Beraya dikejauhan …


Adik adik ku, sahabat dan sohibah yang dikasihi semua dipenjuru dunia ini atau dimana saja berada, yang pernah mengunjungi blog ku. Walau pun Hari Raya dua hari lagi akan menjelang, ingin aku mengucapkan ” Taqabbalah hu minna waminkum “ dan “Salam Idul Fitri” Semuga Allah menerima amal amal yang telah dikita lakukan.

Bukan aku tidak sabar untuk menunggu Hari Raya namun takut tak berkesempatan ….

Mudah2an dengan Ramadhan yang telah kita lalui ini, Allah akan bukakan seluas luasnya pintu amal dan pintu dakwah pada kita dengan rahmat yang melimpah agar kita teguh seteguh tembok besi dalam mengemban risalahnya sehingga nafas terakhir kita.

Jika kita berada dikejauhan, janganlah kita bersedih dikemuliaan Hari Raya ini kerana terpisah nya kita dengan keluarga dan Ibu Ayah tersayang adalah kerana cita cita kita, cita cita Ibu dan ayah kita, amanah yang di taklifkan kepada kita dan seterusnya adalah memikul  misi yang besar yang harus kita laksanakan sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.

Misi Jihad, misi menuntut ilmu, misi melaksnakan masuliyah ( tanggungjawab ) untuk  berbakti kepada deen ini walau apa pun bidang yang kamu ceburi.

Dimana pun kita berada dan dalam suasana apapun, kita harus memiliki mental mujahid kerana kita adalah pemandu umat yang kental dengan prinsip dan kekuatan kesabaran.

Jadikanlah perpisahan sementara kita sebagai baja untuk lebih menyubur kan lagi kasih sayang yang telah sedia tercipta antara kita dengan Ibu Ayah dan keluarga.

Di kejauhan ini dan selama aku berada disini diblog ini sejak February lalu, andainya ada kesalahan dan kesilapan, tulisan tulisan ku yang menghiris perasaan dan apa jua kelemahan dan dosa ku ….Aku mohon ampun dan  maaf kepada antum semua.

Kepada adik adik yang akan pulang kekampung, Selamat Jalan aku ucapkan dan berhati hati. Jangan rush. Prepare awal awal lagi dan Selamat sampai ke destinasi masing masing.

Banyaklah ingat Allah dan bersyukur diatas rezeki dan kesihatan yang Allah kurniakan dan mampu untuk pulang bersama keluarga dihari mulia ini.

Doakan aku dan aku amat mengharapkan doa antum semua supaya aku tetap istiqamah dijalan dakwah ini sehingga akhir hayat.

Dan insyaalah aku akan terus berada diKL ini kerana kampung dan orang tua telah lama pergi dari hidup aku dan aku akan terus menulis sekali pun antum tengah beraya …dan jenguk jenguklah keblog aku insyaalah …

Jumpa lagi

Muharrikdaie

One response to “Beraya dikejauhan …

  1. minah September 25, 2009 at 3:10 am

    Semoga sabat di jalan dakwah di hari raya:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: