….dari jiwa ini


solat-berjemaah

Kemenangan islam bukan ditentukan oleh hitungan waktu tetapi oleh prestasi kita. Prestasi amaliyah kita yang kita infaqkan dengan penuh sadar yang lahir dari ubudiyah dan aqidah yang benar dalam jiwa kita.

Kita harus berubah kerana Islam menuntut perubahan dan begitu juga ramadhan yang kita lalui ini supaya kita keluar darinya menjadi generasi yang ” muttaqin dan shobiruun” generasi yang istiqamah dalam memegang teguh kebenaran dan yang tidak berputus asa menghadapi hambatan dan rintangan!

” Akhi, rajinnya  anta menulis ” tegur sahabat selepas iktiqaf malam tadi. Aku hanya menggunakan body language saja untuk meng” ia” kan katanya. ” Ada jugak masa anta menulis Ramadhan ni? ” Bila ya?”  ” Cari carilah masa, insyaalah ada, kalau kita mahu” Jawab ku sambil tersenyum.

Memang kalau ikutkan aku tidak ada masa langsung tapi waktu, kita yang uruskan bukan waktu yang menguruskan kita, jadi rasanya tak timbul masaalah. Yang penting kita menfaatkan dimana saja ada ruang.

Aku dah jadi macam orang putih. Dimana saja bawak buku especially dalam kereta. Sangkut jer kat jemn dah tentu dapat baca dua tiga muka. Fast reading. Kalau tidak alamat tak membacalah aku!

Janji dan Kesungguhan

Dalam merubah diri kepada positif kita harus ingat akan misi hidup kita. Masaalah ini harus kita selesaikan dan yang harus kita lakukan adalah memahami menerima meyakini dan meyadari setiap saat untuk merubah perilaku kita kearah kemenfatan.

Kita juga harus sadar akan keterbatasan umur yang Allah kurniakan kepada kita  dan jangan kita bebani umur kita dengan melakukan kerja yang tak terjangkau oleh kita kecuali dalam batas umur tertentu.

Kita juga tahu bahawa kita tidak dapat dan telah banyak mengabaikan umur kita yang lalu dengan perkara sia sia dan dosa justru kita harus bersungguh sekarang untuk  membina kualiti hidup kita dengan menggunakan umur yang baki ini secara efektif dimana, kita cuba sebaik baiknya untuk menggunakan satu unit waktu kita dengan satu unit amal dan ini memerlukan kesungguhan dan perubahan yang drastik.

Ambillah kitab itu bersungguh sungguh!

Banyak kita dapati ayat AlQuran begini bila membaca terjemahannya dan ayat ini sebenarnya menyuruh kita berbuat sesuatu dengan bersungguh sungguh.

Kita harus lihat diUhud bagaimana kesungguhan Yazid  As-sakan membela Rasullulah sehingga mukanya tersembam ke bumi syahid di bunuh kafir quraisy setelah membuktikan kesungguhannya membela deen ini sehingga Rasullulah beretiak dan berkata

” Angkatlah wajah Yazid dari tanah. Rasullulah sendiri berlutut menganggkat wajah Yazid dari tanah dan membersihkannya dan meletakkannya dipangkuannya lalu beliau mengangkat kedua tangannya dan berkata ” Ya Allah, aku bersaksi kepada Mu bahawa Yazid As Sakan adalah orang yang telah memenuhi janjinya. Ya Allah, aku bersaksi kepadaMU bahawa aku redha kepada Yazid bin AsSakan.

Inilah dia ibrah peninggalan para sahabat supaya kita dapat mencontohi mereka dalam melaksanakan janji dan bersungguh sungguh menghayati perjuangan dalam kehidupan ini.

Merenung

Sebelum tertutupnya tirai Ramadhan ini, mungkin semua kita berharap akan satu perubahan yang akan berlaku kepada kita dan perubahan ini janganlah kita sangka akan berlaku secara otomatik pada kita, sama ada kita ketemu Lalilatulqadar atau tidak!

Kita harus menggunakan kesempatan terakhir ini untuk merenung. Kerana perenungan terhadap diri, boleh membuka begitu banyak pintu kebaikan didasar laut diri kita. Mungkin jika betul kita dapat menguasai perenungan ini, kita akan ketemu keajaiban pada diri kita untuk kita melakukan perubahan drastik menjadi insan yang mencintai Allah secinta cintanya!

Gunakanlah jiwa kita sebagai pemandunya, akal mencari jalannya dan fizikal kita untuk merubahkannya dan insyaalah kita akan merasa dekat dengan diri kita dan mengenal segala perkara perkara yang negatif dan buruk untuk kita berazam membuangnya dan diganti dengan perubahan yang optimal agar kita menjadi insan yang berkualiti selepas Ramadhan ini.

Salam Hormat

Muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: