Milik siapakah hati itu …


Aku kembali berfikir dan merenung.

Betapa aku tersangat jauh pergi sehingga melupakan hari hari ujung ku.

Terlalu mengikut perasaanku hingga ku lupa hati yang ku jaja tidak siapa pun ingin memilikinya.

Dan hati itu terbiar dan liar sehingga hilang taaluq mahabbahnya.

Hingga hilang marak rindunya.

Hilang khaufnya.

Lantas membuatkannya sedih dengan kepahitan qada!

Seolah olah tidak redha dengan qadha!

Lalu terkunci pintu nikmat.

terkunci pintu faqir

hingga  terbukanya  pintu angan angan

membuatkan aku kehilangan mujahadah diri.

Hati yang ku miliki ini seolah olah bukan hati ku.

Kerana hati ku tidak begitu dulu ….

Maka milik siapakah hati ini?

Apakah ia dimiliki syaitan yang sentiasa mencari ruang memusnahkannya?

Atau dimiliki dunia yang dipapar kan berbagai keindahan yang menyengat?

Atau dimiliki oleh sebuah Cinta yang kosong?

Cinta yg tidak kita cari dan tak pernah kita niatkan untuk mengutipnya dijalan dakwah ini!

Namun cinta itu datang seperti Singa lapar!

Terlalu bernafsu dan gopoh untuk menatijahkannya.

Justru membuatkan kita hilang tempat dan waktu.

Membuatkan mata terkunang kunang.

Membuatkan darah berdesir dan berkeringat dingin.

Serta membuatkan kita memandang semua objek dalam keadaan slow motion.

Sehingga akhirnya membuatkan para duat diam mematung menghentikan kerja kerja dakwah kerana terganggu oleh hati ini.

Hati yang dimiliki oleh sesiapa saja yang menerobos jalan dakwah sukar ini dan yang sentiasa diuji kaji oleh 3 TA – Tahta, harta dan wanita!!!!

Aku imsonia?

Yeah mungkin.

Setiap malam pulang lewat dan terkadang tidak boleh melelapkan mata hingga pagi kerana terlalu amat exhausted. Ada tikanya membaca buku dan alquran sahaja yang boleh menidurkan aku dan paginya terpaksa keluar seawal 6.30 pagi untuk mengelakkan jemn yang teramat dan terpaksa menyambung kerja kerja dakwah disebelah malamnya.

Dan itulah dia. Bila kita telah mengenal tanggungjawab memang tidak boleh dielakkan.Sejak hari perkenalanku dengan Islam dan jamaah, aku sudah tidak boleh menoleh kebelakang lagi.

Aku terasa seolah semilir angin yang sejuk berhembus memasuki hati dan terus kejantungku dan membuatkan keazaman ku bertambah kuat untuk merubah diri hingga dengan extremenya ingin ku letakkan dunia ini dihujung ibu jari kakiku.

Aku seperti tersihir dengan akhirat. Aku seperti sikudung mendapat cincin.

Begitulah keadaannya aku!

Terhadap akhirat.

Rasa tak sabar mencecahnya.

Mencari kebahagiaan yang hakiki disana.

Menemui manusia manusia suci yang akan melambakkan cinta kepada kita.

Tanpa mengguriskan perasaan kita.

Apa lagi untuk meragui kita.

Didalam hidup ini dan dijalan dakwah ini!

Mencintai akhirat bukan sesuatu yang boleh dipaksa paksa atau dibuat buat.

Kita harus mempunyai gugusan gugusan iman yang meyakini serta perlu bertatih dalam tarbiyah dan melalui  secara praktikal sirah dan cerita serta keyakinan mengikut jejak peristiwa dan ekpedisi yang dilalui oleh para nabi sahabat dan pejuang2 terdahulu.

Ianya bukan dongengan dan percakapan tapi adalah satu warisan yang harus kita tunaikan.

Warisan Iman dan perjuangan.

Perlu dimantap dan dicanai dalam goyangan cinta yang pasti.

Kadang dalam benak pemikiranku terasa kemahatololannya kerana sering berkhayal tentang akhirat dan kejadiannya tanpa berusaha melaksanakan tuntutan2nya apalagi untuk sampai kekemuncak itu meneguk air ditelaga kautsar dan bersama bidadari yang sempurna yang tidak memakai kacamata.

Apalagi jika kita ingin mengapai ke metafor dan ingin menyelidiki zat zat Allah dan melihat wajah Allah. Amat perlu mujahadah yang teramat amatttttttttttt.

Kita tidak  akan berujung dengan kesimpulannya yang membuatkan kita bertambah bodoh dan tolol kerana tidak terjangkau oleh akal manusia yang halus kejadiannya ini untuk mendapatkan akhirat yang indah itu hanya sekadar melaksanakan tuntutan deen ini sambil lewa tanpa penat dan letih. tanpa debu dan airmata!

Malah boleh menjadi gila kiranya akhirat yang kita dambakan hanya sekadar melaksanakan  kehidupan rutin kita yang tanpa zat dan vitamin itu! Dan amat malang kiranya  ilmu kita yang hanya setitis dari titisan laut yang dikurniakan itu tidak kita garapkan dalam jihad yang berterusan.

Sesekali dalam imaginasi ini aku terfikir. Inilah keagungan Allah yang amat amat perlu kita yakini dengan ainul yaqin.

Dibawah tahta Allah yang bergelar lauh mahfuz ini tercatat segala galanya seawal dan sebelum kejadian kita hatta walau selembar daun pun yang jatuh dan banyak menyimpan rahsia yang pasti mengsimpang siurkan pemikiran kita terhadap kejadian kita sendiri dan disinilah muara cabang dan sungai ilmu yang patut kita fahami kerana disinilah harus kita terima hakikat takdir kita kerana segalanya termasuk dalam zat zatNya.

Allah menakdirkan orang orang tertentu untuk memiliki hati yang terang agar dapat memberi pencerahan kepada orang disekelilingnya dan kita bersyukur andainya kita termasuk golongan yang thabat dijalan ini kerana Dia lah dulu yang membuatkan kita tahu bagaimana tergagap gagap meniti huruf2 jawi dan mengenal angka angka suci itu dan menjelmakan huruf2 itu menjadi kunang kunang yang berkelip kelip hingga kita lancar membacanya!

Satu persatu hidayahNya menerangi kita dan saat Tuhan menyemaikan biji zarah kecerdasan, zarah yang jatuh dari arasyNya dan menghentam hati kita yang kotor lantas menyucikan nya hingga dengan asma’ Nya kita menyintai Jalan dakwah ini.

Jangan kita abaikan jalan ini. Jalan yang menghendaki kita membawa amanah ilahiyah menuju khilafah ini supaya kemuliaan kita ini berterusan hingga kezaman akhirat.

Ingatlah akan kemuliaan kita hingga alam pun tunduk dan menjadi tanggungjawab untuk kita melestarikan keberlansungan hidup dialam ini dengan kerja kerja menundukan manusia kepada Rabbnya. Kita telah memilah dan memilih jalan ini yang telah tertuang dalam risalah para rasul dan marilah kita mempertahankan gelaran kemuliaan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita ini dengan berbagai gelaran ahsanu takwim, ulul albab, rabbaniun dan banyak lagi!

Indahnya sahabat ku … jika kita tahu akan kemuliaan  yang berderet deret ini …. walaupun kita berada dalam keterbatasan dan kekurangan!

Dan jangan lupa dalam mulia itulah Allah sertakan UJIAN

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja danmengatakan ” kami telah beriman”, sedangkanmereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, amka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang2 yang dusta.”   ~ Ankabut 2-3

Dengan ujian itu jugalah Allah lahirkan kalimah ” thabat ‘ dari rahim tarbiyah ini supaya kita sentiasa teguh dengan kemuliaan itu dan sentiasa ingat bahawa tanpa tarbiyah kita hanyalah berupa atom atom yang beterbangan atau hama yang halus yang menganggu ketenteraman manusia dan kita bukanlah dari jenis yang sebegitu.

Sahabat yang dikasihi,

Jadilah Sabiqun bil khairat yang tidak hanya puas melakukan kewajipan dan meninggalkan hal hal yang diharamkan olehNya, namun teruslah berlomba dan berpacu untuk melaksanakan sunnah sunnah yang digariskan dan menjauhi hal hal yang dimakruhkan!

Marilah kita menerawang jauh kedepan untuk menggagas kerja kerja dakwah yang amat luas ini seluas cakrawala yang tidak terbayangkan dan berlangkah dengan langkah langkah positif.

Sucikan hati kita untuk menerima pilihan pilihan akal yang tidak bertentangan dengan wahyuNya dan jadilah kita hamba  yang selalu melihat kehidupan dengan cahaya basirah yang terang dan tidak bersilau.

Hamba yang hatinya sentiasa yang dihiasi ketundukan, cinta, pengagungan dan kepasrahan pada Allah.

Suatu hari insyaalah kita akan bertemu disyurga sahabat ku setelah kita berlama disini.

Kadang kita terasa amat bahagia hidup sendiri tanpa ditemani sesiapa kerana sukar memahami jiwa manusia!

Tapi ternyata dengan satu kasih kita yang tulus lebih dari cukup untuk menguji kejujuran kita kepada Jalan Dakwah ini sekalipun kita terpaksa meninggalkan keinginan yang teramat kita mimpikan,bila terpejamnya mata.

dan membuatkan kita terus berjalan  hingga hilang dari pandangan …..

Jumpa lagi

Insyaalah

Muharrikdaie

4 responses to “Milik siapakah hati itu …

  1. hani July 7, 2014 at 3:16 am

    cinta itu subjektif…terlalu ramai yang memberikan tafsiran tentang cinta hingga wujud pelbagai karya yang membicarakan soal cinta… satu pesanan sahabat yang pernah aku temui suatu masa dulu… cinta manusia itu indah kerana pemilik cinta yakni ALLAH telah mengizinkan hambaNYA mengenali cinta manusia namun cinta itu akan menjadi lagi indah jika cinta itu disemai, dibaja dan dituai dengan ikatan yang halal demi mencari mardhotillah….Wallahuálam…

  2. zieyana jabil August 30, 2012 at 1:47 am

    Artikel yang bgus seperti penulisnya juga….sy share kat facebook….=)

  3. Cikgu August 5, 2011 at 2:06 pm

    Takdir Allah yang menulis cintanya bukan untukmu.
    Jangan putus asa dengan cinta, kerana insyaAllah ada bahagian cinta buatmu. Yang lebih tulus, ikhlas, jujur dan tidak menyakitimu. Sungguh aku berdoa akan datang cinta yang sebegitu buatmu. Tidak mahu lagi kamu bersedih dan menelan kepahitan luka cinta yang tidak menghargaimu sama sekali…

    Mari berusaha untuk bercinta sampai syurga = bernikah kerana Dia yang Maha Menyatukan cinta🙂

  4. insan November 18, 2009 at 5:02 am

    Aib seseorang yang melakukan dakwah fardiyah adalah ketidakmampuannya untuk terlalu lama bersabar meraih hati yang Allah karuniakan kepadanya!
    Yang demikian itu karena seorang da’i tak akan berhasil jika tidak memantapkan keyakinan dalam pikiran dan fitrahnya bahwa dakwah adalah salah satu sunnatullah yang membutuhkan santapan dan ditumbuhkembangkan oleh karakteristik manusia secara pelan dan bertahap, hingga mampu menyerap karakteristik itu dengan tenang, dan tumbuh secara alami.

    -Abbas as-Siisy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: