hembusan nafas seorang da’ie …


Zaman tidak pernah ketandusan pejuangnya.

Zaman tidak pernah sepi.

Sekalipun tidak ramai yang mahu kemedan ini.

Medan air mata.

Medan susah payah dan medan yang tiada istirehat ini namun Allah masih memberi ruang kepada hambaNya untuk merasa kenikmatan memangku agamaNya dan merasai berada dalam jiwa rasul yang sangat dicintai ….

Disinilah nafas nafas yang ingin ku hembuskan untuk memiliki kenikmatan itu. Kenikmatan menyusuri Nabi ku. Merasai apa yang telah dirasainya. Menghamburkan airmata seperti mana telah dituangkanya diharmain … luka luka hatinya waktu berada keseorangan setelah kehilangan yang dicintainya ….

Memang mustahil untuk ku merasai menaiki buraq kelangit ketujuh untuk dihiburkan dengan gambaran gambaran syurga namun kisah nabiku telah mencabut ruh ku untuk berjalan merentasi awan kapas …. berlegar legar menanti hari bahagia itu. Dalam lambaian penghuni jannah untuk kutemui apa yang ku citakan …

Telah ku hapuskan dongeng dengeng lama dalam diri ini untuk aku melaju menemui mereka sebelum aku …

Disinilah iradah  ku tercipta …..Iradah yang dicerminkan oleh duat terdahulu dan aku penyambungnya …..

Aku inginkan agar nafas yang ku hembuskan naik dan turun disetiap malam mencari redhanya ini adalah nafas semangat yang tidak akan melalaikan dan membuatkan aku tertidur lelap …

Aku tidak mahu hanya menangis diatas sejadah tanpa berbuat apa apa terhadap dakwah ini. Aku tidak mahu hanya berukuhuwah dan berkasih sayang sahaja tanpa dapat menarik sahabat sahabat ku untuk melaksanakna dakwah ini semahunya …

Aku mahu mereka semua mengubah pohon jahiliyah ini menjadi pohon islam yang berbuah dan ranum dan dapat dinikmati oleh generasi mendatang  …

Aku mahu mereka menjadi burung helang yang sentiasa bersemangat waja membela deen ini dan bukan burung puyuh yang hanya merayap menunggu pemangsanya ….

Aku tidak mahu melihat ummah ini hanya puas kepada islam yang mereka miliki sekarang yang tidak menjanjikan ketenangan batin …

Islam yang masih tergolek lemah dibawah panji panji demokrasi yang syirik ini hingga ummah cenderung dan berpuas hati pada hanya kehidupan duniawi  yang melihat kemaksiatan sebagai perkara biasa dan bukan sebagai najis yang perlu dibersihkan ….

Inilah sebahgian semangat ku dan nafas yang ku hembuskan buat kamu duat yang sangat aku kasihi …

Bangunlah dari tidur yang melenakan …

kerana usia ini sangat pendek

buang kalimat ‘ nanti dan sampai ‘…

kerana kedua itu adalah penyakit yang sangat dalam ….

Jangan kita mengangankan dunia yang fana’ ini wahai duat …

kerana orang yang mengembalakan hasrat dunianya

dipadang rumput angan angan

gembalaannya akan terus kurus

Memang iman kamu akan terus kurus ….

Aku telah lalui jalan ini dan memang menjemukan jika tanpa dihiburkan oleh iman yang telah aku jadikan sebagai alunan musik yang tertusuk jiwa …

Insyaalah sahabat ku …

dialam ini akan terbit fajar baru

dengan hembusan nafasmu yang menyonsong cahayanya

kamu pasti akan melihat cahaya itu menyinari kita dari jauh …

الفقير إلى الل

muharrikdaie

One response to “hembusan nafas seorang da’ie …

  1. tariq_dhiya` January 11, 2010 at 12:29 am

    77. “Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan “.
    al-Qasas(28):77

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: