Buatlah pilihan …


Pengunjung yang dirahmati Alah,

Di pagi yang barakah ini aku memohon doa semua kerana aku akan berangkat pagi ini keluar negara selama seminggu kerana tugas dan insyaalah aku akan kembali menulis sekembali jika Allah panjangkan usia ini.

Memang hidup ini tidak kering dengan kesibukan yang tidak dapat dielakkan dan betapa pun kita mengurus waktu dengan sebaiknya namun kita masih lemah lagi untuk dapat mengurus seperti yang dilakukan para nabi dan anbiya’.

Justeru kelemahan inilah yang mengajar  kita betapa perlunya kita sentiasa perbaharui niat agar apa yang kita buat semata mata dengan tujuan ubudiyah kepada Allah dan semestinya sebagai manusia kita sering gagal dalam melaksanakan masuliyah yang begitu banyak terpikul.

Sebab itu segala kerja buat kita harus kita mendahuluinya dengan awlawiyat yakni keutamaan, agar pilihan kerja yang kita buat itu menepati perencanaan mengikut susun atur yang baik dan sebagai hamba Allah segala perancangan dan susun atur adalah sebahgian dari ajaran deen ini untuk kita laksanakan agar kerja kerja yang kita lakukan menatijahkan kesempurnaan!

Kita yang membuat  pilihan dalam hidup ini.

Jadi pilihlah yang terbaik.

Kerana sebagai mukmin biasanya kita mengunakan neraca Allah untuk membuat sesuatu pilihan!

Jika jalan dakwah ini adalah pilihan utama kita maka jadikanlah jalan ini sebagai sesuatu yang penting yang harus kita hargai dan buatlah sebaik baiknya dengan penuh jiddiyah dan iltizam dengan nya.

Laksanakanlah ia dimana saja kita pergi dan dimana saja kita berada kerana kalimah tauhid yang ingin kita tebarkan ini tidak mengira bumi dan angkasa. Tidak mengira masa dan tempat. Dalam susah atau dalam senang. Dalam tawa atau dalam rendaman airmata.

Renangilah lautan dakwah ini hingga kita sampai kepelabuhanNya.

Dan insyaalah kita akan mendapati sesuatu yang amat tenang dari hidup ini kerana hidup kita hari ini adalah hasil dari pilihan hidup kita kelmarin dan hidup yang kita buat esok adalah pilihan yang kita buat hari ini.

Marilah kita putuskan apa yang kita pilih tanpa ragu ragu asalkan apa yang kita pilih itu tidak menyalahi kehendak Allah yang kita cinta, kerana selalunya terdapat berbagai pilihan dalam hidup ini dalam apa pun situasi dan keadaan kita!

Kenapa kita harus takut membuat pilihan kerana didalam kehidupan kita, kita akan sentiasa menemui dua jalan seperti firman Allah

…dan kami telah menunjukan kepadanya dua jalan, ( jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan keburukan untuk dijauhi)

Dalam pada itu manusia ( memmilih jalan kebaikan ) merempuh masuk mengerjakan amal amal yang tinggi darjatnya disisi Allah )

AlBalad

Oleh itu jangan kita ragu ragu dalam memilih, dan takut gagal dalam memilih!

Seandainya hati kita amat cenderung kepada sesuatu pilihan itu, jangan kita lupa untuk memohon kepada Allah agar diberi kekuatan kerana ….

….orang yang sebenarnya berjaya adalah lebih banyak gagal dalam hidupnya justru kerana dia banyak mencuba dan bangun kembali.

Allah SWT telah menjanjikan solution dan kejayaan tanpa batas untuk kita semua dan raihlah dari janji Allah itu dengan apa yang disenangiNya!

Gantungkanlah cita cita kita setinggi langit kerana cita cita itu adalah doa dan sama sama kita berdoa untuk meraih kebahagiaan yang mendatang.

Wallahuaklam

Sekadar ini yang mampu di tulis pagi ini dan aku  terpaksa pergi sekarang. jumpa lagi.

yg sentiasa mengigati kamu sebelum tidurku,

Muharrikdaie

4 responses to “Buatlah pilihan …

  1. muharrikdaie December 20, 2009 at 8:58 pm

    nuurhati, tariq diya, sinar yang sentiasa setia besama diblog ini. Terimakasih pada semua kerana mendoakan aku dan memberi kata kata semangat dan nasihat dan semuga kamu semua dalam pemeliharaan Allah selalu.

  2. nuurhati December 15, 2009 at 11:24 am

    jazakallah..pengisian yang ringkas tapi terkesan..

    semoga selamat dalam perjalanan dan moga dilindungi Allah sentiasa..

    wallahualam

    terus menulis!

  3. sinar December 14, 2009 at 3:22 am

    bak dialog dalam (KBC) inilah yang dinamakan mengubah tantangan menjadi peluang:)

  4. tariq_dhiya' December 13, 2009 at 11:12 pm

    Sentiasalah berbuat baik dan jangan mengharap orang membalasnya.
    Janganlah hairan jika orang yang kita beri tongkat,
    menggunakannya untuk memukul kita,
    kerana tabiat manusia memang begitu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: