belajar sesuatu


Malam tadi berforum.

Bersama penceramah yang bergelar dato’ dan bersama penceramah radio popular.

Rasa kerdil diri ini bersama mereka namun dakwah mengajar ku untuk terus melaksanakan amanah itu.

Tepaksa mengantikan mas’ul ku yang terpaksa ke kemboja menguruskan korban idul adha. Memang awalnya aku ingin tolak kerana takut dan tak yakin dengan kemampuan diri yang memang tidak berilmu apa lagi bila dibariskan dengan ustaz yang hebat namun tarbiyah sekali lagi mengunci mulutku. Aku mengiakan saja bila diarah. Aku tahu mas’ul ku tahu akan hati aku lantas terus dia berkata,

Ini tadrib ( latihan ) untuk anta akhi  dan ana tahu anta tak mampu dan ada inferior  kerana kali ini majlis yang agak besar dan grand tapi disinilah anta harus belajar berhadapan dengan org hebat hebat dan anta sendiri tahu bahawa tarbiyah bukan hanya dikelompok usrah anta saja selamanya tapi anta harus keluar untuk kembangkan potensi diri  dan kembangkan  adha jamaah dan anta kena ada self confidence yang tinggi. Anta bukan nak berforum bagi orang jadi pandai tapi adalah untuk menyampaikan message dakwah dan menarik manusia kepada islam dan inlah matlamat kita ditarbiyah.

Aku terpatung seperti disumpah nenek kebayan dengan cabaran mas’ulku dan dalam hati memang terasa amat berat seperti memikul seguni beras.

Sepanjang hari emosi ku terganggu. Cuma dalam hati aku cuba untuk berasa optimis. Aku tidak mahu hilang pesona keberanian. Aku yakin diri aku akan konsep diri bahawa misi aku adalah dakwah dan aku adalah pembawanya.

Sehari suntuk aku membuat rujukan kepada kitab Tarbiatul Aulad kerana tajuk forum berkenaan “Mawadddah warahmah dalam kontek keluarga islam”

Waktu aku datang malam itu hati mula berdebar debar dan makin ku pujuk lagi kuat debaranya. Secara spontan Allah memberi ilham kepada ku betapa aku masih ingat kembali cerita Abbas Assisy yang ingin pergi interview  untuk memasuki tentera pada satu waktu dan berjumpa Assyahid Hasan Albanna dan menceritakan masaalah rabun mata yang dihadapinya dan menyatakan hasratnya untuk tarik diri untuk tidak pergi lantas Assyahid menasihatinya supaya teruskan niat murni itu sambil berkata,

Pergilah akhi dan insyaalah Allah akan bersama mu, dan perbetulkan niat mu dan tentang matamu, jangan risau akan kejayaanmu, dengan syarat, janganlah kamu bertawakkal dengan matamu tapi bertawakkallah dengan  Allah dan insyaalah kamu akan berjaya.

Yes! Memang sepatutnya aku bertawakkal kerana dengan kemampuan yang tak terdaya ini aku amat mengharapkan pertolongan Allah!

Aku kaget seketika kerana waktu aku datang tidak ada siapa yang sambut namun aku terpaksa cool kerana aku tahu mungkin tidak dimaklumkan aku penganti mas’ul ku kerana dibanner tidak tertulis namaku dan mungkin penganjur pun tidak mengenali aku.

Sebenarnya aku tidaklah mengharapkan penghargaan dan tidak mencari penghargaan. Kedua ustaz yang famous itu diletakkan dikerusi sofa yang berlainan dengan dif dif jemputan dan terdapat satu kerusi kosong dan mungkin itu adalah untuk mas’ul ku agaknya namun aku tidak tonjolkan diri dan duduk dikerusi biasa menanti acara bermula.

Berada di stage selama hampir 2 jam terasa seperti 2 hari dan akhirnya aku berjaya juga bertahan diatas stage tersebut tanpa terasa untuk ketandas!

Diatas  tawakkal dan doa terkumat kamit sepanjang berada distage itu menyelamatkan aku dari nervous yang fatal sekalipun awal nya tangan kiri ku yang memegang flash kad nota mengeletar seperti seorang parkinson namun akhirnya aku dipuji oleh kedua ahli panel kerana dapat mengulung hujah dengan baik sekali!

Aku tidaklah berbangga kerana hujah yang ku bentang itu adalah hasil  kefahaman  pentarbiyahan yang ku dapat i selama berada didalam dakwah dan tarbiyah ini dan bukanlah sesuatu yang baru bagi  duat didalam gerakan islam ini namun mungkin bagi mereka yang tidak terlibat dengan gerakan islam ini mungkin sesuatu yang asing!

Dua perkara hujah yang membuatkan  mereka tertarik adalah aku menyebutkan bahawa

Pembinaan baitul muslim yang ingin dibina atas mawadah warahmah ini mestilah diasaskan atas ubudiyah kepada Allah dan kearah pembinaan generasi dakwah yang soleh muslih! Juga pendidikan anak anak yang soleh bukanlah menjaga mereka dan mendisplin kan mereka 24 jam sehari tapi adalah Ibu Bapa kena banyak buat kerja dakwah kerana dengan kerja dakwah ilallah yang kita buat  beserta doa dan niat yang betul itulah akan mendatang mawaddah warahmah serta bantuan Allah dalam memelihara anak anak kita dari jebakan biah yang tak soleh berdasarkan kepada firman Allah  “kamu bantu agama Allah dan Allah akan bantu kamu dan meneguhkan kamu”

Memang bagi kita dalam gerakan dakwah ini, kalimat ini dan cita cita ini adalah sesuatu yang biasa dan memang kita pun bercita2 untuk kearah itu tapi bagi penceramah dan ustaz yang tidak terlibat dengan gerakan islam dan  masyarakat awam membina generasi dakwah ini sesuatu yang pelik bagi mereka dan tak pernah mereka terfikir pun!

Semalam mengajar ku sesuatu, akan indahnya ” tawakkal . Indahnya tarbiyah yang kulalui selama ini sehingga mampu berhadapan dengan public dengan ilmu yang amat terhad. Indahnya berasa ” tawadduk” dan indahnya bila kita dapat menyampaikan dakwah dan ilmu dakwah kepada masyarakat yang asing akan kepentingan dakwah dalam kehidupan ini!

Anak anta berapa orang akhi? ”

Itulah soalan akhir sebelum aku pulang.

Muharrikdaie

One response to “belajar sesuatu

  1. nuurhati December 1, 2009 at 2:07 pm

    Alhamdulillah! Terlaksana satu amanah ..satu cabaran yang bisa mematangkan diri dalam tarbiyah dan dakwah ..

    menyebarkan fikrah kepada masyarakat yang masih dibuai lena sedangkan kita seolah berada dalam sebuah rumah yang sedang terbakar..kejutkanlah mereka!

    wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: