Sambutlah dakwah itu ….


Salam buat semua …

Semangat menulis masih ada lagi. Ramai yang membantu membarakan semangat ini. Terutama yang rajin memberi komentar diblog piicisan ini selain email email layang yang mendebarkan dada dan jantung hati seorang lelaki.

Terkadang email email itu menjadi penawar luka luka dan parut lama yang masih belum sembuh dijalan dakwah ini. Bukan parut bekas tikaman cinta manusia tapi parut lorong lorong hidup yang ku lalui terdahulu.

Ditrafik light dalam jemn yang amat sesak inilah selalunya aku mengulangi membuka email email diblackberry aku untuk menghilangkan rasa stress lantas senyum sendirian dengan usikan teman teman yang menjadi pengunjung setia blog ini. Tak payahlah sebut nama dan aku tahu mereka juga senyum sambil mencari idea bagaimana untuk mengacau dan menyindir  ” arjuna ‘ ini.

Terus terang aku katakan, aku berada disini semata mata untuk mengasah bakat dalam menulis dan menyampaikan karya karya serta pengalaman dakwahku. Tidak lebih dari itu.

Hanya Allah yang tahu niat ku. Kalau kamu rasa kelainan dalam tulisan tulisan ku ianya adalah sebahagian dari seni penulisan. Terpulang pada persepsi kamu semua dalam menafsir setiap rangkaikata tulisan tulisan aku. Baik dari sudut mengunakan istilah ” cinta ” dan sebagainya.

Aku disini tidak mencari Cinta. Tidak mencari simpati dan tidak mencari apa apa selain keredhaan Allah. Itulah yang aku ingin kamu semua fahami.

Jika kamu orang sastera dan punya jiwa seni, kamu akan mengerti kemana arah tulisan tulisan aku. Semuanya menuju Allah. Menuju jalan Allah.

Adik adikku,

Semua kita tahu bahawa kehidupan ini adalah pinjaman. Segala galanya kita pinjam. Tidak ada satu pun hak kita. Kamu sebutlah apa saja. Dari diri kamu sendiri. Tubuh badan kamu sendiri. Keluarga kamu dan apa saja. Segalanya pinjaman.

Insaf tak kamu?

Apakah yang boleh kamu buat dengan pinjaman itu? Tidak lain tidak bukan hanyalah menjaga sebaik baiknya. Sesempurna mungkin. Agar dapat kita pulangkan kembali barang pinjaman itu kepada tuannya tanpa dakwann kerusakan barang pinjaman itu.

Namun Allah sebagai Rabb  yang memberi pinjaman itu memberikan kita ruang untuk berbisnis dengan barang pinjamannya agar kita dapat memperolehi laba yang besar diakhirat nanti.

Inilah Manhaj yang Allah sediakan untuk kita mengikutinya. Dan Allah telah memberi Iman secara percuma kepada kita untuk kita bergulir dengan manhaj ini. Dan dengan iman inilah juga sepatutnya kita dapat memahami kehendak Allah dan memahami fenomena kehidupan kita dialam ini.

Kamu tahu tak, jika kamu tidak bergerak dan tidak bekerja dijalan dakwah ini menandakan kamu jahil akan kejadian kamu. Dan kita tidak ubah seperti bukit dan gunung yang pengecut menerima deen ini!

Dakwah telah lama memanggil kita. Bukan dengan suara. Tapi dengan Iman dan hidayah. Dan kita disini telah diberi iman dan hidayah! Apa tunggu lagi!

.  يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيڪُمۡ‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَحُولُ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَقَلۡبِهِۦ وَأَنَّهُ ۥۤ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan ~ Anfal 24

Marilah kita sambut tugas ini dengan Istijabah fikriyah ( menyambut dengan sedar ) Istijabah  Nafsiyah ( menyambut dengan perasaan). Istijabah Ma’aliyah ( menyambut dengan harta ) Istijabah Harakiyah

Dan insyaalah atas kefahaman ini dan dgn kesedaran, dengan penuh perasaan, dengan pengorbanan harta dan dengan  aktiviti dan program yang kita buat ini akan membuahkan AlHubb ( CINTA ) yang akan menghidupkan kesufian kita menuju Allah dan atas arahan Allah dan dalam rangka ketaatan kepada Allah sehingga membungakan ikhlas dan dapat kita buangkan sifat sifat linnash ( kerana manusia ) ini.

Kita dah lama ditarbiyah dan dikuliah kan. Bukan saja kuliyah dan bertarbiyah bertemu lutut sahaja malah kuliyah online lagi. Dengar MP 3 lagi dan sebagainya. Patut perkara ini telah lama hilang dari dalam jiwa kita. Dan dengan keikhlasan yang kita bawa inilah akan menatijahkan segala tugas dan komitmen kita dapat dilaksanakan dengan sesempurnanya.

Kenapa ya, aku tulis tentang ini malam ni? Aku tahu hujung tahun ini boleh dikatakan semua kita yang berada dalam dakwah dan tarbiyah ini akan sampai kepada kemuncak takwim tahunan kita.

Jadi insyaalah, dalam kesibukan kita bertamrin dan berprogram lainnya, jangan kita lupa akan ukuhuwah dan memelihara serta memanjangkan ukuhuwah serta sentiasa memperbaharui niat dan syahadah agar kita sentiasa terpelihara dan terus sentiasa mendapat taufiq Allah SWT.

maafkan aku

~ muharrikdaie~

2 responses to “Sambutlah dakwah itu ….

  1. muharrikdaie December 20, 2009 at 9:11 pm

    Iman ~ Insyaalah saya akan cuba menulis yang sebaik mungkin. Kekadang memang tak mampu kerana saya bukan penulis profesional. Hanya menulis untuk mengisi ruang dakwah ini dan apa yang terlintas di fikiran. maafkan segala kekurangan. Ambillah yang terbaik dan bacalah yang bolehmenghiburkan jiwa.

  2. iman December 13, 2009 at 1:28 am

    penulisan yang melankolik…ana menunggu penulisan yg lebih bersemangat dari muharrikdaei..sekali2 ada variasi …ye tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: