aku hanyalah insan


Ikhwah fillah ..

Aku akan terus menulis.

Sekalipun letih dan ketandusan waktu. Dan memang kalau boleh aku ingin menulis hari hari.

Melontarkan apa yang ada pada sekeping hati ini dengan harapan agar titipan ini  boleh menyedar dan menginsafkan  aku pada hakikat mimpi mimpi indah yang tak kesampaian dan kembali kepermulaan titik noktah kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab yang belum tertunai ….

Harapanku agar tulisan tulisan ku dihari mendatang ini dapat mengesankan jiwa ku. Mengesan jiwamu jua. Kerana kita cuma hanya mampu bersama disini saja. Berpimpin hati dan ingat mengingati …

Cukuplah!

Kerana kebahagiaan kita mungkin hanya disini. Ditakdirkan hanya disini dan tidak akan pergi jauh lagi ….

Mungkin dalam hati kita sarat dengan cita cita untuk berkongsi kasih!

Sarat dengan kerinduan bersama untuk meneguk manisan dijalan dakwah ini tapi mungkin kita tidak tahu bagaimana nak bermula dan mengakhirinya kisah kita ini atau mungkin kita tidak ada keyakinan untuk menempuhnya kerana darjat dan suasana kita yang berbeza ….

Itulah yang dikatakan insan.

Yang sentiasa berada dalam kekeliruan difatamorgana kehidupan.

Yang sentiasa dibolak balik kan hati dalam mencari sesuatu yang diinginkan.

Yang sentiasa bergelut  dengan kelemahan dan tidak tetap pendirian.

Kita harus menerima kenyataan itu!

Akhi …

Sebagai insan bukan saja kita lemah dari aspek kejiwaan dalam mempertahankan prinsip kita, malah kita juga lemah untuk mempertahankan diri dari kematian.

Benar! Kita akan dimatikan.

Sebagai insan kita kena mati.

Kita harus mati kerana mati itu telah dilukiskan.

Tanpa kecuali, kita akan menghadapinya walau dalam situasi yang berbeda.

Ada antara manusia yang ingin mati berkali kali dan ada yang ingin terus hidup dan tak mau mati.

Namun realitinya kita harus menerima hukum penciptaan dan struktur hidup kita.

Meskipun kematian adalah peristiwa alamiyah namun ia adalah satu misteri yang tidak dapat kita rungkaikan kecuali bila kita telah merasainya.

Sebab itu manusia seperti kita yang banyak dosa ini akan berkeluh kesah tentang kematian.

Kerana kita takut bertemu Allah dengan membawa pelbagai kelemahan dan dosa dosa.

Takut bertemu kedua malaikat yang akan menyoal kita berbagai bagai soalan.

Takut himpitan kubur yang dahsyat sebab kelemahan kita mengunakan fasiliti dunia dengan sejujurnya.

Semakin bertambah umur kita, kita semakin cemas kerana cukuplah kita sendiri menghisab dosa kita dan rasanya kita tahu dimana tempat yang harus kita huni!

Sebab itu, dengan mengingati kematian boleh menyegarkan kita dijalan dakwah ini kerana ianya boleh mencairkan kefuturan kita.

Boleh menyegarkan keletihan kita.

Boleh mencelikan rasa kantuk kita.

Itulah dia kematian yang sering menjadi motivasi untuk membangun semangat para duat  yang sentiasa lemah ini. disepanjang zaman.

Itulah hikmah ilahiyah yang Allah berikan kepada kita sekiranya kita mengambil sikap ijabiyah terhadap kematian itu!

Akhi

Kita yang ditarbiyah untuk bekerja dan berdakwah ini sebenarnya bukan saja bertujuan untuk menyelamatkan manusia tapi sejatinya adalah untuk menyelamatkan kita sendiri.

Menyelamatkan kita selepas mati dan untuk menyambung hidup kita selepas mati kerana kita faham bahawa kematian kita bukanlah penghujung kehidupan sebenarnya tapi adalah permulaan kehidupan kita!

Kerana itu jalan dakwah juga mengajarkan kita supaya mencintai mati supaya kita gunakan setiap desahan nafas kita untuk terus beramal dan berdakwah kerana kematian justeru memberi kita harapan indah untuk memulai hidup yang hakiki diakhirat nanti.

Akhi,

Aku tak nafikan kita lemah dan dhoif..

Lalai dan alpa.

Yang sentiasa melakukan kesilapan dan selalu berada dalam kekeliruan meskipun kita telah ditarbiyah tapi kelemahan kemanusiaan itu tetap akan melekat pada setiap kita yang dinamakan manusia.

Justeru janganlah kesilapan dan kelalaian itu menjadi budaya. Kerana lama kelamaan akan merusakan nilai diri kita sebagai manusia.

Kita takut jika berterusan dalam kesalahan akan menjadikan kita melampaui batas  hingga membawa kepada kekufuran.

Oleh itu jadikanlah ingat kepada kematian ini satu cara untuk kita merubah citra hidup kita.

Janganlah kita takut akan mati, tapi takutlah akan masuliyah yang kita kendong ini, yang masih banyak kita tak tertunaikan lagi, supaya dapat kita bangunkan kemahuan kita untuk double up effort kita untuk terus menunaikannya.

Tidak guna kita takutkan mati!

Apalagi untuk cemas keluh kesah dan bersusah hati kerana ianya tidak akan menambah kehidupan dan memperpanjangkan usia kerana bukan kita yang membuat kehidupan itu tetapi Allah!

Dialah yang memberi kehidupan itu dan Dia pula yang mengambilnya.

Jangan pula kita memandang kematian itu sebagai satu perkara yang mengerikan dan menjauhkannya dari kehidupan kita kerana akibatnya nanti kita akan jadi takut untuk berjuang dan menginfakkan jiwa kita untuk deen ini!

Kenapa ramai manusia takut berjihad dan berperang untuk agama ini?

Jawabannya adalah kerana mereka takut mati kerana mereka memandang kematian amat mengerikan sedangkan kalau mereka tak berjihad sekalipun, mereka akan mati.

Kalau kita hitung yang mati dalam peperangan amatlah sedikit ketimbang yang mati diatas katil!

Justeru itu jadikanlah kematian ini sesuatu yang membolehkan kita melakukan sesuatu dengan jiddiyah dan bersemangat untuk meraih syurga Allah.

Akhi

Cukuplah kita tenggelam dalam kehidupan dunia ini dan kesibukan yang luarbiasa ini semata mata untuk memenuhi nafsu hedonistik kita tanpa kita sedar atau tertipu dengan keperluan hidup dan dakwah kita sehingga kita diserang penyakit lupa tempat kembali yang hakiki ini yang menjadi terminal terakhir akan penentuan nasib kita.

Carilah jalan keluar untuk mengelakkan kesibukan yang hectic itu dengan kita mengunakan kepakaran dan profesionalism kita untuk berkhidmat dengan institusi institusi islam yang  dapat memberikan kita ruang untuk berdakwah. Kalau boleh kita cubalah untuk keluar dari sistem kerja jahiliiyah yang memang merancang untuk mengikat pergerakan kita dalam melaksanakan masuliyah ini.

Cukuplah! Kerana waktu dunia ini semakin singkat untuk kita buat semua perkara. Pilihlah satu antara dua. Awlauwiyatnya!

Akhi

Memang kita bersyukur kita berada dalam tarbiyah tetapi adakalanya kita juga lupa pada mati. Lupa bahawa kerja kerja dakwah yang kita buat ini amatlah sedikit dibanding waktu kehidupan kita dialam akhirat nanti.

Akibatnya kita tidak mampu berkaca diri. Membaiki kelemahan. Meningkatkan amal dan sentiasa bertaubat hingga kematian datang dan memutuskan kita dengan amal kita.

Akhi

marilah kita menembus cakrawala (al-afaq ) hidup ini dan menguak tabir yang telah menutup basirah kita dalam kita menuju dan berjuang dengan alhaq ini.

Marilah kita meyusun langkah langkah yang akan menjadi cerminan bagi kita untuk menyonsong masa depan yang cerah dalam dakwah dan tarbiyah ini.

Marilah kita sambut kematian itu sebagai satu peristiwa yang menjadi gerbang menuju pertemuan dengan Allah Rabbul jalil yang amat amat kita cintai dalam hidup ini!

Hanya ini akhi yang mampu aku titipkan semata buat santapan ruhaniku yang gersang agar ianya jua dapat menjadi sedikit renungan buat mu dijalan ini ….

Orang yang meyakini bahawa kematian menjadi kepastiannya. Tanah menjadi pembaringannya.Ulat menjadi temannya. Munkar dan nankir menjadi tamunya. Kuburan menjadi tempat tinggalnya. Perut bumi menjadi tempat menetapnya. Kiamat menjadi janjinya. Syurga dan neraka menjadi tempat kembalinya……

Sepatutnya tidak mempunyai fikiran lain selain mengingat kematian yang pasti akan menjemputnya. Dan lakukan segala persiapan untuk meyonsong kedatangannya. Berhasrat besar untuk menjumpainya. Melakukan pendakian menuju kepadanya. Dan mengerahkan segala kekuatan untuk menghadapinya …. ~Imam AlGhazali

ALFakirIlaLLah

Muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

2 responses to “aku hanyalah insan

  1. muharrikdaie March 24, 2010 at 2:12 pm

    Salam ….

    Ukhti iman. Persoalan kamu telah aku jawab dientry terbaru. maaf kalau tak menepati.
    Terima kasih kerana ziarah ….selalu juga nampak anti diblog ini …..

  2. Iman March 22, 2010 at 5:28 pm

    salam akhi,

    maaf..sy ingin bertanya soalan tp tak tahu nk tny kt mana..

    boleh tak akhi tlg ulaskan kn pasal ayat nie,

    ‘ kalau ada byk2 jemaah, smpi bila Islam akan bersatu?’

    boleh tak akhi tlg ulaskan sikit..

    or akhi leh refer sy pd mana2 blog yg ada tulis psl nie..

    jazakallah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: