dalam serpih cahaya


Kawan

Jangan tanya kenapa aku tidak menulis agak  lama seperti selalunya.

Aku tidak kemana.  Masih mematung disini. Walau seperti arca yang berdiri tapi hati dan kemahuan ku tetap sama. Ingin menulis dan terus menulis supaya kamu semua dapat membaca tinta tintaku. Dapat berkongsi cerita dan apa juga yang ku tuliskan.

Maafkan aku tak dapat mengupdate blog ini sekerap mungkin. Selang sehari atau tiga hari sekali. Kerana kepala ku benar benar kosong. Lalu  jari jemari ku beku untuk menulis. Apa yang  ada dalam pemikiran ku tidak dapat aku terjemahkan dalam tulisan. Dan tulisan ku juga tidak mampu aku puisikan.

Aku bagai tersihir dengan kehidupan harian ku. Kehidupan dakwah yang jenuh. Yang tak pernah habis. Membina diriku sendiri disamping membina manusia lain.

Dalam membina diripun terkadang aku tak mampu, apa lagi untuk menghidupkan jiwa orang lain supaya mentaati Allah dan melaksanakan dakwah.

Hidup dalam tarbiyah bagi ku tidak pernah tenang!

Kerana aku adalah ‘khudwah’ .( contoh )

Diukir dan diconteng didalam tarbiyah ini untuk menjadi “khudwah” kepada manusia.

Memang tersangat malu untuk menyatakan bahawa aku boleh jadi khudwah kerana  ciri ciri khudwah itu hanya ada sekuman didalam diri ini dan tentu tidak selayaknya gelaran itu.

Tapi dijalan dakwah itulah yang kita kena ” jadi “! Dan itu lah gelarannya. Mahu tidak mahu kita harus mengikiskan segala macam rawasib jahiliyah dalam diri dan membangunkan diri kita dalam kesungguhan beramal yang semaksimum kerana itulah ciri pembawa risalah. Dan itulah kelayakan untuk menjadi da’ie atau muraobbi yang ingin membina manusia dan tanpa perubahan itu bukan sahaja kita tidak boleh membangunkan deen ini malah kitalah yang meruntuhkannya dengan akhlak akhlak kita yang tidak berubah ini.

Justeru jika kita tidak mahu gelaran itu dan tidak mahu berubah kearah itu, kita tidak boleh duduk didalam dakwah, tidak boleh membimbing manusia dan tak boleh bersama jamaah kerana khudwah adalah tarikan dan magnet kepada dakwah untuk mendekatkan manusia kepada Islam

Dan aku harus menerima hakikat bahawa aku akan menjadi manusia khudwah itu dan aku ingin memperbaiki diriku kerana aku ingin hidup dan mati dijalan ini meskipun aku masih lemah dan masih kerap melakukan dosa dan kesilapan.

Itulah hakikatnya insan insan yang ingin memeluk dakwah dan tarbiyah sebagai jalan hidupnya!

Sebab itu aku sering saja berasa tension kerana tidak dapat berbuat sebaiknya sebagai seorang daie dan Murabbi.

Bergerak sahaja tubuh badan ku aku terasa dikelilingi dosa.

Terasa sangat tangan tangan dosa menyentuhku. Terasa bersalah dan berdosa setiap waktu. Terasa diawasi oleh mata mata ghaib yang akan mencelaku.

Terbayang dimataku semua mata manusia memandang kepadaku. Semua mata menunggu masa untuk mencemuhku jika aku melakukan sedikit kesilapan.

Hatiku sentiasa  takut dan berhati hati. Hati ku sentiasa risau jika tidak dapat meningkatkan amal atau mengabaikan perkara perkara sunat yang sepatutnya aku pandangnya secara serius. Apa lagi amal amal jama’i yang telah diamanahkan kepada ku untuk dilaksanakan.

Terkadang aku berperang dengan hati aku merebut keikhlasan!

Remuk redam rasanya.

Apakah aku benar benar ikhlas beramal kerana Allah atau kerana manusia!

Apakah aku benar benar melaksanakan tanggungjawabku?

Aku cuba sedaya upaya ku untuk menjadi daie yang boleh dijadikan khudwah. Aku cuba sedayanya untuk mengisi setiap detik waktu untuk semua manusia disekelilingku. Melayani kerenah kerenah mereka semampu aku.

Dalam pada itu pun, ramai yang terasa aku mengabaikan mereka. Mengambil hak hak mereka yang sepatutnya aku tunaikan.

Mutarabbiku. Keluargaku. Adik beradik ku. Jiran jiranku …

Memang pernah mereka meluahkan perasaan terhadap aku. Aku hanya diam membatu. Kerana memang aku tak boleh jawab pun. Kalau jawab memudaratkan dakwah yang ku kendong ini. Memang aku bersalah dimata mereka kerana mereka tidak memahami jalan yang ku lalui ini.

Tapi… bilakah waktu yang aku ada? Apakah aku tidak pandai mengurus masa? Atau aku tak belajar untuk mengurus masa?

Dari jam 5.00 pagi aku bangun teraba raba, termamai mamai sehingga kepala pun terhantuk pintu bilik air akibat mengantuk dan terkadang terambik dan terpicit pencuci muka sebagai ubat gigi dan begitulah setiap hari baru yang ku lalui hinggalah kepukul 1 atau 2 pagi esoknya pulang kerumah kembali, rasanya  tidak sedikit pun aku membazir waktu untuk hidup ini!

Kawan …

Tenaga ku diperah oleh sistem jahiliyah dari 8.30 pagi hingga 6.00 ptg = 8 ke 9 jam untuk wang penyambung hidup.

7.30 mlm – 12.00 mlm tenaga basi, lembik dan sisa ini untuk islam – bolehkah islam bangun dalam keadaan duatnya begini?

1.00 atau 2.00 pagi sampai kerumah dalam keadaan mata sepet macam tokong cina yang terkena asap colok akibat terlalu lelah dan mengantuk!

Mana masaku kawan.

Darah ku sentiasa berada diparas 140/100 dan kadang tinggi sekali. Jarang sekali 120/80.

Ponstan dah jadi macam kacang goreng sehingga membuatkan aku mengidap gastrik dan terpaksa menelan ranitidine dan sekarang terpaksa mengambil traumal untuk tahan sakit dan adakala bila migrane kerap datang, aku mula belajar menelan cafegot.

Aku hanya berharap orang disekelilingku mengampunkan aku atas pengabaian itu.

Aku pun tak tahu sampai bila aku harus begini. Hidup aku yang tak terurus ini. Penuh dengan angan angan. Penuh dengan mimpi mimpi. Penuh dengan bayang bayang yang tersembunyi.

Toyota Vios ku yang selalu ku pecut melebihi 160km sejam macam michel shumacher membelah malam  mengejar masa untuk dakwah, balckberry ku, notebook aku adalah teman dan dunia aku yang menjadi angka angka menghitung pahalaku ….barang barang tak bernyawa itu sajalah yang mengerti naluri hatiku!

Walau pun aku tension tapi masih dalam bahagia. Merdeka dengan kehidupanku kerana dapat sedikit sebanyak melaksanakan ubudiyah dan masuliyah ku pada Tuhanku.

Kawan …

Ingat.

Hidup ini tidak ada pilihan jika kamu mahu hidup dalam Islam dan mempertahankannya. Tapi kamu harus bersedia dengan mental dan fizikal yang kuat jika mahu meniti jalan dakwah ini supaya kamu tidak gugur dipertengahan.

Kamu tahu kawan …

kenapa aku selalu sibuk. Kenapa orang orang yang berada dijalan dakwah ini tidak ada masa. Tidak ada waktu dan sebagainya? Bukan kami ingin mengwar war kan kesibukan ini. Menunjuk nunjuk amal amal kami bahawa kami lah hero dijalan ini. Tidak sama sekali!

Kami semua ingin kamu tahu …

bahawa deen ini amat memerlukan duat kerana kita kekurangan duat …. kerana manusia tidak mahu sama sama  mengalas tanggungjawab ini dan melepas diri dari pelukan kebenaran ….kerana manusia tidak peka dengan kehendak Allah. Tidak serius dengan ugutan Allah. Tidak sensitif dengan azab Allah dan tidak memperdulikan hari akhirat … hingga akhirnya islam ini terangkak rangkak untuk mendapat izzahnya kembali! Mengemis penganut penganutnya …

Itulah puncanya kesibukan kami para duat yang dihidayahkan dengan kesedaran ini… ingin menyelamatkan diri kami dan diri kamu semua dari azab Allah dan kami pasrah dengan pegabdian ini meskipun kami harus buang keinginan keinginan kami sebagai seorang manusia seperti kamu  …

Kawan ..

Hidup dijalan dakwah ini sekalipun begitu penat, amat berarti sebagai sebuah perjalanan jiwa kerana akhirnya akan mengajak kita menempuh kesucian dalam setiap detik hidup kita yang berlalu …

Hidup dijalan dakwah ini banyak memberikan kita erti bahawa harus ada jiwa dan diri yang terkorban demi kehidupan orang lain.

Hidup dijalan dakwah ini mengajar kita akan pancaran kasih kepada manusia dan alamr aya hingga membuatkan hidup kita sentiasa berbuah dan mengeluarkan keharuman yang semerbak disetiap ujung taman sampai keabadian zaman hingga akhirnya memasuki sanubari kita yang terdalam menemani kita dalam pengabdian hidup yang panjang ini ….

Kawan …

dalam serpih cahaya ini, marilah sama kita teruskan perjalanan ini dengan penuh semangat demi kerana dakwah. Kerana cinta kepadaNya dan cinta kepada jalan RasulNya.

Jangan kita menangisi sakitnya sengatan perjalanan ini sekalipun terpaksa tertinggal sepi ditinggalkan orang orang tersayang disekeliling kita.

Alam sentiasa akan berpihak kepada kita ketika kebaikan semakin ditinggalkan.

Alam adalah bahasa keabadian yang tiada hentinya mengajarkan kita akan hakikat penghambaan …

sekadar ini yang mampu ku coretkan buat mu kawan dalam keadaan jiwa ku yang tawar dan kesempitan ini …

doakan aku.

muharrikdaie

5.15 pagi K.Lumpur Malaysia

5 responses to “dalam serpih cahaya

  1. muharrikdaie February 8, 2010 at 12:12 pm

    eunsuh > kembara cintaku >nuurhati > hafiz – terima kasih atas teguran nasihat dan kata kata semangat. Semuga kita terus melaksanakan tangungjawab terhadap deen ini insyaalah

  2. nuurhati February 3, 2010 at 2:01 pm

    kalau jalan kejayaan itu adalah dengan niat dan himmah (keazaman),

    maka harga yang perlu dibayar untuknya adalah LETIH

    dan manusia yang paling letih ialah mereka yang memiliki keinginan dan cita2 yang agung….

    tiada ancaman yang lebih besar bagi seseorang selain daripada kendurnya himmah dan sukakan kerehatan…

    tika itu akan terbukalah satu kelalaian dalam hidupnya ..

    moga setiap pengorbanan jadi modal untuk berniaga dengan allah…

    ayuh ! teruskan perjuangan!

    semoga kita semua terus tsabat di jalan ini!

    amin!

    wassalam

  3. eunsuh January 31, 2010 at 4:53 pm

    salam ya akhi,

    as a daei’, kerja kuat itu perlu, tetapi kesihatan itu on top of all, otherwise we cannot go far..

    oh ya, ayah sy ckp, blackberry tu radiationnya tinggi, mana lah tahu might make migrain worst.

    semoga Allah mudahkan urusan kalian.

    wslm.

  4. kembaracintaku January 31, 2010 at 4:41 am

    duat perlu menjadi insan ‘luar biasa’

    masanya yang sama 24jam dengan mereka-mereka yang lain
    adalah lebih bermakna … kerana diperuntukkan segalanya menyusun tiap apa yang ada dalam genggaman kita ….tiada yang tersia!

    duat perlu kuat!
    sihat tubuh badan, salah satu elemen penting dalam 10 muwasafat. Hak diri harus diberi.

    ayuh bangkit dan perkemaskan derap langkah!

    segarkan kembali jiwa .. jadikan setiap hari adalah hari-hari yang baru dan jadikannya lebih baik dari semalam..

    ketahuilah Allah sentiasa bersama..

    tiap lelah
    tiap lesu
    tiap air mata
    tiap keringat

    hatta segaris luka

    Dia Maha Tahu

    hatta apa yang terkusut dihati hingga terlemah diri

    rebahkan diri dalam sujud padaNya Dia akan permudahkan segala urusanmu
    dan didatangkanNya pertolongan tanpa disangka-sangka..

    tugas yang ada lebih banyak dari masa yang ada .. terus maju!

    Allahuakhbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: