Masihkah kau ingat …


السّلام عليكم

Aduhai duat …

ingatkah kita dulu waktu jahiliyah, waktu semuanya halal bagi kita, waktu semuanya boleh untuk  kita……

Asal teringin kita beli, asal sedap kita telan, asal selesa kita pakai, asal jumpa kita taram ….

Gua  tak peduli. Ini gua punya hal! Lu orang jangan peduli!

Gua ( aku )  nak pergi clubbin‘ ke? Gua nak telan ‘ syabu ‘ ( dadah yg mengkhayalkan) ke ? Gua nak guna ‘kondom’ ke? Nak  beli ‘ balak ‘ ke? Nak ada ‘sugar daddy’ ke? Nak pakai t-shirt budak umur 10 tahun ke? Nak drill ‘ pusat’ masukkan subang ke? Nak pakai jeans tak ada pinggang ke? Nak makan sampah ke? Nak hirup ‘ bah ku teh ‘ ( sup tulang babi ) ke? Nak teguk ‘ air kencing syaitan” ( arak ) ke? Nak telan mercun ke?

Orang lain jangan campur? Kubur masing masing jaga. Nanti kalau gua mati, gua tahu mau jawab macam mana!

Samsengnya kita. Gedebenya kita.

Kita ketawa girang. Terasa dunia ini kita yang punya dan terasa hidup ini amat mudah dan kita tidak risau akan apa apa.

Tapi ….

bila hidayah menyirami kita, kita terikat dan terkepung dengan hukum Allah.

Ada yang boleh, dan ada yang tak boleh!

Kita mula berhati hati dengan hidup, hatta nak makan ayam goreng kat kedai mamak pun kita tanya mamak tu mana dia beli. Beli ayam ‘ katok’ ke atau ayam sembelih!

Bila pergi overseas berkursus dan ber ‘conference’ , kita bawak compass, bawak sejadah untuk bersedia kalau tak jumpa masjid dirantau orang. Begitu juga dengan makan, kita sumbat mee segera, serunding dan sambal tumis kering satu beg untuk bawak bekal, sampai kastam pun terkejut bila check beg kita. Sebab, kita takut tak ada makanan halal di negeri orang. Dan kita rasa memang terseksa ….

Apa lagi dinegeri sendiri kita cuba sedaya upaya menjaga pakaian dan menguruskan hidup hari hari dan menjaga kesucian lahir dan batin kita dengan telitinya!

Kita amat berhati hati kerana kita dah kenal Allah dan Islam. Kenal haram dan halal. Kita takut untuk kembali kezaman kita jahil dahulu!

Tapi dalam keadaan terseksa, berhati hati dan keterikatan itulah mata kita berkaca dan berair dengan keinsafan!

Dalam terseksa itulah kita rasa manisnya Iman yang dikurniakan Allah.

Dalam terseksa itulah, kita rasa  amat  bersyukur dengan Allah atas hidayah ini kerana tanpa hidayah Allah, sudah pasti kita hidup teraba raba tanpa cahaya dan mati dalam kegelapan kekufuran. Nauzubillah.

Cukupkah setakat itu kita menghayati agama Allah ini?

Cukupkanh setakat itu kita menjaga iman kita?

Cukupkah setakat itu?

Sebenarnya itu hanyalah asas asas kehidupan kita sebagai muslim sahaja kerana tuntutan islam jauh lebih dalam untuk menjaga dan memelihara kita kerana ….

…. hidup dizaman fasad ini bukanlah sesuatu yang senang.

Apalagi berada di bandar2 dan bekerja dengan sistem yang tidak islam ini. Dan hidup dalam suasana bi’ah yang tak soleh ini.

Sepatutnya kita jangan membiarkan diri terlarut dengan rutin hidup sehari hari  yang tiada matlamat kehidupan kerana tanggungjawab dan amanah kita bukan hanya untuk kita sahaja tapi untuk keseluruhan makhluk dibumi ini.

Untuk kearah itu, kita tidak ada jalan lain melainkan mengikut jalan yang telah disunnahkan kepada kita dan tidak boleh membiarkan diri tanpa kita berusaha untuk  intima’ di dalam jamaah islam dan menyerahkan diri dan jiwa untuk ditarbiyah!

Tanpa tarbiyah, kita tak boleh melaksanakan amanah yang dibebankan ini dan sudah pasti kekuatan iman dan hidayah kita semakin tercabar kerana hidayah memerlukan siraman amal yang berterusan serta motivasi untuk mengembang dan memekarkan iman ini.

Kita  tidak akan dapat mempertahankannya selama kehidupan kita jika tarbiyah dan dakwah kita abaikan kerana kita akan sentiasa diserang bertubi tubi dengan terjahan dunia yang kuat yang tak mampu kita menangkisnya berseorangan tanpa tarbiyah, dakwah dan jamaah!

Sebab itu kita tidak boleh duduk diam. Kena bergerak. Orang yang diam tanpa bergerak adalah seperti ‘air didalam perigi’ lama lama air itu akan jadi busuk dan mungkin akan menjadi air mutannajis jika najis memasukinya.

Begitu juga kita, kalau lama duduk dalam tarbiyah tanpa ” berdakwah ‘ akan jadi begitu.

Lama kelamaan kita akan futur dan ghurur ( tertipu ) dengan amal amal dan intima’ kita.

Ada antara kita memang suka berhalakah dan berukuhuwah tapi hanya setakat itu sahaja. Bila lepas berusrah sahaja kita jadi macam “biasa ‘ balik.

Syaksiyah kita automatik berubah. Wajah kita menjadi dua warna. Beg ustah, kita campak ketepi. Segala pesan murabbiyah, kita deletekan dalam memory kita. Mutabaah amal kosong tidak berisi. Assignment usrah yang diamanahkan kita abaikan. Sehinggalah usrah akan datang barulah kita sentuh beg tu balik!

Inilah antara wajah wajah kita yang berada dalam saf tarbiyah ini. Dan kerana itulah kita tidak dapat melahirkan ramai murabbi dan murabiyah yang dapat mengemban amanah ini dan sememangnya kita ketandusan pimpinan pimpinan dalam melaksanakan tarbiyah ini.

Mari sama sama kita fikir balik kerana umat ini amat mengharapkan kita. Islam juga mengharapkan sinarnya dari kita kerana kita adalah insan terpilih dan jangan kita sia siakan pilihan Allah itu.

Sebagai umat yang bertuah berada disaf ini sepatutnya kita harus mempunyai iradah ( kemahuan ) yang kuat untuk bergerak. Serius dengan aturan2 tarbiyah untuk kita  dapat berhubungan dengan Allah dengan lebih akrab lagi untuk meniti jalan yang panjang ini.

Jangan kita melemah dan mengendur dan merasa nyaman dengan perjalanan kehidupan ini dan merasa puas dengan contribution yang sedikit kerana islam memerlukan banyak dari kita yang diakhiri dengan nyawa kita.

Dan insyaallah, mari kita terus berbuat dan terus berbuat bersungguh sungguh ……..

Alangkah hebatnya dan bangganya agama ini jika mengetahui bahawa kita punyai jiwa besar untuk membelanya …

الفقير إلى الله

muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: