Indahnya nikmat ujian


inilah ujian

Kegelisahan kegelisahan yang kualami memanggilku untuk merenung pada jiwa ini. Jiwa yang  menyimpan kepulan kepulan dosa yang menjadikan diriku banyak berkhayal dalam mimpi ku, terlalu asyik melihat warna pelangi sehingga aku lupa dibelakang wajahku akan keruhnya alam dipenuhi kabut kabut gelap.

Jiwaku yang sakit ini dan yang diselaputi angan ini akhirnya menyedarkan aku untuk membuang bayang keindahan yang selama ini sengaja kuhadirkan dalam keheningan khayal ku untuk menutupi luka luka lalu yang diuji keatasku sehingga membuatkan aku kehilangan kompas kehidupan ini. Melayang bagai kapas yang berterbangan!

Seharusnya jiwa kita yang amat kerdil ini patut menyedari bahawa setiap perjalanan dalam meniti dan berlari dimayapada ini banyak menyorok  dan menyembunyikan rahsia hikmahnya.

Perjalanan demi perjalanan dan berputarnya matahari dan terputarnya siang dan malam mengajak kita bertanya dan terus bertanya, apakah dibalik semua ini?

Apakah dibalik ujian ujian yang kita harungi dalam lumpur kesedihan dan keresahan? Apakah dibalik Maha Kuasa dan Maha Besarnya Allah meletakkan semua ini pada kita!

Lantaran tidak pernah kita terfikirkan dalam benak kita yang penuh dengan zulumat ini bahawa terkadang  kehadiran kesunyian dan kehadiran penderitaan dan ujian adalah perlakuan hidup yang Allah junamkan pada kita sebagai hadiah dan anugerah terbesar dariNya untuk menyucikan ruhiyah dan daki daki dosa yang tertinggal serta ini dapat menciptakan pengalaman keindahan dan kenikmatan bersamaNya.

Keinginan keinginan fana  yang melenakan kita selalunya menjadikan kita jauh dari Allah serta menjauhkan kita dari mengenali diri kita sendiri sehingga keinginan keinginan itu terkadang memupuskan kita satu persatu nilai hidup kita sebagai insan yang mulia yang Allah bentangkan pelbagai penghormatan melebihi makhluk lain.

Disinilah sebagai duat dijalan Allah kita patut mempunyai sifat ” harap ” yang tinggi kepada Allah sebab hidup seorang da’i ibarat menyingkap kabut. Kena terus melangkah sekalipun terasa gelap kerana kegelapan dalam melangkah itu akan terserlah dan tersingkap jua kegelapan menjadi cahaya.

Sesungguhnya kita sebenarnya telah berhijrah. Dan pengorbanan hijrah ini amat besar nilainya pada hidup kita kerana disinilah penentuan iman dan hidayah yang telah Allah anugerahkan untuk kita merubah dan merubah diri menjadi insan sempurna sebagai khalifahnya. Dan dalam penyempurnaan ini kita tidak boleh lari dari sebuah pemerosesan  sunnah seperti mana dilalui kafilah terdahulu untuk menyambung amanah dan risalahnya.

Begitulah para sahabat diproses. Kaab Ibnu Malik diproses dengan kejujurannya. Kejujuran yang dimiliki tatkala orang lain bersifat munafik dihadapan Rasullulah.

Sebenarnya ujian adalah untuk mencahayakan kegelapan dosa kita kerana kegelapan adalah syubhat yang mengurung kita. Ia harus kembali selamat apabila ia merasa susah dan terhimpit dan dikala itulah dia akan nampak Allah untuk menyelamatkannya. Dan waktu itulah hatinya kan berkilau kembali dengan cahaya seperti kata Huzaifah Ibnu Yaman bahawa ” Sesungguhnya dalam hati mukmin itu terdapat pelita yang berkilau “

Kilauan itulah yang akan membantu imannya untuk menguatkan akar iman itu melebihi dari akar nafsunya sendiri.

Itulah dia pelita hati seorang mukmin. Jika Ishmah ( penjagaan ) nya betul maka cahaya taubat akan menerangi jalannya. Inilah kenikmatan ujian.

Sedangkan orang yang tidak diuji, pelita hatinya pasti dapat dipadamkan oleh nafsunya sehingga dia akan merasakan kesempurnaan sehingga menatijahkan mazmumah yang sukar dikawal sehingga nafsu dapat menguasai hidupnya sekalipun dia berada dalam tarbiyah dan dalam jamaah yang terdidik.

Orang yang berhijrah dari kegelapan hati kepada cahaya ini dan senantiasa istiqamah dalam tarbiyah ini insyaalah dan pastinya terpelihara dari menjadi badui kembali setelah hijrahnya asalkan pintu hati nya terarah kepada basirah dan cahaya Allah.

Bersabarlah kita. Bersabarlah wahai diriku. Memang ujian saban hari dan saban malam mendatangi kita. Apalagi bila berada dalam jalan dakwah ini. Ujian bertimpa timpa, berbondong bondong mengejari kita. Ujian Masyarakat, ujian jamaah, juga ujian sahabat dan sahabiah kita. Ujian hati dan perasaan kita. Ujian keraguan ikhwah dan akhawat kepada kita dan berbagai lagi dan anggaplah ianya untuk meneguhkan kita dijalan ini.

Kita kena harus ingat seorang yang mendapat taufiq Allah akan melangkah maju, ia merasa puas dalam ” kesendirian”     (   keistimewaanya ) dan teguh kerana Allah menguatkan hatinya ;

Ingatlah ketika Tuhan mewahyukan kepada para malaikat ; sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah pendirian orang orang yang beriman …. ( Anfal 12 )

Allah meneguhkan iman orang2 yang telah beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat … ( Ibrahim 27 )

Ibnu Qayyim berkata ;

Manusia hanya terbahagi dua: Orang yang dapat peneguhan dan orang yang terhina kerana tidak mendapatkan peneguhan

Insyaalah, jadilah kita orang orang yang jujur kerana orang yang paling jujur adalah manusia yang paling teguh dan paling berani hatinya dan dapat menghadapi ujian ujian dengan tenangnya dan dengan pertolongan dan rahmat Allah.

Akhir kalam, bagi adik adik, sahabat dan sahabiah yang telah habis bercuti dan dimana saja kamu berada yang akan pulang kemedan kerja masing masing saya ucapkan selamat jalan semuga Allah memberkahi kamu semua dalam perjalanan dan dalam kehidupan ini.

Teruskan perjuangan dan teruskan kerja kerja dakwah kamu serta terus thabat diatas jalan sukar ini.

Wallahuaklam

Muharrikdaie ~ sentiasa dalam kesibukan

3 responses to “Indahnya nikmat ujian

  1. nora nazim October 4, 2009 at 7:40 am

    salam ziarah..salah satu blog yg sy slalu bukak utk tgk post terkini wlwpun kdg2 xphm apa yg cuba disampaikan sbb ayat dan bahasanya tahap tinggi..tapi terima kasih gak pd muharrikdaie krn memberi input yg berguna..kena berfikir dan meneliti sblm buat kesimpulan terhdp sst isu.manusia hidup mmg utk diuji kerna kita dicipta utk menjadi yg terbaik.terpulang kpd kita samada ingin jadikan ujian itu satu penghargaan dr ALLAH atau satu bebanan. bila kita anggap ia satu penghargaan@hadiah tentu hati kita dgn senangnya menerima tapi klu kita anggap ia satu bebanan tentu hati kita tak keruan…

    • muharrikdaie October 5, 2009 at 5:13 am

      Salam nora > Tak faham? Oklah tulisan saya berbentuk umum. Boleh tanya saya bila bila ttg tulisan saya insyaalah.

      Thanks kerana selalu ziarah dan memberi semangat pada saya.

      Rumaisha > lama awak tak ziarah saya dan nasib baik bagi add baru blog awak. kalau tidak pasti saya lost contact.

      Thanks

  2. Rumaisha Hassan October 2, 2009 at 1:25 am

    salam ziarah..semoga kita sentiasa mendapat kejujuran dan peneguhan dari allah sepanjang kita menulis..Aamiiin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: