Antara aku dan Tha’labah


Terasakah kita!

Bila berada dalam nuansa dakwah ini?

Dalam gelap pekat dan hitamnya dijalan yang ‘ghuraba’ ini?

Jalan yang senang dibicara dan dan dipetakan!

Jalan yang mudah untuk di‘SWAT’ kan dan dimotivasikan dalam daurah daurah dan dibengkelkan serta ditamrinkan setiap tahun ….

ditepi tepi gunung, ditepi tepi sungai yang dingin, dibawah khemah khemah, dibawah jatuhan salju yang  memutih indah dan dihutan yang penuh kehijauan untuk  mendapat ‘aura’ nya untuk dilaksanakan namun tak semudah itu!!

Apalagi berterusan untuk menembus tujuh petala bumi yang penuh dengan intan berlian dan maknikam ini kerana inilah hambatan terbesar yang akan selalu ‘ memberatkan ‘  ….

Kecuali ….

dengan ‘ kesedaran ‘.

Kerana kesedaran sahajalah yang akan menentukan tingkat ‘ intensiti ‘ kehadiran jiwa kita dalam  menjalani hidup. Dan kesedaran jugalah yang akan mengikat ruhiyah kita terus menerus dengan misi  penciptaan kita yang memikul beban amanah setelah ditolak oleh semua peserta alam ini.

Dan didalam darah daging kesedaran itulah yang memacu kita meneruskan perjalanan ini, meskipun berada dalam kelelahan yang luar biasa hingga kita semakin tegar untuk meneruskan sehingga ter ‘sirna’ nya kelelahan dan penderitaan, sehingga terbukanya hijab nafsu yang mencengkam lantas  ternampak oleh kita akan pahala yang berupa ketenangan demi ketenangan seperti ikan yang berenang didalam  air yang memasuki relung hati kita hingga kita merasakan ke ‘ fana’ an berada di dalam atmosphere dakwah ini.

Inilah sebenarnya keabadian, bilamana kita diselimuti ke’fanaan’ didalam dakwah ini, kerana kefanaan ini hanya kita rasai ditika AlHaq itu  menguakkan rahsiaNya dalam keanggunan dakwah yang kita berada didalamnya.

Waktu begini tidak terlontar oleh lisan kita kecuali ‘ kesyukuran ‘ kepada Allah kerana men thabat’ kan kita dijalan ini.

Diatas kemilau wajahNya dan menerangi hati dan qalbu kita dengan purnama, sehingga jalan dakwah yang pekat dan hitam itu bertukar kekuningan bercahaya yang merebak hingga kepagi!

Justeru itu kita lihat orang yang ikhlas yang berjalan, dijalan dakwah ini tidak memperdulikan dirinya. Kehidupannya,  kerana mereka telah fana’ dijalan ini.

Lazat dan nikmat yang tidak dapat dibendung dan tidak dapat dirasai oleh orang biasa, kerana mereka sentiasa dituntun dan ditarik oleh dunia akan ubun ubun mereka!

Aku kagum dengan mas’ul ku.

Seorang Engineer (IR ) yang anggup mengorbankan kerjayanya untuk membuka syarikat demi mencari dana jamaah dan perjuangan dan diuji Allah jatuh dan bangun sehingga membuahkan kejayaan dan bergelar jutawan tapi dengan sifat tawadhuknya, hanya menyewa sebuah rumah sebagai tempat tinggal dan tidak lebih dari itu!

Aku benar benar sayu minggu lalu apabila tuan rumah sewanya datang untuk memberinya notis keluar dan dalam masa seminggu kelam kabut beliau mencari rumah sewa yang lain ….

Bila ku tanya, ” Kenapa anta tak beli rumah akhi?”

Dia hanya menyimpulkan senyum saja.

“Salahkah seorang da’i untuk memiliki sebuah rumah untuk mewlindungi keluarganya?”  Tanya ku lagi.

” Entahlah! Belum rasanya nak beli lagi sebab  Jamaah masih memerlukan keewangan, dari keperluan ana kepada sebuah rumah”. Jawabnya ringkas

” Biarlah ana bina  ‘ rumah islam’ dulu, kerana kalau rumah kita siap dan rumah islam tidak siap, bagaimana ana nak berhadapan dengan Allah nanti?” Dia berhujah penuh kesungguhan.

” Insyaalah, ada rezeki nanti ana belilah!” Jawabnya.

Terasa seperti petir menyambar hati aku, berkeping keping kehitaman terbakar dengan bercampur baur dengan ‘guilty concious” dalam diri.

Terasa menyesal pulak aku membeli rumah yang terpaksa  aku membayarnya setiap bulan namun hanya aku menfaatkan untuk duduk enam jam saja sehari. Itu pun waktu tidur!

Tidak pernah aku terfikir begitu dahulu kerana aku telah terhijab dan disebabkan ‘dunia ‘ mengugut’ aku dengan  ‘future planning ” yang membuat aku alpa akan terhutangnya aku lagi,  akan sebuah tanggungjawab  pada deen ini.

Sesal seribu kali sesal dalam hati!

Apa yang ku tahu dari sahabat lain bahawa semua keewangan yang diperolehi mas’ul ku ini diinfaqkannya untuk membina hospital dan Kolej yang diusahakan oleh Jamaah untuk kepentingan dakwah!

Memang, dijalan dakwah ini banyak mutiara yang boleh kita kutip untuk kita  jadikan syaksiyah untuk membantu kita meneruskan kembara ini!

Dan kita juga akan ketemu lelaki akhirat dan wanita akhirat yang tidak kita sedari berada disisi sisi kita ….

Dan aku bangga dan bersyukur menemui insan insan sebegini dan aku amat bertuah dapat mengauli mereka.

Dan bagi ku teman teman begini ibarat ‘ bintang bintang syurga’ yang ku miliki.

Merenungi wajah wajah suci mereka membuatkan aku sentiasa sebak menahan airmata dan dapat merasai tempias kenikmatan jalan ruhiyah ini!

Betullah kata sang penyair An-Nifari

Ilmu adalah huruf yang tak terungkap kecuali ‘Perbuatan’

Dan perbuatan adalah huruf yang tak terungkap kecuali ‘Keikhlasan’

Dan keikhlasan adalah huruf yang tak terungkap kecuali ‘Kesabaran’

Dan kesabaran adalah huruf yang tak terungkap kecuali ‘Penyerahan’

Terasa kerdil nya aku bila  bersama mereka.

Dulu sewaktu aku belajar, berada dalam kesempitan hidup, aku masih mampu lagi untuk berinfaq setiap hari meskipun syiling syiling besi yang berbunyi memasuki tabung tabung jamaah!

Berbeda sungguh berbeda ….

Apabila permohonanku pada Allah dimakbulkan  dan di luaskanNya sedikit rezekiku namun tersepit aku dicelah rangkulan dunia dan jerutan nafsu rakus sang harta sehingga aku tidak mampu untuk berkorban semaksimumnya dan tidak sampai 20% sahaja gaji yang dapatku infaqkan pada jamaah demi perjuangan islam ini yang adakalanya  ada yang ku bazirkan rezeki itu kepada perkara yang tidak berfaedah dan tak membuahkan amal!

Inikah slogan Allah ghoyatuna  dan  laungan Allahhu Akbar yang selalu aku laungkan dan ingin ditegakkan dengan pengorbanan ku yang ‘sesiput’ ini?

Malunya aku ya Allah! Zalimnya aku ya Allah terhadap rezeki MU!

Apakah ‘ulangan tarbiyah’ yang tertimpa kepada Thalabah itu akan tertimpa pada aku?

Janganlah ya Allah!

Nauzubillah.

Menjelajahi cerita Thalabah menyimpulkan aku pada satu persoalan bahawa tidak ada bezanya kronologi kehidupan aku dengan dia…….

Kikir dan munafiq tanpa aku sedar.

Inilah yang perlu sam sama kita pandang dan renung.

وَمِنۡهُمۡ مَّنۡ عَاهَدَ اللّٰهَ لَٮِٕنۡ اٰتٰٮنَا مِنۡ فَضۡلِهٖ لَـنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُوۡنَنَّ مِنَ الصّٰلِحِيۡنَ‏

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh.

Memang secara rasionalnya dalam fikiran Thalabah, bila kaya nanti dia akan dapat menginfaq seperti mana sahabat sahabat nabi yang kaya menginfaq tapi Nabi tahu akan kemampuan Thalabah mendepani harta dan justeru itulah waktu Thalabah meminta Nabi doakan , nabi menasihati thalabah dengan sabdanya;

Jangan! Sedikit harta yang kamu syukurinya akan lebih baik dari banyak harta yang tidak kamu syukurinya

Sehingga akhirnya Thalabah mati dalam keadaan tidak dapat menunaikan zakat sehingga zaman Uthman ibn Affan kerana semua khalifah tidak menerima zakatnya!

Malangnya Thalabah!

Beginilah yang kita lihat diri kita dan umat ini mendepani akhir zaman.

Dalam mengejar kekayaan, kita lupa akan hak hak islam yang patut kita beri seperti para sahabat terdahulu dan duat duat yang peka dengan perjuangan ini.

Namun dalam kita ditarbiyah ini juga terdapat juga antara kita yang ‘ miskin dalam kaya’ . Menjiwai sifat Thalabah!

Memang tidak ada beza penderitaan orang yang melimpah harta dengan orang yang tak memiliki harta.

Yang kaya menderita kerana senantiasa merasa kurang!

Sedangkan yang miskin menderita kerana selalu berharap menjadi kaya!

Orang kaya dan kekayaan mereka dibangun dengan kemiskinan hati yang amat parah dan yang miskin mencari harta hingga berputus asa dengan rahmat Allah.

Parah dan parah.

Apakah yang ada dalam hati mu wahai pembaca setia blog ku?

atau sahabat dan sahabiah yang telah bersama dalam tarbiyah ini?

Jangan kita jadikan mata kita tanpa cahaya, hati kita tanpa telinga seperti Thalabah kerana kita harus menggunakan hati untuk merenungi perjalanan panjang yang akan kita harungi ini ….

Mencari harta adalah harus, namun menunaikan hak harta itu teramatlah sukarnya ….lebih lebih lagi bagi sang akhawat yang tergiur dan terliur bersama fitrahnya …. teruskan menghayati tarbiyah dengan sesungguhnya agar kamu dapat berdepan dengan ujian kebendaan ini dan dapat meletakkan dunia ini dikedua telapak tangan mu dan bukan dihati mu yang jernih itu …..

jumpa lagi

الفقير إلى الله

muharrikdaie




7 responses to “Antara aku dan Tha’labah

  1. irbid,JO January 6, 2010 at 2:42 am

    Salam…

    pd pendpt saya sgt penting utk kita menjadi kaya dan bercita2 utk menjadi kaya… namun lebih penting utk melatih diri menjadi zuhud dgn kekayaan yg ada.. sbb misi tarbiyah dpt dilaksanakan dgn adanya ekonomi yg kukuh oleh jemaah…

    Misi “jadi kaaaya”saya impikan adalah sehingga saya tidak ada satu perasaan pun utk bekerja sbb nak cari duit.. saya berusaha ke arah financial freedom yg mana duit carii saya

    memang banyak manusia yg rugi di dunia ni.. betapa banyak peratus daripada kehidupan kita “burn” kerana bekerja ……. sampai suatu hari nanti kita juga menyesal betapa banyak perkara yg tak sempat dilakukan..

    p/s : maaf ayat tak “tembus hati”.. saya cuba memperbaiki ayat saya dengan membca tulisan2 saudara dan beri lebih banyak komen.

    silent reader

  2. muharrikdaie January 5, 2010 at 1:22 pm

    Salam semua yang memberi komentar.

    Maaf. saya tak dpt nak jawab satu satu cuma saya amat berterima kasih atas komen komen dan lebih lebih lagi kamu semua yang telah memberi semangat untuk saya agar menulis buku dan insyaalah saya tak tahu bila buku saya akan keluar cumanya saya akan keluarkan juga satu hari nanti …

    Tajuk nya : dari jahiliyah menuju cinta

    dan doakan saya agar tahun ini menjadi tahun semangat untuk saya menulis demi dakwah dan demi amanah Allah ini dan saya amat berharap kamu semua tegur dan nasihati saya kiranya saya ada buat salah dalam menulis.

    tkasih semuga Allah hubungkan ukuhuwah kita hingga akhirat.

  3. zahid January 5, 2010 at 6:01 am

    syukran ‘ala tanbihuka. berapa ramai yang keliru untuk taat pada Allah tetapi justeru melakukan maksiat hati tanpa disedari. Semoga saudara diberi kekuatan untuk istiqamah di jalan-Nya. jangan biarkan proses itu dilalui tanpa merasai peningkatan iman, jangan tertipu dengan banyaknya tarbiah yang diterima dan disampaikan tetapi proses peningkatan iman terbengkalai..akhikum fillah

  4. Ir JAIS January 5, 2010 at 5:17 am

    “Dan tetapkanlah dirimu bersama orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pagi dan petang semata-mata kerana hendak mendapat keredaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu menjauhkan pandangannya dari mereka kerana berkehendak kepada kesenangan hidup dunia, dan janganlah engkau tunduk kepada kehendak orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsunya dan seluruh tindak-tanduknya melampaui belaka”

  5. tariq_dhiya' January 5, 2010 at 2:09 am

    Terima kasih atas peringatan ketika diri mula alpa

  6. nuurhati January 4, 2010 at 10:49 pm

    subhanallah!

    untuk apa jua perkara..pilih atas keperluan..dan cabaranya sangat besar disini iaotu merantai nafsu ..

    mengatur dan menyusun keperluan dengan teliti perlukan pengorbanan..
    sanggupkah bersusah-susah untuk memberi kepada yang lebih utama..

    hmm..teringat bilamana as syahid albanna ditanyakan tentang perabot2 didalam rumahnya yang sekadarnya sahaja..dia menjawab.. dia lebih risaukan rumah yang perlu dihias diakhirat kelak.., jika tak silap lah pernah terbaca satu tika dulu..

    wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: