tersadung cinta


Ditika sang sufi bangun sepertiga malam dari peraduan menyahut panggilan rabbNya…..

Ditika sang sufi berwuduk untuk sujud pada RabbNya …

Di saat sang sufi mengangkat takbir membesarkan RabbNya …

da’ie ini …..

membelah alam

keseorangan

sepi

sunyi

ditemani titk titik embun

disirami kabut dan kesejukan

dilebuhraya

meluncur laju menuju destinasinya …

Sekejap tersengguk

sekejap terpejam

sekejap terlalai

menahan kantuk

pulang dari menunaikan masuliyahnya …

pulang dari menemui anak binaanya

untuk menjulang sebuah hukum

sebuah sistem

yang dituntut oleh Rabbnya!

Semua itu ubudiyah …

mencari redha

mencari cinta

kerana pesona keindahan Tuhan amat memabuk kannya  untuk mencari puncak kenikmatan dalam wajah Tuhan!

Tuhanku, kalau aku mengabdikan kepadaMu kerana takut akan nerakaMu

Maka bakarlah aku dineraka jahannam

Kalau aku mengabdiMu kerana inginkan syurgaMu

Maka jauhkan aku dari syurgaMu

Adapun kalau aku mengabdiMu kerana cintaku padaMu

Maka jangan halau aku wahai Tuhanku

…..dari melihat keindahan wajahMu

Beginilah seadanya hidup seorang da’ie yang terpaksa ‘ meransang ‘ dirinya untuk melengkapkan tugas dan amanah yang dikalungkan pada lehernya.

Bagi para duat, berdakwah adalah ‘ kesufiannya’ dalam realiti yang ada, disebabkan masa yang terhad dan terbatas sementelahan oleh kekurangan tenaga tenaga pendakwah untuk mengisi ruang dakwah yang kosong ini.

Mereka tidak boleh sewenang wenangnya mengunakan masa untuk memfokuskan ibadah sunat infardhi mereka dan membiarkan ummah tanpa bimbingan.

Duat juga manusia yang memerlukan sedikit rehat untuk kesenambungan perjuangan. Memang amat letih kalau difikirkan!

” Mana anta ghaib Syeikh Kamal. Lama tak datang kehalaqah zikir kita? Sejak Tuan Guru pergi Mekah sampai sekarang baru anta nampak muka. Tuan Guru tanya jugak kemana  syeikh menghilang?” Tanya sahabatku yang sama sama mengambil ijazah kesufian sewaktu aku menziarah guru sufi ku.

” Ada, cumanya ana tak dapat hadir sebab setiap malam jumaat ana kena bimbing halaqah ikhwah baru di UKM sebab Mas’ul mereka sambung belajar. So sementara ni kena isi dululah program tu!” Jawab aku.

“Dakwah dakwah jugak syeikh, tapi kalau syeikh tak attend halaqah zikir ni, berkarat hati nanti, kalau karat hati, ibadah sunat pun banyak anta tinggalkan! Lebih lebih lagi ‘ amanah tuan guru’ serta solat tahajjud yang ‘ wajib aradhi‘ ( wajib mendatang ) bagi kita yang bertariqat ni, tak boleh kita abaikan begitu sahaja? Macamana orang nak terima kata kata kita kalau hati kotor?” Khutbahnya pada aku.

“Betullah apa anta cakap tu.” Jawab aku mengiakan.

Memang benar kata sahabatku ini tapi ada yang aku tidak setuju dengan beliau kerana tidak menerima fikrah dakwah dan berharakah ini. Inilah kebanyakan yang berlaku dalam jamaah jamaah tarikat. Berbeza denganTuan Guru tarikat aku, dia amat memahami aku dan kedudukan aku sebagai aktivis dakwah ini malah dia memberi ‘rukshah’ kepada aku pada setiap amalan amalan yang diberinya pada aku.

” Tapi anta kena faham syeikh, dalam sesuatu perkara tu anta kena lah lihat waqi’nya dan alawiyatnya dulu. Dan alawaiyat ana sekarang adalah pada halaqah usrah ni. Kalau ana tak ada, akan kosonglah jiwa jiwa yang mendambakan tarbiyah itu. Siapa nak bertanggung jawab? Bagi ana dakwah ni pun sebahagian ” penyucian jiwa” jugak.” Sambungku.

Ini yang selalu aku jelaskan pada sahabatku ini supaya dia dapat memahami masaalah kesufian ini. Tidaklah jumud dengan pemikiran lamanya.

Aku tak nafikan amalan infardhi dan jalan  kesufian ini menjadi sebahgian dari jalan ‘pengislahan ‘ ( pembaikan ) jiwa seorang da’i kerana tanpa ruh kesufian, pergerakan duat dalam harakah hanyalah seperti ‘ tengkorak tengkorak ‘ kosong yang tanpa roh.

Duat kena seimbang dalam menghayati dakwah ini! Duat tidak boleh keletihan berdakwah tapi mengabaikan dirinya kerana tanpa ruhiyah yang hidup, tidak dapat menatijahkan apa apa kepada dakwah kerana dakwah ini adalah ” hati dan jatuh kehati ” !

Sebab itu duat kena menyediakan segala gala buat dirinya. Bukan saja ilmu kemahiran, ilmu psikologi, ilmi deeniyah (agama) malah yang paling penting adalah ‘ ilmu kesufian” supaya perjalanannya dalam nuansa dakwah ini tidak terganggu dengan titik bengik ujian yang remeh remeh.

Aku tidak mengatakan bahawa kena cukup ilmu ini baru kita terjun dilautan dakwah yang penuh gelora ini tapi kita harus ada motivasi untuk memperbaiki diri dari hari ke hari kerana semakin jauh kita berjalan dijalan dakwah ini, semakin banyak bekal yang kita perlukan dan bekal yang paling penting adalah bekal ‘ruhani‘ kerana ‘ dakwah ‘ yang ingin kita sampaikan ini adalah wahyu dan kalam suci nabi yang suci  maka seharusnya lah yang membawa dan menyampaikannya juga harus dari seseorang yang suci jiwanya!

” Assalamualaikum anakanda ‘ Terdengar suara yang ku rindui selama dua bulan ini memanggil ku.

” waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh” Balas ku sambil menoleh.

Aku memeluk guruku seerat eratnya sehingga tak tertahan airmata sambil diperhatikan oleh ummi ( isteri guruku ) dan anak saudaranya, sibunga tulip mantan ( bekas ) anak binaanku.

” Ana dah doakan untuk anakanda di ‘ multazam’ dan juga dimakam Ibrahim dan hijr ismail ( tempat2 mustajab doa ). Muga yang ‘ tersadung ‘ selama ini, akan menatijahkan yang terbaik untuk anakanda agar dipertautkannya secepat mungkin dan menjadi pengakhiran penantian anakanda selama ini …insyaalah.” Bisiknya lembut.

” Terima kasih Ustaz. Sememangnya ana dah serahkan urusan ini pada Allah kerana jiwa ana tiada daya untuk menguruskannya.”  Jawab ku.

“Mudah mudahan dan ana yakin keikhlasan anta!” Jawabnya kembali.

” Insyaallah, mudah2an segalanya tidak menjadi ilusi!”  Bisik ku didalam hati.

الفقير إلى الل

muharrikdaie

3 responses to “tersadung cinta

  1. sahabat_hijau January 13, 2010 at 12:56 am

    rite..

  2. aizadiha January 8, 2010 at 8:12 am

    takut sungguh kalau menjadi seperti tengkorak2 yang kosong tanpa ruh!
    sepertinya social workers yang bekerja tanpa cinta!
    nauzubillahi minzalik..

    hrm,jazakallah akh muharrikdaei atas peringatan ini,insyaAllah..sesungguhnya ia sangat bermanfaat

  3. tariq_dhiya' January 7, 2010 at 7:35 am

    Tarbiyyah zatiyyah penting juga buat daie, doa kami bersama kamu:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: