Ujungnya lemang dan rendang


Berbicara lagi tentang Ramadhan. Lailatul Qadar dan bagaimana untuk mendapatkannya telah menjadi ritual perbincangan setiap tahun. Berbagai persepsi timbul dengan Ramadhan sehingga seorang da’i pun terkadang berfikir seperti orang awam dan orang awam pula berfikir macam mujtahid. Masing masing tidak pasti bagaimana harusnya mengimarahkan ramadhan mengikut waqi’ ( realiti ) semasa.

Ada dikalangan kita ingin mengikut cara sufi. Bersuluk dan beruzlah. Meninggalkan aktiviti social dan masyarakat. Menumpukan sepenuhnya pada ibadah infardi. Ada antara kita juga yang sambil lewa. Mengambil ruksah dengan realiti kehidupan dan kesibukan kita. Dan ada juga antara kita yang menjalani hidup seperti biasa, seperti bulan bulan biasa tanpa dapat merasakan keberkahan Ramadhan dan berusaha mendapatkan ganjarannya.

Bagiamana dengan seorang da’i?

Memang Ramadhan dan LailatulQadar sesiapapun teruja untuk mendapatkannnya. lebih lebih lagi bagi seorang da’i yang amat memerlukan curahan rahmat itu untuk menjadi bekalan ketahun selepasnya dalam memobilisasikan perjalanan dakwahnya dan untuk mendapat sedikit bekal dan kekuatan dalam mengharungi nuansa dakwah yang penuh mehnah ini!

Bagi seorang da’i jangan rasa tertekan dengan Ramadhan. Dengan Ibadah ibadah yang ingin kita lakukan. Jangan terkejar kejar dan tergopoh gapah dengan kerja harian  dan ibadah2 Ramadhan yang ingin kita lakukan hingga kita tenggelam punca! Justru akhirnya kita laksanakan  dengan tidak berqualiti kerana mengejar quantiti ibadah. Sebagai da’i kita sepatutnya punya kefahaman tentang awlawiyat amal dan jangan cacamarbakan. Kita rojak kan! Hingga kita hilang fokus!

Sekular

Lebih menyedihkan ada antara kita yang “mensekularkan” ( memisahkan ) kehidupan sehariannya dan mengabaikan tanggungjawab lainnya hanya untuk menumpukan amalan amalan fardhi di ramadhan ini dan menyangka bahawa tanggungjawab lain tidak ada kena mengena dalam mengejar fadhilat dan pahala yang berlipatganda.

Ada juga dikalangan kita hanya menumpukan solat dan tilawatul quran sahaja. Duduk disejadah berzikir dan bertahmid. Bermuhasabah bertahanuts dan sebagainya hingga meninggalkan amal amal lain yang juga amat penting untuk dakwah!

Dalam sirah banyak peristiwa terjadi diwaktu ramadhan ini dan sahabat juga banyak terlibat dengan perang dan sebagainya disamping menumpukan amalan2 fardhi dalam memburu lailatulqadar. Inilah yang perlu kita rujuk sebagai bahan minda untuk sama kita fikirkan bahawa Ramadhan tidak mengarahkan kita hanya untuk menumpukan amalan amalan fardi semata dan menunggu lailatulqadar diatas sejadah tapi meneruskan agenda lebih penting dari itu ” Dakwah & Jihad “.

Double up

Ini menunjukkan bahawa dalam Ramadhan kita kena ” double up ” effort itu dan bukannya menukar amalan. Kalau bukan bulan ramadhan kita buat kerja dakwah  maka ramadhan kita  kena maintainkan kerja itu disamping menambahkannnya dalam beruzlah dengan Allah dan bukannya kita menukarkan dan meninggalkan salah satu antara keduanya.

Bagi yang bekerja dia akan terus bekerja disamping mengejar ” malam impian” itu dan menambah amal. Bagi yang menulis dan berdakwah akan terus dengan penulisan dakwahnya disamping memperbanyakkan amalan amalannya. Dan Insyaalah inilah dia ” Mujahadah ” yang ingin dilihat oleh Allah dalam menguji hambaNya ….

Allah sentiasa memberi modal kepada kita didalam muamalah dengan nya. Begitu juga dengan bermuamalah dengan Allah diRamadhan ini. Berjual beli. Allah memberi dan berjanji. Kita mencari! Sehinggalah dalam mencari Lalatulqadar pun Allah berteka teki dengan kita!

Apakah Allah ingin mempermainkan kita? Nauzubillah. Bukan itu sifat Allah! Atau ada hikmah tersembunyi Allah merahsiakan rahmat dan ganjarannya.

Tauhid kita

Ya benar! Allah ingin kita perbaiki tauhid kita.  Punya ” keyakinan” dan percaya dengan ainul Yakin akan kuasa dan pemberianNYa.

Allah ingin kita memahami makna  Ramadhan sebenarnya. Ramadhan yang menjuruskan  kita  mengagungkanNya dan bukan sekadar nak menerima nikmatNya.

Sebab itu kita kena hubungkan Ramadhan kita dengan TAUHID. Tauhid Uluhiyah, Tauhid Rububiyah, Tauhid qiwamah, tauhid hakimiyah, tauhid masydar syariah, tauhid manhaj hayah dan tauhid jihah!

Apa tujuannya?

Tujuannya adalah untuk memuarakan ketundukan kita segalanya, semuanya dan seluruh kehidupan kita kerana Allah.

Sebab itu ulama’ membahagikan tahap tahap puasa yang akan kita perolihi dan kiranya tidak kita hubungkan dengan tauhid pastinya selepas Ramadhan kehidupan kita akan seperti dahulu dan tidak akan berubah dan ada juga antaranya menjadi lebih teruk lagi! Nauzubillah.

Kesan Ramadhan

Lihatlah!

Ramai yang selepas Ramadhan masih menyokong thagut. Selepas Ramadhan masih maksiat. Selepas Ramadhan masih hidup bermewah dan membazir. Selepas Ramadhan masih mengiakan waktu. Selepas Ramadhan masih lemah tak bermaya dan amat malang bagi duat selepas Ramadhan meninggalkan Dakwah!

Kenapa begini?

Kerana hubungan kita terputus dengan Allah. Bermakna Ramadhan kita selama ini hanyalah ritual ritual tahunan yang tiada berhubungan langsung dengan Allah.

Penatnya kita berlapar dan dahaga sepanjang hari. Penatnya kita berdiri 20 rakaat + witir  dan mengigil kepala lutut berdiri menanti Imam ruku’ menghabiskan 1 juzu’ alquran. Penatnya kita menahan kekuda kaki, takut tumbang. Penatnya kelopak mata kita menahan ngantuk sehingga mata kita merah menyala macam mata hantu raya. Migrain  kepala kita sebab fikiran melayang layang tanpa sempadan seperti layang2 terputus talinya sehingga terkadang sambil menantikan imam ruku’ fikiran kita melayang laju memotong Bas Express atau berlumba dengan  ” AIRBUS “, Kapal terbang yang ingin membawa kita pulang kekampung.

Inilah diri kita kebiasaannya bila Ramadhan menjenguk kita!

Sebab itu kita kena sentiasa ingat akan ” Noktah Bidayah” kita. Hubungan kita dengan Allah. Mengagung dan mengesakan Allah. BerTauhid kepada Allah dengan sebenar Tauhid dan Tauhid tauhid inilah yang berhak menjadikan alasan diutuskan Rasul rasul dibumi ini mengharungi segala jerih payah dalam menyeru manusia dan tertanggung semua jenis azab dan siksa sepanjang zaman!

Bukan Allah menghajatkan kita tunduk kepadaNya kerana Maha Suci Allah tidak memerlukan makhluk tetapi kehidupan kita dan manusia keseluruhnya tidak akan baik, lurus, meningkat atau kehidupan yang layak bagi manusia kecuali dengan Tauhid.

Tauhid yang pengaruhnya dalam kehidupan kita tidak punya batasan dalam semua segi dari segi seginya dengan ertikata tidak memilih bulu.

Inilah yang perlu kita faham dalam ertikata setiap ibadah. Tanpa kita hubungkan pasti kita kan terputus! Dan kiranya tauhid ini kita hubungkan dengan Ramadan insyaalah kita akan dapat menjadikan  Ramadhan ini berada dalam jiwa dan amalan kita  sepanjang tahun!

Jika tidak! Akhi Ukhti

Ramadhan ini hanya akan jadi  Ramdhan Al Murtabak dan diujungnya kita hanya dapat menikmati lemang dan rendang sahaja…

Wallhuaklam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: