Sisa cahaya bulan


Bahagia seorang sufi bila bersunyi sunyi dengan Rabbnya.

Bahagia seorang hafiz bila bertalaki dengan gurunya.

Bahagia seorang isteri bila berbaring di ribaan suaminya.

Bahagia seorang pelajar bila mera’i kejayaanya.

Apakah kebahgiaan seorang da’ie?

Hampir sebulan aku terpisah dengan adik2 akhawat binaanku.

Adik2 yang ku bina hampir setahun setengah dibawah tunjuk ajar dan jagaanku.

Perpisahan terasing yang sukar untuk dimengerti!

Dan aku sentiasa mendoakan agar mereka semua gembira mendapat naqibah yang baru setelah bertahun menunggu. Mudah2an mereka dapat melunakkan diri dan sentiasa istiqamah dan thabat dalam menempuh dugaan dan menjadi mutarabbi yang mempunyai jiddiyah yang tinggi dalam membentuk diri sebagai daiyah yang berkualiti.

Bersama mereka selama ini seolah olah memisahkan jiwa dan raga ku. Kerana terpaksa menjaga syaksiyah sehalus halusnya dan dalam masa yang sama terpaksa memasuki relung hati dan  kehidupan mereka.

Terpaksa meng “unisex” kan pemikiran dan jiwaku.

Bukan senang seorang ikhwah sepertiku  berhadapan dengan kerenah2 remaja 20an ini.

Dan terpisahnya aku sekarang menyatukan kembali jiwa dan ragaku, sekali pun sisa sisa rindu kepada mereka menganggu igauan ku.

Rindu seorang Ayah, seorang Abang, seorang Penjaga, seorang Motivator dan seorang Murabbi dan tidak lebih dari rindu itu menjadikan aku kemurungan beberapa hari.

Sunyi dan terasa  kehilangan!

Minggu minggu ku seperti hilang rencahnya!

Terngiang ngiang akan keletah keletah mereka berbincang dan bersuara mempertahankan hujah dan pendapat dengan penuh keiltizaman dan kesungguhan.

Terngiang ngiang ditelingaku suara suara alasan yang berbagai kerana tidak menunaikan tanggungjawab melaksanakan mutabaah amal mereka dan sayup2 kedengaran esakan tangis  bila di marahi dan ditegur justru mereka amat cepat menumpahkan airmata!

Dan terkadang membuatkan aku amat serba salah ….

membuatkan aku rasa resah…..

membuatkan aku terasa zalim terhadap mereka …

membuatkan aku terasa ingin memujuk ….

hingga terkadang diriku sendiri sentiasa berada dikesamaran!

…dan sememangnya mereka benar benar ” menyusahkan” aku dan menjadikan jiwa sentimental aku memakan diriku sendiri!

Kerenah kerenah mereka banyak merusakan tidur dan selera makanku sehingga berhari hari aku mengelamun memikirkan bagaimana untuk mentarbiyah mereka sesempurnanya, dengan keadaan begini dan aku sentiasa berhubung dengan mas’ul ku tentang ini dan seperti biasa jawaban ‘ sabar ‘ menjadi pengubat masaalahku!

Mereka semua memang “penganggu” hidup ku ….

…..namun ingin ku katakan bahawa aku bersyukur dalam “gangguan” itu, kerana gangguan itulah, aku ditarbiyah secara tak langsung dalam kehidupan ini!

Ditarbiyah untuk memahami jiwa seorang akhawat! Jiwa yang penuh keanggunan dan kemisteriusan yang selalu dilindungi dengan sifat mahmudah yang amat mudah dibentuk dan dilenturkan!

Aku bukan sahaja belajar menyabarkan diriku dengan wajah wajah ketidakpuasan mereka terhadapku, namun dapat membuatkan aku lebih berhati hati dengan akhlaq dan berdisiplin sebagai seorang ikhwah, malah aku belajar akan kehalusan jiwa mereka yang pelbagai warna yang mengindahkan!

Aku yakin merekalah bulan yang bersinar yang akan menerangi dakwah diKota Kuala Lumpur ini dengan potensi dan kesungguhan  serta kesedaran yang tinggi.

Aku amat berbangga, dengan pertolongan Allah, jiwa kemanusiaan, jiwa cintakan deen ini, jiwa pengorbanan yang ada pada mereka akan mengimarahkan lagi nuansa dakwah & tarbiyah di IPT yang semakin suram ini.

Sesungguhnya aku bukanlah orang yang terbaik menjadi murabbi mereka namun sekurang2nya sisa cahaya  bulan dalam diri ku ini dapat juga aku sumbangkan dalam mentarbiyah mereka.

Memang kamu semua adalah adik adik ku.

Adik adik yang amat lekat dijiwa ku hingga hari kiamat.

Aku bertanggungjawab menjaga keselamatan mu.

Menjaga syaksiyah mu.

Menjaga ibadahmu.

Menjaga masalah2 mu.

Hingga aku amat terasa bahawa kamu semua sentiasa hidup dalam setiap helaan nafas  ku!

Teringat aku, dalam duka membina kamu semua, kamu juga telah menceriakan jiwa aku yang terkadang kontang dengan iman kerana hidup harian yang tak keruan dek kerja yang berterusan.

Teringat bila mana dalam taaruf  pertemuan pertama kita, kamu hanya menamakan diri kamu semua dengan nama nama bunga supaya dengan alasan untuk mengelakan aku dari gangguan syaitan jika mengingat nama kamu yang sebenar!

Dan aku hanya senyum saja pada kamu dan ada nama nama bunga yang kamu namakan mengantikan nama kamu itu yang tak pernah aku dengar sehingga aku terpaksa membuka dictionary! heheh

Kamulah bunga bunga hutan yang meliar kecil yang rupawan itu yang hingga hari ini mendukakan perasaanku …

Callistemon laevis ( callis ), Diplotaxis muralis ( diplo ), Vitex trifolia ( Vitex ), Tulip Strawbery ( Tulip ) ….

Ingatlah akan daku dalam rabithahmu!

Aku sepohon filicium yang pernah melindungi dan meneduhi kamu dibawahnya!

Sekalipun tak bisa  menahan tempias hujan seperti berteduh dibawah bumbung  namun aku telah cuba sedaya upaya  menggigil kesejukan menahan hujan dari membasahi kamu sedaya aku!

Seandainya selepas ini kita tidak akan bertemu lagi dan aku akan pergi jauh dari kamu seperti yang kamu tahu, namun hari hari ku dan hari hari kamu yang kita lalui bersama banyak meninggalkan kenangan yang mencuit rasa  dan merendam jiwa serta banyak mengajarku mendalami dasar jiwa halus dan longlai seorang wanita yang penuh warna pelangi selepas hujan yang  amat bernilai bagi ruh dan kehidupan ku.

Sesungguhnya jiwa seorang akhawat itu penuh keindahan yang tidak terseluk oleh sedikitnya cinta!

Pesanku, walau dimana kita berada,

……bahawa kita adalah hamba yang tidak dizinkan oleh Allah untuk berhenti dari menyeru dan terus menyeru di kembara ini, kerana perjalanan kita dijalan dakwah ini tidak pernah berubah dan berhenti seperti matahari dan bulan yang terus bergerak mengikut manzilahnya ……..

dan itulah kita!

Salam teramat sayang buat kamu semua ….

Muharrikdaie

 

 

One response to “Sisa cahaya bulan

  1. Bintu Arifin October 16, 2010 at 7:32 am

    Assalamu’alaikum

    Subhanallah!

    Pabila menjadi mu’min itu tanggujawabnya melebihi masa yg ada. Biarlah ada jiwa-jiwa yg jemu dengan dakwah tapi yg menyampaikan dakwah itu jangan sesekali jemu.

    dakwah bukan tertakluk pada satu kumpulan shj malah universal, jadi raihlah jiwa-jiwa diluar sana yg hajat kepada islam. dan tugas itu motivasi terbaik buat diri sendiri apabila ditimpa pelbagai permasalahan.

    Salam ziarah dgn lmn sesawang baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: