Rentang kehidupan


rentang kehidupan

Rasa susah dan sempit dalam hidup adalah sebenarnya rahmat Allah. Itu yang patut kita letakan dalam hati supaya kita sentiasa bergantung pada Allah.

Dulu, waktu aku sebagai student, alangkah siksanya kurasakan. Mengadap buku buku tebal setebal dosa aku amat mengazabkan kepala otak ini. Assingment yang bertimbun yang melengguhkan urat sendi untuk menyiapkannya membuatkan aku bertambah malas untuk belajar. Kalau ikutkan hati dah lama aku nak tinggalkan alam student waktu itu. Bukan itu saja. Suasana kehidupan. Environment. Scholarship lambat masuk dan berbagai rintangan lagi, boleh membuatkan aku memanjat gunung dan menjerit sekuat hati sehingga terkeluar anak tekak untuk melepaskan perasaan.

Masuk alam pekerjaan, kita melalui perkara yang sama. Mencari sesuap nasi bukan sesuatu yang mudah! Kita harus bertarung hari hari dengan perasaan. Dengan ketidakpuasan hati. Dengan kerja yang dicampakkan kepada kita tanpa belas kasihan untuk memberi servis kepada manusia. Namun tetap kita lakukan atas nama keperluan hidup dan tanggungjawab!

Apa lagi kiranya kita terlibat dengan harakah islam. Kerja Islam yang banyak. Yang berbentuk sukarela. Yang tak semua orang nak buat sebab tidak ada imbuhan dunia malah cela dan celaan. Umpat dan umpatan dan tidak habis begitu saja yang terkadang ahli keluarga pun menyisihkan kita sebab Islam. Sebab Iman. Sebab kita banyak tegur manusia. Sebab kita kata itu haram itu halal. Itu makruh itu mubah. Itu tak boleh dan itu boleh!Itu yang buat orang benci pada kita.

Bukan orang luar saja tapi terkadang sahabat binaan kita pun tak sukakan kita!

Sebab kita banyak suruh mereka bekerja dan beramal. Mengeluarkan infaq. Menghadiri program. Memonitor hidup mereka. Check mutabaah mereka. Nak pastikan mereka konsisiten dengan amalan dan hubungan dengan Allah.

Mereka rasa terpenjara. Terkongkong. Tak merdeka. Lantas adakalanya mencukalah muka mereka melihat kita. Terkadang tak datang usrah dua tiga minggu. Merajuk. Sehingga masa kita sebagai naqib pun banyak terbuang untuk memujuk hati hati bintang “bollywood” ini kerana takut mereka terkeluar dari usrah dan jamaah.

Itulah antara rencah dan ingredient ujian Allah pada kita!

Dan sesungguhnya hidup ini adalah curahan rahmat.

Dan Allah memilih kita menjadi da’i. Bukti kecintaan Allah pada kita! Oleh itu jangan kita pedulikan ujian itu. Teruskan.

Jangan kita hitung berapa banyak amal kebaikan yang kita lakukan.

Tapi fikirkanlah curahan rahmat itu.

Nikmat yang berbillion banyak yang dianugerahkan kepada kita. Jangan kita puas dengan amal yang kita lakukan kerana kita tidak tahu apakah amal yang kita buat itu ada nilai disisi Allah atau amal yang penuh dengan riyak’ dan syirik kepadanya kerana dalam amal pun seorang da’i itu boleh tertipu dengan hasutan dan bujukan syaitan!

Ibnu Qayyim menyebut ~ Setiap amal baik yang dilakukan, pasti ada bahagian dari nafsu dan syaitan didalamnya

Betapa pun keadaan susahnya da’i ini, setiap kondisinya, sisinya, dinding , celah dan rongga kehidupan ini sepenuhnya tidak ada yang kosong dari kemurahan dan kasih sayang Allah kepada kita.

Kita memang tidak punya modal untuk kehidupan ini. Semuanya hak dan pemberian Allah!

Dan kerana itu kita patut bersyukur dan berterima kasih dengan hidup ini. Sekali pun ujian yang Allah beri itu tidaklah seberapa dibanding nikmatNya dan hanyalah sebagai syarat untuk Allah memasukan kita kesyurga.

Para salaful soleh, mereka meletakan diri mereka kepada dua syurga. Syurga pertama  adalah syurga dunia dan syurga kedua adalah syurga akhirat. Syurga kedua tidak akan dapat kita masuki sebelum syurga pertama.

Orang bertanya kepada Ibnu Qayyim, apakah syurga dunia itu? Dia menyebutkan bahawa syurga dunia itu adalah mencintai Allah. BersamaNya. Kerinduan bertemu denganNya. Menghadap kepadaNya dan berpaling dari hal selainnya.

Memang kita hidup untuk Allah.

Sebab itu kita nak orang yang mencintai Allah bersama kita. Bersama dijalan ini. Bantu membantu menyuburkannya supaya kita dapat bersama sama melihat Allah dengan penuh kenikmatan!

Mari kita muhasabah!

Supaya kita sentiasa sedar kita adalah hamba dan keikhlasan dalam menata hidup ini adalah sesuatu kemestian.

Mau tidak mau kita kena belajar ikhlaskan diri. Menghayatinya. mengigatnya. Supaya amal kita tidak menjadi amal yang dhoif. Yang bisu. Beku dan pekak!

Kita adalah Hamba!

Tugas dakwah yang kita laksanakan adalah suatu taklif  dan penuh dengan misteri pembalasan.

Maka dengan misteri kenikmatan pembalasan itulah kita bergerak dengan keyakinan. Dan kita tidak hirau dengan kesulitan dan bencana kerana kefahaman kita, itulah kurniaan dan rahmat Allah pada kita untuk menyambung tugas nabi.

Itulah diri kita! Kesedaran yang perlu kita tanamkan dan membumikannya dalam qalbu ini.

Sesalilah dosa dan kesalahan lalu. Pembuangan waktu yang telah kita ranapkan dengan nafsu rakus kita meneguk dan menghirup kenikmatan kealpaan.

Mari sama sama kita menuju Allah.

Seperti yang kita tahu dan kita sebutkan tanpa sedar dan penghayatan bahawa kebahagiaan didunia ini tak pernah tercapai dengan materi atau kebendaan yang ada diluar diri.

Kesenangan dan ketenangan tak kan pernah ada walau pun wujudnya kebendaan dalam hidup kita. Ketenangan dan kelapangan hanya ada didalam hati. Didalam cinta kita mengharungi badai deen ini. Dakwah ini.

Jangan kita sesal dan kesal berada dijalan ini. Jangan kita berpatah balik walau tertangkupnya bumi ini. Beralihnya matahari ini. Gugurnya bintang bintang. Pucatnya bulan atau tawarnya laut!

Inilah jalan pilihan. Hadapi rentang kehidupan ini. Genggam erat erat tali keimanan. Kenali diri. Kenali dakwah. Fahami kebiasaannya. Rasakan getarannya. Bersedia dengan kecendrungannya. Waspada kekurangannya. Dan menfaatkan kelebihannya.

Marilah kita berdoa agar Allah menyingkapkan kemalasan kita, membuangkan mazmumah kita agar embunan iman menyejukan perjalanan ini …sejuk sesjuknya. Terus bersama kafilah dakwah yang mana suatu hari mungkin dan terus menjadi tandatanya bahawa apakah kita semua duat ini akan bertemu dan dapat melahirkan rasa cinta bersama setelah berlalunya kesuraman dibumi yang tandus ini ….

Sesungguhnya aku amat teruja dan menyayangi kamu semua dijalan dakwah ini!

AlFakirILLLah

Muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

7 responses to “Rentang kehidupan

  1. muharrikdaie April 27, 2010 at 6:42 am

    thanks for the comment! teruskan perjuangan. Insyaalah

  2. growingyourthought April 10, 2010 at 5:39 am

    Subhanallah! motivated phrase !

    ” Inilah jalan pilihan. Hadapi rentang kehidupan ini. Genggam erat erat tali keimanan. Kenali diri. Kenali dakwah. Fahami kebiasaannya. Rasakan getarannya. Bersedia dengan kecendrungannya. Waspada kekurangannya. Dan menfaatkan kelebihannya. ”

    padat dan jelas.

    jazakallah!

  3. humaiRA Marby August 19, 2009 at 1:28 am

    aswrwb
    kunjungan balik
    salam kenal
    semoga ukhuwwah membawa manfaat =)

  4. ar-rumaisa August 14, 2009 at 11:18 pm

    Salaam,
    Setuju. Ideally, sama ada di alam student atau alam pekerjaan, tidak seharusnya membezakan perasaan kita kepada dakwah, walaupun mungkin tuntutan-tuntutan dan penggunaan masa kita berubah. Abang Kakak yg sudah bekerja, selain lebih mampu berdakwah dalam masyarakat, juga berusaha mencari ‘sesuap nasi’ demi memenuhkan tabung infaq untuk adik2 di universiti yang sedang berhempas-pulas dgn dakwah pelajar. InshaAllah, moga kita adalah du’at full-timer (bukan part time), semasa belajar, bekerja, hatta dah pencen =)
    …sekadar pendpt seposen dua…

  5. irhafiz August 13, 2009 at 7:08 am

    Benar Hussaini, itulah adatnya.

    Wahai adik-adik yang masih muda,
    terutama mereka yang berada di menara gading, rebutlah ruangan masa terluang untuk mengisi dadamu dengan ilmu dan untuk mengisi hatimu dengan rasa kasih pada Pencipta.

    Kesibukan selepas zaman belajar agak luarbiasa daripada zaman belajar. Ketika zaman belajar, kita lebih mudah berjumpa dengan rakan-rakan yang satu fikrah dengan kita.

    Hargailah mereka, dan binalah tali persaudaraan yang kukuh dengan mereka. Ambil apa sahaja yang baik daripada mereka, akhlak mereka, adat mereka dan lain-lainnya, walaupun tanpa pengetahuan mereka.

    Rebutlah…

  6. Hussaini August 12, 2009 at 12:29 am

    Ana amat teruja membaca karya ini

    Memang kita ini tidak putus-putus rasa nak tarik diri, letih dan nak mengalah

    Tapi, kalaulah dunia ini hanya untuk nafsu… pasti hancur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: