Menilai diri


Kawan ..

Berjuta rasa bergelombang arus jiwaku malam ini.

Tadi waktu aku bermenung aku merasakan betapa misterinya perjalanan hari hari. Dan betapa dunia dibalik gemerlap yang nampak terlalu tak berharga untuk dicintai. Dan betapa banyak masa hidup aku dulu ku habiskan dengan  sia sia. Mengejar dan mengejar. Menghambat dan menghambat akan secarik kehidupan yang tidak lansung menjanjikan ketenteraman ruhani kecuali dunia dakwah yang ku miliki ini.

Ya!  dunia yang ku rasa seperti saudara kembar ini.

Aku telah memiliki apa yang telah aku citakan  dulu yang bersifat dunia. Segala keperluan kehidupan ini. Dari tak punya apa hingga memiliki segala galanya sekalipun serba sederhana!

Dapat juga aku menghirup sedikit keselesaan setelah aku kepenatan dan kelelahan belajar dan bekerja tanpa mengira waktu! Cuma yang aku kesalkan adalah aku terlalu banyak menggunakan waktu untuk mengejar cita cita dunia sehingga terambil waktu waktu  prima untuk Tuhan ku dek kerana dunia fatamorgana yang bersifat hawa nafsu ini!

Dan aku tahu tika ini manusia lain juga mengejarnya seperti mana aku dulu mengejar tanpa henti untuk menikmati hijau dan berwarnanya dunia ini. Dunia yang tidak pernah mengerti akan erti ‘ kepuasan‘ hingga aku tidak sedari umurku semakin berkurang untuk menyempurnakan masuliyah sebagai hamba dan khalifah bumi ini.

Alhamdulilah. Syukur.  Allah mennyelamatkan aku dari terus hanyut! Aku tidak ‘ teristidraj’! Kerana kini segala apa yang aku miliki adalah hak Islam. Ingin ku korbankan buat deen ini demi penyesalan lalu!

Bagai sampan yang tiada kemudi hingga tidak sadar hanyut ditengah lautan dan begitulah tamsilnya betapa cepatnya waktu berpindah.

Di jenak jenak pengantian tahun saban tahun,aku rasa aku semakin tua untuk dunia ini. Untuk berterusan menjilat nikmat nikmat yang tiada kesudahan ini.

Banyak sekali kelalaian  dan masa yang aku gunakan hanya kerana untuk mengisi organ perut yang kecil ini dan membeli sebuah tempat tinggal yang berbumbung  serta  memiliki kenderaan untuk kemudahan hingga  aku mengabaikan keabadian hidup yang hakiki!

Aduhai …jika saat ini kita tanyakan pada orang orang tua yang telah melewati usia mereka. Pasti mereka mengatakan waktu terlalu cepat. Dan mungkin masih banyak lagi keinginan mereka masih belum tercapai.

Begitulah ironinya.

Orang tua akan menilai masa mudanya dan terasa dalam hati mereka, baru semalam sahaja mereka melalui saat kemudaan mereka bersama kawan kawan menikmati kehidupan ini. Manakala orang muda akan menilai pula masa kecil nya. Serasa dalam bayangan mereka akan nostalgia bermain main lagi, masih dibangku sekolah lagi dan masih dihantar ayah kesekolah dan beri belanja sekolah dan sebagainya…..

Begitulah putaran masa …

Dan kita juga disini seperti itu …terasa dan pasti terasa …

Dan ada juga antara kita sekarang ini merasa hidup terlalu kekosongan. Kosong dan kosong. Kita hidup tapi tidak menemui jalan hidup. Kita tidak tahu arah mana yang kita harus tuju.

Kita rasa kita kekurangan. Kekurangan sesuatu.

Apalagi bagi kita yang masih belajar dan keseorangan. Jauh dari keluarga dan ibu Ayah. Memang terasa kosong dan kekurangan serta terasa kehilangan. Jiwa dan perasaan kita terkadang terasa jauh. Kita moody. Tak ceria. Rasa segala galanya ingin cepat berakhir dan ingin memulakan kehidupan yang baru …

Namun setelah kita bekerja pun nanti, kita akan rasa begitu juga kalau kita tidak ikatkan diri dengan Allah dan dengan amal amal dakwah. Pasti kita akan resah dan terus resah.

Memang waktu studentlah waktu yang kita sentiasa lupa akan usia kita. Kerana banyaknya kita habiskan semata untuk belajar dan mencari kejayaan. Kadang kita tidak ambil pusing tentang hubungan kita dengan Allah. Hanya mengingati Allah waktu nak exam sahaja atau waktu menunggu keputusan agar Allah bantu kita! Kita jadi begitu  kerana kita terlalu pressure dengan study dan exam dan sebab itu kita selalu tak tenang. Risau dan terus risau sedangkan yang perlu kita risau adalah bukan sahaja tanggung jawab itu tapi juga harus kita risau tentang maut yang sentiasa menggamit kita! Apakata jika maut datang tiba tiba?

Sebab itu kita harus sentiasa ingat akan mati. Kerana mati mengajar kita untuk terus hidup dengan penuh makna menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Jangan kita fikir umur muda itu melambatkan maut. Kerana umur bukanlah penghalang kepada kematian walau berapapun umur kita kerana umur adalah ‘angka yang kosong’ dan kematian tidak memilih angka tetapi akan takdir dan suratannya.

Bagi sang suami atau isteri … terkadang terasa bingung  dengan kehidupan rumahtangga yang dulu terpatri dihati untuk mengurus  keluarga dengan kesejukan tarbiyah untuk melestarikannya namun kerana amat kesibukan dengan tuntutan kebendaan adakala mereka tidak tahu bagaimana untuk mengarahkan qiblat buat keluarga mereka. Terlalu hectic mencari rezeki. Hingga semakin banyak kita cari semakin tidak mencukupi. Kejar kejar dan terus mengejar.

Berlumba lumba pula untuk mewah. Kerja dan kerja. Isteri kita pun kerja dan kerja.

Anak anak kita terbata bata dinursery atau dibaby sitter. Confuse. Tidak tahu yang mana satu umminya (ibunya). Yang mana satu  walidnya ( ayahnya). Siang nampak  wajah lain dengan bahasa  indonesia yang menjaganya dan  Malam muka lain pula yang membelainya dengan bahasa yang lain.

Dia memanggil ummi bukan atas dasar ” mengenali ‘ atas sentuhan isi hatinya dan ruh jiwanya atau dengan pertalian rahimnya tetapi atas dasar sebutan yang diajar. Puuhh …  Kesian mereka … Waktu kecil lagi dah punya 2 ummi 2 walid dan belajar 2 bahasa … mereka makin confuse …

Inilah warna yang diwarnakan oleh ummi dan walid mereka yang telah ditarbiyah dulu ….tak dapat  ummi dan walidnya nak praktikkan bila telah hidup berkeluarga sepertimana ilmu yang mereka faham  dan tadah  dari  murabbi mereka dari kitab  ‘ maza yaani intima’ fil islam ‘  serta dari kefahaman  maratib amal ( mengislah keluarga ) yang sepatutnya dijadikan panduan.

Kerana apa?

Kerana nak mewah?

Kerana tuntutan hidup?

Jawablah sendiri.

Kerana kita yang menentukan kehidupan kita dan menguruskannya!

Lepas ni yang nak berwalimah taaruf betul betul …jangan fikir tentang diri kita sahaja. Fikirlah baby baby yang akan muncul dari cinta kita itu!

Aku tidaklah  pernah melalui pengalaman dan proses ini  tapi aku punya pengalaman yang luas dalam mengisi kursus motivasi dan mengisi usrah mereka dan inilah permasalahan yang mereka hadapi dan  masyarakat dakwah sekarang!

Kawan …

seharusnya semakin usia meningkat kita harus semakin takut untuk menghadapi kematian. Bukan takut akan mati yang pasti itu tapi takutlah akan ‘keburukan’ nya kematian itu. Suul Khatimah. Kita takut waktu kematian itu datang, waktu itu jiwa kita terikat dengan dunia. Dengan masaalah dunia dan ini menjerumuskan kita pada suul khatimah. nauzubillah.

Marilah sama sama kita menilai diri. Ambil kesempatan ini. Sungguh, paling penting bukan pada usia yang panjang. Tapi amal. Terlebih lagi amal dakwah yang akan mengalirkan pahala pahala yang berterusan …

Dimanakah tempatnya kita akan menghirup nafas kehidupan ini? Jam berapakah kita akan menyelesaikan hidup yang Allah berikan ini? Cara manakah kematian kita? Dalam bersantai atau sedang berdakwah dan beramal?

Adakah manusia yang kita tinggalkan banyak menyimpan duka kerana sikap kita?

Sesungguhnya aku dan ingatan ini serta tulisan ini adalah ibrah buat diri ku … diriku yang semakin dekat dengan kematian ini.

Wahai Allah ampun kan kami semua dijalan ini …….

wassalam

muharrikdaie menulis untuk mengerakan jiwa jiwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: