Perempuan dan cinta 80 tahun


perempuanIngin aku katakan bahawa perempuan adalah simbol ketenangan dan ketenteraman jiwa. Sungguh tidak ada ketenangan dan ketenteraman tanpa kehadirannya. Itulah cara pandang islam. Tidak bagaimana agama samawi terdahulu dan agama lain memandang perempuan dengan pandangan zalim. Mereka memandang perempuan sebagai bukan jenis manusia atau sekalipun sebagai manusia mereka meletakan martabat perempuan serendah rendahnya. Jadi pemuas nafsu. Mereka memandang perempuan inilah penyebab maksiat.

Mereka mengatakan bahawa perempuanlah penyebab Adam dihalau dari syurga. Tapi pada hakikatnya Islam tidak mengatakan begitu. Quran menafikannya kerana Quran mengatakan bahawa keduanya sama sama menanggung dosa akibat melanggar larangan Allah kerana keduanya memiliki masuliyah( tanggungjawab ) yang sama!

Bertuahnya seorang perempuan. Dibela. Dijadikan Allah penuh kemuliaan namun diri mereka sendirilah yang meletakkan kembali martabat mereka serendah rendahnya kerana menolak islam. Menolak syariat. Menolak hukum hakam yang Allah gariskan bagi mereka untuk memuliakan mereka. Meletakkan hawa nafsu dan mazmumah mereka sehingga menjadikan dunia ini pemuas nafsu mereka.

Apakah perempuan lambang cinta? Atau kehidupan bagi cinta?

Tidak dinafikan induk semua cinta adalah cinta kepada Allah tapi apakah sesorang dapat hidup tanpa cinta? Memang tidak mungkin. Itulah jawaban fitrah bagi yang memahami asal kehidupan dan berilmu tentang kehidupan.

Tidak ada seorang pun yang dapat hidup tanpa cinta. Sebab hidup adalah naluri dan fitrah manusia. Kalau Allah tidak menciptakan rasa cinta, tentu umat manusia tidak memiliki harapan untuk bertahan hidup dan berkembang. Naluri merupakan salah satu sebab sehingga kehidupan masih terus berlangsung hingga saat ini.

Itulah naluri Adam.

Ketika masuk syurga rasa terasing dan kesendirian. Sekalipun dalam syurga penuh nikmat yang tidak terkira. Namun nikmat itu masih kurang tanpa mu perempuan! Mulianya kamu.

Ini bukan khayalan atau mitos dan cerita dogengan. Ini benar dari sumber hadith.

Adam amat memerlukan Hawa. Dan ketika tidur inilah Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuknya lantas terbangunnya Adam melihat Hawa disisi. Temannya. Bunga dan cintanya. Diberi Allah.

Adam terkesima lantas bertanya, ” Siapakah engkau?” Seorang Perempuan,” jawab Hawa. ” Siapa namamu?”  “Hawa”. ” Kenapa engkau diciptakan?” ” Supaya engkau dapat ketenangan disisi ku.”

Itulah Hawa simbol ketenteraman dan ketenangan jiwa.

Dalam beberapa atsar yang aku terjumpa mengatakan setelah terkeluar mereka dari syurga keduanya dipertemukan digunung Arafah dan didalam sebuah tafsir Imam Qurtubi menyebutkan bahawa malaikat bertanya kepada Adam, ” Apakah engkau mencintai Hawa lagi?” Adam menjawab “Ya.” Kemudian malaikat bertanya pada Hawa, ” Apakah engkau mencintai Adam?’ Hawa menjawab, ” Tidak. ” Tapi sebenarnya didalam hati Hawa terdapat rasa cinta yang berlipat ganda dibandingkan dengan Adam namun sifat malu itulah yang tersembunyikan.

Aku tidak mahu perjelaskan cerita ini lebih lanjut ayng boleh kita rujuk dari tafsir Qurtubi tapi adalah untuk menyatakan bahawa naluri cinta ini sudah ada sejak terciptanya Adam dan Hawa.

Inilah perempuan. Mulianya.

Dicipta dari benda hidup, sesuatu yang hidup dari manusia yakni dari tulang rusuk Adam bukan dicipta  dari tanah. Sebab itu perempuan punya emosi yang halus sebab ia berinteraksi dengan jiwa dengan manusia dan mulianya ia hingga dilantik menjadi ibu, isteri bukan seperti Adam dari tanah yang berinteraksi dengan benda yang mati.

Sebab itu perempuan amat memahami masaalah kemanusiaan. Psikologi dan cinta yang mewangi. Seorang suami yang curang dibelakang isterinya pun dapat dibaca oleh sang isteri melalui riak muka dan perwatakannya kerana kelebihan yang Allah beri kepada mereka. Sesungguhnya itulah perempuan. Punya jiwa naluri yang amat amat dalam terhadap masaalah kejiwaan.

Sebab itu Nabi Ibrahim amat menyintai Sarah dan cintanya yang amat mendalam itu membuatnya hingga tidak mahu mengahwini perempuan lain walaupun telah bersama Sarah selama 80 tahun dan pernikahan beliau dengan Siti Hajar pun adalah setelah diminta dan didorong terus oleh Sarah supaya Nabi Ibrahim dapat memperoleh keturunan dengan takdir Allah.

Bayangkanlah selama 80 tahun tidak pernah melukai hati isterinya yang tercinta! Sehingga kelahiran Nabi Ismail Sarah terasa amat cemburu dan demi memelihara cinta itu juga Nabi Ibrahim memisahkan Isterinya. Lihatlah Sarah seorang perempuan yang mulia sehingga sanggup berkorban kerana mencintai suami dan agamanya.

Cinta adalah cinta, sesuatu yang diperlukan dan sangat indah!

Kalau kita baca kisah hidup kesemua para sahabat dan apabila ditanya, siapakah yang kamu cinta selain Allah dan Rasul? Pastinya mereka menjawab adalah isterinya. Kerana apa? Kerana perempuan itu mulia!

Kerana perempuan itu banyak menanggung beban hingga membuatkan Umar menerima leteran isterinya tanpa tindakan kerana beliau tahu bahawa sekalipun isterinya begitu tidak dapat menandingi pengorbanan dirinya kepada keluarga hingga Umar berkata kepada sahabat yang mengadu kepadanya tentang leteran isterinya. Apa kata Umar?

” Isteriku telah menanggung banyak beban kerana ku. Dia yang mencuci pakaian ku, menjaga tempat tidurku, merawat anak anakku dan membersihkan rumahku. Dia melakukan semua itu dengan sukarela, padahal Allah tidak memerintahkannya. Kalau isteriku saja mampu menanggung semua beban itu, mengapa aku tidak bersabar ketika dia berbicara dengan sedikit keras kepadaku?

Inilah yang dinamakan cinta dan kasih sayang.

Buat kamu perempuan akhir zaman mampukah jadi begitu?

Atau kamu dobikan baju suamimu. Membeli makanan dikedai yang dimasak oleh orang lain untuk suamimu. Meletakkan anak2 mu di babysitter untuk dididik oleh orang lain. Tempat tidur yang kamu tidur dan menjadi rahsia itu dikemas oleh pembantu rumahmu!

Boleh kah wujud cinta dan kasih sayang jika begini?

Wallahuaklam.

Muharrikdaie

One response to “Perempuan dan cinta 80 tahun

  1. hanisaleeya March 10, 2010 at 1:55 pm

    SalaAm..

    Cinta..

    Naluri setiap manusia memerlukan cinta
    Dan Allah ciptakan cinta itu
    Selari dengan keperluan manusia
    Hanyasanya kita perlu mencari cinta
    Yang selari pula dengan
    KehendakNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: