rinduku mula bermukim


Salam rindu dari ku.

Semuga iman kamu mencium langit.

Amal kamu memutih hati.

Tubuh kamu dingin segar.

Bagai hujan meneroka  bumi.

Demi cinta mu pada dakwah. Pada Allah. Mengharap redhaNya.

Aku masih disini. Di bumi ini. Tanah cinta ini. Dalam sunyi ini. Dalam kelam malam ini. Menunggu embun yang merindui ubun ubun ku untuk dikucup dan disentuhi. Menyaksikan aku disini. Masih thabat dijalan ini …

Dalam doa dan deru hati ku, tetap mengalir mengekori hati mu … membisik, menemani ,mengikut, menjejakmu dimana saja kamu pergi.

Dan dalam kesyahduan bait bait doaku, selalu aku selitkan perca perca harapan pada Tuhan ku agar kamu temui kebahagiaan dalam pencarianmu. Dimana saja, dengan sesiapa saja dijalan dakwah ini untuk bersama kehidupan masa depanmu. Mampu memimpinmu, membantu mu, memegang jari jemarimu untuk menggapai cita cita yang tertanam dalam jiwa murnimu untuk mendaulatkan syariatNya dialamraya ini.

Kawan …

Bisa benar bila diracuni rindu.

Baru aku terasa arti kerinduan.

Menggengam hati ku.

Erat.

Syahdu.

Sehingga menyimpul pembuluh darahku!

Setiap benda yang ku lihat sekeliling ku merenung ku. Bergerak perlahan. Slow motion. Berseni. Hingga hari hari ku berubah menjadi puisi.

Kalaulah rindu itu punya volumenya. Akan ku ubah ubah. Akan ku channelkan nya hingga kepada  tone yang paling rendah. Akan ku silent kan. Mute kan. Atau akan ku cabut bateri remotenya. Kerana sakit tusukannya. Apalagi untuk menanti rindu itu datang ….

Dan kalau boleh rindu ini ingin ku khatamkan. Inginku jadikan ia sejarah dijalan dakwah ini dan tidak mahu aku mukimkan dalam hati.

Takut. Memang aku takut. Kerana aku tak mampu berhadapan dengan realiti wajah wajah manusia yang tak boleh menerimaku kerana aku da’ie yang tak boleh memberikan kebendaan dan keglamouran nama kecuali fikrah yang ku bawa apa lagi wajah wajah dunia yang bergemerlapan yang akan menghinakan wajah akhiratku yang  membawakan beban yang berat tak tertanggungkan!

Jalan dakwah dan Tarbiyah dipenuhi dengan kerinduan. Kerana kerinduan itulah sebahagian tanda ukuhuwah  dan mas’ul yang memiliki rindu itu terkadang tidak boleh berlaku adil pada anak binaannya yang membawa kepada sayatan hati yang melukakan …

Kawan …

jika kamu bertanya tentang kelemahan da’i setelah bertahun tahun dan berlama didalam tarbiyah. Naik turun bagai belon yang kehabisan helium … sukar untuk ku menjawabnya namun biarlah ku ceritakan pada mu pengalaman yang pernah aku lalui sendiri sebagai mutarabbi mau pun murabbi dijalan ini …

Sebenarnya kita seringkali tertipu dengan keadaan kita sendiri. Merasa sudah hebat dan cukup bila memahami islam, berada didalam jamaah. Didalam halaqah dan melalui proses tarbiyah berdasarkan penilaian kita sendiri dan penghormatan sesama makhluk apa lagi bagi orang lain yang diluar jamaah.

Kita sudah merasa baik dan hebat dengan fikrah hanya kerana  dianggap baik oleh orang lain padahal kita pun sendiri tidak tahu akan penilaian Allah terhadap kita hingga akhirnya kita lemah disebabkan sangkaan sangkaan baik terhadap diri kita sendiri. Dan inilah racun yang mematikan kita dijalan dakwah ini.

Kawan …

Kiranya kamu seorang mas’ul, kamu pasti akan melihat dalam perjalanan halaqah kamu, seorang demi seorang  anak binaanmu gugur dari jalan ini.. Seorang demi seorang lemah dan tidak bermaya.

Terkadang berlaku, halaqah kita bukan lagi menjadi medan tarbiyah dan medan membina jati diri dan semangat. Sebaliknya halaqah sudah jadi seolah olah seperti stesyen Bas atau tempat menunggu!

Menunggu anak binaan  kita datang penuh longlai satu  persatu untuk memulakan halaqah. Sehingga terkadang kita habis masa menunggu mereka  berjam jam hingga halaqah tidak dapat lagi menjadi pencuci  dan penawar bagi ruh ini dan tika itu kamu akan lihat berbagai bagai alasan alasan jahiliyah yang diberi kan oleh anak binaan kita  untuk mentahkikkan kelewatan mereka dan bila ditegur akan menjadi medan mujadalah antara kita dan mereka yang akhirnya merenggangkan hati hati yang telah kita tautkan bertahun tahun dengan doa rabithah yang sama sama kita munajatkan.

Begitulah!

Kamu juga akan melihat, tugas tugas yang diamanahkan  tidak dibuat, mutabaah mutabaah amal tidak diisi dan perbincangan perbincangan kian sejuk bagai mayat. Tidak hidup dan ceria seperti dahulu lagi ….

Pastinya!

Kamu juga akan melihat betapa selepas itu disetiap program, sms sms yang kamu hantar tidak akan berjawab atau kalau dijawab pun hanya perkataan ” insyaalah” yang bersifat munafik atau apabila kamu call pasti panggilan itu masuk ke voicemail dan tidak akan dibalas atau dipedulikan.

Memang kecewa kita melihatnya!

Dan inilah antara senario senario kelemahan dan muqadimah kemusnahan sesebuah halaqah itu.

Kamu tidak boleh biarkan ini berlaku! Harus mengatasinya secepat mungkin dan jangan kamu biarkan syaitan sempat menyusun saf saf tenteranya untuk memecah belahkan halaqah kamu.

Gunakan pendekatan ziarah seorang demi seorang mutarabbi kamu.

Bincang hati kehati permasaalahan dan cuba counter secepat mungkin.

Buat program tanasuh.

Buat Outing dan program jaulah bersama untuk mengatasi problem ini.

Berqiamulail bersama.

Munajat bersama.

Berdoa pada Allah untuk mengatasi kegawatan  ini.

Tentu kamu bertanya kenapa jadi begini?

Bagi ku ….

kerana kamu tidak wujudkan medan amal bagi mereka.

Mereka menerima tarbiyah.

Menerima teori teori tarbiyah tapi tidak ada tempat untuk mereka channelkan tarbiyah itu.

Tidak ada tempat untuk mereka menyumbang dan bekerja yang akhirnya ilmu dan tarbiyah yang mereka terima  menjadi asid yang memakan diri mereka sendiri.

Tarbiyah juga seperti makanan yang memasuki ruang tubuh kita. Sekalipun berbagai makanan berzat yang kita masukan dan dicernakan oleh perut kita tapi sekiranya tidak dikeluarkan maka makanan itu juga akan memudaratkan tubuh kita.

Itulah tamsilnya pada tarbiyah yang tidak kita berikan kerja. Ianya akan jadi penyakit didalam jamaah.

Sebab itu jamaah harus menyalurkan ruang ruang kerja supaya adha adha nya tidak jumud dengan tarbiyah didalam halaqah. Sebenarnya banyak kerja yang menanti tapi kerana sikap dan kreativiti yang tidak kita wujudkan dalam diri menjadikan kita sebagai ‘ penganggur terhormat ‘ dijalan dakwah ini.

Kawan …

Insyaalah.

Jangan kamu susah hati.

Jika kamu seorang mas’ul atau murrabbi. bangun kembali dari kelemahan ini. Kerana ianya sebahagian dari ujian dijalan dakwah ini.

Buang jauh jauh bayangan keputusasaan kita dari rahmat Allah. Walau apapun fenomena kehidupan kita dijalan ini tidak boleh membalik sudut pandang keimanan kita. Kerana kebaikan dalam pandangan keimanan adalah ketaatan kepada Allah.

Putus asa, kecewa berlebihan, merasa tidak mempunyai harapan, menganggap jalan dakwah menjadi buntu kerana ujian yang mendera adalah sifat kekufuran …. hati hati kawan!

Allah berfirman

Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang orang kafir ~ ( QS Yusuf 87 )

Kawan …

Aku tidak berdaya untuk menulis lagi kerana terlalu mengantuk dan embun embun yang melekat dikepalaku seolah olah memujuk ku untuk merehatkan tubuh ini demi perjuangan yang akan aku sambung untuk hari esok kiranya dipanjangkan umur …

Disinilah kita bersama melalui setiap detik ujian yang berbeza dengan matlamat yang sama …

benarlah kata Ibnu Jauzi

Iman seorang mukmin akan tampak disaat ia menghadapi ujian, disaat ia mengumpulkan doa dan ia belum melihat termakbulnya doanya. Ketika ia tetap tidak merubah keinginan dan harapannya, meski sebab sebab untuk putus asa semakin kuat. Itu dilakukan seseorang kerana keyakinannya bahawa hanya Allah sahaja yang paling tahu apa yang lebih maslahat untuk dirinya …

Begitulah ujian ….

Begitulah rindu….

bila  telah bermukim, sukar untuk di ajak pulang …

muharrikdaie ~ 2pagi

5 responses to “rinduku mula bermukim

  1. muharrikdaie February 8, 2010 at 12:21 pm

    tariq dhiya > terima kasih sering memberi semangat pada saya. cuma saya terkilan awak tak ada blog untuk dimenfaatkan. Saya tahu awak boleh menulis. Insyaalah cubalah untuk berkarya agar dapat dimenfaatkan.

    kembaracintaku > saya sangat berbesar hati tulisan saya awak muatkan dalam blog awak. terima kasih muga ada menfaatnya.

  2. tariq_dhiya' February 5, 2010 at 12:42 am

    Semoga terus bersemangat, dan jangan letih lesu di jalan dakwah ini,

  3. Pingback: disempadan rindu … « kembara cinta ku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: