Bukan aku dan bukan kamu


Dunia dakwah dunia yang luas.

Seluas langit dan bumi.

Kita duat, hanyalah pengeraknya dan digerakkan olehNya.

Dakwah mengajar kita arti Tauhid. Erti keesaan Allah. Erti hak allah dan kekuasaan Allah. Erti tangungjawab. Dan dakwah dipenuhi seribu pengertian untuk kita menjana iman dan mengepam iman agar iman itu boleh menyelinap disegenap saluran darah dan sendi sendi kita dan akan terlahirlah aroma kehalusan seorang hamba hingga mencapai kepada makam ” hamba yang rabbani”.

Itulah dia, jika tarbiyah ini dapat kita hayati sedalam dalamnya.

Kita akan bekerja hanya untuk Allah.

Disini menguji niat kita. Dan niat itu kan terbukti apabila kita dapat melaksanakan kepatuhan yang berterusan. Kepatuhan yang tidak berpilih.

Kepatuhan kita kepada Allah dan ajaran Rasullulah bukan sekadar didalam program program rasmi yang kita anjurkan sahaja sebagai pelengkap takwim tahunan kita. ( Banyak program hujung tahun ni untuk diattend ) malah kepatuhan kita adalah sepanjang hayat dan selagi nyawa dikandung badan!

Dan jikalah kepatuhan kita hanya didalam program kita sahaja ( mungkin malu diperhati oleh naqib/naqibah/ masul ) dan selepas program, kita kembali semula dengan kehidupan asal kita yang penuh kemalasan, bermakna Islam itu masih belum lahir lagi dalam bentuk makalah ( sebati ) pada diri dan jiwa kita.

Amat malang lagi kiranya kita telah lama dalam tarbiyah justru telah menjadi pemimpin dalam jamaah dan sikap ini masih belum berubah dan terbawa bawa dalam kembara hidup kita sebagai duat ini!

Kerana itu kita amat memerlukan tarbiyah yang berterusan agar islam menjadi sebati dengan kita. Dan jangan sekali kali menganggap program usrah sebagai secondary dalam hidup sekalipun  hanya pertemuan yang seketika.

Usrah mengajar kita membina iman dalam bentuk tindakan agar kita terus bekerja dan bekerja dan tidak mengenal akan perhentian!

Usrah dan tarbiyah tidak ada station untuk berhenti kecuali kita pergi mengadap Allah SWT. dan iman yang lahir dari tarbiyah sebeginilah akan membunga dan membuahkan sikap kita untuk hidup dan mati kerana Islam dan melahirkan ” Ubudiyah Lillahi Wahdah”

bagi kita yang ingin hidup mencari keredhaan Allah ini, hendaklah ingat bahawa apa yang ada disisi kita berupa harta dan segalanya adalah hak islam dan pengorbanan inilah yang akan membuahkan kemanisan aqidah yang bersih dan ikhlas yang akan menjadikan kita ” Al Jund Aqidah wa Fikrah “ Pahlawan yang benar benar mempunyai sifat jundiyah ( perajurit/ pekerja islam ) atas dasar islam.

Jangan lupa.

Sentiasa perbaiki niat dalam perjalanan dakwah ini kerana niat bisa berubah tanpa sign dan amaran dan ini boleh merencatkan keimanan kita.

Terkadang syaitan mengelabui dan mengsamarkan  penglihatan kita.

Dan terkadang  kita lihat ada sebhagian da’i sering berkata kata

” Akulah yang buat kerja tu. Akulah yang buat rencana itu sehingga program tu berjaya. Akulah yang pimpin sehingga sukses program dakwah tu, kalau tak ada aku, tak taulah!”

” Nak harapkan kamu, rasanya entahlah! Aku tak yakin dengan kamu”.

Itulah suara suara sumbang kita.

Suara suara syaitan yang menggunakan lisan kita.

Sebenarnya bukan AKU dan bukan juga KAMU tapi ALLAH! Allah dan Allah.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Utusan Allah dan aku bersaksi bahawa allahlah yang mengerakkan kita dan berkat kurnia Allah, kita disini. Dimedan ini. berkongsi CINTA. Berkongsi suka dan duka. Tawa dan tangis. dan semua kita ada peranannya. hatta yang lemah diantara kita pun masih mampu memberi doa untuk kejayaan dakwah ini.

Kita harus ingat bahawa kejayaan kita, berkumpulnya kita disafkan dalam jamaah islam ini dan disatukan hati hati kita dan cinta kita ini bukan disebabkan oleh sesiapa hanyalah murni dari Allah SWT.

Rasullulah bersabda;

Apabila Allah menyintai seorang hamba, maka Dia memerintahkan malaikat malaikatnya  untuk berseru ditengah manusia bahawa AKU ( Allah ) menyintai fulan, maka cintailah dia. Setiap orang di pagi dan petang mencintai hamba itu. Apabila Allah membenci seorang hamba ( nauzubillahi minzalik ) Dia memerintahkan malaikatNya untuk berseru ditengah manusia AKU ( Allah ) membencinya. Mak bencilah dia. Setiap orang dibumi ini membenci hamba itu.

Oleh itu ambillah nasihat Rasul ini dan memperbaiki hubungan antara sesama kita dan jamaah ini agar kita mendapat kedudukan diantara manusia dan dakwah kita memasuki jiwa mereka.

Akhirnya jangan lah kita terpedaya dengankerja kerja kita yang sedikit ini dengan mengklaim ianya adalah kerja kita sahaja tanpa kita memikirkan implikasi terhadap perjuangan ini kerana sesungguhnya ‘ bukan aku, bukan kamu tapi Allah lah yang membolehkan kita istiqamah hingga saat ini.

Hanya ini yang termampu  untuk menulis buat semua sahabat/sahabiah yang mengunjungi blog ini semuga bermenfaat dan aku amat keletihan …

Jumpa lagi

Muharrikdaie ~ 1.55 pagi waktu malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: