jalanku jalanmu amat berbeza


dua jalanMemang dari kezahiran kita nampak kebersamaan!

Dalam fikrah. Dalam matlamat dan dalam menyusuri dakwah ini.

Namun untuk menembus belukar. Menaiki tebing. Membelah laut adalah sesuatu yang aku rasa kamu tidak mampu menempuhnya, kerana kamu dilahirkan dalam kesenangan dan ketenangan serta dalam cahaya dunia yang terang benderang tanpa seekor nyamuk yang mengigit dan seekor lalat yang menghinggap!

Sebab itu perjalanan kita bagai Musa dan khidir. Banyak tersirat dari tersurat. Lantas Khidir meninggalkan Musa bukan sebab tidak sabar dan tidak mengasihinya tapi kerana banyak bertanya sebelum sampai masa. Bukan Musa tidak meyakini khidir dan ingin bersama Khidir tapi Musa juga ingin kepastian, takut khidir mengainiaya dirinya dan orang lain …..

Dan Musa terlalu berhati hati …

Namun situlah pengajaran yang Allah ingin berikan kepada kita betapa kita nampak jalan itu sama tapi berbeza, sebab tanpa kesabaran, tanpa keyakinan dan hati yang berbelah bagi dan terbitnya sifat waswasah boleh membuatkan kita terpaksa memikirkan kembali  apakah kita mampu bersama atau terpaksa membawa haluan masing masing demi kebaikan yang mendatang!

Memang kita terpaksa lalui dan menahan pedih sayatan luka itu dan airmata adalah sebahagian tabiat jalan yang akan seterusnya kita lalui. Dan pastinya walau apa pun, aku yakini bahawa kamu dan aku tak kan berhenti menyusurinya sambil mengikuti arus waktu hingga kita sampai disatu titik pertemuan yang tidak pasti bila?

Dijalan ini kita dipertemukan dalam angan. Untuk merasai kebersamaan. Untuk meneguk air air cinta didalam tarbiyah. Untuk menikmati kemanisan dalam pengorbanan. Untuk menyatukan kefahaman dan kekuatan kita  melawan jahiliyah. Untuk menukarkan rawasib rawasib jahiliyah lalu dengan membaiki diri dan pewaris kita dari menyambung dosa dosa lalu.

Kita ingin mulakan. Namun pertemuan kita dijalan ini bagai sebuah sketsa. Sketsa seorang musafir mencari air dan yang ditemuinya hanyalah fatamorgana. Walau kita rasa dekat tapi kita memang amat jauh walau pun untuk mengintai bayang kasih itu.

Dalam perjalanan panjang ini kita harus menerima hakikat bahawa ujian tidak pernah terhenti. Tertempa dan tertimpanya kita diatas ujian itu menandakan kasihnya Allah kepada kita. Allah ingin mensolehkan kita agar kita sentiasa merintih kepadaNya sepertimana orang solih terdahulu dalam menjalankan ketaatan.

Mereka berjaya menguasai hati mereka hingga  hati mereka redha. Mata mereka teduh. Ketenangan mereka sama sekali tidak terusik oleh ujian ujian.

Betapa indahnya!

Mereka juga punya kisah seperti kita. Mereka juga punya hati, punya perasaan, punya kemahuan, punya cita cita dan inginkan kebahagiaan dan akhirnya mereka derita dek datangnya ujian itu namun mereka tidak goyah dan bimbang saat menghadapi sesuatu kerana mereka telah ditarbiyah dengan tarbiyah ilahi lantas mereka tidak terbentur oleh keadaan itu yang mereka anggap sungguh sepele!

Hati mereka lapang Tidak tersengal walau sedikit pun apalagi untuk gemuruh dukacita hingga mereka mampu untuk mengadunkan amal amal mereka sehingga mereka makin akrab dengan Allah.

Memang senang untuk kita berkata dan mencipta igauan menjadi mereka namun itulah hakikatnya untuk memujuk hati kerana kita tidak ada pilihan melainkan bercerita dan terus bercerita supaya kita tidak terus tersadung dan jatuh kerana kita ingin berada dijalan dakwah dan jalan perjuangan yang terjal dan panjang ini. Dan hakikatnya jalan ini mensyaratkan kita akan sifat ” nafasun thawiil” ( nafas panjang ) supaya kita tidak berhenti dengan ujian hati yang kecil ini.

Ini hanyalah ujian dunia dan kita harus menghadapinya dengan jiwa lapang kerana dengan redha kepada ujian ini insyaalah kita akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah. Semakin luas. Duka yang makin mengecil dan menyempit.

Dan terkadang kita harus tahu, sebenarnya bukanlah dunia itu yang sempit tapi adalah jiwa kita!

Aku sebenarnya tidak menemui titik perhentian kisah kisah perjalananku.  Dan bila ianya akan berakhir?

Dan ku tahu jalan dakwah ini bukan sahaja panjang , tapi luar dalamnya penuh dengan sarang sarang ujian yang menyengat. Datang dan perginya ujian itu kadang amat terasa. membekas sehingga parut yang sembuh itu pun terasa pedihnya. Dan disini banyak buat ku mengerti dan sadar betapa untuk menuju sasaran besar dan tujuan agung diujung jalan ini, aku harus melalui peristiwa peristiwa dan berbagai kejadian yang tidak tersangkakan.

Apalagi bila aku telah tersalah hitungan sehingga aku menyangkakan, menyusuri kebersamaan dalam satu jalan itu akan membawa kebahgiaan yang akhirnya menemui ketidak pastian dan ketidakpercayaan ….

Ambil lah pelajaran dari semua ini!

Muharrikdaie ~ kita merancang dengan cita cita, Allah merancang dengan cintanya.

9 responses to “jalanku jalanmu amat berbeza

  1. niefha March 27, 2011 at 12:56 pm

    assalamu’alaykum. saya copy paste gambarnya ya.🙂

  2. muharrikdaie November 19, 2009 at 2:13 pm

    Along, najmtree, abdullah, cintailahi, nuurhati, kahfi8, aulia, themujadid, mera dan insan ~ Terima kasih atas komen antum semua.

    Apa yang kekurangan dari tulisan saya seperti komentar mera, akan saya perbaiki insyaalah.

    Antum semualah yang dapat melihat kelemahan tulisan saya dan seperti yang selalu saya katakan, tulisan saya adalah cerita benar kisah saya dan tidak ada rekaaan semata cuma nya mungkin kelemahan saya dari sudut flashback dan penceritaan.

    Bantu saya dalam pembaikan ini kerana antum semualah saya masih mampu dan bersemangat untuk menulis apa saja untuk ibrah kita semua.

    Pastinya yang baik itu dari Allah dan kelemahan itu adalah dari kedaifan saya sendiri.

    Teruskan bersama blog saya jika bersekempatan masa.
    Semuga antum semua dikurnia iman yang mendalam setiap masa. Insyaallah.

  3. cintailahi November 11, 2009 at 12:47 pm

    letih kita membawa ke syurga.insyaAllah

  4. nora nazim October 29, 2009 at 5:05 am

    salam.sy mohon pndgn shbt2.adakah kita masih dikatakan berada di jalanNya sekiranya kita tidak mampu menyumbang tenaga ttpi hanya mampu menginfakkan harta dan idea shj.Kenapa wujudnya pelbagai jalan yang berbeza sedangkan matlamatnya adalah sama.

    • mera November 16, 2009 at 8:19 am

      10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
      11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

      al-Saff(61):10-11

  5. minah October 19, 2009 at 4:51 am

    boleh tahu yang menulis ini ibaratnya Khidir atau Musa?

  6. nur_qamr October 15, 2009 at 5:18 am

    jalan dakwah adalah jalan yang bukan semua orang sanggup dan layak, hanya mereka terpilih sahaja mampu melaluinya,

    tidak sama orang yang berada di pinggiran, dengan orang yang terjun ke dalamnya, dan juga tidak sama dengan orang yang telah terjun tapi naik semula ke pinggiran
    semoga awak tergolong dalam golongan mereka yang terjun dan lemas dalam keindahan dakwah tanpa berfikir untuk melepaskan diri daripada kelemasan dan keghairahan itu

    orang paling bahagia adalah orang yang paling redha terhadap segala apa yang diberi oleh Allah swt kepadanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: