Baitul muslim satu persoalan?


BM satu persoalan

Terkadang teman sekelilingku sering tertanya tanya, kenapa aku suka tulis tentang cinta? Tentang wanita? Tentang pernikahan?

Aku lapar sangatkah pada cinta, pada wanita dan pernikahan sehingga tulisan tulisan ku sentiasa membicarakan tentang ini?

Tidak lakukah aku? Atau aku terlalu desperate untuk mendapatkan wanita sebagai isteri untuk menemani aku sebagai teman dakwah, teman dalam perjalanan yang panjang dan penuh fitnah ini?  Walhal hidup ku dikelilingi wanita ( kerana aku diarahkan untuk memimpin beberapa halakah wanita setiap minggu) Tidak adakah seorang wanita yang boleh diletakan dihati? Atau dijodohkan oleh jamaah kepada aku?

Mungkin orang diluar jamaah ku akan bertanya begitu kerana mereka tidak mengenali aku! Mereka boleh kata apa saja yang terlintas dihati mereka. Namun ….. aku lebih bahgia begini.

Sayyid Qutb pun tidak pernah desperate untuk nikah demi dakwah sehingga beliau syahid ditali gantung! Apakah Sayyid Qutb tidak punya naluri sebagai seorang lelaki? Apakah Sayyid Qutb tidak diidami wanita muslim untuk dijadikan suami? Kenapa begitu? Biarlah persoalan itu tergantung diawangan.

Pernikahan bukanlah satu matlamat tapi adalah aksesori untuk mencantikkan deen ini. Kiranya pernikahan akan merosakkan perjalanan dakwah dan deen ini adalah lebih baik begini …..

Kenapa aku menulis tentang wanita, cinta dan pernikahan?

Kerana wanita banyak masaalahnya. banyak mehnah dan kerenahnya namun tak ramai yang peduli permasaalahan wanita. Yang peliknya, suami sendiri pun tidak mahu ambil tahu tentang isterinya! Tentang emosinya. tentang cinta dan kasih sayangnya dan banyak tentang2222 lagi …

Beribu malah berjuta problematika wanita membelit mereka. Dari sebelum nikah hinggalah selepas nikah …

Banyak buku telah diterbitkan pasal wanita namun problem itu dan penyelesaiannya hanyalah dibuku saja dan wanita tetap terus bergelumang dengan permasaalahan mereka …

Siapa yang mahu peduli?

Berapa banyak masaalah social disebabkan wanita? Berapa ramai yang buang anak termasuk yang pakai purdah? Berapa ramai yang jadi pelacur kelas atasan? Berapa ramai yang jadi GRO?

Siapa mereka? Mereka bukanlah budak budak kampung tapi mereka adalah student U. Overseas graduate. Yang bijak. Yang boleh menggunakan otak untuk berfikir buruk dan baik. Bukan mereka tidak ada asas agama dan terkadang ada juga yang bekas ahli jamaah! Tapi kenapa jadi begini?

Tidak lain tidak bukan adalah kebanyakannya adalah kerana Cinta, kerana kegagalan rumahtangga, Kerana suami dan lelaki yang tersilap pilih. Kecewa dengan suami yang tak bertanggungjawab. Ini saja ibu kepada masaalah social ini.

Masaalah ini bukan boleh diselesaikan dengan mengadakan ceramah dimasjid ataupun mengadakan kursus motivasi yang hanya mengkayakan Konsultant.

Kenapa aku katakan begini? Kerana aku juga terlibat dengan ini.

Apakah boleh kita jawab ini takdir Akhir zaman!

Aku bukan penyelesai masaalah ini tapi aku pencetus. Ingin cetuskan supaya kita sama sama berfikir dan berusaha kearah penyelesaian ini sekalipun usaha kita sedikit untuk mencari jalan keluar ini. Dan inilah peranan kita yang sekurang kurangnya dapat menyumbang kepada masyarakat disekeliling kita.

Ini hanya muqaddimah. Dan bukan tajuk yang ingin aku bincangkan. Biarlah muqaddimahku ini dapat dibahaskan diblog blog lain dan mungkin juga boleh kita bahaskan dalam komentar2 disini. Tapi aku tahu tak semua pembaca suka memberi komen. Tak tahu kenapa? Mungkin pemabaca2 blog hanya suka berziarah saja ….

Aku bukan pembela wanita tapi aku amat kesian terhadap wanita.

Seperti yang aku terangkan bahawa aku mempunyai beberapa halakah usrah wanita dibawah bimbingan ku. Dan disinilah aku banyak belajar tentang wanita dan tentang sikap suami suami mereka. Dan aku amat mengagumi hati dan jiwa wanita. Kesabaran mereka. Dan sifat cinta mereka pada keluarga dan suami mereka.

Bagi ku perempuan sanggup hidup tanpa kemewahan, tanpa pangkat, tanpa kekuasaan dan banyak tanpa2222  lagi … tapi mereka tidak sanggup hidup tanpa CINTA. Inlah yang kufaham dari naluri dan cerita cerita mereka kepada ku.

Dalam pergaulan ku dengan mereka aku dapat tahu kebanyakan suami mereka tidak dapat menjalankan kewajiban yang sepatutnya sebagai suami. Tidak menjaga emosi mereka. Tidak menjaga kehendak mereka kepada agama ( jamaah dan usrah ). Mementingkan diri dan tidak mahu bekorban menjaga anak anak tatkala siisteri ingin menghadiri program2 dan berbagai lagi yang tak perlu aku terangkan dengan detail.

Tidak memberi kebebasan kepada isteri untuk berbelanja dengan pendapatan mereka sendiri dan adakalanya sisuami mengontrol keewangan dan gaji isteri dan hanya diberikan RM 5 sehari untuk belanja pergi kerja! Huh!!

Ada juga suami yang bersikap ananiyah ( keakuan ) Aku aku, engkau engkau.

Ini suami yang didalam harakah dan jamaah dan telah ditarbiyah tapi apa dah jadi? Inilah dia ujian pernikahan. Ini bukan cerita dogengan. Tapi dialami sendiri oleh anak2 usrah ku.

Apa lagi suami yang bukan dikalangan jamaah? Tamparan dan tendangan menjadi rutin harian.

Ini juga bukan tajuk yang ingin aku bincangkan ….

Dah lama aku pendamkan nak cerita tentang BM. Yang banyak diperjuangkan oleh sisters  dalam jamaah malah ada sisters yang sanggup memutuskan niat pernikahan jika tidak melalui proses BM seolah olah BM ini arahan Allah dan hukum yang mutlak yang tak boleh ditolak ansur dalam mendirikan rumahtangga. Sedangkan tidak terjumpa hadith dan atsar tentang BM yang diurus oleh jamaah. Yang ada cuma hadith tentang mendahulukan orang tua dan proses pernikahan yang melalui wali yang ditekankan. Biarlah … aku tidak mahu berhuajh tentang ini.

Aku bukanlah anti kepada BM dan proses ini. Malah ada baiknya untuk mengelakan kemaksiatan dan menyalahi hukum namun BM juga punya keburukan yang sepatutnya kita perbaiki prosesnya.

Tidak semua perkara pasangan harus di perhati dan dimonitor oleh orang ketiga dalam soal taaruf  yang melibatkan perkara perkara yang aib dan sensitif bagi kedua pasangan. Terkadang kita harus beri ruang kepada pasangan untuk berinteraksi antara mereka samaada melalui email dan sebagainya untuk mengenali diri masing2 dan taaruf ini harus dijalankan sehingga masing2 berpuas hati dengan hal peribadi masing masing.

Bagi aku, tidak timbul soal syaitan, soal kilauan dan tipuan syaitan dan sebagainya. Sebab kita nak bermula dengan kebaikanlah kita kawin dengan orang ahli jamaah. Melalui proses ini! Cuma kita inginkan sedikit ruang private untuk mengetahui lebih tentang hal hal peribadi yang tidak boleh diketahui oleh orang ketiga. Itu saja. Bukan nak jumpa. Bercakap mata bertentang mata.

Kenapa harus kita ektrim sangat tentang hal yang sedikit ini sedangkan dalam bekerja dan dalam pergaulan ditempat kerjapun yang memang kita tak boleh elak terkadang kita tidak boleh jaga bab ikhtilat ini seektrim kita jaga waktu BM. Apakah kilauan syaitan ini berbeza diantara dua tempat ini? Wajarkah kita berhenti kerja sebab ikhtilat yang tak boleh kita elakkan ini sepertimana kita putuskan hubungan untuk bernikah dengan sebab ikhtilat waktu BM? Zalim sangatkah Islam ini?

Aku ingin ceritakan sedikit peristiwa ini kepada kamu semua tentang ekstrimnya seorang sister ini terhadap BM dan berlaku didalam jamaah ku sendiri.

Seorang akh ini bekas drug addict dan dia tidak tahu dia telah terkena  HIV. Emak beliau berkenan dengan seorang ukhty dalam jamaah aku lantas berlakulah BM ini dan  ukhty ini langsung tidak membenarkan bakal suaminya berinteraksi dengannya secara direct kerana amat jaga permasaalahan ikhtilat ini sehingga al akh ini malu untuk menceritakan tentang hal peribadinya bekas drug addict kerana kehadiran orang ketiga dalam proses BM tersebut lantas berlakulah pernikahan dan akibatnya Isteri dan 2 anak nya mengidap HIV.

Kisah kedua dalam jamaah aku adalah seorang ukhti yang dulunya hidup social dan pernah berzina dan telah bertaubat dan apabila melalui proses BM ini Naqibahnya tidak membenarkannya berinteraksi secara direct dengan bakal suaminya kerana kena melalui BM yang ektrim ini lantas akhirnya Rumahtangganya hanya bertahan sehari saja selepas dia menerangkan segala kisah hidupnya selepas bernikah kepada suaminya dan suaminya tidak dapat menerima keadaan itu dan berakhir dengan penceraian.

Sekali lagi ingin aku jelaskan bahawa aku bukan lah anti kepada BM cumanya bukalah sedikit ruang untuk kedua pasangan mendalami taaruf kisah hidup masing masing secara telus serta berpuas hati dan dapat menjalani pernikahan dengan sebaik mungkin dan tidak ada penyesalan dikemudian hari.

Inilah yang mampu kutuliskan dan tidak ada niat apa apa dengan tulisan ini. Sekadar pandangan yang mungkin betul dan mungkin salah yang kepada Allah aku mohon keampunan.

Muharrikdaie

Kuala Lumpur

7 responses to “Baitul muslim satu persoalan?

  1. muharrikdaie August 11, 2010 at 5:47 am

    Thanks muhakim kerana sudi ziarah …tanpa kritikan dan komen sukar untuk saya memperbaiki diri. jazakallah

  2. muhakim July 29, 2010 at 8:53 pm

    tahniah muharrik daie

    kupasan yang menarik

    i agree with you most of the article

    and still a few part that need to be improved

    anyway, good writing akhi…

  3. buku anak muslim August 15, 2009 at 5:44 am

    klo disini memakai istilah ta’aruf melalui murobbi atau siapa saja yang kita hormati. menurutku ta’aruf melalui murobbi adalah salah satu cara yang baik dalam melangkah ke gerbang kehidupan pernikahan.

  4. nowfara August 5, 2009 at 11:50 pm

    Salam.

    Ana menganggap bukanlah BM itu yang perlu disalahkan.
    Cuma prosesnya. Setahu ana, BM ini konsepnya taaruf dengan sebenarnya. Apa-apa sahaj yang perlu dinyatakan hendaklah dinyatakan dengan terus-terang dan ikhlas dengan niat murni supaya rumah tangga yang bakal dibina menjadi rumahtangga duat yang dikehendaki.

    Terlalu ideal?

    Tapi itula yang ana faham, diajar dan faham.

    P/S: Setakat ni, ana belum jumpa “cara” lebih baik dari proses BM (orang tengah).

    Wallahua’lam.

    • muharrikdaie August 11, 2009 at 10:53 am

      Ana telah sebutkan sebelumnya. Bukan BM. Tapi prosesnya. Itu saja. Kita sepatutnya memberi hak kepada kedua belah pihak. Bukan untuk melanggar hukum tapi untuk memberi keadilan. Orang ketiga dalam proses ini juga ada hadnya untuk proses ini, bukan keseluruhannya. Terkadang kita ingin menceritakan hal2 sensitif kita pada pasangan kita supaya dia tahu akan kedudukan kisah silam kita supaya tidak berbangkit dikemudian hari. Perkara ini terlalu sensitif dan biarlah hanya pasangan saja yang tahu supaya sekiranya tidak jadi hanya pasangan ini saja yang tahu akan rahsia2nya …. ini pandangan ana melqalui pengalaman bersama sohibah sohibah yang ana kenal. Wallahuaklam.

      Terima kasih kerana sudi memberi komentar.

  5. kakchik August 5, 2009 at 1:54 pm

    i strongly disagree.maaf.

    • muharrikdaie August 5, 2009 at 2:13 pm

      Its ok kak chik. To me semua pandangan itu betul. Kes BM yang berlaku seprti saya citerkan ni sikit jer. Yang berjaya dan bahgianya ramai. Saya pun setuju. Cumanya berhati hati. Itu saja. especially pada akhawat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: