kemana aku seterusnya


Ada adik adik nakal yang berziarah diblog aku bertanya,

” Akh masih mabuk lagi?” ( merujuk pada artikel ku mabuk kepayang )

Yeah …aku masih mabuk.

Mabuk dengan perasaan yang tiada endingnya!

Namun mabuk ku mabuk dalam redha Allah inysaalah.

Kita jangan tersalah. Duat bukanlah robot! Dan semestinya punya perasaan.

Perasaan adalah penghuni mahligai hati kita!

Terkadang dia menjadi penghuni yang baik dan terkadang menjadi penghuni yang suka mengusik kita.

Penghuni nakal.

Kadang perasaan ni boleh menjadi gelombang dan boleh mencetuskan perasaan geram dan marah!

Dan kadang perasaan ini boleh menjadi riak kecil yang mencetuskan rasa. Rasa cinta yang lembut dan wangi kiranya kita tidak kunci serapat rapatnya hingga kita takut kita sendiri pun tak boleh membukanya.

Sebab itu Syeikh Ali tantanwi berkata

Jangan kamu remehkan perasaan sebab manusia menjadi ” manusia’ dengan perasaannya. ia adalah tempat persinggahan dua hal, Iman dan cinta

Duat memang senantiasa bergelumang dengan perasaan.

Sedih dan gembira.

Gembira bilamana kita boleh membina manusia dan adik adik binaan kita yang menjadi pelapis dakwah ini.

Gembira bilamana kita boleh membina baitul dakwah dan mewariskan rijal rijal kecil dari rahim zaujah kita yang sama fikrah dan bersusah senang dengan kita mengharungi lumpur dan selut dakwah ini hingga penghujung kehidupannya bersama kita.

Gembira bilamana dapat memijak tangga maratib amal mengikut urutannya.

Gembira bilamana keterlibatan kita dalam jamaah dakwah dan tarbiyah dan gagasan islam kita menjelma menjadi lukisan besar diatas kanvas kenyataan hidup manusia. Boleh terealisasi oleh usaha kecil kita hingga tertegaknya daulah walaupun bukan dari pegangan tangan kita.

Kesedihan kita pula adalah segala usaha dan kerja dakwah dan pembinaan amilin yang ingin kita buat menjadi mimpi yang tak berakar dalam dunia realiti kita disebabkan kelemahan kita dan ketidaksungguhan kita bekerja mengapainya.

Kesedihan bilamana adik binaan kita gugur satu persatu dari jalan ini bila telah bertemu dengan keindahan dan kemanisan dunia dan ingin hidup tanpa keterikatan!

Dan itulah kehidupan sehingga aku amat teruja dulu untuk menjadi ustaz, apabila aku tahu bahawa jadi ustaz boleh boleh mengajar dan membimbing manusia serta banyak dapat pahala dan dapat masuk syurga!

Ya Ustadz.

Itulahh perkataan yang dimomok momokkan oleh ayahku sehingga menjadi impianku.

Dan memperkenalkan aku dengan seorang Ustaz. Ustadz separuh umur yang akhirnya menjadi inspirasiku.

Ustadz yang menjadikan aku minat membaca Alquran kerana tarannum nya boleh membuatkan aku tergolek jatuh basikal.

Tarikan madd dan ghunnah nya lagak nyanyian soprano nyonya inggeris didalam teater shakspeare dan boleh menjatuhkan lotong lotong diatas pokok getah belakang rumah serta memecahkan gelas berisi air dan aku tersedak air liur terkena badi suaranya walaupun ku lihat urat marihnya yang timbul yang boleh terpecah jika tidak dia mengubah kepada low tone secepat mungkin!! Puuhhh! Itulah hebatnya ustadz khalid.

Kefahaman ku dulu, orang yang pandai membaca alquran adalah ustaz. Dan ustaz adalah public figure di kampung dan menjadi khadam setiap penghuni kampung dan sebagai pendakwah serta penyelesai segala masaalah dan waktu itu minat ku amat membuak buak kerana disinilah ruang ingin aku kotakan kata2 ayah ku dulu bahawa, jika ingin hidup bahgia kena banyak tolong orang.

Aku cuba mencari bakat ku lalu berjumpa ustaz khalid agar dapat memasuki kelas qurannya walau pun waktu itu aku telah dua kali khatam alquran dan amat mahir dengan ilmu tajwid. Ustadz memasukan aku ke kelas taranum dan subjek wajib yang aku harus hadiri adalah setiap malam minggu harus belajar berqasidah dan berzanji serta bermain rebana.

Memang bakat dan seni bukanlah sesuatu yang boleh dicipta. Bakat amat misteri. ianya bukan seperti jerawat yang boleh tumbuh bila bila pun. Ada orang mencari bakat dirinya tapi sampai mati pun tidak ketemu. Ada orang rasa dirinya berbakat tapi sebenarnya tidak! memang bakat menghadiri dirinya tanpa diundang.

Pertama kali aku menatap kitab berzanji aku kebingungan. Tulisan yang menyerupai alquran itu meng ” confuse ” kan aku. Dan setelah beberapa kali diajar dan sering ditegur dan dimarahi dapatlah sikit kemajuan, tibalah malam ujian dan aku disuruh baca oleh ustaz dengan  high tone dan bit bit  serta nada nada yang sepatutnya namun aku mengkhianati harmonis seninya serta suara dan tarikan suaraku seperti angsa tertelan landak hingga gulung kain pelikat kawan kupun boleh tertanggal kerana bisanya suara aku.

Ustadz dah tak dapat menahan tawanya hingga terketar ketar macam kena penyakit parkinson sampai airmatanya mengalir. kawan kawan yang lain membuang pandang ke muka pintu menahan ketawa dan aku tahu ada yang terkucil mendengar cara penyampaian qasidahku.

Aku berusaha keras untuk membetulkan bait bait dan harmonisasi itu tapi lagi aku cuba  lagi semakin anih bunyinya. susah payah ingin ku habiskan perenggan itu dan kawan kawan bersama ku tidak langsung mengendahkan penderitaan aku waktu itu kerana aku tahu mereka juga derita dengan suara aku dan derita kerana tidak dapat meluahkan tawa kerana takut dimarahi ustadz khalid atau akan disuruh baca yang mungkin lebih teruk dari aku!

Ustaz merenung ku dengan penuh kasih sayang. Dan aku terasa itu!

” Mal “  Ustaz memuntahkan suaranya. ” Apa yang saya amati, kamu memang punya bakat seni dan ada tarikan tersendiri dan jangan sia siakan seni yang ada pada kamu kerana banyak kamu boleh menfaatkan untuk dapat pahala. Tak semua orang boleh berqasidah. Apa yang telah kamu lakukan itu adalah permulaan yang baik. Apa yang penting adalah kamu kena latih dan terus berlatih. Menghayati bait bait dan nadanya. menghormati harmoninya. Gunakan kelembutan dan jangan paksakan bait bait itu mengikut sesuka hatimu. Ikut rentaknya dan jangan lari dari asas seni itu! Dan Tuhan jadikan rentak2seni itu supaya manusia boleh bersikap lembut dan itulah yang perlu ada setiap dari kita” Ustaz menutup bicara penuh makna dan kesenian.

Baru sekarang aku mengerti mutiara kata kata Almarhum Ustaz khalid  ( semuga Allah rahmati beliau ) itu!

Itulah seni dakwah dan tarbiyah. Seperti seninya belajar qasidah.

Harus melalui marhalah2nya dan lenggok lenggok jalannya!

Dan qasidah itulah menjadi ibrah dan mengajar aku untuk mengujudkan peribadi bagaimana untuk mentarbiyah manusia. Dan memang ” dakwah itu seni ” dan pendakwah adalah manusia yang punya bakat seni. Punya kelembutan yang asli. Tidak gopoh. Tidak pushy. mempunyai kesabaran yang tinggi. Kreativiti serta punya cita cita dan kemahuan yang keras.

Memang susah jadi pendakwah.

Tak semua orang yang Allah pilih dan tak semua yang terpilih itu mampu istiqamah bila diuji!

Ada pendakwah yang boleh tahan uji bila waktu senang namun gugur bila diuji waktu kesusahan.

Da’i harus sentiasa menjadi dewasa dan tidak boleh keanak anakan. Walau pun kita hanyalah manusia kecil dan pendakwah kecil dan dipandang lekeh oleh manusia awam namun dalam jiwa kita harus punyai izzah dan merasakan bahawa kita adalah sebahagian dari watak watak hero dalm nuansa dakwah ini untuk menyelamatkan alam ini dari kemarahan Allah disebab tidak tertegaknya hukumiyah dan khilafah yang ditaklifkan kepada kita.

Tugas kita tidak terhenti hanya pada  organising usrah dan halakat saja dan program program tarbiyah lain nya tapi lebih jauh. sebab itu selalu kita sebut jalan dakwah itu panjang ………..

Panjang kerana kita ingin menegakkan Daulah.

Menyempurnakan 7 maratib amal walaupun sekarang kita ditangga yang pertama dan tak semestinya kita harus ikuti turutanya.

Mungkin ditangga kedua kita terpaksa berhenti sejenak kerana beberapa masaalah teknikal dan kita boleh saj terus ketangga seterusnya jika berkemampuan!

Itulah yang dikatakan seni dalam bertanzim.

Dalam seni kepimpinan Islam,  ilmu dan akhlak serta leadership bukanlah segala galanya!

Sifat unggul yang perlu ada pada kita, adalah AZIMAH

Orang yang memiliki azimah adalah orang yang mampu mengalahkan dirinya dan kerananya sanggup mengalahkan orang lain diluar dirinya.

Ada orang yang bijak serta pandai merancang sejauh jauhnya pun, GAGAL kerana tidak sanggup mengalahkan dirinya.

Ada juga orang yang berakhlak tinggi tak sanggup berbuat apa apa kerana tidak cukup kuat mengalahkan orang lain diluar dirinya.

Kalaulah kita memahami seni, kita akan tahu hikmah dari kefahaman ini insyaalah ….

Dan pastinya kita tidak melatah dalam dunia ujian dan dunia dakwah yang penuh dengan tribulasi ini sehingga boleh mencetuskan peribadi sonsang sehingga kita gagal dalam perjalanan jauh ini ….

Seterusnya aku akan terus melangkah meninggalkan segala gala impian yang pernah tercipta dalam pemikiran ini sekalipun yang ku tinggalkan dibelakang itu sebutir mutiara yang teramat ingin ku miliki …..

Kemana aku seterusnya?

Entahlah!

Aku harap bisa menemukan ketenangan dan ketercerahan lewat alam yang melingkupi jiwaku.

….berharap menemukan kesejatian hidup lewat keheningan malam memaku pandangan kelangit diatasku lalu aku menopang dagu menatap kosong sesosok bayang yang seolah olah berdiri dekat dgn mataku yang ragu ragu dgn tidak kepastian ….

…berharap bisa kembali mengurai langkah perjalanan hidupku selama ini, untuk berhenti sejenak dan menata kembali jalinan esok yang lebih baik, atau paling tidak membuang sisa sisa dosa lalu …

Aku kembali merasakan betapa seninya hidup ini dan betapa misterinya perjalanan seharian dan betapa dunia disebalik gemelapnya yang nampak terlalu tak berharga untuk dicintai ………..dan betapa sia sianya hidup jika segala kudrat dan tenaga dicurahkan padanya

Kemana aku seterusnya?

Semuanya dalam ilmu Allah yang tak perlu aku fikirkan kerana disitu ada seni yang Allah sembunyikan !

Berjuta rasa bergelombang melingkupi awan jiwaku, malam ini ….

Wallahuaklam.

Muharrikdaie

3pagi Malaysia

3 responses to “kemana aku seterusnya

  1. themujaddid November 15, 2009 at 7:55 am

    jazakallah..
    entry yg mngesankan..
    moga trus tsabat di jalan ini

  2. kahfi8 November 13, 2009 at 2:06 am

    ‘Memang susah jadi pendakwah.

    Tak semua orang yang Allah pilih dan tak semua yang terpilih itu mampu istiqamah bila diuji!

    Ada pendakwah yang boleh tahan uji bila waktu senang namun gugur bila diuji waktu kesusahan.’

    Jazaakallaah atas penulisan ini.. Suka perenggan yang ana copykan tue..

  3. nuurhati November 12, 2009 at 9:36 pm

    jazakallah atas pencerahan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: