Aduhai kerja dakwah …


allah-kekuatan-pendakwahLagi lama kita terlibat dengan dakwah lagi banyak perkara yang harus kita lakukan dalam hidup ini. Memang dakwah memeningkan kepala dan menyesakkan nafas serta meremukkan hati!  Justeru jangan kita lupa, itulah penyucian jiwa yang paling berkesan dalam merentas jalan sufi.

Memang kita tidak akan merasakan kemenangan dan kejayaan dalam berdakwah didunia ini malah terkadang  boleh menghunjamkan kita kearah keputusasaan jika kita tidak melalui tarbiyah yang mapan sebagai duat ini!

Bagi yang telah lama didalam track dakwah ini amat memahami seninya sebab itu mereka boleh istiqamah dan bersabar didalam dakwah ini kerana telah lama Rasul mengajarkan kita bahawa parameter kemenangan dan kekalahan tidak terkait dengan fizikal, dan kejayaan dunia tapi adalah terkait dengan moral dan spiritual dan kemuncak kejayaan yang paling hakiki adalah kejayaan diakhirat dan mengapai syurgaNya.

Manusia yang brilliant adalah ketika akhirat menjadi parameter serta puncak tujuan dan pastinya dunia berada dalam genggaman kita.

Telah lama kita berada  dalam titik nadir kelemahan ini asbab kita meninggalkan kerja kerja dakwah sehingga islam terpinggir dan dihinakan dan kita hanya melihat kelemahan itu dengan mata yang berkelip kelip!

Sebab itu dakwah menjadi wajib dan merupakan satu keniscayaan kerana dengan dakwah akan memelihara manusia dari terjerembab kejurang kehancuran. Dakwahlah yang menuntun manusia mengenal Rabbnya dan menghamba padaNya yang kemudian menyebarkan kebajikan seluas luasnya dan mencegah kemungkaran menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kita tahu bahawa tugas dakwah itu merupakan tugas yang Allah perintahkan kepada Nabi dan Rasul sebab dakwah ini milik Allah, Allah jugalah yang akan memelihara dakwah ini.

Seandainya kita tidak mahu terlibat dengan dakwah ini, sudah pasti Allah akan memberikan amanah dakwah ini kepada yang lain dan ini menjadi mu’sibah paling besar bagi bagi kita yang telah dikurniakan kefahaman islam ini kerana disinilah bukti dan  titik tolak kecintaan kita kepada deen ini. Sanggupkah kita menghadapi risiko diakhirat nanti?

Apa yang perlu kita lihat disini adalah kesalah fahaman tentang melaksanakan dakwah. Ada antara kita yang terlalu fokus kepada dakwah external hingga melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga sendiri. Ini satu penyimpangan yang salah yang seharus diperbetulkan kerana nabi juga melaksanakan dakwah didahului keluarganya.

Begitu juga dengan nabi Ibrahim berhasil membangun sebuah peradaban yang tidak pernah tidur di Kota Mekah. Dari keluarga Ibrahim lahir Baitul Dakwah. Terbentuk susuk susuk tubuh dan peribadi contoh pada keluarga dan keturunannya.

Semua itu kerana Nabi Ibrahim berhasil melakukan ideologisasi Tauhid, kemudian melakukan internalisasi nilai nilai luhur islam dalam skala peribadi dan keluarganya.

Rasul bersabda

Wahai orang orang beriman peliharalah dirimu dan keluarga mu dari api neraka …….  AtTahrim 6

Nabi serius mengigatkan kita tentang membangun keluarga dakwah dan melaksanakan dakwah didalam keluarga.

Begitu juga Imam Assyahid dalam 7 matratib amalnya amat meenekankan tentang persoalan ini.

Apa yang ingin aku tekankan disini adalah keberhasilan besar untuk membangun miniatur islam ini ialah melalui keluarga, kerana manhaj dakwah  yang dibangun tidak memisahkan urusan dakwah dan rumahtangga.

Justeru peribadi yang telah melalui tarbiyah seharusnya  menerapkan nilai nilai islam itu pada sentuhan pertama dirumah. Jika ia seorang suami maka yang merasa hasil tarbiyahnya itu isterinya. Jika mereka menjadi ayah dan ibu, seluruh anggota keluarga akan meraskan sentuhan tarbiyah dirumah tersebut.

Oleh itu da’i hendaknya rapi dan  bersifat tawazun dalam menata urusan dakwah diluar rumah dengan tetap memerhatikan urusan keluarganya sebab urusan keluarga dan rumahtangga adalah urusan dakwah juga.

Juga kita kena ingat bahawa tanggungjawb dakwah untuk Ibu dan Ayah serta adik beradik yang masih jahil dan memerlukan sentuhan kita juga satu tanggungjawab yang tidak boleh kita ketepikan dan mengambil sambil lewa kerana mereka adalah serahim dengan kita.

Inilah kesedaran yang perlu ada. Jangan lah kita abaikan dalam kita ghairah untuk menyedarkan orang lain kerana semuanya terpikul atas pundak kita.

Itulah beban dakwah. Hanya yang dipilih Allah saja yang mampu melaksanakan tanggungjawab ini.

Wallahu huaklam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: