Cinta bukan untuk yang lemah


cintaku pada mu sentiasa mewangi

Erti Cinta itu memberi.

….dalam makna memberi itu posisi kita sangat kuat.

Kita tidak perlu kecewa atau terhina dengan penolakan, atau lemah atau melankolik saat kasih terkandas kerana takdirNya …

…. sebab disini kita justru sedang melakukan sebuah ” Pekerjaan Jiwa ” yang besar dan agung iatu ~ MENCINTAI

Cinta hanyalah untuk orang yang kuat. Insan yang kuat perasaannya. Kuat jiwanya. Kuat hatinya. Kuat kemahuannya. Kuat kemampuannya. Kuat cita cita nya. Kuat kasih sayangnya. Kuat kesedarannya dan kuat keperibadiannya.

Hanya orang berkeperibadian kuat dan mempunyai kapasiti yang besar dalam cita citanya yang mampu mencintai.

Lihat saja orang yang lemah!

Apa yang mereka ada?

Mereka ibarat pengemis yang memegang tempurung.

Setiap saat kita perhatikan disekitar kita, disekeliling kita malah dalam jamaah dan usrah kita. Mereka tidak mampu untuk mencintai sehingga segala urusan kehidupan mereka. Urusan deen ini. Urusan ibadah mereka, mereka mengharapkan orang lain mengerakkan mereka.

Push mereka. Guide mereka untuk beramal. Terkadang bukan bersifat sementara tapi selamanya mereka begitu! Malah untuk mencintai diri mereka sekali pun, mereka tidak mampu! Apa lagi untuk mengurus ummah! Mereka mengharap dan terus mengharap. Mereka sentiasa bersifat negatif  yang tak bertempat sehingga mereka mengemis cinta dan kasih sayang orang yang kuat.

Apalah malang insan ini!

Inilah yang perlu kita sadar dan koreksi diri agar kita jadi pencinta sejati.

Pencinta yang dapat menyusun hidupnya.

Mencintai dirinya.

Melaksanakan tarbiyah untuk dirinya sehingga dia boleh berdikari dan tidak mengharapkan orang lain kecuali kepada keperluan yang terdesak.

Sebagai aktivis dakwah, kita perlu ingat bahawa keterikatan kita dengan dakwah tidak boleh bersifat menurun walau dalam keadaan apa sekalipun. Walau dalam keadaan tersepit. Kerana itu kita memerlukan sifat ” cinta ” dalam diri para duat kerana dengan cinta inilah duat dapat mempertahankan prinsipnya.

Dengan ada feel dan cinta pada dakwah, prinsip hidup seorang duat akan terjaga dan pastinya komitmen kepada islam akan bertambah kuat. Tanpa “rasa” dan sentuhan jiwa ini, jurang untuk meninggalkan dakwah sentiasa ternganga dengan luasnya dan bahaya luaran dan dalaman sentiasa mengancam!

Apa yang kita harus takuti adalah tanpa rasa cinta ini sudah tentu kita tidak dapat melaksanakan masuliyah dan kerja kerja dakwah dan penyakit futur pun akan mencari peluang menguasai kita dan bukan itu saja!

Paling malang sekali apabila Allah gantikan orang lain ditempat kita!

Bagaimana keadaan kita waktu itu? Tidak kah kita rasa, apabila Allah menguis kita keluar dari jalan nya, apakah natijahnya kepada kita?

Nauzubillah!

Tidakkah kita rasa gerun. Takut dan ingin berleha leha lagi dijalan tarbiyah ini dengan bersenda loka dan mengabaikan setiap inci amalan dan kefahaman yang Allah kurniakan kepada kita?

Tidak kah kita rasa rugi apabila Allah angkatkan kita dari orang biasa menjadi para duat yang mewaris risalah nabi ini dan kemudian Allah turunkan kita dari martabat itu disebabkan kesalahan kita mengia iakan kurnianya?

…..dan jika kamu berpaling nescaya Dia ( Allah ) akan mengantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak seperti ( qualiti ) kamu ini ~ Muhammad 47:38

Oleh kerana itu ikhwah fillah, sematkan rasa cinta itu!

Takutlah kita akan gertakan Allah itu dan ancaman itu. Marilah kita meningkatkan komitmen dan rasa cinta ini dan menjalankan semampu mungkin segala bentuk wadzifah mashiriyah tanzimmiyah yang telah diaturkan untuk kita. Insyaalah Allah tak kan mengantikan kita dengan yang lain!

Dengan Al Hubb atau perasaan cinta ini juga akan mengurangkan perasaan kikir dan bakhil kita terhadap jamaah. Pastinya kita telah hilang rasa malas dan segan serta bersemangat untuk mengkontribusi sebagaian waktu kita, gagasan pemikiran, wang ringgit yang kita miliki demi ke berlansungan dakwah ini dan demi bila kita tidak ingin digantikan dengan yang lain!

Inilah diantara ancaman Quran kepada kita dan oleh itu janganlah kita putuskan diri dan cinta kita kepada tarbiyah kerana tarbiyah merupakan muntalaq bagi aktivis seperti kita dalam membina diri menuju keperibadian muslim muslih. Apalagi ujian yang semakin hebat ini dengan kebendaan yang melimpah ruah disekeliling kita, jawatan yang ditawarkan kepada kita, keglamouran jawatan yang kita ada berperan menjadi penghalang untuk mencapai cita cita mulia ini.

Tikaman tikaman tajam yang berbahaya berada dikiri kanan jalan kita yang pasti menjerumuskan kita kejurang yang terjal dan kita tidak ada jawaban lain kecuali tarbiyah dan perasaan cinta lah yang harus kita bekalkan untuk menjadi pelindung disepanjang jalan dakwah ini!

Hanya ini bekalan jiwa buat malam ini.

Semuga dikurniakan kepadaku jiwa yang sentiasa haus akan perjalanan pengembaraan diladang Tuhan. Itulah kerinduan untuk mencapai kedekatan padaNya.

Kerinduan yang begitu mencengkam jiwaku memaksa merobek segala hasrat dan keinginan jiwa kepada cinta manusia lalu kerinduan itu menjadi puncak pengorbanan kepada deenulah yang agung ini!

Wahai Allah, jadikanlah cintaku padaMu berhenti dititik ketaatan. Meloncati dari rasa suka dan duka. Kerana aku tahu, mentaatiMu dalam hal yang tidak kusukai adalah kepayahan! Kerana ketidaksukaanku hanyalah bahagiaan dari ketidaktahuanku>

Wallahuaklam

Salam perjuangan

Muharrikdaie

3 responses to “Cinta bukan untuk yang lemah

  1. mutiara August 3, 2009 at 12:50 pm

    salam..
    alhamdulillah,temui maksud yg di cari disini..
    syukran!

  2. nuurhati August 3, 2009 at 6:23 am

    salam,

    hmm ..ya ana setuju.

    perlu kuat dan tabah..

    kekadang bila kita memberi dalam cinta ini kita cuba beri dengan seikhlas hati ..

    niatkan yang terbaik…

    terutama cinta buat insan yang paling kita sayang selepas Allah dan Rasul…

    dan ianya perlukan kekuatan kerana cinta itu berseni…

    perlu tahu diruang mana perlu diperhalusi supaya hati yang menerima itu rasa aman…

    bukan sebaliknya…

    bukan dipandang tiap keputusan itu secara persimis ..sebaliknya optimis..

    tabah duhai diri dalam berhadapan dengan insan yang dicintai yang perlukan rawatan khusus hatinya…

    ya! kerana cinta biar disalah erti kelak Allah bukakan hati untuk difahami ..

    amiin!

  3. Fadhilatul Muharram August 3, 2009 at 2:35 am

    ya, setuju dengan opini-nya. cinta memang hanya ditujukan untuk orang2 yang kuat. krn cinta tdk melemahkan hanya menguatkan. jika mereka mengaku lemah karena cinta, mungkin mereka tertipu oleh nafsu belaka.

    btw, saya sudah trima emailnya. namun sayang, pak. saya tidak bisa buka attachmentnya. saya sudah kirim email lagi ke antum, akh. mohon dibuka ya akh. trims

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: