aku akan pergi sejauhnya


السّلام عليكم

Aku akan terus merinduimu dijalan ini meskipun perasaanmu semakin tawar untuk bersamaku berjalan jauh  merentas belukar dakwah ini dan sememangnya menjadi fitrah, sukar untuk mencari teman yang sabar kerana perjalanan ini akan mengkusut masaikan kehidupan kita  dan terpaksa meninggalkan banyak kenikmatan duniawi serta hidup seadanya yang mungkin kamu tak sanggup pergi sejauh aku dan deen pun mengajar kita begitu ‘ la yukallifullah hunafsan illa wus’aha ‘ !

Insyaalah kita sama sama berdoa agar Allah sentiasa memanjangkan nafas iman kita serta menguatkan kita menahan ombak ombak nafsu yang menggulungkan jiwa tandus ini.

Aku pasti akan teruskan jua langkah langkah ghairah ini untuk sampai kepelabuhanNya  dan memang itulah cita cita ku yang penuh nyalaan semangat. Bergerak dan mengerakkan.

Untuk pergi sejauh dan setingginya.

Sejauh kutub utara dan setinggi bintang dilangit demi dakwah ini.

Aku amat berterima kasih kepada murabbi ikhwan yang ku kenali dulu yang walau pun berkesempatan mentarbiyah ku hanya 4 bulan dikebun  epal   itu dengan kalimat kalimat semangat yang menaikkan bulu romaku dalam bahasa syurga yang ku fahami ‘khalil khalil’  ( sedikit sedikit ) itu meyakinkan aku untuk menjunjung tinggi mimpi mimpi akhirat ku lalu membakar semangatku untuk mencapainya.

Dia adalah antitesis sikap pesimis. Panglima yang mencairkan mentaliti penakutku dan hulubalang bagi ruhiyah yang besar. Ia telah membawa ku terbang bersama buraq yang ku khayalkan. Menempuh kehidupan ujian yang maha bahaya.

Bersamanya aku melepuh terbakar panas matahari mesir, dihentam angin pasir, menciut dicengkam dingin dan tanpa aku sedar aku telah menjadi batu granit yang mampu menampung ujian yang jatuh bertalu talu!

Kawan,

Inilah proses proses dan pengalaman yang pernah aku lalui tanpa belas kasihan. Hanya berbekalkan secebis iman, keberanian dan tawakkal didalam tarbiyah ini tapi selangkah pun aku tak pernah mundur. Tidak pernah!  Aku jatuh. Bangkit lagi. Jatuh dan bangkit.

Meskipun kita sama sama berada dalam tarbiyah tapi tak semestinya kita memahami tarbiyah dengan kefahaman yang ‘  kaffah’ !

Ada yang memahami tarbiyah sekadar berhalakah saja atau berkasih sayang, berziarah, berjaulah, dan  berteori tarbiyah  lainnya sehingga kita rasa kita  dah cukup sempurna dengan apa yang ada dan merasakan itulah penghujung dan penamat tarbiyah serta  berpuas hati dengan apa yang kita capai yang ter‘ taklif ‘ keatas kita lalu dengan nyaman kita berlegar legar dengan sayap kepuasan diudara tarbiyah itu, lalu akhirnya kita kepatahan sayap dan jatuh menjadi rutin kehidupan yang menjemu dan memualkan!

Lalu akhirnya terputus  mata rantai jihad kita untuk  menggapai cita cita mendaulahkan Islam dan kita merasa selesa dengan apa yang kita nikmati sekarang justeru tanpa disedari kita terlupa bahawa kita masih lagi belum bernaung di bawah naungan islam dan secara tak lansung kita ter ‘Redha” dengan kehidupan dibawah demokrasi ini lantas menjerumuskan kita mencium syirik ‘kaffi’ secara tidak sedar sehingga  memudarkan impian dan cita cita kita untuk memanjat marhalah dan fasa jihad seterusnya.

Rugilah masa dan komitmen kita dalam ‘ membedah ‘ kitab kitab haraki serta melaungkannya untuk melangkah tangga tangga maratib amal seterusnya diatas keterlupaan dan kelalaian kita itu sehingga pemikiran kita semakin usang sehingga  membuta tulikan fikrah kita dalam memahami kalimah ‘ beransur ansur ‘ didalam dakwah ini.

Sebenarnya ansur ansur didalam gerakan dakwah yang harus difahami adalah ansur ansur yang berperancangan dan punya milestone yang akan melajukan perjuangan tanpa dapat disekat oleh halangan apa apa pun.

Tapi malangnya duat seperti kita memahami ansur ansur adalah berlambat lambat dan lemah! Inilah yang berlaku dan seharusnya setiap murabbi memberi fokus terhadap permasaalahan ini dan cuba untuk membaiki demi keberlansungan dakwah seterusnya.

Dan buktinya seorang murabbi dan murabbiyah itu terkadang terpaksa sampai tua  berteleku mentarbiyah  hingga memperuntukan masa yang teramat panjang  hingga terkadang hampir  5 ke 10 tahun untuk melahirkan murabbi tapi tidak dapat juga melahirkan walau seorang pun murabbi dalam kawasannya dalam masa tersebut.

Rasanya bukan disebabkan kelemahan modul tapi mungkin sikap murabbi itu sendiri yang terlalu menjaga ukuhuwah  dan terlalu ingin menjaga hati adha adhanya atau mutarabbinya sehingga terlalai dan melemah untuk menguatkan disiplin itu terhadap tarbiyah didalam halakahnya sendiri.

Dan jadilah halakah usrah itu hanya tempat berukuhuwah sahaja sehingga tidak menjaga pengisian yang sepatutnya di isi dengan qualiti  penyampaian bahan, mutabaah amal, penghayatan amalan2 fardhi, pembacaan alquran yang betul dan kaedah mentafsir, muhasabah diri, motivasi dan sebagainya sehingga adha adhanya tidak dapat  merasai ruh penghayatan selepas pertemuan yang mengakibatkan adha adha tidak dapat menjazamkan rasa masuliyah didalam diri apabila terpisah dari halakah. Dan jadilah halakah usrah itu seperti majlis puji pujian kepada murabbi dan majlis taalim yang hanya menonjolkan kemampuan murabbi sahaja sehingga mutarabbi hanyalah  menjadi pendengar yang setia.

Berbeda dengan tarbiyah aku lalui dahulu sehingga terkesan dalam jiwa dan aku selalu rasa berada dalam guilty concious  tentang tanggungjawab besar yang didambakan oleh deen ini untuk menegakan  Darul Islam yang berdaulat penuh sehingga aku dapat mengajar diri ku supaya sentiasa berfikir dan berfikir kearahnya.

Inilah prinsip dan sikap yang perlu ada pada kita duat ini yang telah mewakafkan diri dan kehidupan kita untuk Allah.

Terkesima mendengar kata kata Hasan al-Hudaibi

Tidak pernah aku memaksa orang untuk bersikap tegas dan berdiri sebarisan dengan aku. Akan tetapi perlu aku nyatakan pada kamu semua; sesungguhnya dakwah ini tidak akan pernah berkumandang walau sehari sekalipun jika ditangani oleh orang yang ragu ragu dan lemah serta tidak punya pendirian.

Aku tahu suatu hari nanti kita akan merasai juga saripati perasaan ini kiranya kita dapat merubah mindset dan  menjaga disiplin dalam  menghayati tarbiyah ini sehingga dapat menyatukan  fikrah dan cita cita yang sama untuk menuju  Negara kurnia Allah yang ditaklifkan kepada kita melalui perjuangan tanpa henti dan tanpa kenal lelah oleh hamba hambaNya yang beriman dan bersemangat tinggi.

Kamu tentu tahu akan dambaan islam. Mendambakan kita sebagai rijalnya yang tidak pernah putus dengan cinta dan cita dalam menghadapi hambatan dan rintangan dan kamu juga tahu bahawa kemenangan islam bukan ditentukan oleh hitungan waktu tapi adalah prestasi amaliyah umat nya. Prestasi kita yang melalui proses ini untuk mengecapi kualiti mutaqqin dan shobirun.

Sebab itu kawan, aku terus menulis dan menulis agar tinta yang dilumuri semangat ini akan sentiasa menyengat  jiwaku dan menyedarkan kamu semua  betapa kita semua harus meneruskan  kayuhan tarbiyah ini meskipun kita lelah dan lenguh mengayuhnya untuk menjadikan diri kita sebagai ‘ Basthatan fi al-ilmi wa al-jismi ‘ generasi yang berilmu dan berwawasan serta kuat semata mta untuk memegang amanah perjuangan yang penuh cabaran dan tribulasi ini.

Kita harus bersikap tegas dengan diri kita yang selalu ingin kan kemanjaan ini. Inginkan kerehatan dan keselesaan.

Kita harus terus melawan, kerana tarikan tarikan dunia disekeliling kita itu merupakan serangan psikologi nafsu kita untuk melemahkan kita. Sehingga apabila kita hilang sifat qawammah pastinya ia akan menguasai kita sepenuhnya  hingga kita kehilangan izzah sebagai seorang da’ie dan melemahkan kita  dan menjerumuskan kita kepada kemaksiatan yang sentiasa menanti kita untuk melahap iman dan ruh jihad yang telah kita bina.

Kita sedia maklum bahawa maksiat seorang mukmin dan pejuang islam bukan sahaja dosa dosa tujuh anggota yang kita lakukan dalam menderhakai Allah tapi ‘ kerehatan ‘ dan ‘ bersantai ‘ serta ‘ bertawakkuf ‘ dengan kerja kerja yang semakin banyak juga adalah maksiat bagi kita dan ini juga akan membuatkan lambatnya datang kemenangan dan pertolongan Allah itu!

Kawan

Kalaulah islam menang keatas musuh bukanlah disebabkan oleh ramainya kita, kuatnya kekuatan fizikal  kita atau persiapan kita tetapi adalah ‘ketakwaan’ kita, kebenaran Islam dan  kemaksiatan musuh! Oleh itu kita harus meningkatkan takwa kita dan hubungan kita dengan Allah sebaik mungkin.

Benarlah kata Umar Abdul Aziz

Kita menang ke atas musuh musuh adalah disebabkan kemaksiatan mereka. Kalau saja tidak demikian tentu tidak ada kekuatan bagi kita untuk mengalahkan mereka. Kerana jumlah kita tidak sama dengan jumlah mereka dan persiapan kita tidak secanggih persiapan mereka.

Kalau saja kita dengan mereka sama dalam kemaksiatan, tentulah mereka lebih hebat dari kita dari segi jumlah maupun kekuatan. Kalau saja tidak menghadapi mereka kerana kebenaran, tidak mungkin kita mengalahkan mereka dengan kekuatan.

Kawan

Aku menulis hanyalah untuk mnjelmakan semangat mu kembali yang kian luntur. Aku tahu terkadang duat ini ada yang keseorangan menghadapi dakwah ini tanpa bantuan sahabat sohibahnya. Keseorangan menghadapi ujian. Keseorangan menguruskan saff saff duatnya kerana keadaan dan kejauhan dengan jamaah dan murabbinya. Dan insyallah aku dapat merasai itu dulu dan muga tulisan ini memberikan sedikit kekuatan dan pencerahan kepada keseluruhan duat yang sefikrah dengan ku insyaalah.

Semuga Allah menjadikan kita sebagai hambaNya yang soleh, sabar dan tetap istiqamah diatas al-haq . Amin ya Rabbalalamin.

الفقير إلى الله

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

One response to “aku akan pergi sejauhnya

  1. dhila February 13, 2010 at 10:24 am

    artikel yg menggugah akhie… sy jadi malu sama diri saya sendiri.😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: