bahasa cinta


Kawan

Aku sering mengintaimu dari tirai iman.

Mengikutmu menjelajahi perjalanan mu untuk ku titipkan dicelah rasa hati ini tanda kesyukuran bahawa dakwah ini masih ada yang menyahutnya diseluruh benua.

Ingin ku rasai semangat yang menyala itu supaya semangat itu dapat menghanguskan rawasib rawasib jahiliyahku dalam diri mau pun diri kawan kawan dakwah kita yang dihingapi virus nifaq kemalasan dan suka kerehatan.

Insyaallah aku berharap kamu sentiasa berada dalam redhaNya.

Menyambung lisan Rasul kepada ummah ini dan Insyaalah, aku percaya Allah akan terus memeliharamu yang sentiasa mendahulukan Allah dari kehidupanmu agar kamu selamat sehat disamping iman yang melonjak langit!

Syukur pada Allah  …..rabithah yang tak putus ku hembuskan ke Arasy tidak tersiakan ….alhamdulillah.

kawan,

seandainya kamu faham erti seni, kamu akan tersentuh akan lembutnya ‘seni dakwah’ ini.

Dipenuhi oleh rasa rasa.

Dibenahi jiwa jiwa yang hidup yang dititip dari kalamNya lalu berjatuhan dari arasy  kristal kristal hidayah yang suci yang membuatkan kamu terpana merasakan betapa erat dan hangatnya pelukan Allah dalam menyintai hambaNya!

Halus dan memikat.  Hingga kamu ghairah dalam dzauknya.

kawan

Ingatkah kamu lagi, saat dada Rasul di belah lembut oleh temannya jibrail. Disucikan lalu di isikan iman dan rindu serta  cinta sebelum dimikrajkan! Hingga kerinduan itu mengantarkanya ke Sidratul Muhataha bertemu kekasihNya sampai satu saat cintanya memanggil lantas ia turun kembali menemui mutarabbinya. Menemui umatnya! Kerana cinta nya ….

Inilah Rasul. Dengan pesona akhlak yang tidak pernah lansung lupa akan umat hingga nazaknya!

Memori ini di ungkapkan kembali oleh  Iqbal  dalam syairnya

Kalau aku adalah Muhamad, aku tidak akan turun lagi kebumi setelah sampai ke Sidratul Muntaha.

Iqbal tahu kiranya manusia biasa seperti kita yang tak punya cinta pasti tidak akan turun lagi setelah dapat menatap wajah Ilahi! Ini perasaan fitrah. Betapa pesonanya berteduh diharibaan Allah. Dipuncak langit ketujuh yang teramat mengoda yang membuatkan kita berbicara dari rindu dan mendamba dari rasa. Melihat wajah Allah. Indah yang penuh segala keasyikan.

Namun atas nama cinta dan belas, nabi turun kembali walaupun langit menghidangkan kenikmatan namun bumi juga pilihannya meskipun penuh kecemasan menghadapi tribulasi dakwah yang penuh darah dan airmata! Dua wajah kehidupan yang tak terbayangkan oleh kita!

Turunnya Nabi sebagai murabbi alam adalah untuk mengajar kita betapa kita juga harus menjejaknya menjadi murabbi buat umat ini untuk menembus hati hati yang kegelapan dan menyalakan api cinta yang dituangkan hidayah kepada manusia agar mereka juga dapat menjadi penyeru penyeru kebenaran sekali pun jiwa dan nyawa terawang awang!

Cinta juga lah yang telah menggerakan  kaki suci itu untuk menjejak bumi kembali meskipun ia bebas untuk memilih namun cinta pada umatnya tidak terbanding dibandingkan nikmat yang dianugerahkan kepadanya.

Memang nabi mengajar kita begitu.

Mengajar kita kelembutan. Mengajar kita kasih sayang.

Mengajar kita menjadi ‘ seniman dakwah’ kerana dakwah itu penuh kesenian.

Murabbi adalah seniman yang yang mempunyai jiwa rindu dan jiwa cinta untuk meresapi rongga rongga dan pembuluh darah mutarrabinya untuk mengalirkan air air kebongkahan iman.

Dunia tarbiyah adalah dunia rindu. Dunia dakwah adalah dunia cinta.

Dakwah dan tarbiyah adalah rindu dan cinta.

Inilah rahsia dakwah yang patut kita fahami. Melambungkan jiwa kita supaya tidak kekeliruan. Dakwah dan tarbiyah ibarat rimbun dedaunan yang memerlukan kita tunduk berhati hati menyusuri jejak jejak jalannya agar sungai yang  beriak tenang yang mengalir dibawahnya itu tidak tepercik dan kekeruhan.

Kawan

Mengertilah.

Tarbiyah mengajar kita menyambung risalahnya.

Jangan kita putuskan! Ikutilah proses tarbiyah sesungguhnya. Dan semahunya. Jangan berhenti selagi nafasmu masih mampu kamu helakan!

Jangan jemu.

Harungilah proses itu seseriusnya.

Seserius kamu belajar tiga suku mati untuk mencapai kejayaan pengajian dan dunia kamu.

Sayangilah dakwah dan tarbiyah sepertimana kamu menyayangi ibu dan ayah mu, kerana dakwah adalah seperti darah daging mu. Aliran darah mu. Sungai sungai syurgamu. Kerana tanpanya kamu tidak akan mengecapi keindahan kehidupan akhiratmu yang tiada penghujung!

Memang tidak mudah untuk melembutkan hati. Juga tidak mudah untuk menghidupkan kesedaran dan tidak mudah untuk mencahayakan iman kecuali kamu punya kesucian niat untuk merubah. Merubah diri untuk menjadi manusia syajaah. Yang punya daya tahan serta daya juang yang tinggi dan berterusan dengan penuh kesabaran!

Justeru kesemua ini datang dengan bantuan. Dan makar Allah telah membantu mu dengan cahaya hidayahnya. Meng saffkan kamu dalam saff islam dengan kefahaman dan ilmu disamping kamu menyucikan diri dalam  halakah kamu dalam meneruskan misi ini dan istiqamahlah supaya satu hari nanti kamu pasti dapat menjadi murabbi yang didambakan sebagai penyambung kepada dakwah ini dengan syarat kamu dapat  menyatukan dirimu dengan kesusahan kesempitan dan curahan airmata yang berpanjangan dengan tarbiyah dan bergerak didalam dakwah dan saat itu kamu akan dapat rasakan kelainan apabila kamu tersungkur mengadap  Allah!

Ya kawan!

Kamu akan terasa seakan rindu dan sedu tak dapat terpisahkan. Sujud kamu akan dibarengi dengan sedu yang lara menyesali hari hari lalu yang merisaukan yang akan memberikan kamu makna hidup dan hakiki dan sesungguhnya! Sehingga kekusyukan itu menjadikan kamu seperti seorang pencari. Mencari akan hari hari yang hilang!

Saat itu jugalah kamu akan dapat rasakan akan pertemuan dengan saripati hidupmu sebagai seorang yang beriman dan sebagai seorang pejuang ….

Kawan …

Mungkin dalam kembara dakwahmu kamu akan terjumpa disatu sudut dunia itu para duat itu bertemu murabbi yang dikasihi mereka. atau kamu sendiri mengalaminya!

Disambut anak binaan mereka diatas dulang dulang ukuhuwah yang menjernihkan. Membasahi jiwa jiwa mereka dengan cinta. Pertemuan hakikat ruh yang kelaparan akan rindu. Pertemuan wilayah ghaib yang penuh makna yang syahdu atau pertemuan lapisan lapisan langit untuk menata hati dalam arus iman. Hati hati mereka tidak pernah sirna sekalipun telah bertahun tahun tidak bertemu! Mereka semua terkesima akan indahnya ukuhuwah dalam deen ini.

Apakah itu satu sihir atau keajaiban alam?

Memang tidak sama sekali!

Dan itulah kesan kesan tarbiyah. Natijah natijah tarbiyah yang memutarkan cinta dalam jiwa jiwa sehingga mereka tidak fikir selainnya! Melainkan kerana Rabb mereka, kerana Iman kerana dakwah kerana ukuhuwah dan kerana untuk menjabarkan islam dalam kehidupan mereka dan kerana umat ini.

Kawan

aku amat mengagumi kamu. Tidak ada penghargaan yang dapat aku anugerahkan selain doa kupanjatkan kepada Tuhan agar  iman kamu ditanam dan dipasak kan sekuatnya dan muga Allah mendirikan istana dakwah yang indah dimata penghuni langit buat mu dan aku akan teruskan kedirian ini menuju kekuatan sekalipun dalam hatiku terdapat satu rasa yang sukar aku mengertikan ….

Kawan, tiada kekasih yang dapat mengantikan mu.

Dalam kalbuku, tiada tempat bagi yang lainnya.

Ghaib kamu dimata, tidak menghilangkan cahaya.

ketiadaanku dalam hatimu, tidak ku berduka

kerana aku tahu, aku tidak mahu kamu miliki

kerana kamu adalah mimpiku

yang menggangu tidurku

memang ku tahu ia mimpi

tapi tak ku jemu mengejar takdirNya

jika takdir meluka hatiku

ketahuilah dalam hatiku tidak pernah sirna  …


Dan disatu sisi yang lain dalam kembaramu mungkin kamu juga akan menemukan, redup riak wajah seorang dai’e mengenggam harapannya bersama tempayan air kesejatian disamping puisi puisinya sambil mengepakkan sayap kesejatiannya. Dihatinya ada sebuah goresan cinta, ada sebuah guratan kelelahan, ada sebuah cengkeraman kekhuatiran, ada sebuah telaga yang mengharapkan damai dalam masa masa mendatang dan ada sepaku duri yang hanyut bersamanya …

Bersama perjalanan dakwahnya yang tak pernah henti kerana ia sentiasa terus bergerak mengikut aliran jiwanya menahan kepedihan yang hanya dimengerti oleh bahasa cintanya ….

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

4 responses to “bahasa cinta

  1. muharrikdaie July 19, 2010 at 9:11 pm

    Tkasih kerana ziarah. Copylah fauzan asalkan link blognya nak cari sahabat baru …

  2. fawzan July 11, 2010 at 7:15 am

    subhanallah…
    minta izin dicopy&paste ya…

  3. rah1mah February 9, 2010 at 8:21 am

    kata-kata yang indah buat teman…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: