Kelip kelip ku sangka api …


kelip2Selalunya begitu. Dia datang kita tak sangka. Kita terkejut. Kita terpana dan tidak terduga. Memang indah. Kita rasa terangnya dunia. Kita rasa ianya bagai lalatuqadar disepertiga malam. Dua bola mata kita tersenyum. Bibir kita menjemput. Jiwa kita bersyukur. Dahi kita menyujud.

Kita pun rasa itu kurnia. Dalam sedar tak sedar. Mimpikah? Realitikah?

Tidak pernah terfikir kita sebelumnya. Apa lagi untuk menjemput. Kita tahu. Itu bukan permainan biasa. Ia boleh meruntuhkan jiwa. Mengelana hampa. Mematikan cita cita.

Ia boleh jadi gunung. Menjadi pasak. Boleh jadi banjir menderas. Boleh memusnahkan bumi. Boleh menyeret segalanya. Boleh merengkuh dalam kelembutannya.

Ia boleh menjadi trajedi. Tragis bagi menghadapinya. Kadang ia singgah dan kekal. Tak mau pergi. Dan kadang pula dia datang mengejek dan menyakitkan hati. Kadang dia melintas antara senyum dan tanggis. kadang dia bagai bebayang yang menipu.

Adakala berupa manusia. Adakala berupa malaikat.

Datang dan perginya perkara biasa. Namun goncangannya meluluhkan iman dan jiwa. Membuatkan kita tak boleh tidur. Membuatkan kita tiada lelah. Membuatkan kita tidak takut. Membuatkan kita tidak sabar sabar mengapainya. Walau jarak memisahkan beribu batu. Walau lautan kita rentasi.

Kita juga boleh termimpi didalam wuduk. Kita tak pasti gangguan tidurkah? Alamat baik kah.

Kita juga boleh Senyum. Boleh tawa. Boleh mimpi diwaktu jaga. Boleh rindu tidak bertempat.

Dibodohkannya kita.

Didatangi kita dengan janji janji. Dengan puisi puisi. Dengan semangat. Dengan hamasah yang tinggi.

Kita mula merasai kita boleh menyatu.

Bagai api dengan panasnya.

Bagai salju dengan dinginnya.

Bagai laut dengan pantainya.

Bagai rembulan dengan cahayanya.

Kita bagai arjuna. Nafas tersekat dan sesak. Separuh melayang. Separuh yang tinggal.

Sanggup dia? Sampai hati dia? Zalimnya dia? Hati membentak.

Siapa yang ingin dipersalahkan?

Diri sendiri.

Ya diri sendiri.

Kenapa terlalu percaya. Kenapa cepat menerima. Kenapa cepat tergoda.

Apakah kerana agama. Apakah kerana perjuangan itu. Apakah kerana Dakwah. Apakah kerana Allah!

Jiwa bertanya dan berpantun.

Akhirnya segala jadi sejarah.

Tinggal cerita. Mengisi waktu dengan cerita.

Dengan kenangan. Dengan pusaka email yang semakin usang dan kering.

Dan dalam satu saat sejarah itu kita mengenang kebersamaan.

Dimana cinta itu berakhir disaat tiada akhir.

Dimahsyar juga titik pertemuan itu … menguji cinta ini.

Sesungguhnya jangan disangka kelip kelip itu bukan api …

Terjahannya amat membakar …

Muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: