Perbaikilah diri hamba ini


Ya Allah perbaiki hambaMuTiap kali aku menulis terlintas dihati ini agar ada insan yang mengigatkan  dan menegur segala kesilapan dan kesalahan yang ku lakukan.

Aku menulis dengan hati ku kerana aku ingin ianya sampai dihati kamu semua. Semuanya yang baik. Dan tapisan yang tidak baik itu, aku mengharapkan teguran agar aku dapat menulis dengan baik lagi. Kiranya teguran yang ektrim dan mengaibkan tegurlah melalui email. Aku mera’i dan mendambakannya.

Memanglah ini saja cara untuk aku memperbaiki karya karya dakwah ku. Agar karya dakwah ini menjadi pahala buatku.

Prinsip ku, aku suka mencari jalan keluar kepada sesuatu perkara yang memburukan keadaan hidupku biar pun perkara itu akan melukakan hati ku, kerana aku tidak mahu hidupku tidak boleh memanjat langit.

Aku ingin belajar dan terus berusaha untuk menginfak kan segalanya dalam hidup ini semata untuk dakwah. Dan dakwah memerlukan jiwa dan ruh yang suci dan kesucian itulah sukar untuk aku raih tanpa membaiki diri ku dari masa ke semasa.

Inilah warisan tarbiyah yang ku belajar kerana aku ingin menjadi model dan bintang yang menyinar dalam cakrawala dakwah ini.

Aku ingin sekali dikenali dilangit dan tidak dibumi kerana dilangit itulah  pesona kehidupan yang ingin ku ciptakan. Disanalah pejuang pejuang dikumpulkan. Disanalah malaikat bersaf saf mentaati Rabul jalil.

Disanalah aku ternampak berbagai keindahan yang tidak boleh ku bayang dan khayalkan dengan matahatiku.

Aku selalu merenung langit bila hati ku gundah gulana. AlMarhum guru ku berpesan, kiranya aku susah hati lihatlah kelangit kerana dilangit itulah ruh ruh syuhada’ dinaikan dengan sutera sutera putih, Dilangit itulah ketenangan kita, dilangit itulah kita nampak akan besarnya kekuasaan Allah. Dilangit itulah kita akan rasakan kekerdilan kita ini. Dilangit itulah kita akan rasakan bahawa kita hanyalah hama yang tiada nilai jika hidayah dan jalan dakwah ini tidak Allah kuniakan kepada kita. Dilangit itulah yang akan membuatkan nafsu besar dan cita cita kepada matabenda dunia ini menjadi pudar ….

Itulah langit yang Allah letakkan diatas kita supaya kita sentiasa mendongak dan menghinakan diri ini kepada Allah!

” Pasti hati mu lapang kerana ini adalah amalan2 pejuang ” kata guruku.

Langit banyak mengajar ku akan lapang dada. Banyak mengajar aku tentang bagaimana untuk mencipta cita cita. Dan cita cita ku tidak pernah tersangkut dibumi ini melainkan disyurga.

Rasullulah berpesan ” Jika kamu bercita citakan syurga, mintalah syurga yang tertinggi, syurga firdaus” .

Memang tidak akan tergapai cita2 itu mengikut logik akal kita namun wahyu dan rahmat tidak mengenal akal! Syurga hak Allah. Biarlah Allah dengan tugas dan hakNya.

Tugas kita teruskan bergerak mengikuti putaran bumi ini dengan risalah agung yang kita fahami ini. “

” Inilah jalan Ku” kata Hasan AlBanna.

” Aku telah buat segalanya dari hidup ku untuk jalan ini ” Kata sayyid Qutub.

” Selepas menjadi khalifah aku inginkan syurga ” Kata Umar Abdul Aziz.

” Aku ingin panah ini kena dileherku” kata badui itu pada rasullulah.

Semua mereka ini bertemu cita citanya. Cita cita tidak menipu dan Allah akan membenarkan apa yang kita katakan. Itulah cita cita yang ku maksudkan.

Ghairahkan diri kita dalam perjuangan ini!

Ya Allah ambilah darah ku hari ini sekehendakMu samapai engkau redha pada ku ” Kata thalhah didlam perang uhud.

Apakah kita ada ghairah dalam dakwah ini?

Atau hanya ghairah bila bersama murabbi kita dan lemah bila keseorangan. Dimanakah kita letakkan ilmu tarbiyah yang telah dimasukan dalam jiwa kita oleh murabbi kita untuk kita pertahankan syaksiyah dan semangat ini dimana saja kita berada! Untuk kita kuatkan jati diri mengharungi semak semak djalan sukar ini?

Masihkah kita ingin berpaut dan bergantung dengan manusia lagi sepertimana kita bergantungan dicelah susuan ibu kita diwaktu kecil?

Kerdil sangatkah kita ini?

Aduhai … lamanya sangat kita ber usrah, berjaulah dan berbagai  program yang jamaah beri dan kita hadiri untuk kita bertambah qualiti lagi hingga program berganti program, sehingga gambar gambar yang kita ambil dalam program yang kita hadiri  untuk dibuat kenangan tidak muat untuk diisi di pendrive kita lagi  kerana kegahirahan kita  untuk gambar itu hingga kita lupa sepatutnya keghairahan itu kita  patut channelkan  untuk melaksanakan dakwah dengan jiddiyah yang berterusan tapi keghairahan kita hanyalah terhenti pabila tamatnya program kita. Apabila semua gambar2 kita telah kita downloadkan!

Lemahnya kita ikhwah dan akhawatku.

Betapa ruginya tarbiyah tarbiyah yang kita lewati tanpa dapat meningkatkan performance kita sebagai da’i!

Dimana keghairahan dan cintamu pada dakwah dan deen ini?

Apakah pertemuan demi pertemuan yang kita aturkan dalam program program kita hanya sebagai ukuhuwah yang kosong. Melepaskan rindu rindu kita dengan kawan kawan?

Jika inilah! Dimanakan kerinduan yang kita tahtakan dalam hati untuk tugas ini? Dimana?

Inilah sebahagian dari pengalaman episod hidupku sewaktu aku masih mentah dengan tarbiyah. Berleha leha tanpa keghairahan yang boleh membangunkan ruh jihadku! Sehingga aku terdampar dalam keletihan menghadiri program demi program tanpa dapat meningkatkan reputasiku sebagai duat yang bermenfaat!

Aku berkongsi denganmu supaya jangan kamu bazirkan usia ini dengan tarbiyah yang tiada natijahnya. Sampai kapan harus begitu?

Ingat! keghairahan adalah syurga. Dan keghairahan itulah akan memberi kita kelazatan demi kelazatan dijalan ini. Mari kita letakan keghairahan ini ditempat yang benar. Agar keghairahan itu akan memanaskan darah mudamu untuk terus membakar bumi ini dengan lahar dakwah mu!

Inilah penangan keghairahan cintaku yang ingin kukembarkan dengan cintamu. Inilah suara nurani ku. Inilah suara hati ku. Inilah cetusan pengalamanku. Dari doa Rabithah yang sering aku kirimkan untukmu. Dari kemurnian jiwaku! Untuk kamu rasakan dalam helaan nafas jujurmu.

Ambillah setitik semangat ku ini untuk dijadikan lautan oleh mu.

Semangat yang telah lama ku peram sehingga aku lupa akan keletihan dijalan ini. Keletihan yang penuh nikmat yang tidak dapat aku bayangkan.

Pilihlah cita citamu. Jadilah pemimpi yang bijak. Biar getaran mimpi itu menjadi getaran yang meransangkan kesuma dan perjuangan mu.

” Mimpi hari ini adalah keyataan hari esok “ Kata Assyahid Albanna. Dijalan dakwah ini mungkin kita terjaga sebelum mimpi kita selesai. Dan tugas kitalah untuk segera bangun dan terus bangun tanpa tangguh untuk mneyelesaikannya dialam nyata ….

Jadikanlah mimpi kita seperti mimpi AsSyahid Ahmad Yasin yang bermimpi kakinya lumpuh. Dan lumpuhlah ia waktu berusia 16 tahun. Walaupun lumpuh zionis tidak dapat senyum dengan kelumpuhan itu malah saban malam zionis pula didatangi mimpi yang menakutkan.

Hingga Assyeikh bermimpi sekali lagi ……mimpi yang membawanya kelangit… dan mimpi itu pastinya akan berterusan kepada muridnya dan pejuang lainnya.

Semuga kita menjadi penyambung kepada mimpi itu agar bulu roma kita sentiasa meremang dengan semangat dakwah dan jihad yang berterusan terus mengejar kezaliman yang tidak pernah berhenti merosakan maya ini ….

Bro Muharrikdaie ~ sentiasa bergelut dengan waktu.

6 responses to “Perbaikilah diri hamba ini

  1. nuurhati December 10, 2009 at 12:37 pm

    duhai jiwa-jiwa pilihanNya,

    daieillallah…

    kembalikanlah segalanya kepada pada Allah, untuk tiap usaha..untuk tiap kekesalan..untuk tiap muhasabah..

    ikhlaskan hati … dan tetap tsabat waktu demi waktu..bermujahadahlah dengan sepenuh jiwa..

    jiwa yang tiap saat-tiap detik-tiap ketika memikirin Allah-dan apa yang sudah diri itu lakukan untuk Allah-kerana Allah dan sejauh mana rasakan kebersamaanNya?

    musahabah tarbiyah dzatiahmu..muhasabah mutabaah dakwah mu..

    ayuh! muharik wahai daie!

    barakallahufik

  2. Abu 'Abid October 4, 2009 at 11:09 am

    Salam alaik akhi..
    Sudah lama ana tidak menjenguk blog akhi dan memberi komen.
    Alhamdulillah Allah masih lagi beri akhi taufik dan kekuatan utk meneruskan penulisan dakwah ini.Malah Dia memberi akhi kepintaran untuk berbahasa indah sbg medium dakwah dalam penulisan ini.
    Jujurnya ana amat mengagumi bahasa yang akhi lakarkan dan garapkan dalam penulisan akhi. mungkin benar ia adalah bahasa hati. hanya bahasa hati yang difahami oleh hati-hati lain. Hati ana juga terkesan. Alhamdulillah. Cuma pesanan ana si dhaif ini,ana harap akhi tidak mati kerana pujian2 yang datang segenap pelusok. Ana amat bangga bilamana melihat web2 Islam dan blog2 pendakwah2 Islam kian meningkat dan menyelubungi dunia online. Tetapi terkadang ana risau melihat pujian2 yg melambung menyerang blog2 tersebut. Bg ana pujian2 itu mampu membunuh niat asal dan keihklasan hati seorang daie. Jadi sekadar pesanan untuk akhi,dan jua untuk ana sebenarnya, semoga kita sering membetulkan niat dan meletakkan keikhlasan itu di tempat yang tinggi dihati ini demi redhaNya.
    Salam menjenguk kembali akhi..Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah swt.

    Si dhaif..
    Abu ‘Abid Al Hamidi
    Kangar

    • muharrikdaie October 5, 2009 at 5:08 am

      Tulip, Abid, Husaini, kahfi ~ insyaalah sama sama kita perbaiki diri menjadi bertambah takwa. Thanks again kerana selalu ziarah dan memeriahkan blog saya.

      Jumpa lagi ya.

  3. tulip strawbery October 3, 2009 at 9:49 pm

    Salam akhi …
    Ana sebenarnya telah menjadi peminat setia blog ini! Saban hari menziarahi nya dan terus membacanya …

    Bila terasa lemah jiwa …tulisan akhi menjadi kekuatan ana ….bila sedih, tulisan akhi menjadi penghibur ana.

    Mungkin ana baru dalam dunia dakwah namun bila membaca tulisan tulisan akhi, ana rasa ana telah berada didalmnya berkurun kurun dan semangat membuak buak …

    Ana juga kadang2 berkesempatan mendengar kuliyah akhi, dan mmg amat memotivasikan ana ….

    Jazakallahu khair

  4. Hussaini October 3, 2009 at 12:39 pm

    Memalu kesuma jiwa ana dengan suatu panahan nostalgia yang menyengat

    Ana juga pernah seperti nta menderita kekosongan ukhuwwah itu, atas program kerna nafsu membara
    Namun ana merasakan segala apa yang ana buat selama ini (selama dalam taufiknya), itu suatu mehnah yang Allah berikan kepada ana untuk ana belajar sesuatu tentang hidup, utk diperbaiki

    Yang membuatkan ana kesal ialah, andai kaki ini gagal mengelak lubang yang sama, dan tidak terbit walau sekelumit kekesalan dalam tubuh hamba. Maka sia-sialah segala pengorbanan masa dan lelah ana selama ini…

    Yang paling menarik ialah, alhamdulillah, Allah menurunkan hidayah pada ana melalui langit2nya.
    Masih teringat ketika zulumat menguasai jiwa, ana terpandang langit, dan termenung berejam-jam.
    Dan akhirnya menangis atas kekerdilan diri. Terus ana minta ikhwah2 bimbing ana, agar diri ini bisa berkenalan dengan Maha Besar itu…
    Bila berkenalan denganNya, jiwa terasa asyik yang sangat2… sangat2…
    Dan dengan itu, ana bisa memanjat bumi ini dengan mudahnya, tiada kegusaran… walau sedikitpun…
    Tapi jiwa ini mudah lupa, ia kian lemah, namun ia tidak lihat kembali dari mana datangnya kekuatan dulu,
    Yang mana ana takut akan kembali kaki ini ke lubang itu, dan melahirkan kekesalan..

  5. kahfi8 October 3, 2009 at 11:28 am

    assalaamu’alaikum.

    maasya Allaah, tulisan yg memberi kesan pd jiwa ana.. jzkk..

    murobbi ana juga berpesan, di waktu muda ni jangan disia-siakan sebab nanti bila dah sibuk, banyak amal yang tak sempat dilaksanakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: