Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Setahun dimedan maya


Salam semua

19.2.2010 jumaat ini ….

Genap setahun usia blog aku dimedan maya ini.

Todate dah melebihi 30,000 viewer berkunjung ke blog aku ini selama setahun ini!

Dan yang meng ‘click’  dan memeriahkan link blog ini adalah kamu semua.

Kamu yang ku kasihi dijalan dakwah ini.

Walau siapa pun kamu,

kamu adalah saudara seiman ku yang telah menumpahkan kekuatan sehingga aku bertahan untuk  berada disini. Hingga saat ini yang aku harap dapat menjadi saksi aku diakhirat nanti  bahawa aku pernah menyeru kamu kepada kebaikan.

Walaupun kita tidak saling mengenal, namun aku harap hubungan ruhiyah dimedan ini akan berpanjangan yang membuahkan  kebahgiaan dunia kita dengan tebaran rahmat Allah  serta mematrikan akhirat kita untuk dijenguk oleh Allah setiap tika dengan tegukan nikmat nikmatNya dilaman syurgaNya nan hijau  insyaalah!

Mudah2an kita semua akan terus bekerja dan berdakwah sehingga kita dapat merasai berteduh dibawah payung islam dan berbaiah dengan khalifah islam suatu hari nanti yang kita percaya akan kehadirannya!

Inilah keyakinan kita.

Inilah matlamat kita.

Dan inilah yang sepatut nya dijazamkan dan disebatikan didalam darah merah kita dengan melalui proses tarbiyah yang tanpa henti supaya kita terus bersemangat dengan kebenaran janji Allah ini yang pasti kebenarannya!

Mungkin kita rasa jalan ini masih jauh tapi sebenarnya ianya semakin dekat kerana inilah yang diajarkan oleh nabi setelah sahabat bertanya dan terus bertanya bila kemenangan itu akan datang!

Dan Allah berkuasa keatas sesuatu!

Paling  penting kita harus terus bekerja dan bekerja. Berdakwah dan terus berdakwah tanpa banyak soal dimana saja kita pergi agar islam yang kaffah dan yang tulin  ini dapat dirasai dan dihirup oleh sesiapa saja yang bernafas dibumi ini.

Tak tahu samaada aku masih mampu lagi untuk menyumbang dan terus menulis atau berhenti setakat ini sahaja kerana  waktu  ku amat terhad untuk dibahagikan kerana aku harus memberi komitment dimedan yang lain  yang lebih alauwiyah lagi namun insyaalah aku akan cuba juga untuk mengambil masa tidurku untuk menulis lantaran melepaskan rindu kalbuku  yang senantiasa bergayut dihati  kamu semua.

Terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan dan kesudian kamu semua bersama diblog ini membaca tulisan tulisan aku yang cacamarba yang teramat  banyak kesilapan grammar dan ejaan.

Aku harap kamu semua dapat faham apa yang ingin aku sampaikan walaupun terkadang tulisan aku menuju laut …. yang aku sendiri pun terkadang tak faham

Walau pun banyak merapu tapi itulah yang termampu untuk aku kongsikan seikhlas dan sejujurnya yang ku cungkil dari hati aku yang tak berwajah ini buat meredupkan hati hati kamu.

Seandainya bermenfaat alhamdulillah dan seandainya bersampah, maafkan aku kawan!

aku cuma minta kamu semua doakan aku supaya menjadi lebih dewasa dalam merintis jalan ini serta lebih kuat lagi bekerja untuk dakwah ini seterusnya bertambah sabar dan bersungguh sungguh dalam membimbing manusia serta dapat memperbaiki akhlak ku agar dapat menjadi qudwah kepada alam ini.

Itulah yang amat aku dambakan dari kamu semua!

Kawan

Aku bukanlah siapa siapa dan justeru itu tak siapa yang mahu peduli kewujudan aku dimedan dakwah ini  kerana aku bukan ustadz, bukan pemimpin dan bukan orang yang hebat dijalan ini  dan mungkin tulisan aku pun hanya  menjadi jelingan mata dan sebenarnya memang aku tak pandai menulis walaupun aku minat menulis.

Namun aset aku hanyalah sekeping hati ini dan dialah  yang memacu aku untuk melakarkan kalimat kalimat dan bait bait yang kamu terpandang itu!

Hati yang  tidak berwajah dan yang telah lumat melalui jerih payah dakwah inilah yang mengajar aku untuk menitikkan  tinta tinta tarbiyah didalam blog ini  sehingga aku mampu menulis untuk diriku dan merasai izzah sebagai penulis blog ini

Misi aku disini hanyalah nak menyampaikan sesuatu ! Sesuatu yang dinamakan ‘dakwah’ dan dakwahlah yang mendorongkan ‘ semangat ‘ dan ‘ cinta ‘ aku untuk  menulis dan menulis.

Dengan berbekalkan semangat dan cinta itulah yang  terus mengerakkan aku untuk belajar ‘ memberi.’

Memberi kamu apa yang aku ada termasuk pengalaman aku. Suka duka aku. Dan kisah dakwah dan perjalanan hidup aku yang boleh dijadikan ibrah!

Mungkin ada persamaan kisah kisah kita. Peristiwa peristiwa hidup kita. Atau jerit lara  dakwah yang kita harungi.

Dan disinilah kita harus mengerti erti perkongsian.

Berkongsi segalanya yang bersifat rabaniyah dan ruhiyah.

Untuk menjadikan hidup kita ini lebih berarti!

Penuh kasih sayang didalam ketakwaan.

Dan sifat taawun yang membawa kepada kemanisan ukuhuwah inilah yang seharusnya kita miliki dari tiga  kekuatan yang perlu ada pada seorang da’ie selain kekuatan aqidah dan ketenteraan yang menjadi kan kita insan qawi lagi rabbani sehingga terlahir warna warna perasaan yang penuh tautan dan kebersamaan yang menyatukan perasaan perasaan kita ….

Jika kita pernah sedih. Disini kita kongsi kesedihan itu. Jika kita pernah gembira. Disini juga kita kongsi kegembiraan itu. Jika kita lemah disinilah kita berkongsi kekuatan. Jika kita kecewa disinilah kita berkongsi motivasi untuk membangun kembali jiwa kita!

Kita manusia. Saling memerlukan.

Selagi kita dinamakan manusia. Selagi itu hidup kita diputar oleh putaran perasaan yang senantiasa resah  serta  tribulasi kehidupan yang bagai badai yang tak tertahankan.

Adakala kita rasa kehilangan matahari. Adakala kita rasa kehilangan bulan. Adakala kita rasa terang adakala kita rasa gelap ibarat mata yang tanpa cahaya.

Sebenarnya jangan kita hairan kerana inilah yang pernah dilalui dan oleh  ummi dan walid peneroka kehidupan ini ya itu…

Adam dan Hawa.

Masakan kita cucu cicitnya dapat melarikan diri dari fitrah ini!

Cuma datangnya  perasaan dan tribulasi kehidupan  kita itu tidak menentu dan diwaktu yang berbeza beza.

Namun ianya pasti datang dan datang untuk menguji …..

Ada tikanya aku menangis kamu ketawa dan waktu aku ketawa kamu menangis. Dan ada masanya kita ketawa dan menangis bersama.

Begitulah seterusnya mainan anggota tubuh dan panca indera yang seperti rona rona pelangi ini yang menceriakan dan mengindahkan perjalanan kita sebagai seorang manusia  yang membuatkan kita tidak jemu menjadi seorang manusia. Manusia yang punya darjat dan izzah disisi Allah.

Memang mulia menjadi manusia. Semulia mulia makhluk dibumi ini ….tapi jangan lupa. Hanya satu dibezakan antara kita semua…..

ya itu takwa.

Inilah yang membezakan kita. Yang meninggi dan merendahkan makam mahmudah kita. Yang membezakan kedekatan kita dengan penghuni penghuni langit. Yang menjarakan kita diantara syurga syurgaNya.

Takwa menjadi kira bicara kita.

Justeru tarbiyah yang kita lalui sepanjang hayat ini adalah semata mata untuk meraih takwa.

Pesan ku

Marilah kita benar benar bertakwa kepada Allah dengan sebenar benar takwa.

Mari kita ‘ cela ‘ diri kita diatas dosa dan kelemahan yang kita sengajakan.

Mari kita hukum diri kita dengan sentiasa taubat dan melakukan mujahadah bersungguh sungguh sebelum Allah hukum kita dan menjadikan kita lupa pada diri kita sendiri dan bila kita lupa pada diri kita sendiri pasti kita terjerumus kearah kenistaan tapi kita rasa kita telah melakukan kebaikan.

Mari kita sama sama mantapkan tarbiyah dzatiyah kita dengan amalan amalan ‘ infardhi ‘ yang mendekatkan kita dengan Allah dan mengenalNya dengan sebenar benar kenal.

Jika kita rasa bermalasan tanpa punca dan tidak dapat merasai kelazatan berkhalwat denganNya, ketahuilah bahawa hati kita sedang sakit dan perlu dibiuskan dengan taubat . Sungguh! Hati yang kekesatan tidak bisa dihaluskan kecuali taubat dan kembali mengadap Allah.

Hati kita juga punya rasa terancam yang tidak bisa dihilangkan kecuali dengan suasana intim bersama Allah. hati juga punya kesedihan yang tidak boleh diusir kecuali dengan rasa bahagia yang muncul  dari ma’rifah kepada Allah …

Tiada jalan lain kecuali berkhalwat dan bermunajatlah jalannya dan semuga kita dapat lakukannya dengan tawazun, istiqamah dan berterusan.

Mari kita bertakwa dengan ruh penuh ‘ sedar ‘ dan bukan dengan semangat yang kosong.

Kita teruskan kerja kerja dakwah kita yang tidak pernah berbaki ini dengan penuh sabar dan tersusun!

Kawan …

memang jalan kita masih jauh tapi percayalah, tidak ada fatamorgana dilaluannya ….

……..merindui mu walau dalam samar samar harapan

jumpa lagi.

Terus bergerak dan mengerakkan walau pun berseorangan ….

muharrikdaie ~ 6.45pm KLIA

2 responses to “Setahun dimedan maya

  1. tariq_dhiya' February 18, 2010 at 12:05 am

    Happy Birthday buat blog muharrikdaie, semoga terus menulis sampai hit berjuta2 dan dibaca oleh ramai orang serta dimanfaatkan oleh semua, amin

  2. aulia February 17, 2010 at 7:08 pm

    happy birthday…
    banyak manfaat dari blogmu ini.
    tetapi prioritas memang harus di kedepankan

Leave a comment