beza memang berbeza


 

 

 

Hidup ini bagai seribu langkah.Setiap langkah itu tidak sama. Memang berbeza ….

Dulu aku tidak seperti aku sekarang. Dulu aku berbeza dengan orang dakwah.

Aku tak faham apa itu tarbiyah.

Apa itu dakwah.

Apa itu jamaah dan apa itu tanzim.

Dan benda benda yang pelik lagi tentang dakwah.

Aku hidup seperti orang lain hidup.

Belajar. Makan minum solat  baca quran tengok TV dan tidur.

Aku rasa dah puas. Dah puas dengan apa yang aku telah buat untuk Allah!

Aku rasa aku dah boleh jadi ‘ member of heaven.

Ahli Syurga.

Waktu itu aku rasa aku dah boleh ketuk pintu syurga.

Dah boleh minum di telaga kauthar.

Dah boleh main mata dengan bidadari. Dah boleh sakat  dan kacau kacau bidadari. Dah boleh nyanyikan lagu sonata musim salju kat bidadari.Dah boleh baring kat riba bidadari. Dan dah boleh bisik kalimah ‘ I love U’ kat telinga mereka! Jauhnya aku meracau

Semua orang yang ku kenal kata aku baik!

Kata dia orang, mesti sejuk perut mak aku mengandungkan aku dulu. Mesti senang, waktu beranakkan aku. ( Tapi bila aku tanya arwah mak aku, Mak aku cakap, akulah yang paling susah dikeluarkan kedunia ini. Kena induce lagi. Sakitnya bukan kepalang. Menyucuk nyucuk dan menyegat nyegat) Dan itulah persepsi mereka. Persepsi orang yang tak ada ilmu!

Mereka kata aku baik sebab mereka tengok aku boleh jadi muazin kat surau. Boleh mengaji dan solat maghrib dan isyak tak pernah tinggal. (tapi dulu  masa jahiliyah solat subuh selalu terlajak. Bukan lagi subuh gajah tapi subuh dinasour.)

Mereka tengok aku hadir kenduri dan baca yasin setiap malam jumaat tak pernah miss. Kalau ada kenduri kawin, aku lah paling sibuk  dan menyibuk jadi hero. Kadang  aku lebih famous dari pengantin yang bersanding tu.

Kalau ada jiran mati akulah antara yang memandikan jenazah dan yang menyambut mayat  dari dalam liang. Berkongsi kerja dengan tok siak dan pengali kubur  sebab biasanya anak anak arwah simati kebanyakannya pengecut.

Takut nak sambut dan baringkan arwah mak dan ayah mereka dalam kubur.

Takut Kotor dan paling ketara takut hantu.

Kesian aku tengok kebanyakan arwah arwah ni. Anak yang diharap mendoakannya setelah mati pun sampai hati membiarkan mayat ibunda mereka diangkat oleh orang lain.

Inilah yang dikata anak tak mengenang budi. Anak yang derhaka dalam diam. ( jangan kita pulak jadi cam tu )

Memang sesekali  aku pun mimpi hantu dan benda benda ni jugak kerana kita berurusan dengan alam ghaib! Tapi  sebab aku dah belajar serba sedikit tentang masaalah mengurus mayat ni taklah kisah sangat  lagipun aku rasa bahagia tolong orang sebab memang dari kecik aku diajar hidup bermasyarakat dan memang suka mix dengan orang. Apa lagi kalau dipuji puji dan diangkat dan dilambung. Lautan api pun aku tambah api lagi dan aku sanggup renangi!

Dulu dalam jahiliyah aku memang banyak masa lapang. Apa nak susah. Islam pada aku hanya solat aje. Solat hanya 25 minit sehari semalam. 5 minit kali 5 waktu. Dan aku rasa tanggungjawab aku pada Allah dah selesai.

Masa lain jangan tanyalah. Penuh dengan aktiviti hiburan saja. Dengan awek awek dan dengan balak balak yang sefaham dengan aku.

Lepak sana. Lepak sini. Sembang sana. Sembang sini.

Nak kill time!

Mana sangat aku sensitif pasal dosa dan pahala. Pasal neraka dan syurga. Lebih lebih lagi bab hukum hakam termasuklah bab ‘ ikhtilat ‘ ( percampuran ) ni.

Perkataannya pun aku rasa pelik dan tak pernah dengar! Apa lagi nak membezakan  haram halal atau aurat perempuan dan lelaki.

Yang aku tahu haram dan berdosa hanyalah arak, dadah dan berzina, mencuri dan yang  difahami oleh manusia awam tentang dosa.

Kalau pegang sana pegang sini. Touch sana touch sini dan ‘ touch and go’ tak apa.

Itu tandanya mesra.

Kalau istilah orang dakwah ‘ukuhuwah fillah’ lah tu!

Terkadang bila lama tak jumpa kawan kawan dan sesekali berjumpa boleh ‘ hug hug ‘ lagi dengan buka mahram. Kalau aku ingat ingat. memang ini semua kerja gila. Kenapalah aku jahil dan bodohnya dulu! Memang aku teramat malu dengan diri sendiri. Malu sesangat.

Tapi orang tetap kata aku baik masa tu. Meraka kata aku tahu hormat dan berbudi bahasa. lembut dan romantik. Sentimental lagi! Adoi ….

Banyak lagi kalau nak cerita.

Itu aku dulu.

Waktu aku faham agama ni hanya solat dan ibadah biasa dan aku rasa bebas dan seronok. Dan orang yang puji aku pun faham macam tu juga, sehingga hati aku bukan sahaja berbunga bunga malah dah tumbuh pokok bunga dan siap dengan pasunya sekali. Bangga nya aku waktu itu kerana rasa diri telah diiktiraf baik.

Hidup aku dulu tak macam sekarang. Aman dan tenteram. Dan penuh dengan khayalan. Tidak ada yang kacau. Tidak ada terguris dan tergaris. Siang malam orang cari aku ajak lepak lepak. Ramai makcik makcik nak buat aku jadi menantu. Malu aku nak cerita.

Bila kenal islam jamaah dan dakwah ini baru aku tahu bahawa aku ini KOTOR. NAJIS. BUSUK. JIJIK.

Teramat amat jijik.

Astaghfirullah. Ampunkan aku ya Allah.

Baru aku tahu, aku hidup dulu dalam laknat Allah.

Baru aku kenal bahawa islam ini suatu sistem dan perlu tunduk kesemuanya.

Baru aku kenal diri aku.

Baru aku tahu apa itu perbezaan antara manusia.

Baru aku tahu macam mana nak bezakan manusia.

Baru aku tahu pentingnya aku hidup dengan Islam.

Baru aku tahu Allah ciptakan tingkatan tingkatan syurga adalah untuk membezakan manusia antara yang mana paling bertakwa. Allah ciptakan pula tingkatan neraka untuk membezakan manusia yang paling kufur denganNya.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

Itu 15 tahun lepas.

Sekarang ni pun aku masih jumpa lagi orang semacam perangai aku dulu. Pelik. Ada lagi orang macam aku dulu. Yang rasa diri dia baik dan rasa cukup dengan apa yang dia sangka dan dia faham! Aku ingat dah tak ada dah!

Begitulah sejarah manusia itu tetap akan berulang seperti malam dan siang silih berganti berputar dan terus berputar. Aku geleng geleng dan angguk angguk kepala  bila terlihat dan terkenangkan waktu dulu dan alhamdulillah sekarang  baru aku dah dapat bezakan …..

Hidup aku sekarang pun tak banyak berubah. Seperti dulu. Sibuk.

Cumanya dulu dalam dunia jahiliyah dan kini aku dalam dunia iman.

Dulu aku berbuat baik kerana ingin sanjungan dan pujian atau kerana manusia dan adat tapi sekarang atas dasar ‘ taklif ‘ Allah dan kewajipan sebagai hambaNya. Bersifat wajib. Mahu tak mahu kena buat dan mesti buat!

Memang dunia jahiliyah dan dunia iman berbeza. Dunia jahiliyah boleh buat ikut suka. Ikut hati dan ikut nafsu.

Dan dunia Iman pula kena buat banyak kerja dakwah!

Nak buat kerja dakwah pulak kena berintima’  dan bersama dengan jamaah. Lepas tu kena duduk dalam tarbiyah. Dah jazam kena tarbiyah kena pulak jadi mas’ul mentarbiyah orang.

Ditarbiyah dan mentarbiyah.

Tulis dan cakap pasal tarbiyah dan mentarbiyah memang senang tapi didalam nya penuh duri duri …

Jalan tarbiyah tak lah sesenang yang disangka dan kena berkorban dan memberi komitmen sepenuh jiwa dan seumur hidup!

Rasanya larat tak?

Usrahnya, daurahnya, mesyuaratnya. Dan kalau duduk dalam Biro lagi bagai nak rak. Kena fikir macam macam. Nak upgradekan jamaah. Hingga tak cukup kaki tangan nak handle.

Dan bukan itu saja. Ruhiyah kita dan dzatiyah kita pun kena check and balance ….

Dari hari kehari tak boleh lalai.

Harus bina Iman.

Kena motivate semangat juang.

Kena tegarkan perasaan.

Lembutkan hati.

Kena perbaiki akhlak.

Kena meningkatkan ilmu.

Kena lazatkan amal.

Kena maniskan pengorbanan.

Kena indahkan tawakkal.

Kena sandarkan harapan.

Kena groomkan kecintaan. Sehingga kita benar benar akrab dengan Allah. Supaya kita sentiasa dapat pertolongan Allah dalam menyebarkan risalahNya.

Itulah jalan tarbiyah dalaman!

Luaran pulak!

Ujian lagi …

Diuji dengan keluarga. Harta. Kerehatan. kepentingan. kerja. mad’u dan berbagai lagi.

Didalam keluarga kita yang tak faham, kita sentiasa dikata macam macam.

Di sindir.

Di ferli dan dipulau.

Pantang silap sikit.

Bukan kita saja yang disalahkan mereka malah dakwah juga jadi mangsa mereka.

Di tengah masyarakat, kita dikutuk bila kita tegur tegur bab maksiat. Diungkit dan disakiti hati kita dengan kisah kisah silam kita waktu jahil dahulu dan berbagai lagi.

Didalam jamaah. Kita dimarahi mas’ul kerana buat kerja dakwah tak betul. Buat kerja jamaah tak betul.  Dipressure. Dipaksa sana, dipaksa sini. Diminta macam macam pengorbanan.

Dalam usrah, kita dikritik mutarabbi. Dimasam muka oleh mutarabbi kerana tadrib dan arahan arahan jama’i yang kita letakan keatas mereka!

Seterusnya beribu masaalah lagi yang harus kita letakkan dalam airmata.

Terkadang bila kita fikir balik. Kita juga manusia. Punya rasa. Punya cinta. Punya kecewa. Punya sedih dan tawa. Tapi itu realiti jalan dakwah yang kita kena terima.

Kadang mengadu jugak kat anak usrah masaalah kita untuk relief tension tapi apalah ikhwah dan anak usrah kita boleh buat kecuali meng ‘ sabar’ kan kita saja.

Ikhwah tak sama dengan akhawat dari segi moral support dan simpati. Bab perasaan dan menghayati perasaan orang lain ini, ikhwah memang terkebelakang dan ini perlu ditashkil lagi untuk diberi peringatan kerana sebagai duat perkara menjaga emosi orang lain ini adalah perkara penting.

Ada tika perasaan jahilyah dulu datang balik. Rasa hati nak punya awek. Bukan apa  cuma nak sembang sembang dan share share serta lepaskan emosi bila problem datang. Dapat sms. Dapat mail. Dapatlah relief sedikit sebanyak.

Tapi tak boleh lah! Hukum tetap hukum. Dosa tetap dosa. Walau apa pun niatnya!

Ini jalan dakwah bukan jalan raya.

Tak boleh lah nak couple couple. Nak sembang sembang dan cerita cerita. Mana boleh.

Ikhtilat! haram!

Nanti perasaan lain datang , dah jadi dosa. Nanti bila dah benda sekeliling dah jadi ‘slow motion ‘ dan merah jambu dah jadi haram.

Kalau nak juga, kena nikah!

Nak nikah pun bukan senang. Nak cari akhawat dulu. Akhawat yang macam kita. Yang suka hidup mati macam kita. Yang suka bertapa  dalam dunia dakwah macam kita.

Yang simple simple. Tak demand demand. Yang tahan lasak. Yang sanggup susah kerana dakwah.!

Sanggup makan roti canai. Sanggup makan nasi dan telur mata kerbau atau nasi berlauk kan ikan bilis serta berulamkan timun dan sos chili Maggi. Atau paling sedap nasi lauk sardin. ( Janganlah akhawat risau pulak. Bukan selalu. Mungkin sekali sekali sebab sibuk dengan dakwah dan tak sempat masak. Kalau selalu cam ni, buruh bangladesh pun tak tahan!)

Sesekali kita bagilah makanan yang dia suka ‘ durian dan ais cendol’ . Bukan tak boleh bagi hari hari benda benda sedap ni tapi kita takut gemuk. Nanti nak buat kerja dakwah pun boleh jadi penghalang pulak.

Yang sanggup tinggal di apartment berharga bawah RM100,000 atau rumah teres yang 3 bilik yang perabutnya hanyalah sofa dan almari buku dan kitab kitab.

Yang sanggup pakai jubah murah kain cotton dan tudung kain ela yang dibeli di Kamdar atau di Jalan tunku abdul Rahman. Yang dijual lelong.

Ada ke akhawat yang macam tu?

Yang telah lumat ditarbiyah dan sanggup jalani hidup dengan kita macam tu.

Yang mengutamakan dakwah dari segala galanya!

Paling kita takut, bila belum nikah kata OK dan bila lepas nikah kata  KO.  Dan yang mati kita lah!

Terpaksa cari rezeki lebih dan kenalah  kerja lebih atau bawak teksi part time nak tambah rezeki nak kasi zaujah kita hidup senang.

Akhirnya  sebab tuntutan kebendaan ini segala yang kita lalui dijalan dakwah selama 10 ke 15 tahun itu hancur. Cita cita dunia dan akhirat kita hancur.

Itu cerita kalau akhawat dah setuju terima kita?

Tapi kalau Ibu dan ayahnya pulak demand.

Demam denggilah kita.

Kalau setakat keluarga dia nak 5,000 ke 10,000 tu boleh lah kita cari.

Pinjam pinjam ngan kawan kawan atau minta kebenaran sahabat pecah tabung usrah.

Atau guna kad kredit platinum yang sesekali kita guna waktu emergency untuk  kita ambil cash dulu.

Tapi kalau keluarga dia nak 20,000 serba satu. Pakai mengigaulah kita. Jumpa Ali baba dan kasim baba pun diaorang tak boleh tolong!

Orang dakwah mana ada duit banyak tu. Semua dah habis  buat kerja dakwah. Kalau ada pun  saving sikit sikit untuk buat beli kain kapanbekal nak mati!

Satu lagi kita takut, kalau akhawat tu dari keluarga bandar yang kaya raya dan punya status.

Pakai mabuk kepayanglah kita. Walaupun anaknya suka kan kita.

Kena simpan sajalah niat kita itu walau pun cinta kita pada akhawat tu mengalir membuak buak macam air terjun Niagara fall.

 

So inilah yang kena kita fikir fikirkan dan bincang2kan dalam taaruf sebelum bernikah. Cumanya nak taaruf kena cari orang ketiga pulak untuk uruskan! Terkadang rasa malu nak cerita hal peribadi pada pasangan kita bila ada orang ketiga ni.

Nak helo helo dan call call tak boleh.

Nak sms dan mail mail tak boleh.

Nak skype dan  YM lagi tak boleh. Apa pun kena ada orang tengah!  Itu yang menyayat hati sebab kita nak cerita bab sensitif pada pasangan tak terkeluarkan kerana takut malu!

Mau tak mau kita kena terima keadaan ini. Benarkah syarat taaruf begini sulit?

Kemudian bila dah ada orang ketiga  dan dah runding lama lama pun belum tentu boleh jadi.!

Terkadang dia suruh kita ikut cita cita dia.

Kita plan cam ni. Dia plan camtu. Kita kata lepas nikah kita imarah kan dakwah kat sini. Buat sungguh sungguh. Dia pulak ajak kita pergi jauh.

Bukan kita tak setuju. Memang cadangan itu baik dan rasional.Kita kalau boleh nak turutkan cita citanya kerana idealnya begitu! Tapi sebagai lelaki ni kita kena fikir jauh jauh. Lelaki berfikir tidak macam akahwat. penuh emosi dan tak fikir panjang.

Kita fikir kalau pergi jauh, camaner nak cari rezeki. Kita dah kerja disini. Dah ada carrier. Nak tolong jamaah lagi. Kalau duduk luar negara lama lama siapa nak sponsor? Itu yang kita fikir habis habis …

Last last. Belum habis fikir, Cinta jadi bisu dan tuli.Diam kembali macam dulu dulu …

Cakap salah. Tak cakap salah. Nak break, cinta dah terpatri. Kita dah mula sayang dan dah mula rasa dialah yang terbaik buat kita!

Kalau tak break , ruh kita rasa terawang awang. Macam ruh tak terima dik bumi. Rasa macam hantu penanggal. Memang! Amat terganggu jugak kerja dakwah ni kerana ditimpa perasaan ni!

Entahlah! hanya pada Allah kita serahkan berbagai permasaalahan kita dijalan dakwah ini.

Itulah dia jalan dakwah. Serba serbi mengoncang perasaan kita. Nak buat baik pun susah. Nak buat baik cara Rasullulah lagi susah …

Memang jalan dakwah penuh  kelukaan …..

….di uji dalam pelbagai sudut.

Luaran dan dalaman.

Sama ada sibuk, kesihatan, keewangan  dan macam macam lagi tribulasinya apa lagi kalau  kita menyandarkan cita cita kita  pada seseorang yang kita harapkan dapat bersama membantu kita dijalan ini!

Kita pun tak tahu kehendak dan kemahuannya dan akhirnya kita rasa dunia ini sepi dan kita kembali berharap pada Allah dan pada syurga yang dijanji!

Marilah kita semua bergerak. Sekali pun dalam kelukaan.

Sebab jalan ini tidak memberi kita pilihan.

Jika kita patah balik pun kita luka, jika bergerak pun luka dan jika tak bergerak pun luka. Maka pilih lah bergerak dalam kelukaan, sebab nilai nya tinggi di sisi Allah.

Wallahuaklam

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

 

 

 

7 responses to “beza memang berbeza

  1. muharrikdaie February 10, 2011 at 4:25 pm

    Khadijah ~ Nama isteri rasullulah🙂 Terima kasih kerana ziarah dan menginspirasi saya dengan kata kata itu. Tak payah bookmark. pergi jer sebalh kanan dekat feedjet tu dan subscribe blog saya dan bila saya update nanti awaka akan dapat infonya dulu. insyaalah.

    Artikel macam tu banyak dan awak kena cari satu persatulah. banyak sangat hingga saya tak teringat.

  2. khadijah February 10, 2011 at 8:46 am

    salam alaykum,terima kasih atas perkongsian

    artikel yg sgt menyentuh hati,membuatkan sy bookmark blog nta(tiada blog utk follow)

    ade pertanyaan, ada tak artikel psl knp pilih jln ni wpun sgt2 mencabar..just nak tau,& utk meneguhkan hati

    jzkallah khairan.

  3. muharrikdaie March 24, 2010 at 2:25 pm

    Ukhti cahaya …

    Insyaalah sama sama kita perbaiki diri.

    Komen dan tegurlah saya kalau ada kesilapan yang perlu diperbetulkan.

  4. cahaya March 14, 2010 at 4:44 am

    salam. ya rabb…. membaca blog hambaMU ini sungguh seperti langit dgn bumi melihat diri.. melihat teman2 aku terasa semakin menjauh……

    tuhan jangan uji kami di atas ketidakmampuan kami menghadapinya…..

    benar kata hambaMU semakin ingin berada di jalanMU ak terasa semakin diuji..

    ya Allah, tolong kami……

  5. naadherah March 1, 2010 at 4:33 am

    Salam

    thanks for the artikel..

    rasa semangat sikit nak studii!!

    FOKUS

  6. tariq_dhiya' March 1, 2010 at 3:00 am

    panjangnya coretan,
    di situ ada duka suka,
    apapun tak semua semua orang terpilih,

    semoga terus sabat di atas pilihan Allah ini

  7. nuurhati February 24, 2010 at 2:32 pm

    mencintaiNya memang PILU..

    luka itu perlu.. sebagai bukti dihadapanNya kelak.
    bersiap siagalah dengan pelbagai ubat..plaster.. jarum jahit ..
    apa2 saja kaedah cara
    untuk sembuhkan luka tu..

    dan bersedialah tuk luka berkali-kali..

    hanya kerana “Inilah jalanku….”

    wallahualam..

    Allahuakhbar! terus bergerak !

    teruskan menulis bagi memotivasikan kami ya !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: