sukarnya untuk berubah


Adik adik binaanku.

Kamu adalah jirusan rahmat yang Allah berikan padaku.

Padamulah aku hamparkan kasih sayang ini.

Kamulah yang ku harapkan sebagai penyambung ruh cintaku pada dakwah ini.

Sebab itu aku berhempas pulas menyusur hari hari dan berpayung embun malam dan terkadang menyeberang fajar dalam kelelahan semata mata untuk melihat kamu semua menjadi pembina dan pemikul risalah agung ini.

Aku ingin kamu bersungguh sungguh meneguk tarbiyah ini.

Meneguk khazanah pengalaman ku, untuk memudahkan kamu melalui pelbagai bentuk dakwah didalam perjalananmu nanti supaya keringat dan airmata yang akan kamu curahkan nanti kan melautkan manusia menikmati hidayahNya!

Tapi adakala aku amat bimbang!

Setelah bertahun kita bersama aku lihat masih ada yang tidak memahami lagi tabiat jalan ini.

Ada yang masih tidak melakukan perubahan dan pembaikan lagi sehingga masuh terdapat banyak loopholes yang masih tidak tertutup.

Aku dapati walaupun ada  dikalangan kamu telah berubah dan mampu membuang rawasib rawasib jahiliyah tapi masih terpingga pingga lagi untuk membaiki amal.

Ada juga yang ku lihat banyak yang melakukan pembaikan tapi masih tidak berubah  akhlak dan peribadi.

Kamu harus ingat, dakwah islam tidak setakat melakukan ‘ perubahan’ tapi juga ‘ pembaikan‘!

Kedua hal ini tidak boleh berubah seperti dua sisi wang siling.

Perubahan yang dilakukan tanpa pembaikan adalah seperti orang yang berjalan tanpa arah dan pembaikan tanpa perubahan seperti menuang air didaun keladi.

Sebab itu seringkali aku berpesan pada kamu berubahlah dengan ikhlas.

Dengan kefahaman.

Dengan Iman dan dengan kesungguhan kerana inilah perubahan yang sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah.

Aku tidak mahu kamu berubah atas arahan aku atau malu dan segankan aku atau berubah secara terpaksa kerana perubahan begini adalah perubahan yang arificial. Perubahan palsu.

Perubahan itu bukan sekadar perubahan ganti kulit adapun isinya masih tetap ular.

Kerana perubahan begini  tidak akan dapat menjaga syumuliyatuud dakwah dan pasti memberi impak yang besar kepada jamaah dan dakwah dalam jangkapanjang.

akhi muslim

Sebelum kita jadi pendakwah dan menyeru orang lain terlebih dahulu, lihatlah keluarga kita yang masih memeluk jahiliyah lagi dan masih mencium dunia dengan rakusnya.

Inilah objek utama kita yang amat perlu kita perhatikan selain tadrib yang ku beri untuk kamu melakukan DF ( dakwah fardhiyah)  kepada orang lain.

Waktu aku menziarah setiap dari keluarga kamu, aku dapati pelbagai perkara yang menyalahi deen ini masih berlaku dalam rumah tangga ibu dan ayah mu yang tak perlu ku sebut satu persatu disini.

Tidak kah kamu merasa malu dan aib menjadi dai’e dan dikenali jiran sekeliling sebagai orang dakwah tapi ibu dan adik adik perempuanmu masih tidak sempurna menutup auratnya!

TV plasma sebesar dinding terpasang waktu azan maghrib dilaungkan dan abang abang dan ayah mu masih berleha leha lagi membaca akhbar tanpa mahu bersiap untuk solat maghrib waktu azan dialunkan!

Inilah antara yang aku sedihkan.

Sedih bukan kerana keluargamu begitu, tapi sedih kerana kamu tidak menjalankan tugas mu sebagai orang yang faham.

Aku percaya jika setiap kamu menjalankan masuliyahnya terhadap keluarga kamu, sekurang kurangnya keluarga mu akan mengerti erti ‘ hormat ‘ sesuatu yang ia harus hormat!

Tapi kamu gagal dalam kefahaman dan usaha mu untuk mendakwahi mereka atau kamu masih lemah lagi untuk berjalan dijalan ini?

Aku tidak mahu melihat kamu menjadi seorang ‘ announcer’ yang menyuruh orang lain menaiki bas atau flight tapi dia sendiri tertinggal dibus station atau di airport.

Kita bukanlah announcer tapi adalah  driver atau pilot yang membawa manusia ke destinasinya!

Allah mengingatkan kita akan sifat ini yang mana disamping kita menyeru manusia jangan pula kita lupa diri dan ahli keluarga kita kerana natijahnya adalah amat memberatkan kita nanti …

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

~ baqarah 44~

Janganlah kita biarkan perkara ini berlarutan dan marilah kita lakukan At~taghyir wal ishlah ini dengan sungguh sungguh dan  bekerja serta terus bekerja ….

Memang perjalanan ini amat berat namun ianya satu proses untuk mematangkan kita dan menjadi kan kita berani bersuara untuk menyatakan yang hak namun perjalanan ini juga tidaklah menjadikan dakwah itu kehilangan kebijaksanaan dan kasih sayangnya!

Marilah kita hidup terus bersama dakwah dan dakwah hidup bersama kita dengan kehidupan yang sebenar sehingga Allah menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam meniti hidup dalam kehidupan ini sehingga ketika ruh ini dicabut olehNya kita menerima anugerah husnul qotimah sehingga kita termasuk dan dimasukan oleh Allah kedalam golongan hambaNya yang dipanggil dengan penuh kelembutan ….

Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu!

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa


7 responses to “sukarnya untuk berubah

  1. muharrikdaie April 27, 2010 at 6:54 am

    Betul tu Muhdsyahid. Dan tugas kita adalah membaiki seluruh keluarga kita agar dapat memberi komitmen seluruhnya pada deen Allah ini. Jazakallah kerana sudi ziarah.

  2. muhdsyahid April 16, 2010 at 8:19 pm

    salam.entry menarik untuk renungan.kadang-kadang kita mudah mengajak ong lain,tapi dengan keluarga sendiri kita rasa berat walaupun selalu bermuayasah.dakwah kepada keluarga memerlukan perubahan diri kita ,yakinlah kalu kita dah berubah keluarga sebenarnya menyedari perubahan kita,namun jika mereka masih belum menyedari muhasabahlah kembali.
    lambat laun mereka akan suka melihat kita yang berubah,x da ibu dan ayah yang lebih suka bila lihat akhlak anaknya baik,pencuri sekalipun tidak mahu anaknya mencuri.

  3. muharrikdaie March 31, 2010 at 1:44 pm

    Tegarlah ~ Sis. Satu nasihat saya. Jangan pisahkan diri dengan tarbiyah dan dakwah. Baik diluar dan dalam keluarga sendiri. Kerana dalam dakwah itu terdapat ujian dan juga syifa’. Ujian untuk membenarkan risalah yang awak bawa dan syifa’ itu adalah rahmat yang akan memadamkan ujian itu. Cuma kita perlu ada sedikit kesabaran untuk melewatinya.

    Sekali kali jangan jauhkan diri dengan keluarga. Islam dan tarbiyah tak ajar kita begitu. Berurusanlah dengan mereka sebaik mungkin tapi jangan sampai mengadaikan prinsip kita sebagai seorang da’ie.

    Teruskan hidup seperti biasa sebagai seorang mukmin dan berpegang pada hukum hakam Allah. Bina jati diri dan maiyatullah ( kebersamaan dengan Allah ) dengan banyak bersolat hajat dan berdoa. Saya yakin satu hari insyaalah jika keluarga kita tidak berubah pun sekurang kurang nya mereka memahami akan risalah yang kita bawa ini dan meredhai nya.

    Hanya ini yang mampu saya nasihatkan mengikut pengalaman saya. Wallahuaklam.

  4. tegarlah March 31, 2010 at 10:25 am

    mau tanya…bagaimana kalau kita malah jadi ..dianggap aneh, bahkan keluarga sampai se pakat untuk membujuk membuka kerudung…dan menolak beberapa konsep islam…sedangkan ana tiada daya berdekatan lagi dengan mereka….pernah ana tinggalkan dakwah di luar agar bisa konsentrasi pada mereka….itu juga tak hasil….

    Entry ini benar-benar melamunkan ana

    Doakan ana

  5. muharrikdaie March 24, 2010 at 2:23 pm

    Ukhti khalisah ..

    Entry2 saya tidak berniat untuk menghukum. hanya sekadar peringatan. Apa yang saya cerita pun ada kena mengena dengan ahli keluarga saya. Sebab itu saya tulis agar dapat memberi ibrah kepada kita semua.

    Sama sama kita doa dan berusaha untuk membaiki ahli keluarga kita kejalan yang diredhaiNya kerana kita lah yang bertnaggungjawab kearah itu.

    Terima kasih atas komen… dan jgn jemu untuk menegur saya.

    Jazakallah.

  6. abdullah bin ali March 17, 2010 at 5:37 am

    Jangan gannggu fikiran dengan situasi, kerana daie tidak mengenal putus asa. Tugas kita menyampaikan dan sambung lidah Nabi s.a.w. mengajak kepada kebenaran.

    Namun bila minda kering, kekeliruan ini diporak peranda oleh syaitan yang sentiasa menindih hawa nafsu. Kadang-kadang hati yang tenang dengan Allah menjadi tenat dan lesu diwaswaskan.

    Berkata-kata dengan sesiapa saja yang mengerti erti perjuangan. Lantas dalam waktu yang sama aib saudara sendiri terbuka tanpa disedari. Bukan makna benci tapi merintis keperitan dalam usaha dakwah yang mulia ini.

    Begitulah gerak hati jiwa-jiwa yang berjalan menuju ketenangan. Keluh kesah tetap berlaku kerana dunia ini adalah medan ujian Allah. Pentas untuk orang-orang yang berjaya.

  7. khalisah March 13, 2010 at 8:12 am

    salam..ana setuju jika entri ini bertujuan menegur untuk mengingatkan kader-kader dakwah supaya tidak mengabaikan tanggungjawab dakwah kepada keluarga…namun ana sangat tidak setuju jika entri ini mempunyai unsur-unsur ‘menghukum’ di atas kesalahan ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah lama larut dan tidak mengenal erti tarbiyyah dan dakwah…ana terpanggil untuk mengulas kerana keluarga ana juga begitu…ia memerlukan kebijaksanaan, usaha, dan sudah tentu…MASA!!! merubah ahli keluarga sendiri kadang-kadang lebih sukar dan susah dan penat daripapa membina dan menasihati anak-anak usrah, lantaran keegoan dan banyak lagi sebab lain…ana sendiri memang merasa perit kerana di luar bukan main kita berusrah dan sanggup menjadi muwajjih apabila dipinta, namun apabila pulang ke rumah sendiri keadaannya seperti berantakan dan jauh daripada suasana solehah yang mahu kita bina..ana juga selalu berperang dengan perasaan sendiri dalam cuba merapati ibubapa sehingga kadang-kadang bergaduh..namun masih ana tanamkan di dalam hati, mereka tetap ibu bapa kita yang tidak boleh kita pilih-pilih…

    last but not least, usaha dakwah tidak sama dengan hasil dakwah…wallahualam bissowab..maaf jika agak emosional

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: