meski pun ku tersenyum …


Lamakan aku tak menulis?

Seolah olah macam nak berhenti!

Memang terkadang rasa camtu tu!

Tak semangat seperti dulu dulu.

Tak tahu kenapa?

Tapi bila kawan kawan bertanya dan beri semangat, cuba jugaklah nak perah perah dan share apa yang aku ada.

Sebenarnya banyak cerita baru.

Cerita cerita tarbiyah. Cerita cerita dakwah dan cerita cerita hujung tahun yang teramat sibuk ni.

Dengan Tamrin dan dengan takwim jamaah yang ada dua tiga program yang belum habis lagi  untuk aku khatamkan tahun ini.

Sibuk dengan jemputan walimah kawan kawan. Kawan ofis dan kawan sejemaah. Dan ada jugak kawan kawan yang baru balik haji untuk disambut.

Kat airport lagi dah call!

Ana dah sampai akhi, jumpa ana malam ni. Rindu kat anta dan rindu kat teh tarik, ana dah beli minyak wangi dan kurma ajwa untuk anta. Jangan lupa. Kalau lambat dapat air zam zam jerlah!

Begitulah ukuhuwah dengan sahabat.

Aku akui, aku memang  ramai kawan. Baik lelaki mahupun perempuan. Ikhwah dan akhawat. Ibu Ibu dan bapak bapak dan di persekitaran kawasan rumah aku pun, aku dah jadi macam celebriti. Sebut nama saja, semua orang dah kenal. Cumanya nak cari aku kat rumah susah sikit. Memang selalu tak ada. Kalau ada pun lepas 12 malam.

Maaflah, tujuan cerita ni memang tak der langsung niat nak riak dan bangga diri pun. Bukan dapat apa  pun, kalau orang kenal kita!

Semuanya kerana dakwah dan dakwah!

Cuma nya aku nak cerita bahawa sebagai seorang da’i  yang sedar, kita kena sentiasa expose diri dalam ruang ruang kosong untuk keperluan masyarakat.

Bukan nak tonjol diri ini untuk kepentingan peribadi kita, tapi adalah untuk dakwah semata!

Supaya kita semua yang berada diruang blog disini dapat share pengalaman ini  dan dapat kita rasakan bersama , agar menjadikan kita berpengalaman dan bersemangat dengan semangat kawan kawan yang berusaha segigih  demi mendeklimasikan dakwah ini dalam bentuk kerja yang praktikal.

Biarlah orang kata aku nak tonjol diri. Tak ikhlas. Cari publisiti. Nak popular. Nak famous. Dan apa saja……..

paling penting adalah hati yang senantiasa bersama Allah.

dan paling sedih sesama ikhwah pun ada yang bersikap begitu. Menyimpan su’ul dzon terhadap sesama kita.

Aku dah jazam sangat dengan sikap rakan rakan dakwah ku ini. Polimik jamaah dan ketaksuban yang tak pernah habis dari dulu membuatkan kan dakwah semakin lembab dan terasing dan memang kita manusia melayu ni sebagaimana biasa, susah beroganisasi dan susah untuk bekerjasama dalam semua bidang kecuali bila kita tinggal dinegara asing tapi bila pulang sikap itu masih juga terbawa bawa hingga susah kita nak menyumbang sesuatu kerana ada saja salahnya!

Dalam dakwah pun kita suka berpolitik sehingga kita susah nak buat kerja kerja dakwah kalau kita fikirkan kritikan kritikan yang tak boleh membina.

Kalau kita tak buat kerja dan diam, mereka akan kata kita tak produktif!

Kalau kita buat kerja dan menonjol diri, mereka kata kita cari publisiti dan riyak dan berbagai. Sebab tu dakwah tak berkembang.

Betullah kata Mustafa masyhur bahawa dijalan dakwah ini pun ada segolongan mukmin yang dengki sesama mereka!

Mudah2an Allah lindungi semua kita yang berada dalam saf islam ini dari jiwa yang begitu!

Sikap kita sebagai da’i ni kena sentiasa membiasakan senyum dan menerima keadaan seadanya dan terlibat dengan aktiviti masyarakat.

Dimasyarakat inilah aku banyak mempraktikkan tarbiyah yang telah diajar kepada ku bertahun tahun.

Aku dah jadi da’i yang multi- purpose.

Serba guna dan serba boleh. Sebut apa saja, aku lah yang selalu terkedepan dan pastiya aku akan tawar diri untuk apa saja yang kurang ditengah masyarakat asalkan jarum dakwah ku berjalan!

Jadi Imam, jadi muazzin, mandi jenazah, kenduri doa selamat, jadi ustaz bidan terjun ( ganti ustaz masjid yang tak datang ), bawak orang sakit pergi hospital dan macam macam lagi. Semua aku buat. Untuk dakwah.

Untuk dakwah Mu ya Allah.

Aku betul betul nak rasa jadi khadam ( orang suruhan ) umat. Nak menyumbang sebanyak mungkin kerana aku memang tak tinggi ilmu agama untuk mengajar manusia. Cuma yang aku ada, ialah tenaga 4 kerat ini dan fikrah serta sedikit ilmu agama yang telah dicanaikan oleh murabbi ku untuk aku berkhidmat!

Aku selalu doa pada Allah

Ya Allah bukakanlah seluas luasnya pintu amal buat ku agar aku dapat buktikan pada mu bahawa aku ingin menjadi hambaMu yang benar dengan kata katanya. Benar dengan bai’ahnya. Benar dengan perjanjian yang pernah aku lafazkan pada Mu dialam ruh lagi …. As tajib  du’a ana ya Allah ….

Walaupun kerja dakwah yang ku buat ini tidak banyak mendatangkan hasil tapi alhamdulilah banyak benda yang dapat dibuat untuk jangka panjang. Dan banyak pembaikan telah diupgradekan dari sudut keperluan masyarakat.

Dalam pertemuan lalu dengan murabbi ku, banyak perkara yang ditanya tentang kerja2 dakwah external ini dan alhamdulillah  inilah target yang perlu kami achieve untuk mendekati masyarakat.

Idea ku untuk memasyrakatkan Usrah masih belum terlaksana lagi secara khususnya namun usrah usrah umum telah dapat aku wujudkan sebulan sekali di beberapa tempat disamping dakwah fardhiah yang dibuat dipejabat dan dapat juga mengumpulkan staf staf diofis berusrah sesekali selepas ofis.

Memang kerja dakwah ini terlalu banyak kalau kita kreatif untuk melakukannya dan pandai mengambil peluang serta kita lakukan atas dasar kesedaran dan masuliyah kita,

HAZIHI SABILI ~ Inilah jalanku

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

Katakanlah wahai Muhammad, inlah Jalan ku dan jalan orang orang yang menurutku menyeru manusia umumnya kepada Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti  yang nyata dan aku menegaskan. Dan aku menegaskan Maha Suci Allah ( dari iktiqad dan perbuatan syirik ) Dan bukan lah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dgn sesuatui yang lain~ Yusuf 108

Indahkan cerita dakwah ni kalau cerita yang baik baik dan berjaya saja?

Kamu tak tahu cerita yang tak baik pulak. Cerita ujian ujian yang memendam rasa. Yang boleh membuatkan kita tidak lelap tidur. Seperti yang pernah aku katakan pada kamu semua dahulu bahawa dakwah ini mesti bertemu dengan ujian.

Tanpa ujian, bukanlah dakwah namanya!

Ada juga golongan yang membenci kita. Golongan yang Allah masih belum bukakan pintu hati mereka lagi. Kita berdakwah bukan sahaja menyeru yang makruf tapi mencegah kemungkaran. Inilah jalan yang ditempuh oleh Rasullulah. Untuk membezakan batas iman dan kufur. Jalan pemisah antara syirik dan Tauhid. Islam dan jahiliyah dan ketetapan hukum.

Mencegah kemungkaran inilah yang membuatkan kita ramai musuh untuk menjatuhkan kita dan mengaibkan kita. mereka akan cungkil seberapa banyak aib kita untuk menggagalkan dakwah ini. Sebab itu da’i memerlukan penerusan dalam tarbiyah demi untuk memperbaiki kefahaman, ruhiyah dan syaksiyah untuk berdepan dengan mereka dan tundukan mereka dengan akhlak kita!

Kan nabi ajar kita begitu?

Meski pun aku tersenyum tapi kamu tidak tahu apa yang bersarang dihati ini.!

Kesedihan.

Harapan dan sering bertanya dan berkata sendiri sendiri …

Pernah kamu lihat seorang ikhwah menangis?

Ingin ku nyatakan bahawa semua ikhwah yang melalui jalan duri ini pasti menangis dan terus menangis saban malam dihadapan Rabb Nya. Dan disitulah kekuatan kami menghadapi tribulasi ini.

Apapun fitnah akan aku hadapi  kerana sebagai da’i kita harus jelas dan bersikap!

Tiada toleransi bab prinsip. Sebab itu seorang da’i harus punya keyakinan tinggi dan kena berbeza akhlak dan perilakunya. Kita kena berbeza dengan komuniti jahiliyah yang kita tentang disekeliling kita.

Memang dimana mana dan bila bila masa saja kita tidak akan lepaskan ruang dan peluang dakwah itu tapi kita kena ingat bahawa kita tidak boleh cantumkan dua kutub magnet yang selamanya tidak pernah bertemu.

Yakni Islam dan jahiliyah, dan jangan kerana kita ingin mereka sukakan kita dan menerima dakwah kita, kita bertoleransi cara hidup jahiliyah  dengan mereka kerana selama lamanya ” matlamat tidak pernah menghalalkan cara”.

Sebab itu sekuat mana pun kita dan setinggimana pun pangkat kita dalam dunia kerjaya atau dalam dunia dakwah ini kita tidak boleh putus dengan tarbiyah dan usrah. Kita amat amat memerlukan kesiapan ilmiah yang cukup dalam aktiviti dakwah kita kerana tradisi dakwah islam adalah tradisi ilmiah dan bukanya taqlid ( mengekor )!

Dan kita ….kena menjaga keasliannya ( Ashalah )

Adui panjangnya …. boleh break jap. Nak berpuisi. heheh.

Untuk sahabat ku yang baru walimah minggu lepas. Just suka suka.

Malam makin sunyi. Jiwaku pun bertambah sepi. Malam adalah kehidupan untuk  arjuna yang punya dewi.

Meski pun ku tersenyum ….

Cinta benar benar benar menyusahkan aku

siangnya meratah hati

malamnya aku tak bisa tidur

menanti cerita cerita dakwah mu

hingga cadar katilku kemas hingga kepagi

Apa jadi padaku?

malam kerusakan tidur

dan siang kehilangan selera

dan kehadiran mu memang menganggu

walau rindu itu semakin jauh dan samar samar

dan hampir hilang seperti fajar pagi

begitulah aku akan kehilanganmu

atau aku akan menghaibkan diriku dari mu

selamanya ………..

meski pun aku tersenyum

hatiku sentiasa tersimpan luka luka

wassalam

muharrikdaie ~ merindui kamu semua dijalan ini ….

2 responses to “meski pun ku tersenyum …

  1. qistina_ulya December 15, 2009 at 12:19 am

    Malam makin sunyi. Jiwaku pun bertambah sepi. Malam adalah kehidupan untuk arjuna yang punya dewi.

    Arjuna yang tidak punya dewi, masih punya pencpta sang Dewi kan, bercinta aja lah dengan Sang Pencipta di kala malam sunyi, nescaya hati menjadi tenang

  2. tariq_dhiya' December 11, 2009 at 3:44 am

    “Every successful person has a painful story. Every painful story has a successful ending…
    Accept the pain and get ready for success…”

    “Be hold when you loose and be calm when you win..
    Heated gold becomes ornament,Beaten copper becomes wires,
    Depleted stone becomes statue,..
    so, the more pain you get in life you become more valuable…”

    “No one will manufacture a lock without a key,
    Similarly God won’t give problems without solutions…”

    —-kata2 semangat yang dipinjam dari web lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: