kenangan lalu


 

Teringat kata kata guru motivasiku waktu aku nakal dahulu. ” Berkelanalah kamu Mal, sejauh yang mungkin dan hiduplah dalam kesusahan dan jangan bergantung meminta dengan manusia kerana disitu kamu akan temui dirimu dan kamu akan temui Tuhan mu yang hilang dan saya percaya kamu akan berubah”!

Terima kasih Ustadz Ismail dan semuga ruh mu dicucuri rahmat.Dan pastinya aku telah temui diri ku dan aku telah temui Tuhan ku dan aku telah temui jalan jalan untuk menatap wajahNya.

Kawan

Aku selalu mengingatkan diriku bahawa orang seperti aku perlu selalu bermimpi kerana jika tidak ada mimpi dan semangat pasti tika ini aku berada dibawah telapak kaki dunia. Dan pastinya aku entah kemana! Apa lagi untuk mengenal dakwah dan deen ini. Mungkin jauh sama sekali.

Rasanya tak perlu aku ceritakan kisah semalam itu yang amat jerih. Kerana aku tidak mahu memandang kebelakang apa lagi untuk mengundurkan diri dari berhadapan dengan ujian yang sebeanrnya dalam kehidupan ini. Bukan aku ingin ujian itu datang bertubi tubi tapi dengan ujianlah kita akan menjadi bertambah kental dalam menghadapi hidup yang tersisa ini.

Memang aku bahagia kini apa lagi kenangan lalu itu menjadikan aku lebih kerap untuk bermimpi. Dan aku akan seterusnya bermimpi. Aku percaya mimpi menuju akhirat ini adalah mimpi terakhir ku dalam hidup ini dan selepas ini aku tidak akan bermimpi lagi. Bagi ku sekarang dunia sudah tidak ada erti lagi kecuali satu …….memproses diri ku menjadi hamba yang muttaqin yang akan melaksanakan ubudiyah kepada Allah dengan sebaiknya. menyempurnakan misi Rasul semampuku. Kerana ini sajalah yang perlu aku perjuangkan sebelum ruh dan jasadku dikhatamkan.

Aku mencintai hidup untuk hidup ( diakhirat )! Aku benci dengan hidup yang rutin. Kerja. Makan. Solat. Usrah. Tidur. Tanpa ada  sesuatu yang boleh aku lakukan berlainan setiap hari. Aku tahu sistem kerjalah yang banyak mengikat aku! Dan bila ku renung para duat yang aktif, mereka sanggup mengorbankan kerja yang terikat  ini meskipun mereka punya  Degree dan Master dan boleh memaut jawatan yang tinggi namun mereka ini  sanggup mengorbankan kemudahan itu kerana dakwah dan aku melihat wajah suci mereka amat bahgia sekali. Walaupun rezeki mereka tidak menentu kerana bergantung pada jemputan mengajar, ceramah dan kursus serta berniaga kecil kecilan mereka masih mampu lagi mengorbankan wang ringgit untuk kerja kerja mentarbiyah. Memang aku kagum.

Kagum juga melihat zaujah mereka menerima keadaan itu dengan keterbukaan hati dan menerima seadanya rezeki suami mereka yang tak seberapa itu dan masih mampu menghidangkan makanan yang  terbaik jika usrah atau halakah dirumah rumah mereka.

Bagi ku memang aku amat menghargai pengorbanan yang begitu. Jarang jarang, kadang kadang dapat melihat  akhawat yang begitu dipenghujung zaman ini sekali pun dicanai selumatnya dengan teori teori tarbiyah tapi bila berlaku sedikit kesulitan, moody dan ketatlah wajah dilemparkan kepada suami mereka. Akan berkerutlah hati penuh penyesalan seperti memakan limau muda. Akan terserlah wajah macam muka 13 mei atau bagai bulan yang gerhana. Dan paling sedih berlaku perceraian diakhir asbab kesulitan ini. Memang berlaku dan akan terus berlaku disepanjang zaman.

Aku tahu, zaujah yang mempunyai ketahanan begini adalah akhawat yang pernah hidup dalam kesusahan sewaktu muda dahulu. Samaada dari keluarga yang miskin atau mereka benar benar menghayati getaran tarbiyah dan mampu bermujahadah serta  ruh yang sentiasa mencintai akhirat lalu kesusahan dalam perjuangan telah mendarah dagingkan jiwa mereka.

Dan kesusahan itulah dahulu yang dapat memberi ketahanan kepada aku hingga sekarang dan semuga Allah thabat dan istiqamahkan serta memelihara aku seterusnya dijalan ini.

Suatu waktu dulu tubuh ku tidak merasakan apa apa tika dipeluk gelap dek remuk redam keletihan membanting tulang untuk memegang mimpi mimpi aku. Kini tubuh ku dipeluk gelap lagi tapi amat berbeza kerana kali ini aku bahagia dalam keletihan menyusuri jalan jalan yang panjang ini …

Dan dalam oxygen kesusahan ini aku masih mampu bernafas didalam tarbiyah dan dakwah hingga kehari ini.

Kawan

Sebenarnya kenangan lalu, amat perlu kita hargai dan sewajarnya kita simpan didalam muzium hidup kita ( seperti muzium dalam gambar aku diatas ).

Dan kita lakarkan tinta dihati kita yang sentiasa belayar dalam perjuangan ini supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang akan kemanisan natijah jerit payah hidup ini.

Kenangan lalu tetap berkaca.

Sedih dan duka. Gembira dan tawa.


Dan aku telah berjaya mencipta kenangan bagi diriku sendiri sekalipun dulu aku tak punya apa apa! Hanya perut yang sentiasa ngilu, tubuh yang tak bertenaga sehingga satu tika aku tak dapat melangkah lagi dengan cabaran dunia namun ….Allah Maha Kuasa.

Mentahkik kan mimpi mimpiku diwaktu aku tidur diselimuti kain kain perca yang dijahit oleh ibu ku sebagai pemanas dicuaca yang dingin dikampung dan kini aku mampu menakluk hidupku.

Kenangan lalu itu membuatkan aku tidak pernah percaya tapi itulah dia ….

Dan pengakhiran perjalanan ini tak siapa yang tahu. Yang mampu aku lakukan hanyalah menanti  dan terus menanti dan aku tahu aku akan temui jua sama ada sebuah kenyataan atau sebuah kenangan …

salam buat mu

muharrikdaie ~Laut China Selatan

2 responses to “kenangan lalu

  1. abc November 4, 2012 at 3:31 pm

    hidup adalah perjuangan,teruskan berjuang🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: