dekatnya syurga itu


Aku mencintai kalian.

Kerana apa?

Kerana kalian sujud kepada Allah.

Kerana kalian mencintai Allah dan menyeru kebaikan dan membenci kemungkaran.

Antara kami dan kalian tidak ada bezanya.

Kami melalui tarbiyah. Kalian juga melalui tarbiyah.

Modul yang sama. Quran dan sunnah.

Mencintai Jihad. Mencintai mati.

Bezanya kami dibumi Anbiya’ dibumi Jihad dan peperangan tapi kalian diberi kelebihan oleh Allah dibumi yang penuh kenikmatan dengan teknologi yang canggih namun jiwa kalian tetap seperti kami.

Penuh bara bara yang menunggu untuk menyala.

Penuh semangat menunggu untuk syahid.

Memang kita tidak ada beza.

Kita sama sama menanti pemimpin besar dari kalangan kami atau dari kalangan kalian yang akan dipilih oleh Allah untuk membebaskan Palestin.

Siapapun tak tahu siapa pemimpin itu dan kita sama berdoa agar pemimpin itu bangun waktu kita masih hidup dan dapat merasakan nikmatnya kemenangan Islam menyelamatkan Palestin.

Itulah antara cebisan ucapan coordinator bantuan Ikatan Ulama’ palestin Syeikh Saqar.

Wajah yang suci.  Kesan kesan ciuman sujud diwaktu sahur. Mata yang redup kerana kekurangan tidur. Tubuh yang kurus kerana banyak berpuasa. Renungan yang tajam kerana banyak berfikir. Bibir yang sentiasa senyum dalam bayangan jannah. Lisan yang sentiasa bergerak. Menyebut Allah. Cinta abadinya. Mengulum selawat yang bersiri siri .

Itulah syaksiyah seorang pejuang.

Sentiasa menembus dinding waktu menjadi peribadi peribadi yang ulet. Yang selalu bergeliat dan bergerak dalam kebajikan tanpa henti.

Aku terkesima melihatnya.

Jalannya mengembang dengan jubah yang dipakai. Tersusun langkah seorang lelaki. Rasanya  itulah pertama kali aku lihat postur seorang lelaki yang berjalan. Lelaki yang sebenarnya. Rijal. Rijaludeen. Rijaludeen yang Rabbani. Lelaki yang dekat dengan Tuhannya!

Berhadapan dengannya serasa ingin ku bongkarkan keaiban dan  segala  kelemahan dan dosa dosa yang ku lakukan. Supaya dia tahu dan menasihatiku. Syaksiyahnya menyedut jiwaku. Meremangkan. Aku seolah olah melihat sang  malaikat.

Menyalami dan melekatkan pipinya kepipi ku. Terasa kehangatan jihadnya. Dada ku sebak tiba tiba hingga sukar bernafas. Menyekat jari ku mengesat  airmata. Airmata yang tertumpah dek ruhnya yang menjalar dalam tubuhku …Ku cuba genangkan air di kelopak mata namun ia turun juga bagaikan hujan yang tak dapat ditadah  …

Inilah yang dikatakan Pesona.

Pesona yang diberi oleh Allah pada hamba yang  takutkan Allah! Pada yang menyatu dalam kalamNya!

Memang …

Wahyu mengalir bagaikan air dalam jiwa mereka.

Membersihkan karat karat hati yang kotor dan sakit yang ada pada mereka dan menyatukan cinta mereka dengan Allah, dengan Rasul dan dengan hari akhirat sehingga mereka merasakan semakin dekat dengan syurga. Hanya menunggu detik dan saatnya.

Mereka makin berani. Bumi ini hanyalah perhentian bagi mereka. Jiwa mereka telah tertakluk oleh syurga. Tidak dapat dibendung lagi …

Sebab itu bila kita dekat dengan mereka, kita rasakan ruh dan cinta itu!

Kawan …

Maaf jika aku ulangkan perkara yang sama.

Bagiku bezanya kita dengan mereka terlalu jauh ….

Memang kita terlalu jauh.

Dengan kemalasan dan kelemahan serta tidak tahan ujian dan mujahadah tidak membawa kita kemana mana dalam dunia dakwah ini.

Biasanya duat Malaysia …

Selepas belajar ~ Bekerja dan membina kehidupan dan ada antara kita tidak aktif lagi kerana kesibukan dan ada yang aktif sekadar melepas batuk ditangga sahaja dan ada yang nafsi nafsi ….

Selepas bekerja ~ Walimah dan membina rumah tangga maka bertambah tambahlah sibuknya dengan anak anak dan keluarga. Hujung minggu yang dulunya dipenuhi program telah diubah agendanya memenuhi ziarah rumah mak mentua dan berbagai lagi. Mulalah kita berijtihad menggunakan dalil nafsu kita ….

Akhirnya …. Kita keluar jamaah dan tak berjamaah lagi. Kita buat dunia kita sendiri. Memetakan hidup kita mengikut acuan dan kemahuan kita dan dan sememangnya kita terus gugur dan kalau bernasib pun hanya menjadi manusia solih yang tidak muslih. Baik tetapi dan tidak dapat membaiki orang lain. Dan paling malang kita futur dan ghurur dari jalan islam. nauzubillah.

Paling akhir ….. islam kat malaysia jadi ghuraba’. Pejuang pejuang yang mendapat tarbiyah waktu di IPT  dalam dan luar negara suatu waktu dulu yang telah keluar beribu ribu selepas belajar, ghuyup begitu sahaja …. Mana mereka? Hanya malaikat maut yang mampu mencarinya!

Dan jalan kemenangan bagi kita semakin lambat dibandingkan dengan pejuang pejuang dinegara yang lain …

Kawan …

menurut apa yang diceritakan, dalam  kesusahan rakyat palestin itulah mereka dapat istiqamah dengan tarbiyah hingga mereka menuju syahid.

Walau pun ada antara mereka telah berjaya keluar negara belajar dan menjadi somebody tapi mereka pulang juga kenegaranya sekalipun mereka boleh menentap diluar negara dengan hidup yang penuh kemewahan tapi tarbiyah tidak mengajar mereka begitu …

Mereka pulang dan berjihad. Mereka juga bekerja tapi tidak lupa kepada tarbiyah dakwah dan jihad. Mereka juga berwalimah tapi tidak lalai dengan anak dan isteri serta keluarga …

Mereka juga manusia seperti kita … berjamaah seperti kita dan mendapat tarbiyah seperti kita tapi kenapa mereka boleh istiqamah?

Tidak lain tidak bukan kerana mereka ikhlas………..permulaan yang suci yang membuahkan ” cinta ” dan dekatnya syurga itu pada mereka ….

Mari ..

mari ..

mari …

Jadi seperti mereka. Kerana merekalah contoh terbaik dan terkini untuk kita ikuti.

jumpa lagi.

muharrikdaie

2.25 pagi.

2 responses to “dekatnya syurga itu

  1. muharrikdaie February 8, 2010 at 12:25 pm

    Insyaalah kahfi. Jika kita sentiasa bersama dan menghayati tarbiyah kita juga akan dapat merasai kelazatan perjuangan dan nikmatnya erti sebuah perjuangan. Kamu masih muda dan teruskan kembara ini agar tercapai keabadian cita cita kamu insyaalah.

  2. kahfi8 February 6, 2010 at 4:54 am

    Salaam,

    Perkongsian yang sungguh syahdu.

    Ya, du’at Malaysia dan di Palestin jauh bezanya.

    Berapa ramai yang mampu terus bertahan bila diberi ujian kesenangan? moga Allah menetapkan hati-hati ini di jalanNya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: