Pernahkah kamu rasa


Kawan

Semakin aku ingin bekukan  rindu ini didalam frezer, semakin ia menyatu dalam hatiku yang sukar untuk dimengertikan!

Justeru yang boleh  mententeramkannya adalah tali arus doaku.

Hanya doa itulah saja yang mengizinkan kita berbicara dengan hati dan rasa tanpa suara dijalan ini.

Harapanku agar kamu teruskan niat mu yang suci itu sekalipun tanpaku dan aku akan terus berdoa agar kamu sentiasa kuat dan bertenaga dalam merengkuh ‘ jalan dakwah ‘ ini sehingga kepenghujung jalannya!

Mujahadahlah dalam mengurus nafsu dan godaan dunia ini kerana dunia dan nafsu sentiasa mencari ruang  untuk melemahkan mu dan mengagalkan cita citamu.

Berhati hati lah mengawal niatmu dan amal mu dalam perjuangan ini kerana niat bisa berubah kalau tidak kita kendalikan dengan iman yang mantap kerana nafsu yang bersifat riya’ ujub dan sumaah ini sentiasa mengintai meskipun kita telah melawan dan membunuhnya kerana nafsu jahat ini tidak akan pernah mati. Setiap kali kita mengalahkannya setiap itulah ia hidup kembali dengan rupa yang lain ….

Ada yang bertanya padaku dan meminta aku menceritakan pengalaman dakwah ku.

Ingin merasai apa yang aku rasa walau pun hanya sekadar cerita tapi ingin aku jelaskan pada mu kawan, untuk merasainya kamu harus bersamanya dahulu. Bersama dakwah ini berserta kafilahnya!

Kalau sekadar ingin mendengar cerita dan menikmati perjuangan ini dengan ‘ telinga’, ribuan buku yang boleh kamu baca dan dapati dimana mana dan men’talkin’kannya pada pendengaranmu.

Jutaan kitab kisah salafus soleh dan para nabi yang boleh kamu telaah dan teguk dalam rongga hati mu mengebumikannya didalam ruh mu.

Namun ironinya dakwah bukanlah begitu untuk dirasai kenikmatan atau duka nestapanya maupun airmatanya kerana dakwah ini sesuatu yang subjektif untuk kamu fahami dengan perkataan!

Masukilah melalui pintunya yang betul barulah  saat  itu kamu akan merasai betapa dakwah ini akan menyerap dan menyatu dalam tubuh mu sehingga sukar untuk kamu ‘talak’ kan dia jika kamu benar benar ikhlas untuk ” berwalimah” dengan nya.

Kamu tidak boleh menceroboh jalan dakwah ini mengikut suka hati kamu. Atau mengikut cita rasa kamu atau berdakwah sekadar suka suka. Atau sekadar untuk ‘ kill time atau part  time ‘ kerana dakwah adalah ‘ taklif rabbani ‘ yang wajib dan tidak boleh kamu pinggirkan dalam nafas hidup kamu.

Kita perlu mengubah mind set kita supaya dapat berfikir cara orang yang beriman!

Kita berdakwah bukan saja nak ajak orang beramal atau menunaikan solat lima waktu sahaja ,atau berzikir membilang biji biji tasbih, atau sekadar nak ajak orang tutup aurat atau pakai kupiah atau nak ajak  orang belajar tajwid dan bertaranum atau belajar haid dan nifas melalui kitab kitab kuning!

Tapi dakwah yang diserukan kepada kita oleh deen ini adalah dakwah untuk mengembalikan khilafah yang hilang.

Dakwah untuk membangunkan Khilafah yang roboh dan menengakkan kembali  Khilafah yang tumbang!

Inilah sebenarnya matlamat dakwah itu yang didambakan oleh setiap duat yang memeluknya. Inilah dakwah yang perlu difahami oleh kita yang telah berulang ulang kali kita tatap dan menyelongkarnya dari  mutiara Usul Isyrin!

Dan tentu kamu tahu bahawa jika inilah matlamatnya kita harus membentuknya melalui suatu Sistem.

Sistem yang telah diajar oleh idola kita Rasullulah SAW. Dan tidak lain tidak bukan ianya adalah Sistem Jamaii.

Sistem yang di endorse oleh langit yang diwahyukan untuk di sebarkan dibumi ini. Dan inilah saja sistem yang menjamin dapat mengembalikan kedaulatan islam itu sendiri.

Oleh itu perkara pertama yang harus kamu lakukan adalah kamu harus intima’ dengan jamaah. Bukan jamaah politik yang mengemis demokrasi untuk menegakkan islam tapi adalah jamaah ” dakwah dan tarbiyah”. Tidak kira apa ‘ jenamanya’ sekalipun, asalkan bertepatan dengan sunnah yang ada tarbiyah didalamnya. Yang ada qiyadah memacunya dan ada modul untuk memprosesnya.

Namun kawan, ianya penuh tribulasi sebelum kamu rasa nikmatnya!

Kawan,

Pernahkah kamu merasai dipenjara? Di lock-up tanpa kamu tahu kesalahan yang kamu lakukan? Dan disoalsiasat sesuatu yang tidak pernah kamu fikirkan?

Dijalan dakwah ini kamu akan rasai perkara itu semua. Itu pun jika kamu telah matang dan bersungguh sungguh dalam perjuangan ini.

Mungkin tak semua da’i merasakan begitu kerana jamaah kamu masih belum dikenali dan mengancam kedudukan mereka didalam pemerintahan. Dan itulah yang telah dirasai oleh Ikhwan Muslimin di Mesir.

Namun ujian tidak berbau. Ianya boleh menjengah setiap duat dengan tiba tiba. Sebab itu sebagai da’i kita sewajarnya harus mempunyai sikap ‘ hazar’ yakni berjaga jaga dan berhati hati kerana makin kuat kita dijalan dakwah ini, makin banyak mata yang memerhati. Dan pasti kita akan menjadi mangsanya bila bila dan tiba tiba!

Dan inilah yang telah aku alami sewaktu di Mesir. Hanya sekadar berkawan dan berbincang dengan sahabat sahabat ikhwan yang aku sendiri pun tidak mengenali mereka pemuda pemuda ikhwan, aku di perosok didalam penjara selama tiga hari dan disoal siasat seperti penjenayah. Didudukkan aku diatas kerusi yang tiada penyandar didalam bilik kecil yang hanya lampu berkuasa 5 watts sehingga aku tidak tahu bila siang dan bila malam!

Aku bersolat pun ikut rasa hati dan berqiblat ikut ijtihad sendiri. Memang tiada pukulan dan siksaan yang menyinggahi tubuh badan ku, tapi itu sudah cukup membuatkan aku merasa terlalu azab dan mengeringkan airmata ku dan berasa seperti gila kerana mental yang di torture hingga lemah.

Barulah aku dapat rasai betapa hebatnya iman Sayyid Qutb. Iman Zainab AlGhazali yang di penjara bertahun tahun dengan penuh keazaban. Begitu juga Iman Syeikh Yasin dan juga pejuang2 Palestine yang lain. Dicabut saraf mata mereka hingga buta yang tak terkesan.

Bukan itu saja keazaban mental yang aku alami, tapi bila keluar aku menghadapi ujian ditarik biasiswa hingga aku terpaksa bekerja menjadi pengutip buah dimusim semester break dan menjadi ‘money changer’ yang tak berlesen untuk menyambung study  dan membeli roti yang tidak berkuah!

Itulah pengalaman manis ku untuk kamu ketahui!

Kawan

Bila sekali masuk penjara, dimana saja kamu pergi tidak pernah penjara melupakan  penghuninya dan ia seperti mengetahui akan bekas penghuninya dahulu dan aku sekali lagi menghuninya sewaktu menyertai kebangkitan reformasi setelah dipancut dengan water cannon yang berasid dan dibelasah dengan cota dan kali ini jiwaku makin kental dan tidak setitik pun airmata aku mengalir dan aku kian matang dijalan ini ….

Panjang ceritaku kawan yang pasti akan ku bukukan suatu hari nanti dan akan ku ceritakan lagi jerit lara jiwa ini pada seseorang yang aku cintai dijalan ini yang juga akan menyusuri jalanku….

Memang nostalgia lalu banyak mendidik aku menjadi kuat dan terus kuat untuk menghancurkan tembok jahiliyah ini namun sebagai manusia aku juga punya rasa untuk menumpahkan air mata bila mengenangkan hampir kesemua manusia yang bertali darah dengan aku menjauhi aku bila mereka mengenali aku sebagai ‘ manusia dakwah’ dan ‘ banduan dakwah ‘ yang sentiasa yatim dalam hidupnya!

Namun aku tetap berbahgia di jalan ini.

Dibawah naungan tarbiyah ini .

Dan hidup dibawah naungan tarbiyah adalah memang terlalu nikmat yang sukar untuk dimengertikan kecuali oleh yang merasakannya.

Nikmat yang mengangkat setiap harkat usiaku dan menjadikan aku manusia yang benar benar menghargai setiap sedetik dan setiap minit  dari helaan nafas hidup ini.

Dan aku juga bersyukur pada Allah yang memiliki Arasy ini, yang ingin sekali aku bernaung  dibawahnya waktu dimahsyar nanti kerana telah memberikan aku kurnia dengan hidup dibawah tarbiyah dan dibawah ‘ dustur’ yang suci dalam satu rentang waktu yang kurasakan nikmat yang belum aku pernah rasakan dalam hidup , sebelum aku mengenal islam dengan sebenar2 benar kenal  dan mengenal jamaah yang telah mentarbiyah aku  hingga menjadikan usiaku amat bermakna, diberkahi dan disucikan dengan kalimat kalimatNya!

Salam pejuangan dari yang teramat mengantuk ini.

muharrikdaie ~ 3.30 pagi malaysia

3 responses to “Pernahkah kamu rasa

  1. naz February 11, 2010 at 10:24 pm

    di saat nafas dihirup dari aroma da’wah dan tarbiyah
    segala kepahitan dan kesusahan di mata mereka
    adalah keindahan yang tak terhingga bagi daie yang benar
    menjadi aroma wangian yang menyuburkan cinta
    sehingga seluruh hela nafas adalah demi Allah
    demi menegakkan kembali izzah Islam
    bernuansakan rabbaniyah dan manhaj uswah hasanah
    hingga Rasulullah tersenyum bangga di syurga InsyaAllah..

  2. tariq_dhiya' February 11, 2010 at 2:51 am

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,,

    tetapi untuk memikul beban dakwah, manis itu lebih daripada berat dan payah,,

    biarlah manusia lain melihat manusia dakwah itu begitu begini begitu begini,

    hanya yang berada dalamnya sahaja merasai

  3. ana February 10, 2010 at 8:15 pm

    harusnya air mata itu tak ada…..tetapi air mataku mungkin tanda kelemahanku….
    semoga keberkahan selalu untukmu muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: