Mabuk kepayang


mabuk kepayang

Aku dah mula menjadi gila.

Gila menulis.

Dah mula mabuk.

Mungkin Mabuk kepayang. Dengan cita cita menulis yang telah bertahun terhenti!

Sehingga tak cukup tidur dengan  masa yang terbatas dengan kerja kerja dakwah yang memang tiada ujungnya.

Aku terasa ingin pergi jauh dengan menulis. Menulis buku. Aku mula bercatur dengan masaku. Boleh atau tak boleh. Mana satu yang ingin ku korban dan aqiqah kan?

Aku dah mula mendapat” feel “ untuk meneruskan secara serius. Menyambung kembali penulisan buku ku yang telah lama terhenti kerana berbagai ragam masaalah dan ditambah dengan kekeringan dan kekontangan idea serta masa yang terbatas serta ingin menyambung study ku.

Dah terasa nikmatnya kembali. Dapat muntahkan lahar lahar hidup aku yang penuh dengan batu batan dan batu granit yang tak boleh dipecahkan ini. Aku ingin menulis tentang perjalanan yang melepuh terbakar untuk ku kongsi dengan alam ini agar alam ini tahu bahawa aku adalah sebahagian maujud yang tersenarai dalam data hamba yang teruji!

Aku dah mula menyuruh bintang gemintang menunjukan arah untuk aku pergi seterusnya. Tidak kira kemana saja asalkan aku dapat teruskan perjalanan ini dan dapat menemui arah yang betul. Biar pun gurun, gunung atau apa saja yang didepan ku. Aku redah. Redah semau maunya kerana aku nak menemui saripati hidup yang sebenarnya!

Tadi keklinik kerana tengkok mula sakit. Kepala berdenyut. Aku tahu. Pressure ku mula naik. Walau tak ku sukat. Aku tahu paling sikit reading 150/100. makan ponstan pun dah tak jalan. MC itulah ubat paling mujarrab. Dapat MC, semua kebah walau pun reading tadi mencecah 160/90.

Rasa macam kena psycho dengan MC ni. Walau pun MC,  jadual jalan seperti biasa. Kepala yang lalok tadi dah mula memahami tugas tugas yang terabai. Tak tahu sampai bila boleh bertahan!

Siapa peduli?

Itulah yang selalu membuat kan aku tak peduli. Rempit aje asalkan bermenfaat. Hidup tak boleh manja. Sakit kena berubat. Itulah falsafah orang kampung dahulu.

Aku memang orang kampung.

Kampung terpencil.

Sampai sekarang jiwa ku jiwa kampung. Sukakan yang hijau hijau. Suka pokok. Suka sejuk. Suka burung dan paling aku suka tengok tupai. Sebab tupai itulah aku pandai buat lastik sebab dia suka tebuk durian. Pokok durian yang sebatang tepi rumah kampung dulu yang menjadi idamannya.

Tupai dan aku sama citarasa. Makan durian. Cuma  bezanya tupai makan tak kira masa. masak atau mengkal dia hentam semacam dan aku terpaksa mengadakan ghazwah ( perang ) dengan tupai. Ghazwah ku dengan tupai lebih banyak lagi dari ghazwah Rasul waktu dimekah dan madinah. Cuma nya ghazwah aku ni sebab nafsu dan selera!

Mengendap tupai dibawah pokok waktu petang amat nikmatnya. Sebab angin bertiup seolah diprogram kan. Amat lembut dan terasa keenaknnya. Dibawah pokok inilah aku selalu menulis.

Menulis derita derita kawan ku. Menulis jadual harian orang tua ku yang tak pernah kenal erti rehat. Menulis tentang ibu ku yang tak pernah bermuka masam dan selalu pakai bedak sejuk macam air hujan berjalur jalur diwajahnya …

Semua itu memori …

Tahun hampir meninggalkan kita …

Banyak benda yang aku ingin lakukan dalam hidup ni tersekat sekat seolah ada tangan tangan ghaib yang menyentaknya. Aku dah terasa aku jadi sang pemimpi. Sebab banyak yang tak dapat aku buat walau pun telah ku ilhamkan terlalu lama!

Aku seolah tersihir!

Tersihir dengan keadaan yang tak membenarkan aku mencari kebahagiaan sendiri. Dari dulu aku selalu diajar untuk menjadi pria terhebat! Kehebatan seorang pria itu adalah kena hidup untuk orang lain. Begitulah aku diajar oleh ayahku yang tak tahu menulis rumi.

Dia selalu kata, kenapa kita kena hidup untuk orang lain adalah kerana kalau kita belajar grammer arab dalam kitab ” MATAN JURUMIYAH “dia akan berbunyi begini. ” HUA HUMA HUM / HEA HUMMA HUNNA/ANTA, ANTUMA, ANTUM/ ANTI, ANTUMMA, ATUNNA barulah ANA, NAHNU. Jadi BAHASA ARAB yang menjadi bahasa syurga pun suruh kita mendahulukan orang lain barulah diri sendiri. Apakan pula hidup didunia ini kalau kita ingin masuk syurga!

Lekat. Memang lekat dijwa ku ibarat di gam gam dengan kaedah falsafah itu hingga hari ini. Dia men’simulasi’ kan hidup aku untuk memahaminya begitu dan memproses jiwa kecil ku tanpa dapat aku menjawab dan membangkangnya!

Memang waktu itu aku lihat dia amat hebat. Seorang pria yang mempunyai ” postur body” yang menyerupai seorang ” wrestler “. Punya otot2 yang besar dan urat urat yang timbul akibat kerja berat setiap hari. Ditambah pula dengan wajah yang serius dan berkesungguhan.

Kesungguhannya dengan kehidupan dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah menghairahkan aku yang sering kehabisan nafas melawan kemiskinan yang menuju paradigma materialisme.

Itulah arwah ayah ku. Orang kampung yang umi ( tak tahu baca ) rumi tapi boleh membaca dan menulis jawi. Itulah falsafahnya. Mungkin dia dapat tarbiyah dekat surau dikampung ku dengan kitab kuning yang diulang ulang itu.

Aku mula berazam untuk mencari bakat ku demi masa depan ku. Aku tak mahu hidup susah. Dari kecil disarung  “seluar katuk” hinggalah usia belasan tahun aku tak pernah dapat memakai seluar yang ada zip dan ada cangkuk didepan yang didalam bahasa britishnya di panggil ” pantheloon” dan lawan seluar itu hanyalah t shirt nipis yang kusam warnanya.

Pening pressure tadi telah mengharu birukan pemikiranku.

Inginku batalkan semua niat niat yang telah ku niatkan dahulu. Aku hampir kehilangan keangunan prinsip untuk melaksanakan sesuatu sedayanya. Inilah dia aku. Kadang lemah dan terpaksa bangun sendiri mencari kekuatan tanpa siapa dapat menuntun.

Di keseorangan dan kesepian inilah aku selalu membina jatidiri. Dapat melihat dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan dan menolak semua keputusasaan dan ketakberdayaan.

Belitan hidup terdahulu dapat ku rungkaikan dengan hebatnya dan aku bangun gagah seperti sikuda hitam ” Stallion ” sehingga aku dapat mendaki puncak tentangan, menerjang batu batu granit kesulitan dan memecah misteri kesusahan yang ditakdirkan dan aku telah punyai segala galanya hari ini!

Rumah, kereta dan aksesori mahal untuk keperluan dakwah ku dan menyenangkan hidup ku walau derita kesusahan dulu tidak pernah terhakis sedikit pun dalam hati ku.

Jika hukum mengizinkan membina kubah emas diatas kuburan, maka akulah orang pertama akan membina nisan dan kubah emas diatas kuburan ayah ku untuk membalas jasa sebaris ayatnya dan kerana dialah satu satunya mentor ku yang membina jati diri ini sehingga aku mampu merenangi kehidupan ini hingga sampai kepelabuhanya!

Memang, sejauh mana pun kita ingin perfect dan ingin menjadi perfectionist pasti tidak berlaku. Hanya Rasullulah. Rasul yang kita cinta dan kasihi.

Kita hanya hamba dan sifat hamba inilah yang menundukan kita dari berlaku takbur dan ujub walau sejauhmana pun kejayaan yang kita capai dan aku masih banyak kekurangan yang perlu diisi …

Seluruh alam diam tak dapat membantu kerana kekurangan kuasanya dan kekurangan itulah yang diwarisi oleh aku …

Kekurangan yang masih lagi menyorok, menyembunyikan diri hingga tidak ku temui walau pun jauh aku mencari dan selalunya akan terlintas depanku bebayang yang mendatangi tapi aku tahu penglihatan itu adalah kerana aku mabuk …..

mabuk kepayang!

Muharrikdaie

8 responses to “Mabuk kepayang

  1. mera November 16, 2009 at 8:27 am

    nak menulis novel ke travelog ke apa?? tetapi seharusnya seorang penulis tidak menulis sesuatu yang idealis di dalam novelnya kerana ia bakal tidak disukai oleh golongan yang sukakan sesuatu yang real

  2. abdullah bin ali November 12, 2009 at 3:49 am

    Minta maaflah Saudara Muhar, saya berdiskusi diblog Saudara. Apa nak dikata saya ini sememang daif lagi naif. Tak punyai blog sendiri atau apa-apa. Apa yang saya luahkan tidak lebih menambahkan koleksi Saudara bukan komen. Sekadar lontaran idea yang amat sedikit. Mudah-mudahan semua hamba Allah yang mengunjungi blog Saudara termasuk insan-insan terpilih dengan jalan kebenaran.

    Jika memjadi beban, kemaafan jua saya pinta. Kesilapan sesama makhluk Allah ini amat sukar mendapat keampunan dibandingkan Khaliq milik semesta ini. Mudah-mudahan tulisan ini bukanlah nokhtah terakhir buat saya. Selamat berdaei…..

  3. AloNg CaPR November 11, 2009 at 10:45 pm

    Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada muharrik untuk terus menulis.

  4. abdullah bin ali November 8, 2009 at 11:24 pm

    Air lambang kesucian dan kebaikan. Air adalah penyelamat segala kehidupan makhluk Allah atas muka bumi ini. Air sangat diperlukan bilamana untuk menghilangkan dahaga. Air aset utama tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Air amat berguna bagi seseorang pengembara ditengah-tengah kepanasan padang pasir. Air dijanakan untuk menghasilkan tenaga. Airlah komponen utama buat bersuci ketika keperluan untuk mengadap Allah.

    Seluruh kehidupan kita memerlukan air.

    Begitulah pengajaran yang Allah Taala sembunyikan didalam makhluk air untuk faedah dan keselamatan kehidupan dunia sejagat. Lebih-lebih lagi keperluan untuk khalifahnya diatas muka bumi ini.

    Inilah rahsia Agama Islam yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Ianya adalah umpama air yang dapat menyelamatkan seseorang manusia. Baik didunia maupun kehidupan yang berkekalan di akhirat nanti.

    Lalu kesempatan hidup yang masih berbaki, bersihlah tiap-tiap diri (termasuk diri penulis yang daif ini) dengan air mutlak yang dinamakan ‘Ad-din’ sebagai minuman kehidupan. Jadikan bumi yang gersang ini menghijau dengan roh-roh Islam.
    Jadilah pendaie yang baik serta boleh memberi kebaikan kepada orang lain.

    Insya Allah, mereka tidak akan haus lagi untuk selama-lamanya kerana Islam sudah setia menjadi darah daging setiap jiwa bersama-sama air takwa.

    • muharrikdaie November 10, 2009 at 7:18 am

      Dolah > baca komen awak saya semakin mabuk ….mabuk nak menjadi seperti air … air yang membentuk gelombang dalam usbudiyah pada Allah. Syabas dollah. Tapi buatlah blog, baru lah limpahan air tu kita masuk dalam blog awak heheh ….kalau tak melimpah dalam blog saya sampai tak cukup ruang untuk tulis …

      Dalilarahman >…..saya akan tulis lagi insyaalah dan mabuk kepayang pada tulisan oklah tapi jangan mabuk dengan yang tukang tulis dahlah! …adoi perasan…gurau semata. Insyaalah tkasih kerana amat memotivasikan saya.

      Nora > memang banyak cerita ceriti zaman zaman dulu yang insyaalah mendewasakan kita dengan pengalaman …

      Semua harap terus bersama saya diblog ini dan jangan lupa. Link2kanlah boleh kita share ……..

  5. dalilarahman November 8, 2009 at 12:42 pm

    silalah tulis lagi.
    -yang sudah mabuk kepayang dengan tulisan mu-

  6. abdullah bin ali November 8, 2009 at 3:50 am

    Gembira sungguh seorang daei. Berjala kaki tiada lagi hituga kilometer. Menghuus pena tiada henti-henti. Membuka cinta dan cerita satu persatu menghiris nahi mungkar. Menyatakan amal maaruf buat kedamaian dunia.

    Maksiat disanggah dengan bengis. Syariah dijunjung tinggi-tinggi. Hatinya adalah hati Nabi Muhammad s.a.w. Tutur katanya penuh lemah lembut dalam hikmah. Matanya sayu merenung ayat-ayat Allah menyelami butiran kebenaran. Kaki diatur menuju taman-taman dan rumah Allah menghias rohani. Tangan diguna untuk menolong hamba-hamba gelisah dalam kesempitan.

    Ada ketika kerendahan hati disalah erti.
    Ada ketika keegoan nafsu dipandang tinggi.
    Ada ketika kemewahan harta disangka cahaya.
    Ada ketika kedaifan hamba dianggap hina.

    Perjalanan penuhi sampah sarap.
    Perjalanan berduri tiada hakikat.
    Perjalanan singkat semakin sesat.
    Perjalanan berakhir sesal merempat.

    Matahari dunia dimamah senja.
    Gelap dikubur dunia kabur.
    Hati naluri menjadi mati.
    Sebelum jasad diusung pergi.

  7. nora nazim November 7, 2009 at 10:33 am

    menghiburkan dan mendidik artikel ust ni.sesekali kembali mengimbau kenangan ketika membesar dapat memuhasabah diri bahawa dalam hidup ini kita sentiasa ditemani dan dikuatkan oleh manusia sekeiling.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: