demi cinta ini …


Sukar untuk menyelami perasaan manusia. Lebih lebih lagi untuk mengintai sedalamnya relung hati dan jiwa mereka!

Itulah  jiwa seorang akhawat yang sentiasa berubah rubah. Keayuan wajah solehah yang sentiasa berwuduk itu tidak mungkin dapat menutup kelemahan fitrah mereka sebagai tulang rusuk Adam yang tidak lurus!

Untuk mendidik mereka, jiwa kita sebagai naqib ini harus kreatif, sabar dan kuat , semata untuk melawan emosi dan hormon mereka yang sering  bertukar ganti.

Menasihati mereka, membimbing mereka dan menegur mereka tidak hanya boleh dilakukan sekali atau dua kerana mereka cepat cair dalam merentasi ujian hidup sekalipun pada zahirnya kita melihat mereka kuat setelah melalui tarbiyah bertahun tahun. Kekuatan dan kelemahan mereka tidak dapat dijangka

Ada waktu dan tikanya, dalam kita melihat mereka kuat, mereka berubah menjadi rapuh dan tidak dapat mengawal kedatangan emosi yang mendadak.

Mereka seolah olah hidup didua dimensi.

Mereka boleh melupai pesan pesan tarbiyah justru larut menuruti emo dan perubahan hormon mereka  dan terarah kepada sifat negatif!

Airmata mereka mudah mengalir  sekalipun dengan problem yang kecil kecil menerjah perasaan.

Jika tersilap sedikit, pasti hati mereka akan retak, perasaan mereka akan berkaca yang menatijahkan ” friction” didalam didalam perhubungan dan ukuhuwah antara mereka.

Itulah sebahagian dari rencah rencah tarbiyah yang dialami oleh seorang mas’ul dan mad’unya dalam melalui proses Iman didalam jamaah ini!

Memujuk adalah senjata yang paling ampuh. Pujukan dengan AlQuran, hadith dan cerita cerita  didalamnya adalah sebahagian dari kreativiti yang harus digarapkan dalam mentarbiyah mereka.

Memang tidak sesuai dan berdilemma, seorang ikhwah seperti ku membimbing sebuah halaqah akhawat !

Tapi apakah pilihan yang ada?

…demi cinta ini kugagahi jua.

Walaupun diakhir zaman ini ratio antara akhawat dan ikhwah terlalu besar ( 1 to 5 mengikut statistik terbaru ) tapi yang ingin mendapat tarbiyah dan yang sedar amatlah sedikit apa lagi untuk menjadi pembimbing dan naqibah kepada generasi muda yang sedang membangun ini, amatlah gawat sekali!

Sebagai da’i kita tiada pilihan. Kena redah aje dan tebalkan muka berdepan dengan akhawat untuk melaksanakan amanah jamaah.

Tidak ada alasan malu dan segan dalam rangka melaksanakan masuliyah ini walau pun membawa pengisian dan membimbing mereka terpaksa menundukkan kepala berjam jam seperti pesalah dimahkamah untuk mengelakan mata dari memandang mereka yang berkumpul disekeliling  kita yang boleh menimbulkan fitnah!

Siksa memang siksa.

Curiousity mereka terhadap perbincangan membuatkan banyak pertanyaan yang memerlukan kefahaman dan  motivasi, justru kita terpaksa meletakkan jiwa kita kedalam jiwa mereka dan berinteraksi dengan sebaik mungkin sehingga mereka boleh menerima dengan serendah rendah hati  sebab terkadang mereka gamang pada sebuah jawaban.

Ada antara mereka amat cerdas memahami. Tidak puas dengan sesuatu jawaban yang mereka rasa ada konflik didalamnya!

Mereka Ibarat berdiri didalam gelap.

Sehingga mereka dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Godaan godaan besar bersemayam dalam otak mereka kerana penuh dengan skeptisisme.

Mereka selalu berasa tidak puas. Selalu merasa boleh berbuat lebih baik dari apa yang mereka persembahkan.

Inilah orang cerdas dan genius yang  terperangkap dalam kegelapan sendiri kerana tidak difahami oleh lingkungan dan rakan rakan usrah yang lain sehingga terkadang mereka terlalu emo dan menjerit jiwa memohon  pengertian.

Ada juga dalam usrah akhawat yang ku pimpin, tidak cerdas orangnya. Tapi ku lihat hidup mereka lebih bahgia. Jiwanya tenang dan tak perlu berfikir. Dalam kepala penuh kedamaian tenteram dan kesepian. Kerana memang dalam kepala itu kosong dan tak punya apa apa serta memadai dengan apa yang mereka miliki.

Jika suara dan tausiyah serta taujih ku memasuki dan menyingahi telinga mereka, suara ku seolah olah dengungan  lebah yang terpantul pantul sendirian dalam ruangan telinga mereka yang sempit  itu hingga akhirnya setelah terpusing lama berlegar lalu terkeluar melalui  mulut mereka. Dan otak mereka damai dan kosong kembali.

Bila diberi tugas dan assignment selalu melakukan last minute. Itu pun mereka rasa dah berbuat yang terbaik. Mereka rasa terlalu bersyukur dan terasa amat puas dan tersengih dengan ucapan terima kasih dan pujian sindiran serta senyuman yang kadang kadang amat pahit untuk ku senyumkan.

Disinilah aku teruji.

Dengan kepelbagaian peribadi  manusia yang ingin bekerja dan bernaung dibawah arasy islam ini.

Kalau sekadar memberi pengisian, tak jadi masaalah tetapi membimbing mereka memerlukan kesabaran dan ketenangan. Harus berhemah dan berhati hati supaya mereka tidak gugur dijalan dakwah ini.

Mendidik mereka bukan sekadar untuk menjadikan mereka seorang yang solehah tetapi untuk menjadikan mereka manusia serbaguna.

Bergaul dan hidup didalam hidup mereka mengajarkan aku betapa susahnya rasullulah dan para sahabat mendidik Badui hingga akhirnya orang orang badui dan orang seperti badui itulah yang hebat perjuangannya dari golongan2 intelektual mekah dan dapat tunduk kepada deen ini.

Memang idealnya kita mengatur usrah2 mengikut keintelektualan mereka namun seperti yang aku kata tadi, dalam dakwah kita tidak akan dapat sesuatu yang ideal even itulah perancangan yang kita nak buat.

Terpaksa juga kita gabungkan seorang pekerja kilang yang berkelulusan SPM dengan golongan profesional dan pelajar dan akhirnya dapat juga aku selaraskan fikrah mereka dan mengarapkan usrah mereka menjadi usrah yang muntij sekalipun tidak ramai tapi alhamdulillah terwujud sifat taawun dan boleh menerima kelemahan dan kekuatan masing masing.

Inilah rahmat dan barakahnya jamaah kerana usaha kita yang tidak hebat ini dibantu oleh Allah dan disatukan hati hati hingga mampu untuk bekerja dan menyumbang untuk agama ini.

Tidak sepertimana awal waktu aku belajar dulu dan berusrah biasa dikalangan prof dan pensyarah  dan mengenali berbagai bagai orang cerdas dikelompok itu tapi bila menerangkan sesuatu kepada kita lebih bodoh dari orang yang paling bodoh. Semakin ia ingin menjelaskan sesuatu tentang agama ini, semakin bingung dan biul aku dibuatnya. Bukan kerana apa, tapi kerana mereka terlalu bergantung dengan keintelektualan mereka hingga mereka lupa pergantungan mereka dengan Allah hingga menatijahkan hati yang tidak ikhlas dan suci.

Itulah bezanya antara kita dan mereka. Antara berjamaah dan tidak punya jamaah. Itulah bezanya usrah yang dibudayakan dan usrah yang telah ditarbiyahkan!

Berkat kesabaranku dan tunjuk ajar kepimpinan, ramai juga yang telah dapat dilahirkan sebagai naqibah setelah melalui berbagai proses dan tekanan hingga kini mampu dimenfaatkan!

Para du’at di jalan Allah pada satu sisi tidak cukup hanya dengan ilmu untuk mentarbiyah dan berdakwah tetapi memerlukan  sifat syajaah untuk merubah dan merancang.

Dibawah tahta tarbiyah itulah harus kita mencari muara segala cabang anak sungai pelembut hati dan sifat kecintaan agar usrah ini dapat kita jalinkan ukuhuwah yang kukuh kerana kecintaan dan ukuhuwah inilah pilar yang kuat menjadi inti kepada kejayaan kepimpinan kita.

Jangan kita lupa bahawa ujian ujian sering datang melamar kita hampir setiap saat!

Jangan kita takut kerana waktu ujian tidak pernah lebih panjang daripada waktu hari belajar, tapi banyak orang tak sabar menghadapi ujian seakan sepanjang hidup ujian dan sedikit saja masa untuk belajar.

Kita sebagai da’i sepatutnya berfikir bahawa ujian kesabaran, keikhlasan dan tsabat dalam dakwah lebih sedikit waktunya dibanding dengan pelbagai kenikmatan hidup yang telah kita rasakan.

Kalau kita fikir fikirkan, pernahkah ada sebuah sekolah dimalaysia ini, hari ujiannya lebih banyak dari hari belajarnya. Dan hendaklah kita tahu bahawa selebih dari ujian2 kesulitan justru kenikmatan selepas ujian itu juga adalah ujian justru harus kita terimanya dengan penuh kesyukuran kerana dengan ujian itulah Sayyid Qutb mengatakan tanda tanda Allah ingin mentahkikkan Iman kita!

Mari kita muhasabah kembali. Dimana titik lemah kita. Yang lemah dalam cinta. Yang lemah dalam berukuhuwah. Yang lemah dalam menghadiri kewajipan liqa’, syura’ atau jaulah! Lawanlah perasaan itu. Pertarungan perasaan itu hanyalah satu atau dua kali dan sesudah itu tinggal hari2 kenikmatan yang luar biasa yang tidak tergantikan!

Berdakwah adalah nikmat, mendapat tarbiyah adalah nikmat, berukuhuwah adalah nikmat! Saling bantu membantu dan menopang dan memecahkan problematika dakwah bersama ikhwah adalah nikmat yang tidak boleh kita khayalkan dalam menjadikan modal usia yang Allah berikan dalam kemilau dunia yang menipu dan impian yang tak kunjung putus!

Aku akan terus bersama kamu adik adik ku  menjadi pangeran keikhlasan dan sumur jernih diladang dakwah tarbiyah yang ditinggalkan dan aku akan jadi pohon filicium yang menaungi atap tarbiyah ini. Pohon yang akan meneduhi kamu semua yang akan memberi nafas kehidupan kepada dakwah dan menjadi tonggak penting pada matarantai ekosistem dakwah ini …

demi cinta ini …aku akan terus bergerak. Insyaalah

Muharrikdaie

Kuala Lumpur

5 responses to “demi cinta ini …

  1. muharrikdaie November 19, 2009 at 10:11 pm

    Tanya & sohibah semua …. maaf lambat beri jawaban.

    Saya membimbing usrah akhawat kerana ketiadaan naqibah dan alhamdulillah sekarang ni dah tak bimbing lagi dah sebab dah ada naqibah2 yang ambik alih setelah jamaah buat reshuffle. Dah sebulan dah saya tak conduct.

    Actually selama ni setahun setengah membimbing mereka.

    Bab Jamaah ni kena email sayalah sebab organisasi ni tak boleh lah digembar gembur kat public. Insyaalah.

    Jazakallah hukhair atas pertanyaan.

  2. AloNg CaPR November 11, 2009 at 10:43 pm

    Saya juga berminat dengan soalan Tanya tu..harap muharrik leh beri penjelasan?

  3. nuurhati November 7, 2009 at 5:46 am

    jazakallah atas perkongsian. Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan kelapangan untuk terus menulis!

  4. tanya November 6, 2009 at 11:51 pm

    salam, mintak maaf nak tanya musykilah ni, dah lama dah nak tanya, tapi tak tertanya2. kenapa nta bimbiing usrah akhawat eh? erm, akhawat yang dah ‘ditabal’ jadi naqibah tu tak boleh sambung jadi masu’l conduct usrah akhawat itu?

    sekadar tanya..ni usrah bawah jamaah apa eh?

  5. nuurhati November 5, 2009 at 11:13 pm

    Alhamdulillah! jazakallah dan moga dilapangkan Allah untuk terus menulis sebagai bekalan sepanjang perjalanan yang jauh. jazakallah moga Allah memberkati .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: