aku sampaikan tentang taadud Jamaah ini tapi cukuplah sekadar ini demi untuk menjawab persoalan sohibah kita yang bertanya persoalan ini pada aku.

Untuk akhirnya ingin ku nyatakan pada pandangan aku bahawa sebenarnya memang kita tidak boleh menyatukan jamaah ini kedalam satu kesatuan Islam mengikut cara dan style kita kerana  sebab sebab yang telah aku nyatakan dalam tulisan ini kecuali dengan izin Allah dan bukan logik kita! Wallahuaklam

Bagi individu yang ingin berintima’ didalam jamaah Islam, masuklah mana mana jamaah sekali pun asalkan kita boleh memberi sumbangan cuma yang perlu aku ingatkan carilah jamaah yang menepati jamaah ikhwan yang mempunyai tarbiyah didalam nya agar kita tidak futur dalam bekerja untuk islam ini kerana jalan dakwah ini adalah jalan yang tersangat panjang yang melangkaui usia kita kerana tanpa tarbiyah ditakuti kita tidak mampu untuk bertahan dengan ujian yang amat memeritkan!


Buat ukhti Iman.

hanya ini yang berkemampuan untuk aku jawab persoalan kamu.

Mohon maaf jika tak menepati.

AlFakir ILLaLLah

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

5 responses to “Mengapa kita tak boleh bersatu

  1. muharrikdaie March 31, 2010 at 1:16 pm

    Sis Naz ~ pertamanya terima kasih kerana sudi ziarah saya. Actually saya mmg tak berapa minat utk bincang isu ini kerana saya tak suka bincang perkara yang tak boleh membuahkan amal tapi bila ditanya oleh sis Iman saya kena jawab jugaksebab mungkin ada juga dikalangan kita ahli jamaaah ni tak berapa clear lagi perkara ini dan harap perkara tu clearlah dan bagi kita yg dah faham polimik ini hadapilah dengan lapang dada dan terus bekerja.

    Sis Muharikah ~ Juga saya nak ucap terima kasih kerana ziarah saya dan seingat saya ini kali ke2 awak ziarah saya sejak tahun lalu. Saya bangga jugak awak ziarah saya kerana awak ni memang famous dan hebat diluar negara bila baca blog awak dan blog sisters lain. Mungkin ziarah awak itu bawak rahmat pada blog saya yang memang tak famous ni. Rasanya awak boleh jawab dengan lebih baik dan lebih detail lagi pertanyaan sis Iman tu kerana awak lebih pengalaman dan banyak ilmu dalam soal jamaah dakwh ni dan jangan lupa tulislah kat blog awak yang mudah2an boleh menjadi rujukan bagi kita semua. Jazakallah jaza’.

    Sis Iman ~ Tkasih atas link tu dan saya mohon maaf mungkin jawapan saya tak MEMUASKAN HATI awak seperti yg dikehendaki. Mmg saya tak mampu nak jawap lebih dari apa yang saya tahu. Rasanya Sis Muharikah lebih arif masaalah ini. Dan boleh refer balik kat beliau.

    Sis Syazana ~ Juga terima kasih kerana sudi ziarah saya buat pertama kalinya. Saya setuju pandangan awak. Kita cari titik persamaan dan jalinkan kerjasama untuk mneguntungkan islam. Jazakallah jaza’.

  2. syazana March 28, 2010 at 1:13 pm

    isu yang takkan pernah habis ana kira.
    kadang2 perkara2 kecil yang kita besar2kan, hingga tertutup perkara2 yang besar yang lebih penting. asalnya jemaah bermula dari satu, kemudian bila banyak2 kepala dalam satu jemaah, terlalu banyak idea yang timbul dan membawa kepada pembukaan cawangan2 (jemaah2) lain. Namun, disini apa yang penting utk kita ialah mencari titik persamaan. Islam itu mudah, jauh sekali menyusahkan. Jadi, apalah guna kita mencari perbezaan antara kita, mencari kesalahan untuk diperbesarkan. yang penting, matlamat dan tujuan yang sama serta tidak memburuk2kan mana2 jemaah.

    ~betulkan jika salah :)~

  3. Iman March 26, 2010 at 7:31 am

    jazakallahu khairan jazaa’ akhi..

    i found another site with the same post..

    think i can share it here..

    http://ms.langitilahi.com/pemurnian-%E2%80%9Centa-jemaah-mana%E2%80%9D/

  4. muharikah March 25, 2010 at 10:40 am

    salam,

    alhamdulillah ada orang jawap persoalan ini dengan baik.. saya ada sedikit penambahan tapi iAllah kene tunggu masa yang baik untuk tulis dengan baik..

    moga sama2 dapat manfaat, insyaallah

  5. naz March 24, 2010 at 10:25 pm

    Assalamualaikum. Sebuah jemaah Islam di dunia ini hanya akan tertegak apabila seorang khalifah Islam dilantik di bawah sistem khalifah sebagaimana sistem khulafa’ ar-rasyidin- kembali kepada generasi pertama Islam sebagai teladan. Iaitu apabila sistem khilafah kembali tertegak di atas muka bumi Allah memimpin umat Islam sedunia. Semuanya bermula apabila tertegaknya Islam dalam setiap individu muslim, hingga lahir keluarga Muslim, masyarakat Muslim, Negara Islam, Tamadun Islam, sehingga Islam menduniai di seluruh muka bumi dengan seorang khilafah Islam yang dipilih oleh Allah untuk umat Islam. InsyaAllah.
    Selagi Islam tidak tertegak di dalam diri setiap individu muslim, semakin lambat lagi untuk mencapai ke peringkat yang terakhir. Islam ini merujuk kepada Islam yang hakiki, bersumber dari sumber asal dari Allah. Apabila individu Muslim memahami dan beramal dengan Islam yang sebenar, tiada lagi rasa hasad dengki, lantas saling redha meredhai sesama, dan redha dengan sesiapa saja yang dipilih Allah sebagai khilafah, hasil syura bersama ulama’ sedunia. Wallahua’lam.
    Maka ayuhlah, masing-masing kita berazam untuk menegakkan Islam dalam diri kita dengan sistem tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah semasa zaman sahabat. Islam telah sempurna sebelum Rasulullah S.A.W diwafatkan. Hanya saja perlu bersesuaian dengan zaman semasa bagi hal-hal yang boleh berubah.
    Pertolongan Allah akan tiba apabila kita telah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai syarat orang-orang yang menang. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: