Segaris luka


Tersihir aku bila menerima banyak email yang dihantar secara peribadi buat aku.

Terima kasih atas pelbagai komentar, kritikan, pujian, sangkaan dan pelbagai lagi andaian andaian yang dibuat pada tulisan aku dan aku amat menghargainya dan aku terima semuanya dengan penuh takzim dan memandangnya secara positif  meskipun hati ku adakalanya tercalit segaris luka namun aku redha dengan keadaan itu kerana bagiku tanpa kehadiran kamu semua diblog picisan ini akan mengecil dan menyempitkan lagi ruang ruang untuk aku memperbaiki diri dan berkarya untuk menyumbang demi dakwah yang sangat aku cintai ini.

Inginku katakan pada kamu semua bahawa semua entry dan artikel aku disini adalah merupakan ‘ suara hati ‘ aku yang aku terjemahkan dengan bait bait tulisan yang ku susunkan buat kamu menatapnya sebagai satu  perkongsian pengalaman dan perkongsian ruhiyah kiranya sudi untuk kamu mengutipnya buat santapan kehidupan dan jiwa  kamu!

Yang paling bahgia dari yang teramat bahagia adalah aku, kiranya jiwa jiwa laraku yang kususun disini bersama pengalaman aku, kisah kisah perjalanan kehidupan peribadi aku dan perjalanan dakwah yang aku lalui  dapat kamu semua jadikannya sebagai ibrah dan pastinya buah amal dan dakwahku menjadi pahala buat aku dan dan itulah niat dan tujuan aku dan tidak lebih dari itu!

Ya! Tidak lebih dari itu!

Apalagi untuk menyimpang dari tujuan sebenarku!

Kerana kehadiran tulisan ku disini  adalah untuk mentarbiyah, menegur dan menasihati serta memberi semangat dan panduan jika ada!

Dan bukan untuk selainnya!

Seandainya aku tidak dapat memuaskan hati kamu dengan cara penulisan aku atau menyinggung perasaan kamu, serta terusik jiwa kamu, benar benar aku mohon kemaafan kerana inilah bentuk dan style aku menulis dan hanya ini lah yang mampu aku persembahkan karya seni dan bait bait tazkirahku  buat mengisi sisa sisa waktu kamu yang terluang.

Ambillah seadanya jika ianya dapat memberi menfaat buat kamu dan buanglah bait bait perkataan yang boleh menusuk dan mengotori iman dan hati kamu!

Anggaplah  bait bait madah yang mengotori hati kamu semua sebagai kelemahan aku dan sememangnya aku tidak berniat untuk mengotori hati hati kamu semua dengan tulisan tulisan aku.

Sesungguhnya niat aku disini adalah ingin membina kamu dengan sentuhan lembut kalam  ku.

Dengan cetusan hati ku.

Dengan pancaran syair syairku dan dengan cinta yang sentiasa berbunga didalam hati ini.

Ya cinta, adikku!

Tapi bukan untuk ” cinta “ yang kamu faham tapi …..

adalah untuk cinta padaNya. Yang akan memeluk kita hingga kesyurga …

…dan untuk dakwahNya. Yang akan melindungkan kita dengan Arasynya …

….buat kamu mengerti betapa hati kita ini hanya akan lembut bila kita masukan ia dengan nilai seni dan sastera  serta kaligrafi jiwa yang mulus dan tulus serta nilai cinta yang agung dan lembut semata mata untukNya.

Tapi jika kamu rasa apa yang aku sampaikan disini semata mata untuk ‘cinta yang kamu faham.

Maka disitulah terhentinya titik pemikiran kamu. Sunyi. Sepi. Tanpa seni.

Tapi jika kamu memahaminya secara tersirat, kamu akan dapat rasakan getarannya …

….betapa dalam jiwa cinta yang berhembus itu dapat kita rasakan sentuhan iman dalam angin semilir, hingga kita dapat merasai nikmat ketakwaan itu yang menciumi sanubari kita!

Dan ombak ombak jinak dari hati kita dapat merubah jiwa yang sekasar kertas pasir itu menjadi selembut sutera. Dan sinilah dentuman perubahan akan kita mulai dari hidup kita ini dengan iman menuju dakwah yang mendambakan ….

Aku tahu manusia seperti kita tidak sama dalam menghayati kehidupan ini kerana Allah menciptakan kita dalam pelbagai dimensi kehidupan dan pemikiran serta persepsi persepsi kerana Allah ingin menyatukan kita dalam hikmahNya dan mentarbiyah kita untuk kembali kepada caraNya dan kalamNya dan inilah yang telah dilakarkan oleh Lukmanul Hakim dalam menjalani kehidupannya yang penuh hikmah dan mengajar anaknya bagaimana seharusnya menjalankan kehidupan bersama manusia dan tidak mahu anaknya lari dalam menghadapi manusia yang pelbagai ragam apalagi kita dijalan dakwah ini tentunya akan bersua dengan pelbagai rona rona manusia yang akan mematangkan kita …

” Wahai anakku, dimana pun kamu pergi kamu tidak akan terlepas dari bertemu dengan sifat dan sikap ketidakpuasan hati dan percakapan manusia terhadap kamu sekali pun apa yang kamu lakukan itu sesuatu yang baik kerana inilah fitrah mereka. Justeru kamu kena ingat bahawa orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”
~ Lukmanul Hakim

Aku tidak marah maupun berkecil hati kamu mengkritik aku kerana bagi aku semua kritikan dan teguran berupa nilmat dan kasih sayang ukuhuwah kita untuk membina aku malah aku amat bersyukur dan merasai kamu perihatin  terhadap karya karya dakwahku aku tapi terkadang hati yang tidak mengerti bahasa alam ini mudah terguris luka .

Luka kerana tidak dapat menerima hakikat yang mengatakan aku ‘mengotori hati’ kamu dengan tulisan tulisan ku kerana serasa aku tulisan tulisan aku tidak menjurus kepada kemaksiatan …… dan tidak terniat ke situ kerana kehadiran tulisan tulisan ku tidak lain semata memandu kamu untuk berubudiyah kepadaNya.

Entahlah!

Aku terima seadanya komen itu dan baru aku sedari bahawa bukan sahaja mentarbiyah sahaja sukar tapi berdakwah lewat tulisan juga menerima asakan yang sama!

Memang sukar untuk memahamkan manusia. Yang punya pelbagai andaian dan persepsi masing masing.

Bersama orang yang kita kenal bertahun tahun pun  seperti anak binaan kita, ada kalanya kita tidak dapat memuaskan mereka!

Ada yang merajuk dan tak datang halakah berminggu minggu kerana berkecil hati dengan kita.

Ada yang makin rapat dan semakin menyayangi kita.

Ada yang mengkritik kita secara tak beradab. Ada juga yang bersangka sangka dan pelbagai lagi. Dan sebagai murabbi, kita harus menerima kesemuanya secara positif dan memperbaiki diri  sebaik baiknya disamping terus terusan membina mereka.

Itu saja pilihan yang ada.

Kita juga melalui proses itu dahulu dan begitu juga anak binaan kita.

Dan semua ini adalah  mematangkan mereka, mereka juga harus melalui apa yang telah kita lalui. Kita harus bersabar dan jalan tarbiyah acapkali mengajar kita bersabar dan terus bersabar.

Nasib aku sebagai da’i ini memang sering berlingkar. Tidak pernah kutemui jalan lurus dan senang.

Aku tak punya mukjizat seperti Nabi Musa, boleh mengubah sihir menjadi ular. Atau Nabi Isa, menghidupkan orang yang telah mati. Dan memang aku tidak punyai keajaiban sebegitu untuk mengubah manusia dan fikiran manusia terhadap aku.

Cuma yang aku ada hanyalah sifat ‘redha’ dengan apa yang datang!

Aku hanya boleh mengikut garis panduan seperti yang telah aku lalui.

Kalau berjaya, bukan kerana aku pandai mentarbiyah tetapi adalah hidayah Allah dan kalau gagal pastinya dari kelemahan aku dan juga dengan kehendak Allah SWT.

Begitulah apa yang ku paparkan diblog ini…..

Tulisanku yang beribu makna dari saripati kehidupan yang pernah aku lalui dalam kembara dakwah ini ….

Dan semua tulisan aku adalah cerminan dari jiwa jiwa ku dan kata hati ku yang telah wujud dalam cintaNya berkurun kurun ….

…saat cintaku menyambar kali pertama

kurasa malaikat teman ku

cahaya bulan hanya menyinariku

matahari terbit kerana ku  …..

Lihatlah …

Aku disini ….menulis dan terus menulis sekalipun aku lelah dan penat semata mata untuk  membuatkan kamu merasakan betapa aku ingin ruhmu sentiasa berada dalam bicaraNya. Mengagungkan cintaNya dan segala cipataanNya …

….kerana aku adalah pewaris warna biru, anak sungai, pelangi, ombak, hembusan angin, awan, bulan,  kerlipan bintang,  kicauan burung, suara unggas dan deru air yang mengalir, mengalir dan terus mengalir …..untuk mu

…untuk membasahi jiwa jiwamu yang kering dan kontang

tanpa aku sedari …

…aku juga mengalir disini …………

ya adik ku ….aliran yang tidak pernah dilihat oleh siapa pun kecuali rabbku ….

kerana hidup seorang da’ie yang punya jiwa seni tak seorang pun yang mengerti!

الفقير إلى الله

muharrikdaie

9 responses to “Segaris luka

  1. jim May 7, 2013 at 1:02 am

    “Gentlemen, we will chase perfection, and we will chase it relentlessly, knowing all the while we can never attain it. But along the way, we shall catch excellence.”

  2. Ana January 26, 2010 at 12:08 pm

    dan tak jarang dalam menggapai cintaNya maka celalah yang diterima sebagai
    Sunnatullah saat mengangkat kalimahNya.
    Wakafabillahi wakila,wakafabillagi Syahida.

  3. Eyangresi313 January 24, 2010 at 8:01 pm

    Salam ziarah untuk sahabat di negeri jiran.

    Tak peduli bagaimanapun ganasnya badai kehidupan
    Tak peduli beratnya tantangan hidup.
    Semua cobaan itu……
    Takkan mampu menggoyahkan seseorang yang memiliki……
    Keteguhan; kemauan dan Keyakinan akan doanya sendiri
    Bahwa Tuhan tidak akan pernah tinggal diam
    dan selalu menjawab doa bagi setiap hambanya yang benar-benar yakin
    dan ikhlas menerima segala ketetapan dariNya.
    Karena SUKSES ;lahir bukan krena kebetulan
    atau keberuntungan semata.
    Sukses terwujud karena di ikhtiarkan melalui
    Perencanaan yang matang; Keyakinan Doa; Kerja Keras; Keuletan;
    Niat Baik dan Pantang Menyerah

    Dengan mengenal diri sendiri, seseorang akan sadar dan mengerti tentang kemampuan, karakter, potensi dan kekurangan yang dimiliki di bumi mana ia bertempat serta berdiam diri. Dengan pencapaian kesadaran itu pula, setiap individu yakin akan adanya kekuatan, kekuasaan Maha Besar yang berada jauh dibandingkan dengan dirinya.

    Sepanjang manusia dalam hidupnya menyerahkan dirinya kepada Allah dengan niatnya ikhlas, maka seluruh gerak dan diamnya, tidurnya dan jaganya, dihitung langkah-langkah mencari ridha yang amat dirindukannya itu, yang tentunya di hambat oleh beberapa faktor, diantaranya mungkin dikarenakan miskinnya cahaya Illahi dai dalam hati.

    Kepasrahan adalah keputusan sikap untuk tidak melakukan kesalahan yang sama seperti yang dilakukan pada masa lalu Jadikan kehidupan ini menjadi sesuatu yang lebih positif dan menyenangkan. Bahwa Hari esok akan lebih baik dari hari sekarang.

    Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
    Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
    Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
    Karyamu tetap dinanti…….

    • muharrikdaie January 25, 2010 at 3:08 pm

      Adik adik ku disini dan yang telah mengemail aku secara peribadi ….. yang memberi komen dan semangat kepadaku. Tidak terdaya untukku menyebut nama kamu seorang demi seorang untuk aku lafazkan terima kasih ….

      Semua kamu bagi ku adalah bagai gugusan gugusan bintang yang mengindahkan maya ini dengan pelbagai cahaya ……

      Dan kamu adalah cahaya itu yang telah memberi aku inspirasi dalam berkarya sehingga aku rasa tubuhku di masuki bayang bayang iqbal, alhallaj, ibnu arabi dan penyair penyair islam dan kurasa juga jiwa ku telah menjadi seniman dan penyair dibadar dan uhud untuk memberi semangat kepada kamu untuk terus berjuang. Bermujahadah didalam tarbiyah ….dan memberi jiwa dalam berdakwah.

      Jangan kamu membiarkan masa berlalu kecuali kamu harumkan tubuh dan iman kamu dengan amal amal yang membolehkan kita bertemu kelak di penghujung syurga … berbalas senyum dan bermain kerlipan mata yang tiada lagi hukum mengikat kita …

      Salam teramat sayang buat kamu dan tebarkan makruf serta tegurilah kemungkaran dimana saja kamu berada ….

      wassalam

  4. tariq_dhiya' January 24, 2010 at 4:35 am

    Tika titis airata jatuh ke bumi,
    biarlah hanya Dia yang mengetahui kerana hanya Dia penyembuh luka,
    pemberi bahagia kepada hati dan nurani,
    sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan,
    ujianNya datang kerana kasihNya pada hambaNya agar iman terus meningkat dan hati semakin dekat denganNya,

    teruskan menulis

  5. kahfi8 January 24, 2010 at 3:23 am

    Salaam,

    “Kerana hidup seorang da’ie yang punya jiwa seni tak seorang pun yang mengerti!”

    Ya ana setuju.. kita hadapi rintangan yang serupa.

    Tulisan akhi banyak menyentuh hati dan membangkitkan jiwa ketika ana sedang ‘jatuh’ (down).

    Dan ana lihat juga bagaimana murobbi ana dulu, juga menghadapi karenah anak buah mutarobbinya, terutama sekali ana..

    Semoga Allah merahmati semua murobbi di dunia ini terutama sekali murobbi dan mudarris teragung Rasulullaah saw…

  6. nuurhati January 24, 2010 at 1:59 am

    salam..

    Hanya sahaja pada yang melalui saat-saat ‘indah’ dalam sapaanNya
    bisa memahami terjemahan maksud CINTANYA

    Hanya sahaja pada yang tegar mengharungi badai dalam melewati jalan ini
    mengizinkan diri tercedera dek rinduNya

    Hanya sahaja untuk ‘memahami’ apa yang cuba dimengertikan
    memerlukan sentuhan sapaanNya..

    bila mata hati bisa melihat satu kehidupan yang lebih luas dengan kebersamaaNya
    maka akan terbebaslah cinta yang disalah ertikan..

    bebaskanlah cinta yang terpenjara didalam jiwa yang longlai
    terbang ke puncak CINTA AGUNG

    Teruskan menulis!

    ” sememangnya sukar menzahirkan rasa paling dalam dalam jiwa dan apatah lagi menemukan titik yang tepat dalam menyampaikan maksud namun, keikhlasan hati dan niat yang mulus bisa mengentarkan jiwa-jiwa yang juga turut ikhlas membasuh bersih maksud cinta yang disalah ertikan ..”

    wallahualam wassalam!

  7. Nur Azleen Mohd Azlan January 24, 2010 at 1:24 am

    Assalamualaikum..

    Walaupun ini hanyalah cetusan hati saudara,

    Tapi saya rasa amat sesuai untuk dihadiahkan kepada diri sendiri,dan rakan-rakan mutarabbi dan murabbi yang lain,

    Kerana, apa yang berlaku pada saudara,

    Berlaku juga kepada mereka dan kami yang lain..
    Mungkin dengan cara yang berbeza-beza,
    tapi kesannya amat sama..

    Sesungguhnya, Murabbi saya pernah berkata,

    Tanpa sebarang ujian, percayalah, kamu sebenrnya tidak bekerja..!!

    Maka, berbahagialah, jika kesusahan atau kesedihan dirasa, Alhamdulillah.

    Petanda, insyaAllah, jalan yang kita lalui ini adalah benar..

    Kerana sunatullah sedang memainkan peranannya.

    Terima kasih kerana berkongsi, anda tidak keseorangan.

    Nur Azleen Mohd Azlan,
    Tahun 3,
    Jordan Uni of Science and Technology.

    p.s : Minta maaf andai bahasa agak tidak sedap, seni saya pada lukisan, bukan pada bahasa, sekadar ingin mencuba.

  8. nuurhati January 23, 2010 at 11:24 pm

    Hanya sahaja pada yang melalui saat-saat ‘indah’ dalam sapaanNya
    bisa memahami terjemahan maksud CINTANYA

    Hanya sahaja pada yang tegar mengharungi badai dalam melewati jalan ini
    mengizinkan diri tercedera dek rinduNya

    Hanya sahaja untuk ‘memahami’ apa yang cuba dimengertikan
    memerlukan sentuhan sapaanNya..

    bila mata hati bisa melihat satu kehidupan yang lebih luas dengan kebersamaaNya
    maka akan terbebaslah cinta yang disalah ertikan..

    bebaskanlah cinta yang terpenjara didalam jiwa yang longlai
    terbang ke puncak CINTA AGUNG

    teruskan menulis!

    ” sememangnya sukar menzahirkan rasa paling dalam dalam jiwa dan apatah lagi
    menemukan titik yang tepat dalam menyampaikan maksud namun, keikhlasan
    hati dan niat yang mulus bisa mengentarkan jiwa-jiwa yang juga turut ikhlas
    membasuh bersih maksud cinta yang disalah ertikan ..”

    ya! CINTA ini bukan ILUSI !

    wallaualam..

    wassalam!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: