Andaikata jodoh itu boleh dibeli


pilihanPerkahwinan adalah satu strategi dakwah justru menjadi sebuah ekspansi cantik yang  menambah keindahan dakwah ini.

Inilah yang dilakukan Nabi.

Dan perkahwinan jika dihayati dengan cita cita dakwah dan akhirat akan mengukuhkan dakwah dibumi ini kerana sebuah baitul dakwah itu adalah satu unit dari pembinaan masyarakat islam dan menjadi asset bagi islam itu sendiri.

Namun jika pasangan jodoh kita belum yakin dan tidak thiqah  (percaya ) dengan kemuliaan hidup dijalan dakwah dan tidak biasa dengan tabiat jalan ini maka masaalah demi masaalah akan timbul dan akan memacetkan kehidupan seorang dai’e itu.

Apalah guna sebuah perkahwinan hanya sekadar hendak dituangkan pada batang tubuh itu saja?

Kita bukan sahaja  ingin membina sebuah monumen perkahwinan sahaja tetapi kita ingin membina monumen cinta , dakwah dan paling utama sekali adalah untuk membina  ubudiyah kita sepertimana terbinanya cinta Ibrahim terhadap hajar dan ismail dilembah mekah dan terbinanya cinta Khadijah terhadap Rasul yang induk cinta mereka adalah dakwah dan ubudiyah kepada Allah!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kehidupan ini dengan cinta dan kasih sayang sehingga kita boleh berukuhuwah ..

sehingga Ibnul Qayyim menghadiahkan kata katanya

Cinta membawakan beban orang orang yang mengadakan perjalanan kesuatu negeri yang tentu sahaja mereka akan merasa kepayahan bila beban itu dibawa sendiri …

Itulah rahsia cinta.

Jauh didasar hati dan berada diruang pivacy kita yang hanya Allah dan kita saja yang mengetahuinya.

Kaget dengan carut marut dunia jodoh ini. Kerana jodoh adalah seperti mati dan rezeki. Penuh misteri. Semua ketentuanNya.

Kekadang aku terfikir, apakah orang yang tidak bertemu jodoh ini, jodoh nya telah mati dahulu sebelum sampainya  masa bertemunya atau bagaimana?

Memang tidak ada hadith yang menceritakan ini yang agaknya untuk memberi kita ruang untuk berfikir dan berbicara tentangnya!

Hampir setiap tahun aku kehilangan anak binaan ku disebabkan oleh cerita jodoh ini. Jodoh juga terkadang boleh membawa  manusia mendekat  kelangit dan adakala tersembam kebumi.

Jodoh juga boleh membuat seseorang itu berubah.

Berubah cinta dan matlamat kehidupannya.

Kalau dulu sewaktu dalam tarbiyah dia seorang yang mencintai akhirat tapi sekarang mencintai dunianya. Kalau dulu matlamatnya mardhatillah ( keredhaan Allah ) boleh juga berubah menjadi  Ridha’ulJauzi ( keredhaan suami ) kerana mendengar kata suami yang tidak mengizinkannya aktif dimedan dakwah sehingga membuatnya futur dengan dakwahillalah.

Memang selalunya anak binaan ku yang berwalimahkan seorang akh yang tiada fikrah akan hilang selepas hari perkahwinannya dan biasanya pertemuan dihari perkahwinannyalah merupakan pertemuan terakhirku dengan dia dan salam terakhir ku kerana selepas itu aku tidak akan melihatnya lagi setelah bertahun tahun menadah tarbiyah dariku.

Aku tidak kesal jika dia berintima’ dengan jamaah lain dan dapat menyumbang kepada dakwah ini tapi kehilangan2 mereka ini penuh ke ‘misteri’ an. Dan terkadang sesekali berjumpa mereka disesuatu majlis, mereka mengelak dan melarikan diri dari bertemu dengan aku.

Penat dan getir rasa nya membina mereka bertahun tahun hingga akhirnya nikmat berjamaah serta kefahaman  yang mereka teguk dari air tarbiyah terhadap deen ini mereka ghaibkan saja dari hidup mereka hanya kerana sebuah perkahwinan!

Tidakkah mereka terfikir bahawa kurnia terbaik setelah kurnia Iman itu adalah jamaah dan dakwah. Kurnia yang tidak kita dapat kerana nasab, status, harta maupun ilmu tetapi semata kerana kurnia Allah yang Maha Rahmah yang menuntun langkah kita sampai disini, dijalan ini dan pada detik ini.

Nikmat ini sepatutnya tidak boleh mereka rendah dan remehkan apalagi mempermain dan melupakannya dari hidup. Mereka harus menjaga dan memelihara nikmat yang teramat agung ini dan mereka juga harus merasa khawatir andai nikmat itu hilang.

Dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.

QS Ali Imran 103

” Ya Tuhan kami, jangan enkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat disisi engkau, kerana sesungguhnya esgkaulah pemberi kurnia. QS Ali Imran 8

Sepatutnya mereka yang menghadapi situasi ini harus menguasai pasangan masing masing  dan bukan dikuasai dalam melanjutkan lagi erti sebuah dakwah dalam sebuah keluarga agar kefahaman yang mereka petik dari pohon tarbiyah itu menjadi menfaat kepada deen ini dan sepatutnya juga akh dan akhawat ini tidak boleh larut dengan sikap pasangan masing masing kerana mereka sendiri tahu betapa pentingnya dakwah dan jamaah dalam kehidupan seorang muslim ini.

Dakwah semakin kehilangan pengembannya.

Apalagi bagi seorang akhawat yang amat didambakan ummah di penghujung zaman ini.

Mereka hilang ditelan jodoh. Meraka menjadi orang awam setelah bertahun didalam tarbiyah kerana jodoh. Status daiyah  yang mereka miliki secara otomatiknya hilang setelah mereka hidup berumah tangga.

Polimik ini memang bukan baru dalam nuansa dakwah ini namun ia nya terus terus berlaku sehingga jamaah pun tidak dapat meletakkan harapan yang tinggi untuk melahirkan daiyah daiyah berkualiti kerana hidup mereka dalam jamaah dan dalam tarbiyah tidak lama bila ikatan perkahwinan terpatri dalam hidup mereka!

Dakwah mereka mati setelah jodoh menemui mereka! Inilah yang berlaku dan terus berlaku.

Persoalan demi persoalan terjawab apabila sahabat dan sahabiah kita hilang dimata.

Bukan pimpinan jamaah tidak mengambil tahu tentang anggotanya tapi memang diluar kemampuan untuk menguruskan BM untuk para anggotanya.

Memang banyak sebab yang boleh kita ambil kira, namun yang paling penting adalah sikap anggota ikhwah sendiri yang tidak intima’ seluruh jiwa dan raga kepada jamaah maka sukar bagi pimpinan jamaah menguruskan permasaalahan ini. Kerana ikhwah sendiri mencari jodoh diluar jamaahnya sehingga akhawat yang berada didalam jamaah sendiri terpinggir dan dibiarkan betrtebaran tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Inikah mentaliti kita sebagai ikhwah yang terpelajar yang ditarbiyah dengan tarbiyah yang mapan  dan dengan semangat yang berkobar kobar didalam program tertentu untuk memimpin deen ini dimasa depan yang hanya memikirkan  kepentingan sendiri dan mendahului kepentingan peribadi dari kepentingan jamaah yang menjadi masuliyah utama kita?

Kalau kita ikhwah yang di harap menjadi tonggak kepada jamaah ini dan menjadi harapan kepada tempat berlindung para akhawat bersikap begini, apakah mampu kita merealisasikan cita cita negara islam yang sentiasa kita laungkan dan kita ” tarzan” kan diatas awan itu?

Inilah yang perlu difikirkan oleh pimpinan  dan ikhwah didalam jamaah islam ini untuk mengelakan terpupusnya duat yang dtelah diberi tarbiyah bertahun tahun namun hilang dari jamaah dan kembali menjadi anggota awam setelah jodoh mereka tidak diketemukan dalam barisan saf jamaah.

Sebab itu kita kena kembali kepada kesedaran diri bahawa intima’ kita dalam jamaah ini bukanlah intima’ sekadar untuk mendapat tarbiyah sahaja tetapi adalah intima’ yang berbentuk kulli ( menyeluruh ). Penyerahan diri yang total yang mana segala urusan dakwah dan tarbiayh serta urusan diri kita diuruskan oleh jamaah demi kesenambungan dakwah. Dan pimpinan jamaah juga harus mengambil masuliyah ini dan tidak boleh hanya menyerahkan kepada takdir semata kerana ini adalah sebahagian dari tuntutan tanzim.

Pimpinan jamaah Islam juga harus merasa malu kerana terlalu sibuk menyelesaikan permasaalahan luaran dan mengkesampingkan permasaalahan internal ini sehingga mencacatkan proses mengembangkan generasi pewaris didalam jamaah!

Tetapi ramai pimpinan jamaah islam tidak sedar pemasaalahan ini atau tidak sensitif akan perkara ini lantas anggota anggota mengambil tindakan sendiri demi untuk menyelamatkan diri dari menjadi bujang hingga kemati lalu berlakulah pernikahan yang tidak kufu dari sudut tarbiyah dan fikrah yang membawa kepada kefuturan anggota yang akhirnya hilang  dari dunia dakwah dan yang rugi adalah islam itu sendiri.

Untuk penyelesaian jangka pendek, kita tidak boleh mengharapkan pimpinan jamaah untuk menguruskan kita kerana mungkin mereka juga amat sibuk dengan berbagai permasaalahan lain yang lebih aula’ dan setiap ikhwah dan akhawat kena terbuka dalam permasaalahan ini.

Kena sabar dan harus ada sikap terbuka dan keperihatinan terhadap masadepan dakwah.

Kita harus bergerak mencari jodoh kita sendiri dikalangan kita serta juga dikalangan jamaah jamaah lain yang sefikrah dengan kita demi kesenambungan dakwah dan jalan ini.

Mungkin anggota jamaah lain juga menghadapi permasaalahan seperti kita dan mungkin disinilah kita bertemu disatu titik pertemuan untuk menyatukan kerja kerja islam dah dakwah kita!

Kita tidak lansung boleh mengharapkan jodoh kita berlaku dikalangan ahli jamaah kita sahaja kerana anggota kita amat terhad dan mungkin bilangan akhawat melebihi ikhwah dan usia yang terlalu banyak perbedaannya dan berbagai permasaalahan lagi.

Mahu tidak mahu sebagai seorang yang ditarbiyah kita harus mengikuti langkah langkah yang telah digariskan, yakni harus mementingkan dari sudut fikrahnya kerana inilah induk kepada kesenambungan dakwah kita.

Kita bukan terlalu ideal dalam memilih jodoh namun inilah guideline yang tak boleh kita pejamkan.

Jangan disebabkan kita takut  menjadi bujang antik hingga membuatkan kita tidak sabar dan sanggup mengorbankan cita cita kita untuk membina generasi pewaris dakwah gagal kerana gopoh dan takut tak bertemu jodoh lantas kita berwalimah dengan sembarangan orang yang memusnahkan segala kefahaman dan usaha kita selama ini ketika berada didalam tarbiyah.

Kita juga tidak harus menolak dan merumitkan keadaan jika jodoh sudah menghampiri kita  sekalipun bukan dengan jemaah kita sendiri asalkan wujud kesamaan fikrah!

Bertaaruflah mengikut syarak.

Kenalilah pasangan kita ala kadarnya.

Dirinya. Keluarganya. Kehidupan peribadinya. Kehidupan dakwahnya. Jamaahnya. Fikrahnya.

Dan janganlah sampai kita nak tahu sedetail detailnya atau nak melihat sendiri bagaimana kehidupan hariannya dengan mata dan kepala kita kerana ini amat menyukarkan bagi yang empunya diri untuk membuktikannya.

Terkadang dalam bertaaruf ini, harus kita memberi ruang dan berlapang dada.

Harus ada sikap percaya mempercayai dengan penuh berhati hati. Menjaga hati dan penuh dengan adab dan sopan santun supaya tidak ada yang terluka.

Ikutilah prosesnya dengan baik dan percayailah orang perantaraan yang kita yakini.

Buangkan sikap ragu ragu. was wasah. Buruk sangka. Tidak berterus terang. Cakap yang berbalik balik ( sekejap begini dan sekejap begitu) sehingga pasangan taaruf kita keliru dan caru biru dengan pendirian dan sikap kita.

Proses taaruf tidaklah panjang jika atmosfir kesolehan serta sikap positif  dan profesional kita terapkan dalam diri. Ketelusan, keyakinan akan membantu banyak dalam soal ini.

Memang semua kita inginkan yang terbaik dalam hidup ini dan andaikata jodoh ini boleh kita beli, pastinya kita akan mengumpulkan harta yang banyak dan bekorban serta berhutang berbaris untuk membeli jodoh kita sepreti yang kita dambakan untuk citarasa kita tetapi inilah kebesaran Allah merahsiakan jodoh kita ,supaya kita banyak meletakan tawakkal kepadaNya dan menggunakan segala kebijakan kita didalam tarbiyah ini untuk menentukan nasib dan takdir kita dalam mengharungi bahtera rumahtangga yang sentiasa memerlukan taaruf yang berterusan dengan bakal pasangan yang akan kita berikan jiwa dan raga kita demi deen ini.

Maaf jika tersentuh dan tersadung.

Wallahuaklam.

Muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

6 responses to “Andaikata jodoh itu boleh dibeli

  1. nuurhati October 20, 2009 at 11:38 am

    subhanallah! hmm…

  2. whiteknight October 20, 2009 at 4:07 am

    Salam..ustaz,
    Teruskan perjuangan penulisan anda.
    Semoga daie2 diluar sana akan SEDAR apabila membaca artikle anda ini.

  3. Dianah October 19, 2009 at 2:14 pm

    Tahniah. Tulisan yang baik. Keep it up..

  4. minah October 19, 2009 at 1:22 am

    mungkin kah untuk menyelesaikan masalah ini poligami perlu dipertingkatkan?

    mungkin kah seseorang akh/ukhti itu memang tidak layak berada di jalan dakwah justeru dia terpilih untuk berwalimah dengan seorang yang bukan dalam jemaahnya?

    mungkin kah jika seseorang akh/ukhti itu memilih mereka yang berada dalam jemaah, dakwah menjadi semakin lambat dan mengendurkan dakwah pasangannya lantas menjadi beban dan fitnah kepada dakwah sendiri?

    entahla, tetapi di manalah boleh dibeli2 jodoh itu:)

  5. muharrikdaie October 18, 2009 at 8:06 am

    Salam Nora – copylah insyaalah jadikan panduan untuk mencari jodoh jika awak masih single kerana tulisan saya ini adalah pengalaman membimbing usrah dan banyak kehilangan mereka dijalan dakwah ini.

    Oh ya, saya bukan ustaz yang levelnya agak tinggi. Saya hanya seperti awak berdakwah sekadar termampu dan doakan saya agar sentiasa serius dijalan ini.

    Jazakallah.

  6. nora nazim October 18, 2009 at 7:35 am

    salam.saya mohon utk copy article ustaz.menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: